ANDA SEDANG MEMBACA

3

Surat Untuk KAFA, Penaja, dan Kerbau.

Kerbau tak kisah pun dengan nama. Janji ada orang tarik
bawak pergi tempat rumput panjang
Hai. Selamat tahun baru 2016 dari Sokernet. Assalamualaikum. Angkuh pun angkuh jugak tapi salam kena bagi. Mati belaka. Hari ini saya nak menulis tentang bolasepak Kelantan.

Saya mengalu-alukan kesudian Datuk Seri Vida untuk menaja bolasepak Kelantan. Namun, lanjutan dari berita penajaan itu tidaklah kedengaran manis di telinga saya. Saya okey saja dengan pertukaran warna tapi saya menentang penukaran nama Kelantan FC kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warrior. Macam lahanat, kan? Baru taja tapi dah besar kepala macam dia dah miliki Kelantan.

Seperti saya jelaskan sebelum ini, nama pasukan ialah tradisi. Tradisi ialah jati diri. Orang panggil saya dengan "woi woi woi" pun saya dah menyirap inikan lagi nak tukar nama pasukan saya. Menurut laporan berita sukan di akhbar tempatan, nilai tajaan dari usahawan kosmetik itu adalah sebanyak RM8 juta semusim.

Apalah nasib. Nilai nama Kelantan ni RM8 juta je. Murah. Kalau kau ada RM8 juta, kau boleh beli condominium 4 buah dan kereta sport 2 buah. Takat itu la nilai nama Kelantan. Andai Stan Kroenke iaitu pemilik Arsenal nak beli nama Kelantan dengan nilai yang sama, Stan mampu beli 337 buah nama Kelantan.

Tapi tak apa. Nama pasukan kita bukan boleh suap nasik kat mulut pun, ye dak? Bukan boleh bayar bil pemain pun. Bukan boleh setelkan hutang kereta pemain pun. Jadi, ikut ajelah apa yang orang berduit suruh. Dah tahu kita papa kedana.

Ikut je. Serupa kerbau.

Tapi saya bukan kerbau. Lantas saya tulis sepucuk surat percutian sokongan. Nak buat kempen "against modern football" pun kudrat tak kuat mana. Tambahan lagi saya bukanlah penyokong kekerasan. Surat saya berbunyi begini,

*****************

Zailee
Bangsar Village
Kuala Lumpur
----------------------
Presiden
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA)
Kota Bharu
Kelantan
13 JANUARI 2016

PERCUTIAN JAWATAN SAYA SEBAGAI PENYOKONG KELANTAN

Tuan,
Dengan dukacitanya, saya dengan ini secara rasmi mengumumkan untuk bercuti menyokong, mengambil tahu, memberi perhatian, tumpang bangga, buat modal berbual, mahupun mengaitkan diri saya dengan pasukan bolasepak Kelantan dalam apa-apa situasi sekalipun. Keputusan ini berkuatkuasa mulai saat surat ini ditulis dan hanya akan terbatal setelah Kelantan menukar kembali nama pasukan.

2. Saya secara peribadi kecewa dengan tindakan Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) yang patuh kepada kehendak penaja sehingga menjejaskan identiti dan tradisi pasukan bolasepak yang saya sayang ini. Saya peka dan akur dengan sifat bolasepak yang memerlukan peruntukan kewangan tetapi langkah ini bertentangan dengan prinsip yang sekian lama saya dokong. Saya lebih rela pasukan saya miskin dari menggadaikan tradisi saya.

3. Harapan saya, moga Kelantan tewas semua perlawanan liga, pemain dibelenggu masalah kecergasan, sekaligus tersingkir ke dasar Liga Perdana bagi membuktikan bahawa wang bukanlah segalanya. Penaja datang dan pergi, tetapi tidak tradisi.

4. Segala kejayaan, keringat, dan ketabahan yang pihak KAFA berikan selama ini saya akhiri dengan ucapan ribuan terima kasih.

Yang Kecewa,
Zailee
Jurucakap Bolasepak Kelantan Cawangan Bangsar Village

-SURAT INI ADALAH CETAKAN KOMPUTER, TANDATANGAN TIDAK DIPERLUKAN-

Nota kaki
1 - Dalam perkembangan semasa, Selangor dalam rundingan dengan jutawan kosmetik Alif Syukri. Syaratnya, stadium warna hijau dan slogan "terlajak gol." Bodo lebih kurang.

2 - Sementara itu Arsenal dijangka bakal menang mudah 3-0 menentang Liverpool sebentar lagi.

3 - Ini link baru Facebook page Sokernet setelah dipadamkan sebab likerzzzz ramai sangat. Likerzzz ramai, tak underground. Tak underground, tak seronok. facebook.com/realsokernet

3 Ulasan:

Ball Manager Malaysia berkata...

Mintak maaf tuan,

Yang berubah tu bukan nama pasukan Kelantan tapi gelaran pasukan, nama pasukan Kelantan ialah Persatuan Bola Sepak Kelantan (Kelantan Football Association)ringkasannya Kelantan FA atau KAFA, nama Kelantan FA tak pernah berubah pun, cuma gelaran The Red Warriors ditambah Pamoga Qu Puteh kat depan, boleh rujuk kat sini https://ms.wikipedia.org/wiki/Kelantan_FA

Unknown berkata...

Perkenalkan, saya dari tim kumpulbagi. Saya ingin tau, apakah kiranya anda berencana untuk mengoleksi files menggunakan hosting yang baru?
Jika ya, silahkan kunjungi website kami www.kumpulbagi.com atau www.facebook.com/kumpulbagi/ untuk info selengkapnya.

Di sana anda bisa dengan bebas share dan mendowload foto-foto keluarga dan trip, music, video, filem dll dalam jumlah dan waktu yang tidak terbatas, setelah registrasi terlebih dahulu. Gratis :)

عبده العمراوى berkata...




شركة مكافحة حشرات بالدمام
شركة تنظيف خزانات بسيهات

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...