Memaparkan catatan dengan label . Hobin Jang Hobin. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label . Hobin Jang Hobin. Papar semua catatan
24

Wan Jamak Gayo Pejuang - Jasamu dikonang!

Jorji Rabu, Mac 23, 2011 , ,




Jang tak terkejut bilo Wan Jamak letak jawatan. Jang tau lamo dah dari sumber Jang di Somban. Menurut sumber Jang, MB tak pueh hati dengan prestasi skuad Jang yang merudum dari awal musim. MB agak eh ikut style bola omputih ni..prestasi menurun, tukar jurulatih.

Adakah itu satu tindakan tepat?

Apo sobab sebonar skuad Jang bermain buruk sedangkan musim lepas bermain baik dibawah Wan Jamak? Adakah berpunca dari masalah gaji? EPF tak bayar oleh PBNS? Bonus Pialo Malaysia yang dijanjikan tak nampak? Rasuah? Bookie? Taktikal atau sebab kahwin artis? Apo bijik sebonar masalah dalam bolasepak Jang Ultra Jang ni?

Jang pun poning jugak memikirkannya. Haa..nampak? Jang 'memikirkan' permasaalahan bolasepak tempatan disitu!

Pada pendapat Jang, dalam kes Skuad Nogori, Wan Jamak tak salah. 3 tahun beliau membimbing skuad Nogori dan kita lihat hasilnya dibawah;

Rekod Wan Jamak di Negeri Sembilan

2007/2008 - Naib Juara Liga Super

2009 - Separuh akhir Piala FA dan Juara Piala Malaysia

2010 - Naib juara Piala Sumbangsih, Juara Piala FA dan Naib juara Piala Malaysia

Wan Jamak ada perancangan 5 tahun beliau. Beliau juga sepatutnya diberi peluang untuk membawa bangkit semula pasukan Nogori seterusnya menghabiskan misi 5 tahun beliau yang telah digariskan ketika beliau mula-mula dilantik dahulu.

Meminta beliau meletak jawatan adalah satu tindakan 'melatah' dan harus dikecam!

Apapun, Jang ucapkan terima kasih kepada Wan Jamak diatas sumbangan beliau selama ini kepada pasukan Jang. Jang mendoakan kejayaan Wan Jamak dimasa hadapan bersama pasukan lain.


Sementara itu, selamat datang kepada jurulatih baru Nogori, Saudara Mohd Azraai Khor Abdullah. Jang harap beliau mampu membawa skuad Jang bangkit semula. Susah Jang nak bercerito hal macam ni, Jang biaso cito hal angkuh-angkuh jer.. jadi, AK Jang, bawak pasukan Jang naik semulo!

21

Ultra Jang

Jorji Khamis, Januari 27, 2011 , ,
Jang kali ini membori laluan kepada artikel sumbangan Saudara Azfar Ridhwan untuk memperkenalkan skuad Jang bagi musim 2011. Terima kasih Jang ucapkan. Kito jumpo kek Bukit Jalil nanti.. biasola tiap tahun poie final. Selamat membaco!



Oleh Jang Azfar

Sebelum pengumuman tajaan Astro yang bernilai lebih RM200 juta, Negeri Sembilan tidak terhegeh-hegeh menunggu wang ihsan dari FAM tetapi terlebih dahulu memulakan langkah ke hadapan dengan mendapatkan tajaan baru dari Lotto (RM suku juta) yang akan menggantikan Kappa sebagai jersi rasmi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Muhammad Hassan pula memberi suntikan imbuhan (jumlah yang seperti biasa dirahsiakan) dan meletakkan sasaran misi tiga piala; Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Walaupun bekas penjaga gol utama, Sani Anuar Kamsani dan bekas ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya bersama lapan pemain lain meninggalkan skuad Rusa, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan akan sekali lagi mempertaruhkan pemain-pemain muda dari skuad Piala Presiden bersama kemasukan beberapa pemain berkualiti untuk musim baru.

Penjaga gol utama kali ini ialah Farizal Marlias dari Perlis yang merupakan penjaga gol utama kebangsaan (juga pernah menentang Manchester United 18 bulan lalu) tetapi disebabkan kecederaan sebelum kejohanan AFF Piala Suzuki 2010, kedudukan dalam skuad kebangsaan kini mendapat cabaran dari wira baru negara, Khairul Fahmi.

Di bahagian pertahanan, Negeri Sembilan berjaya mendapatkan khidmat ketua skuad kebangsaan, Zamani Misbah yang juga bernasib malang dengan kecederaan sebelum Safiq Rahim memikul tanggungjawab dengan jayanya sebagai ketua pasukan kebangsaan di kejohanan sama, AFF Piala Suzuki 2010. Zamani akan bergandingan dengan Aidil Zafuan untuk musim baru ini manakala Shukor Adan akan kembali ke posisi asal, pemain tengah (box-to-box midfielder).

Pemain muda Halim Zainal menyinar dalam penampilan sulung pada musim lepas meyakinkan Wan Jamak tidak membuat perubahan besar dalam jentera tengah dengan mengekalkan khidmat Idris Karim, Shahurain dan pemain sayap kebangsaan, S. Kunalan.

Tenaga serangan akan lebih tajam dengan kehadiran pemain Hai-O berteknologi nano, Hairuddin Omar untuk membantu penyerang kebangsaan, Zaquan Adha. Tidak ketinggalan pula kemasukan pemain utama Harimau Muda, Fakri Saarani yang juga menimpa nasib malang mengalami kecederaan sebelum kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 dan K. Rajagopal membuat tindakan bijak dengan menggantikannya dengan Ashaari Shamsudin, penjaring gol kedua ketika perlawanan akhir menentang Indonesia di Bukit Jalil.

Dengan kemasukan beberapa pemain berkualiti, misi tiga piala tidak mustahil untuk dikecapi. Tidak seperti pemenang Piala Malaysia lepas, Kelantan yang bukan setakat kehilangan penyerang Hairuddin Omar tetapi juga Indra Putra, Norfarhan berhijrah ke skuad T-Team bahkan Akmal Rizal juga akan meninggalkan Kelantan.

Misi Tiga Piala: Hobin Jang Hobin!

Senarai Jang Gayo Pejuang, gontar tiado, Pialo kito punyo!

Ahmad Aminuddin ShaharuddinForward
Ahmad Fakri SaaraniForward
Hairudin OmarForward
Mohd Firdaus AzizulForward
Mohd Zaquan Adha Abdul RazakForward
Abdul Halim ZainalMidfield
Idris Abdul KarimMidfield
Kunanlan SubramaniamMidfield
Mahathevan GengatharanMidfield
Mohd Shaffik Abdul RahmanMidfield
Shahurain Abu SamahMidfield
Irwan Fadzli IdrusDefend
Mohamad Aidil Zafuan Abdul RazakDefend
Mohd Aliff SamsudinDefend
Muhamad Shukor AdanDefend
Norhafiz Zamani MisbahDefend
Qhairul Anwar RoslaniDefend
Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku AhmadDefend
Mohd Farizal HarunGoalkeeper
Mohd Farizal MarliasGoalkeeper
Muhammad Hanif SaiedGoalkeeper

6

Jang dah score dah..

Jorji Isnin, Januari 24, 2011 , ,
Memang sumo Jang- Jang ni handal ko? Main bola handal, makwe handal, pasukan handal.. sumo handal lah. Tapi kali ni, lain macam Jang score. Musim ni memang Jang tapau 3 pialo la. Semangat pasukan Jang memang tinggi. Tahniah Jang!

Tapi tu la..kalau tak handal, tak kawen Jang dengan artis do..

Selamat pengantin Baru!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...