ANDA SEDANG MEMBACA

0

Iceland ke Euro 2016. Apa Bezanya Dengan Malaysia?



   Republik Iceland. Sebuah negara kepulauan di Lautan Atlantik Utara. Berpopulasi lebih kurang 300,000 orang penduduk. Ditadbir secara republik setelah mendapat kemerdekaan dari Denmark pada tahun 1904.

  Iceland mempunyai kira-kira 20 bandar, yang mana Reykjavik menjadi ibu negara mereka. Jumlah penduduk di Reykjavik lebih kurang 120,000 orang, bermaksud 1/3 penduduk negara mereka berada di ibu negara.


   Cukup. Fakta terlalu banyak ini boleh memualkan. Mungkin mendatangkan cirit-birit kalau tak kena dengan orang yang betul.


   Iceland pertama kali layak ke Euro 2016.

Power

   Sebut pasal pasukan bola sepak Iceland, tak ramai yang kenal, tak ramai yang tahu. Entah wujud ke tak sebenarnya pasukan bola sepak mereka. Entah mereka sebenarnya ada Ultras ke tak. Kalau ada Ultras, apa gaya mereka ber-chanting? Apa warna jersi mereka? Tak, tak ramai tahu.



Ultras Iceland?

   Paling tidak pun, penengok bola sepak kenal Eiður Smári Guðjohnsen, bekas pemain kelab handalan Eropah, Chelsea dan Barcelona. Itupun mujur dia main untuk Chelsea yang power.


   Apa yang hebat sangat Iceland? Masuk Piala Dunia, tak pernah langsung.


   Iceland telah mendaki lebih 100 anak tangga dalam ranking FIFA hanya dalam kurang 4 tahun. Pada tahun 2012, mereka berada di tangga ke-131, lebih kurang dengan ranking pasukan bola sepak negara yang berada di Asia Tenggara. Pasukan tersebut bermaskot harimau. Lagenda menyatakan mereka Raja Asia Tenggara. Mungkin lagenda itu mabuk. Ok yang tu cerita nanti.

   Berbalik kepada Iceland. Kini, Iceland berada di kedudukan ke-23, mengatasi Perancis, Sweden, Ukraine, USA dan jauh meninggalkan Malaysia.

   Apa yang mereka lakukan sebenarnya?

   Untuk pasukan bola sepak yang sedap dan berdaya saing, mereka mempunyai struktur liga yang sistematik. Bagi negara yang cuma berpopulasi 320,000 penduduk, mereka ada 75 pasukan bola sepak, terbahagi kepada 5 peringkat liga, yang mana untuk liga utama mereka, Icelandic Premier League menjadi nadi utama pencetak tukang sepak bola.

   Icelandic Premier League, mempunyai 12 pasukan dalam liga, yang mana enam darinya datang dari bandar utama mereka Reykjavik. Selebihnya, datang dari seluruh negara mereka.

   Pasukan-pasukan utama yang berjaya dalam liga ini ialah Knattspyrnufélag Reykjavíkur (KR), Knattspyrnufélagið Valur, Knattspyrnufélagið Fram menjadi pasukan paling penting mengeluarkan pemain-pemain utama pasukan Iceland. Gudjohnsen sendiri berasal dari KR. Kini, pemain-pemain Iceland ramainya berkelana di kelab-kelab seantero Eropah, menimba ilmu dan mencekau gaji.

  Liga yang sistematik menjadikan perlawanan kompetetif antara pasukan jadi banyak sekaligus melahirkan banyak tukang sepak bola. (75 pasukan darab 23 orang pemain bersamaan 1725 orang pemain, yang boleh dipilih untuk wakil negara).

   Di Iceland, mereka ada tiga kejohanan utama iaitu Liga, Piala Liga dan piala kalah mati.

Untuk liga, masing-masing mempunya 22 perlawanan.

Untuk Piala Liga, bagi pasukan yang sampai ke final, ada 19 perlawanan.

Untuk piala kalah mati, bagi pasukan yang sampai ke final, ada 7 perlawanan, sekurang-kurangnya.

   Untuk satu-satu pasukan, mereka boleh memperoleh 48 perlawanan dalam satu musim (tidak termasuk di pentas Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Europa).

   Itu kelebihan mempunyai banyak pasukan dalam satu negara.

   Kebanyakan pasukan dalam negara Iceland lebih bertunjangkan kelab sukan, yang mana tidak termaktub hanya bola sepak semata-mata. Boleh jadi kelab sukan tersebut beroperasi sebagai penjana pemain sukan bola tampar, pemain gimnastik, pemain renang atau apa sahaja yang dipertandingkan dalam Olimpik.

   Oleh sebab itulah, 6 daripada 12 pasukan utama Icelandic Premier League datang dari ibu negara mereka. Dengan konkritnya struktur liga seperti ini, mereka dapat mengeluarkan mat-mat penyepak bola yang berakal.

   Jadi apa bezanya Iceland dengan Malaysia? Malaysia ada banyak kelebihan sebenarnya. Populasi Malaysia sendiri hampir 100 kali ganda daripada populasi Iceland. Daerah di Malaysia ada berpuluh-puluh kalau nak dibandingkan dengan Iceland. Dalam Malaysia ada Mencari Ramli.

   Maaf, abaikan Mencari Ramli. Berbalik isu asal.

   Di Malaysia, setakat ini, cuma Pahang yang terlibat paling banyak perlawanan kompetetif, iaitu 22 perlawanan liga super, separuh akhir Piala FA dan 8 perlawanan hingga suku akhir Piala AFC.

   Diikuti JDT dengan 22 perlawanan Liga Super, pusingan pertama Piala FA dan 11 separuh akhir Piala AFC.

   Sepatutnya skuad Harimau Malaya dipelopori dua pasukan jagoan ni. Ni apa jadah ada pulak pemain Liga Perdana dalam skuad kebangsaan?

   Pedulikan.

   Sebenarnya apa yang perlu kita buat, lama dah saudara Lucius Maximus bincangkan. Dalam link ---> Entri terdahulu.

   Tapi mampukah kita? Sedangkan kutipan tiket untuk Liga Super menunjukkan 4 kutipan terendah datang dari pasukan berstatus kelab.


Beza antara pertama dan kedua belas

   Menunjukkan pasukan kelab masih tak relevan dalam Malaysia dek kerana semangat kenegerian masih menebal dalam lubuk rakyat Malaysia. Bukan sebab pengurusan tak mampu. Tapi pengurusan melihat benda tersebut ialah sesuatu yang rugi. Buat apa ada pasukan kelab kalau rakyat masih bersemangat kenegerian? Melihatkan statistik kutipan tiket sahaja dah boleh membuatkan mana-mana kelab bungkus awal.

   Apa kelebihan banyak pasukan dalam Malaysia? Dua kelebihan utama: Banyak perlawanan dan banyak pasang kaki yang boleh main bola.

   Tak boleh 100% salahkan FAM. Mereka menganjur pertandingan atas relevan keadaan. Tak boleh salahkan jurulatih. Jurulatih ada pemain yang terhad untuk dipilih. Tak boleh salahkan Ultras, sebab Ultras... em... Takpelah.

   Kita sepatutnya sedar sendiri, bola sepak bukan pertandingan antara negeri. Pertandingan antara negeri yang sebenar hanyalah Sukan Malaysia (SUKMA), dan bukan Liga Malaysia.

   Kita semua kena belajar dengan Iceland.

   Jadi, sebagai langkah awal, marilah sokong Sime Darby FC!

  #WeAreAllDarbians. KAH KAH KAH!

0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...