ANDA SEDANG MEMBACA

16

Pengswastaan Liga Malaysia - Abstrak

pakkordi Khamis, Mei 07, 2015
Bismillahhirrahmanirrahim.

Saya bukan pencacai FAM. Saya hanya seorang peminat bolasepak yang ingin melihat bolasepak tempatan semakin maju. Seperti saya sokong usaha NFDP didalam usaha memajukan "grassroot football", saya sokong apa juga perubahan yang menjanjikan kemajuan. Jika tidak maju juga, kita usaha lagi. Tiada jawapan yang tepat didalam soal ini. Hanya Allah Taala tahu semua jawapannya dan sama macam kamu, kamu dan kamu, kita bukanlah tuhan.

Semua arif bolasepak Malaysia makin merosot tetapi menjatuhkan hukuman bahawa FAM lah satu-satunya punca kepada kemerosotan ini adalah tidak adil. Namun begitu saya percaya FAM tetap perlu ada perubahan. Perubahan secara menyeluruh mungkin agak sukar tetapi sistem yang ada didalam perlu nafas baru.

Tahun lepas pihak FAM telah mentauliahkan Red Card Pte Ltd (Redcard), melalui Repucom.net sebuah syarikat perunding pemasaran sukan terkemuka dunia, untuk menjalankan satu kajian dalam mencari nilai sebenar liga Malaysia dari aspek komersil.

Kajian Redcard (nota: semua data Redcard adalah dari sumber tahun 2014) menunjukkan bahawa nilai liga Malaysia ialah RM500juta setahun. Pelbagai isu timbul tentang penilaian ini. Ada yang mengatakan bahawa pihak FAM tidak berlaku adil kerana sebelum kajian nilai liga ini dijalankan, pembida terbaik untuk menaja liga Malaysia untuk musim yang seterusnya ialah Zenith/IMG berjumlah RM75juta dan bidaan mereka sepatutnya FAM terima.

Ada juga yang menyuarakan rasa tidak percaya bahawa liga kita bernilai RM500juta setahun sedangkan liga Thailand hanya RM182juta setahun.

Tanpa sebarang data untuk membangkang, demi perbahasan ini saya terima jumlah RM500juta dari Redcard itu. Lagi pun, jumlah RM500juta jauh lebih tinggi dari RM75juta setahun yang dibida Zenith/IMG. Ada kemungkinan FAM telah faham bahawa selama ini mereka telah "under-estimate" nilai liga Malaysia. FAM rasa tertipu.

Pada dasarnya saya setuju dengan arahan FAM untuk menilai liga kita sebelum memilih pembida yang akan memegang hak penyiaran. Barulah nilai yang akan FAM dapat, nilai yang lebih realistik.

Selain dari menilai liga Malaysia, kajian Redcard juga telah membantu pihak FAM dalam memilih gaya, jiwa dan roh baru untuk ditiup kedalam liga kita. Ditambah pula dengan kemerosotan FIFA ranking Malaysia, FAM menerima kenyataan bahawa sesuatu didalam sistem mereka perlu dirombak.


Cara dulu (gambar atas), penaja utama liga akan memberikan sejumlah wang kepada FAM dan penaja itu akan mendapat hak sepenuhnya terhadap hak penyiaran dan nilai komersil hasil dari hak ini. Duit tajaan itu selain dari FAM kongsikan dengan FA negeri yang bertanding, ia akan juga digunakan antaranya untuk menjalankan operasi kesemua liga (Super League, Premier League, Piala FA, Piala Malaysia dan liga FAM), inisiatif pembangunan bolasepak di Malaysia, menanggung kos operasi pasukan kebangsaan (kini ditaja oleh Telekom Malaysia) dan pasukan pelapis. Penaja utama yang mendapat hak penyiaran pula akan mengaut keuntungan penuh dari wang iklan dan sumber sub-sponsor yang lain. 

Sebagai badan yang ditauliahkan oleh FIFA untuk menyelaras dan memutuskan dasar-dasar bolasepak Malaysia, menguruskan liga tempatan secara total ada konfliknya. Bayangkan FAM pengurus liga tapi pada masa yang sama mereka juga adalah ahli lembaga disiplin. They are the judge, the jury and the executioner.

Oleh itu FAM telah memutuskan untuk mengeluarkan tugas pengelolaan liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia dari bidang kuasa mereka dan diserahkan kepada satu badan luar. 

Kenapa liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia sahaja yang diswastakan? Ini ialah kerana penaja tidak mahu taja liga yang tiada nilai komersil.

Pengswastaan liga kita ialah satu model yang "hybrid". Kajian Redcard keatas liga-liga terkemuka dunia ketika itu menunjukkan bahawa liga yang paling mahal dari aspek komersil (English Premier League, 1.8billion Euro) tidak menghasilkan kelab yang stabil dari segi kewangan. Banyak yang beroperasi dalam kerugian. Malah pencapaian pasukan England adalah sangat membimbangkan.

Bundesliga sebaliknya pula adalah liga yang menghasilkan pasukan juara dunia walaupun nilai komersilnya hanya 1/3 dari nilai EPL. 52% dari pemain profesional yang bermain didalam Bundesliga dihasilkan oleh akademi kelab tempatan. Ini adalah jumlah yang sangat tinggi.

Dulu pasukan Die Mannschaft membariskan 10 robot dan satu Michael Ballack, pasukan yang hampir pasti dibaham jika berhadapan dengan skuad Sepanyol. Kini dengan adanya struktur organisasi padu dibawah seliaan DFL, Bundesliga berjaya menghasilkan 10 Michael Ballack dan seorang robot. Pasukan yang berjaya menjuarai Piala Dunia dan membaham Brazil 7-1 di hadapan mata penyokong mereka sendiri.

Model "hybrid" liga Malaysia ini nanti bakal menerapkan struktur organisasi mantap dari Bundesliga digabungkan pula dengan cara perkongsian komersil wang hak penyiaran kepada kelab yang bertanding dari EPL. 

Sebelum membincangkan pengswastaan liga, siapa yang menentukan dasar liga super, liga premier, piala FA dan piala Malaysia nanti? Contohnya, siapakah akan menentukan berapa jumlah pemain luar yang dibenarkan untuk bermain didalam liga?


Kongres liga terdiri dari FAM dan semua 24 pasukan yang akan bertanding didalam liga super dan liga premier musim itu. Ahli ini adalah dinamik dan tidak statik. Ahli yang statik cuma FAM. Jika sebuah pasukan itu tersingkir ke liga FAM, ia tidak akan lagi mewakili kongres liga. Ini memastikan dasar liga bertepatan dengan kehendak semasa pasukan yang bertanding dan tiada kuasa veto didalam memutuskan sesuatu dasar.

Kongres liga juga masih terbuka untuk diwakili oleh badan-badan yang berkepentingan. Ada rancangan untuk menyerapkan pihak media dan persatuan pemain professional dimasa hadapan.

Otak saya dah penat. Siri seterusnya menerangkan apa itu Football Malaysia LLP (FMLLP) dan apakah tugas-tugas mereka didalam pengswastaan liga? MP & Silva ini siapa pula?

16 Ulasan:

Apostolos Velios berkata...

hrm...selagi player malaysia ni tak main liga luar mcm player2 afrika selagi tu la tahap tu je kualiti dia

Tanpa Nama berkata...

tak payah cakap banyak tukar kerajaan dulu... siapa cakap takder kena mengena dengan kerajaan yang memerintah memang bangang!

Tanpa Nama berkata...

Satu penjelasan yang masuk akal. Power Bang.

Nak player Malaysia main luar sangat pun nak main kat mana?
Nak tukar kerajaan pun, kerajaan akan datang pun confirm tak macam sekarang ke? Kita kena ubah cara kita dulu kot. Cara lawan dengan ilmu.

pakkordi berkata...

Komen saya pada tanpa nama 12:31:

FIFA menetapkan bahawa kerajaan tidak boleh masuk campur hal FA yg mereka tauliahkan. Tukar kerajaan tak akan boleh tukar FAM. Kepada tanpa nama 12:31, sila belajar tinggi2 sebelum nak bersuara lantang.

Tanpa Nama berkata...

sah ada sorang bangang ... ko ingat ahli politik nak reveal diri dorang depan depan ker bangang...

tangan ghaib..bodoh!

Tanpa Nama berkata...

tutup jer lah blog ni ek..

Tanpa Nama berkata...

kerajaan akan datang pun confirm tak macam sekarang ke?

yang confirmnyer kerajaan sekarang macam taik

Tanpa Nama berkata...


Naib Presiden:
1. Datuk Zainol Fadzi Paharuddin
Ketua Pemuda UMNO negeri Perak


2. Datuk Rozabil Abdul Rahman
KETUA Pemuda Umno Bahagian Arau

pakkordi berkata...

Ulasan saya terhadap tanpa nama 12:42 dan sewaktu dengannya:

Jika kerajaan bertukar, anda ingat Datuk Zainol Fadzi dan Datuk Rozabil tu akan otomatik keluar dari FAM? Kerajaan baru tidak akan dapat memaksa mereka mereka berdua keluar dari FAM melainkan mereka sendiri meletak jawatan. Faham ke tidak ni adik-adik?

Banyak lagi yang adik-adik ini harus belajar nampaknya.

Tanpa Nama berkata...

soalan pokoknya ada tak keterlibatan orang politik dalam FAM abangngg??.. kata tadi FIFA tak bagi hermmm konpius adik tau?...

keduanya kalau nak tendang secara automatik memang tak boleh tapi harus diterajang sedikit demi sedikit.. dalam apa jua keadaan tak digalakan untuk buat secara mengejut contohnya nak beromen kena ada foreplay ...

cth serius skit.. apa ko tak pernah perati peralihan pemerintahan kerajaan negeri Selangor ker,abangggg?....

oh sekonek yang masih tidurrr..



pakkordi berkata...

Adik pengomen 11:35:

Ko ni dah konfius dik. Kita cerita pasal FAM, bukan cerita pasal politik. FAM ini konsep "rank-and-file" dik. Kalau orang politik tu memang dah berkurun bersama dalam FAM, naik sikit demi sedikit dari bawah mengikut tatacara berpersatuan cara FIFA, tak jadi masalah.

Yang jadi masalah ialah jika tiba2 ada kuasa tangan politik ghaib dari luar nak tukar cara FAM beroperasi, FIFA tak benarkan dik.

Faham dik?

Tanpa Nama berkata...

Ini lah asal usul sarkas bolasepak yang sebenarnya..

FIFA tak benarkan kerajaan untuk masuk campur

tapi benarkan orang politik terlibat


abang konpius ni sebenarnya... sebab tu mutu bola sepak Malaysia tetap tahap badut dari tahun ketahun... permasalahanya bukan orang politik, Sebab tu saya kata tukar kerajaan bukan tukar individu sipolan polan... kita perlu tukar budaya.. budaya politik tu kena tukar..


Permasalahanya Kerajaan yang ada sekarang adalah kerajaan yang terbukti Korup, kalau ada wakil sama dalam FAM diaorang akan bawa budaya Korup yang sama..


Ehh tak faham lagi ker?..

Tanpa Nama berkata...

bangang ape nak tukar kerajaan..?? baik ko tukar jadi warganegara ivory coast kalu ko nak hebat sgt main bola..babi

Tanpa Nama berkata...

orang yang banggang jer 50 tahun tak pernah tukar kerajaan... macam ko la

Unknown berkata...

La ni presiden dgn pembangkang pn dh sama level. Problemnye mcm politik jgk sbb kurg sokongan dari ahli gabungan. Puncenye sbb yg undi ni cume ahli gabungan yg mmg kaki jilat @ mkn budi. Klu fam buat undi dari penyokong mmg lama dh gulung tikar kroni2 tu. Kita sbg penyokong kene bersatu. Media dorg control jd korg pn tau xleh caye bulat2. So kita mulakn dgn tukar kerajaan dulu. Lmbt laun yg dok dlm fam tu pn gayat sbb kabel dh goyang.

Unknown berkata...

La ni presiden dgn pembangkang pn dh sama level. Problemnye mcm politik jgk sbb kurg sokongan dari ahli gabungan. Puncenye sbb yg undi ni cume ahli gabungan yg mmg kaki jilat @ mkn budi. Klu fam buat undi dari penyokong mmg lama dh gulung tikar kroni2 tu. Kita sbg penyokong kene bersatu. Media dorg control jd korg pn tau xleh caye bulat2. So kita mulakn dgn tukar kerajaan dulu. Lmbt laun yg dok dlm fam tu pn gayat sbb kabel dh goyang.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...