ANDA SEDANG MEMBACA

0

[Preview] Malaysia vs Kemboja

Unknown Ahad, November 20, 2016

AFF Suzuki Cup 2016 telah menyingkap tirainya dengan menyaksikan kemenangan bergaya skuad Kiatisuk Senamuang ke atas Indonesia dan insiden kad merah Singapura ketika menentang Filipina. Bagi peminat tempatan, perlawanan pertama Malaysia ini amat penting kerana ia menjadi kayu pengukur prestasi Malaysia dan sejauh mana Malaysia boleh pergi bagi kejohanan AFF Suzuki Cup 2016.

KELEBIHAN STATISTIK MEMBUATKAN MALAYSIA TIDAK BOLEH TEWAS MENENTANG KEMBOJA

Sejak tahun 1956, sudah 13 kali Malaysia bertemu Kemboja dan Malaysia
mengatasi Kemboja dalam 10 perlawanan mereka. Jadi, tiada sebab yang
boleh menidakkan kemenangan Malaysia. Sebanyak 50 gol berjaya
dijaringkan Malaysia dan kemenangan terbesar 9-0 Malaysia ke atas
mereka menguatkan lagi sebab mengapa Malaysia perlu menang menentang
Kemboja.

PRESTASI SEMASA SEPANJANG 2016 TIDAK MEMIHAK KEPADA MALAYSIA

Saya mengambil rekod 4 perlawanan terakhir dimana Malaysia mencatatkan
rekod 1 menang, 2 seri dan 1 kalah di mana Malaysia tewas dengan
Indonesia, 3-0 manakala Kemboja menang 3 perlawanan mereka dan kalah
1-0 menentang Singapura. Dari segi teknikalnya, ternyatalah Malaysia
akan mengalami kesukaran untuk memenangi perlawanan ini. Kemboja
nampaknya semakin handal dan tidak boleh dipandang remeh lagi kekuatan
mereka.

KEKUATAN RAHSIA & MISTERI SKUAD KEMBOJA

Jangan salah faham. Kemboja bukannya menggunakan khidmat bomoh ataupun
kuasa mistik tetapi pemain-pemain mereka sangat tidak dikenali. Tiada
sebarang rekod yang spesifik tentang mereka. Secara kasarnya, kita
hanya mengenali Chan Vathanaka dan Prak Mony Odom melalui Wikipedia
yang boleh diedit begitu sahaja. Namun, apa yang boleh saya rumuskan,
skuad kali ini merupakan skuad emas mereka.

MALAYSIA DAN TAKTIKAL : DATO’ ONG KIM SWEE BUNTU?

Malaysia masih bermain tanpa recognised 11. Jadi, tiada yang dapat
dirumuskan dengan taktikal yang akan ditonjolkan Dato’ Ong. Adakah ia
bermaksud Malaysia bakal bermain seperti budak kampung di atas lecah?
Tidak! Mungkin sedikit…  Malaysia mungkin akan bermain seperti biasa,
menggunakan laser passes daripada bek.

PEMAIN TUMPUAN : VATHANAKA VS HAZWAN

Vathanaka adalah pemain tengah tetapi dia memiliki keupayaan untuk
menggelecek dan membawa bola masuk ke dalam. Hazwan pula seorang
Raumdeuter yang boleh menjaringkan gol bila menerima bola di posisi
yang betul. Mereka berdua boleh menjaringkan gol dan mempunyai
kepantasan yang bagus bagi pemain seusia mereka.

Apa pun kita tunggu perlawanan pertama petang nanti. Dengar cerita cuaca panas dekat Myammar sedikit sebanyak menganggu rentak permainan Malaysia. Fikir jugak ni rentak apa yang Malaysia bakal persembahkan. Tehee!

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul. Ikuti kami untuk lebih artikel mengenai pasukan Malaysia yang sedang bertanding di Piala AFF 2016.


0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...