ANDA SEDANG MEMBACA

0

[Edisi Piala AFF] Kupasan 23 Pemain Skuad Malaysia Di Piala AFF 2016

Unknown Ahad, November 20, 2016

Kejohanan Piala AFF adalah sebuah kejohanan bola sepak  yang berprestij di rantau asia tenggara. Masuk edisi ke sebelas, Malaysia sudah mengenggam piala ini pada tahun 2010. Ketika itu ramai mengatakan itulah skuad emas dan harapan Malaysia untuk pergi lebih jauh dalam kelayakan Piala Dunia dan Asia. Nama-nama seperti Safee Sali, Norshahrul Idlan Talaha, Safiq Rahim dan Khairul Fahmi Che Mat meniti di bibir semua rakyat Malaysia apabila menjadi hero kerana membawa pulang piala yang sudah di idamkan lama.

Masuk edisi kesebelas dan setelah menjadi naib juara pada edisi lepas, edisi  kali ini akan diadakan di Myammar dan Filipina. Malaysia diundi dalam kumpulan B yang dianggap kumpulan selamat kerana terdapat Myanmar dan Kemboja. Hanya Vietnam yang dirasakan lawan sukar untuk Malaysia. Tetapi itu semua di atas kertas. Semua pasukan sudah ada plan dan strategi yang berlainan pada edisi kali ini.

Jadi, apa yang ada pada pasukan Malaysia untuk edisi kali ini? Pemilihan pemain yang di pilih oleh OKS awal-awal lagi sudah menjadi topik perbualan. Ada yang mengatakan pemilihan oleh OKS tidak tepat dan masih ramai lagi pemain yang mampu beraksi lebih baik dari pemain yang dipilih oleh OKS. Sejauh mana kebenaran itu?

Disini saya akan kupas secara ringkas tentang pemilihan pemain oleh OKS secara individu dari segi corak permainan pemain itu sendiri. Pasukan Malaysia telah menyenaraikan 23 pemain secara rasmi untuk ke Yangon, Myanmar. Berikut adalah sedikit ulasan/previu 23 pemain berkenaan :

Penjaga Gol -
1. Khairul Fahmi Che Mat
Berjaya mengumpulkan 6 clean sheet sepanjang perjalanan liga, Khairul Fahmi masih menunjukkan prestasi terbaiknya biarpun sudah lanjut usia. Baru-baru ini, beliau berjaya bermain baik dalam cuaca hujan lebat biarpun sekadar masuk menggantikan Azhan.

2. Khairul Azhan Khalid
Merupakan perlawanannya yang ke-5 Isnin lalu, Azhan mencatatkan jumlah clean sheet yang amat rendah berbanding pada musim lalu iaitu sebanyak 2 perlawanan. Yang menariknya, dia juga menyumbang 1 assist bagi pasukannya. Baru-baru ini, dia melepaskan 1 gol menentang Papua New Guinea.

3. Hafizul Hakim
Masih tiada sebarang debut lagi dengan pasukan kebangsaan biarpun telah dipanggil beberapa kali termasuk untuk ke AFF Suzuki Cup 2016. Mencatatkan 6 clean sheet ketika MSL dengan bantuan gandingan Thiago & Shahrul.

Pertahanan -
1. Shahrom Kalam
Merupakan pertahanan paling 'gentle' di Liga Malaysia, Shahrom Kalam mengumpul 0 tindakan disiplin. Namun begitu, dia begitu kukuh di bahagian pertahanan bersama pasangannya.

2. Shahrul Saad
Pertahanan atau penyerang? Shahrul Saad mencatatkan 3 gol sepanjang perjalanan liga yang mana jumlah jaringannya sama dengan jaringan Syazwan Zainon! Juga boleh bermain sebagai holding midfielder/defensive midfielder sebagai secondary position.

3. Khairul Helmi Johari
Walaupun tidak berada di dalam form terbaiknya ketika ini, dia berjaya menempatkan diri dalam skuad kebangsaan. 17 penampilan dan berjaya menahan kubu Kedah daripada melepaskan lebih 30++ gol.

4. Ronny Harun
Setelah berehat kerana kecederaan patah jari kaki selama lima bulan, pakar lontaran jauh berusia 32 tahun ini dipanggil mewakili Malaysia pada Ogos. Bukanlah mahu prejudis, namun saya risau Sarawak akan kehilangan khidmat beliau sekali lagi.

5. Fadhli Shas
Tak banyak saya boleh katakan. Banyak menghabiskan masanya di bangku simpanan. Tunku Mahkota Johor sendiri kata bahawa dia tidak bersetuju dengan pemilihan Dato' Ong Kim Swee ini. Mungkin terpilih dek kelebihan ketinggian.

6. Matthew Davies
Pemain berdarah kacukan Malaysia-New Zealand yang bermain di bahagian kanan. Mempunyai kelebihan teknikal  yang bagus dan fizikal yang cukup tegap. Sering melakukan overlap membantu sayap.

7. Rizal Ghazali
Merupakan pemain terbaik Piala Malaysia. Salah seorang pemain yang terlibat dengan transisi posisi iaitu daripada sayap kepada pertahanan kanan. Banyak melakukan overlap dan menghabiskan 1/3 perlawanan di kawasan lawan.

8. Nazirul Naim
Pertahanan kiri Perak yang baru pulih daripada kecederaannya. Kelebihannya boleh menjaringkan gol daripada sepakan percuma berjarak 30 ela daripada gawang gol. Sering melakukan overlap dan key passes penting.

Pemain Tengah -
1. S. Veenod
Central midfielder yang digelar 'Si Dua Jantung' kerana kekuatan staminanya. Dicopkan sebagai Pogba kerana gaya rambutnya, dia melakukan kebanyakan kerja kotor dan bermain lebih defensif. Gemar bermain secara man marking.

2. Baddrol Bakhtiar
Kapten Kedah ini juga boleh bermain di posisi sayap selain central midfielder. Mempunyai kualiti hantaran jauh yang bagus dan gemar bermain sebagai deep-lying midfielder.

3. Fakri Saarani
Pemain yang pernah berkata, "Kalau dah tak nak gol, buat macam mana pun takkan gol!", ini sering dipersoalkan kredibilitinya untuk dipilih mewakili Malaysia. Para pemerhati mengatakan beliau berguna untuk dijadikan box-to-box midfielder memandangkan prestasinya sebelum dipinjamkan ke Felda United teramatlah baik.

4. Irfan Fazail
Bekas kapten Harimau Muda ini nampaknya kurang konsisten kalau hendak diletakkan sebagai starting lineup. Hal ini demikian kerana peranan beliau yang banyak bermain di luar kotak penalti. Seorang modern no.10 yang kurang menyerlah.

5. Amri Yahyah
Pemain yang mampu mengisi mana-mana posisi yang kosong di bahagian serangan. Mempunyai ketepatan tendangan dan dribbling yang bagus. Kalau nak dibandingkan dengan Safee, dia lebih relevan untuk menjadi penyerang namun nampaknya Dato' Ong lebih berminat meletakkan beliau sebagai sayap.

6. Zaquan Adha
Banyak menghabiskan masanya di JDT 2, beliau yang pernah menyarung jersi kebangsaan (2007-2009) kini kembali dipanggil mewakili Malaysia. Beliau boleh bermain sebagai penyerang kedua dan sayap kanan. Mampu membuatkan pertahanan lawan huru-hara dengan gerakannya.

7. Hadin Azman
Sering bertindak sebagai inside forward, 6 gol dicatatkan beliau sepanjang musim 2016. Hadin Azman lebih gemar untuk cut inside dan berada di kotak penalti. Dia mempunyai ketepatan dari segi gelecekan, tendangan dan tandukannya. Prospek masa depan yang dibentuk oleh Irfan Bakti.

8. Syazwan Zainon
Merupakan salah seorang pemain yang mempunyai ketinggian yang rendah di kem Malaysia, Syazwan terkenal dengan larian derasnya dan tendangannya yang padu. Beliau menjaringkan 3 gol untuk Kedah dan banyak membantu dengan assist daripadanya.

Penyerang -

1. Darren Lok
Pemain yang baru sahaja mendapat kerakyatan Malaysia ini pernah bermain di liga semi-amatur UK bersama pasukan Eastbourne Borough. Tidak banyak yang boleh diperkatakan tentang beliau namun hasil dua perlawanan lepas, dia nampaknya semakin serasi dengan corak permainan Malaysia.

2. Hazwan Bakri
Jelmaan 'Safee Yang Muda'! Raumdeuter (Pentafsir Ruang) ini mempunyai kelebihan yang amat kukuh di depan pintu gol. 2016 menyaksikan bahawa sebanyak 4 gol dijaringkan beliau untuk pasukan kebangsaan. Dia juga mempunyai larian yang deras dam ketepatan tendangan dan kedudukan yang mengagumkan.

3. Norshahrul Idlan Talaha
Pemain yang penuh kontroversi ini dahulunya terkenal dengan larian byline-nya kini banyak menghabiskan masanya di bangku simpanan. Namun begitu, beliau masih mempunyai kekuatan tendangan dan boleh menggelecek melepasi 1-2 pemain lawan untuk menyerang.

4. Safee Sali
184 minit dan 1 gol. Walaupun sudah lanjut usianya namun ketajaman dalam kotak penalti masih ada walaupun sedikit. Tak banyak boleh diperkatakan kerana sudah 6 tahun berlalu dan dia sudahpun off-peak sebenarnya.

Artikel ini ditulis oleh Seladang Tacts Amirul. Ikuti kami untuk lebih artikel mengenai pasukan Malaysia yang sedang bertanding di Piala AFF 2016.

0 Ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...