ANDA SEDANG MEMBACA

21

Ultra Jang

Jorji Khamis, Januari 27, 2011 , ,
Jang kali ini membori laluan kepada artikel sumbangan Saudara Azfar Ridhwan untuk memperkenalkan skuad Jang bagi musim 2011. Terima kasih Jang ucapkan. Kito jumpo kek Bukit Jalil nanti.. biasola tiap tahun poie final. Selamat membaco!



Oleh Jang Azfar

Sebelum pengumuman tajaan Astro yang bernilai lebih RM200 juta, Negeri Sembilan tidak terhegeh-hegeh menunggu wang ihsan dari FAM tetapi terlebih dahulu memulakan langkah ke hadapan dengan mendapatkan tajaan baru dari Lotto (RM suku juta) yang akan menggantikan Kappa sebagai jersi rasmi. Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Muhammad Hassan pula memberi suntikan imbuhan (jumlah yang seperti biasa dirahsiakan) dan meletakkan sasaran misi tiga piala; Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia.

Walaupun bekas penjaga gol utama, Sani Anuar Kamsani dan bekas ketua pasukan, Rezal Zambery Yahya bersama lapan pemain lain meninggalkan skuad Rusa, jurulatih Wan Jamak Wan Hassan akan sekali lagi mempertaruhkan pemain-pemain muda dari skuad Piala Presiden bersama kemasukan beberapa pemain berkualiti untuk musim baru.

Penjaga gol utama kali ini ialah Farizal Marlias dari Perlis yang merupakan penjaga gol utama kebangsaan (juga pernah menentang Manchester United 18 bulan lalu) tetapi disebabkan kecederaan sebelum kejohanan AFF Piala Suzuki 2010, kedudukan dalam skuad kebangsaan kini mendapat cabaran dari wira baru negara, Khairul Fahmi.

Di bahagian pertahanan, Negeri Sembilan berjaya mendapatkan khidmat ketua skuad kebangsaan, Zamani Misbah yang juga bernasib malang dengan kecederaan sebelum Safiq Rahim memikul tanggungjawab dengan jayanya sebagai ketua pasukan kebangsaan di kejohanan sama, AFF Piala Suzuki 2010. Zamani akan bergandingan dengan Aidil Zafuan untuk musim baru ini manakala Shukor Adan akan kembali ke posisi asal, pemain tengah (box-to-box midfielder).

Pemain muda Halim Zainal menyinar dalam penampilan sulung pada musim lepas meyakinkan Wan Jamak tidak membuat perubahan besar dalam jentera tengah dengan mengekalkan khidmat Idris Karim, Shahurain dan pemain sayap kebangsaan, S. Kunalan.

Tenaga serangan akan lebih tajam dengan kehadiran pemain Hai-O berteknologi nano, Hairuddin Omar untuk membantu penyerang kebangsaan, Zaquan Adha. Tidak ketinggalan pula kemasukan pemain utama Harimau Muda, Fakri Saarani yang juga menimpa nasib malang mengalami kecederaan sebelum kejohanan AFF Piala Suzuki 2010 dan K. Rajagopal membuat tindakan bijak dengan menggantikannya dengan Ashaari Shamsudin, penjaring gol kedua ketika perlawanan akhir menentang Indonesia di Bukit Jalil.

Dengan kemasukan beberapa pemain berkualiti, misi tiga piala tidak mustahil untuk dikecapi. Tidak seperti pemenang Piala Malaysia lepas, Kelantan yang bukan setakat kehilangan penyerang Hairuddin Omar tetapi juga Indra Putra, Norfarhan berhijrah ke skuad T-Team bahkan Akmal Rizal juga akan meninggalkan Kelantan.

Misi Tiga Piala: Hobin Jang Hobin!

Senarai Jang Gayo Pejuang, gontar tiado, Pialo kito punyo!

Ahmad Aminuddin ShaharuddinForward
Ahmad Fakri SaaraniForward
Hairudin OmarForward
Mohd Firdaus AzizulForward
Mohd Zaquan Adha Abdul RazakForward
Abdul Halim ZainalMidfield
Idris Abdul KarimMidfield
Kunanlan SubramaniamMidfield
Mahathevan GengatharanMidfield
Mohd Shaffik Abdul RahmanMidfield
Shahurain Abu SamahMidfield
Irwan Fadzli IdrusDefend
Mohamad Aidil Zafuan Abdul RazakDefend
Mohd Aliff SamsudinDefend
Muhamad Shukor AdanDefend
Norhafiz Zamani MisbahDefend
Qhairul Anwar RoslaniDefend
Tengku Qayyum Ubaidillah Tengku AhmadDefend
Mohd Farizal HarunGoalkeeper
Mohd Farizal MarliasGoalkeeper
Muhammad Hanif SaiedGoalkeeper

21 Ulasan:

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

"Misi Tiga Piala: Hobin Jang Hobin!"

Jangan misi jadi MIMPI sudahlah.

r.k berkata...

ji , sabtu sedium . jumpo harimau mudo A . maghin Harimau Mudo A baru kalahkan Singapo 2-0 .. Kito tengok cano Harimau Mudo jumpo Jang Pojuang pulak .

sabtu ni ji . jangan tak jadi !

Jorji berkata...

TTB : Mimpi misi (nurse) pun ok.

r.k : ekau jgn tak datang!

Unknown berkata...

Walau den baco sokernet maso ado cerito pasal Ruso, tapi den totap sokong J or Ji. Idup Jang! Hobin jang Hobin!

PELAUNG PULAU berkata...

obinnn jang obinn...lawan anak ghimau ko? ahh kito makan!!makan!!

talkIZcheap! berkata...

banyak 'bernasib malang' jer...

harap2 tahun depan takdelah nasib team pun malang jer memanjang, ye dok?

kecuali time lawan Kelantan la... :p

ijan de bunks berkata...

kamon jang2 sekalin...
this is our season(ayat yenuwa)

AH7 berkata...

Viva Selangor

kareem berkata...

obin jang obin ni overrated je...

keli berkata...

Sokernet xder pengulas utk kem selangor ker.....? Kan selangor BIG 4 kat liga malaysia nie...heh..

zX berkata...

ghuso lawan ghimau?

sah² le kena bahan dek ghimau

Tanpa Nama berkata...

Nak Johor FC!!!

PELAUNG PULAU berkata...

kehkehkeh..lawan budak inguih macam anak ghimau ni colah gigi yo.. anak ghimau tu takat lawan anak singo buleh laaa... logo anak singo tu pon dah ghupe ikan duyung je...

r.e.n.j.u.n.a berkata...

haha ..

2 hari terpampang di Sokernet, hanya 13 komen... Dah sah jang tak boleh lawan Selangor dan Kelantan tahun ni..

Jorji berkata...

Kekuatan Jang bukan ditentukan oleh komen, keganasan mahupun jumlah penyokong, tetapi dipadang.

berbeza dgn pasukan lain yg suka menunjuk kuat diluar padang tapi lomah longlai di depan jaring.

macam selangor!

:P

ijan de bunks berkata...

komen jorjo mmg padu...
tumbukan shrek ke udara 1

tuan director berkata...

rempoh perlis rempoh

hantuLongkang berkata...

mana review team2 dari terengganu mana?.. kang marah cakap aku firaun... aku bebel kang cakap aku bini firaun... hahaha

bowe berkata...

monang soghak yo xguno gak..yg ponting ateh padang jang besatu..1nismilan 1jang 10 anak dagho..motto jang taun ni..amacam..

Azfar Ridhwan berkata...

Untuk skuad kebangsaan friendly 2 Feb, ade 5 Jang! = Fakri Saarani, S. Kunalan, G. Mahathevan (tinggi mcm celaka), Farizal Marlias dan Aidil Zafuan. Den da kobar yg nismilan taun ni memang kuek!

Dengar 2 Feb ni, Malaysia main kat stadium Cheras. So jom ramai2 turun kalau tak nak di cop poyo yg dtg final bukit jalil je :P

Azfar Ridhwan berkata...

eh, silap. 9 Feb rupa nyer Malaysia lawan Hong Kong kat Stadium Cheras :P

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...