ANDA SEDANG MEMBACA

27

Liga Super Malaysia 2011: Bolasepak Kita, Wajah Kita

Lucius Maximus Sabtu, Januari 29, 2011




Hari yang dinantikan akhirnya telah tiba. Liga Super Malaysia musim 2011 akan bersepak mula malam ini di saat Piala Asia 2011 bakal melabuhkan tirai dan saingan FA Cup di England menjadi semakin rancak. Kesetiaan setiap dari kita yang mengaku Harimau Malaya sejurus selepas kejayaan Malaysia memenangi Piala AFF Suzuki 2010 baru-baru ini bakal teruji.

Tujuh perlawanan melibatkan 14 pasukan berlangsung hari ini. Tumpuan utama pastinya perlawanan antara Selangor dan Kelantan yang turut melibatkan perebutan Piala Sumbangsih. Seawal jam 4.45 petang pula Terengganu menyambut kunjungan Sabah atas faktor ketiadaan lampu limpah yang mengikut piawaian.

Sokernet sempat menghubungi Ayah Pin untuk mendapatkan tilikan tak berapa boleh pakai untuk pusingan pertama Liga Super Malaysia.

Selangor 2
Kelantan 1

Terengganu 1
Sabah 1

Kuala Lumpur 0
Perak 2

Johor FC 2
Felda United 0

Kedah 3
T-Team 1

Negeri Sembilan 1
Harimau Muda A 1

Pahang 0
Perlis 5

Sementara itu, Australia pula bertemu Jepun dalam saingan akhir Piala Asia 2011.

Australia 1
Jepun 2

Ayah Pin juga sempat memberi tilikan untuk pertemuan Everton dan Chelsea dalam FA Cup.

Everton 1
Chelsea 4

Lain-lain perlawanan, Ayah Pin bilang tak penting.

27 Ulasan:

akari durranie berkata...

mak ai sampai 5 perlis tibai pahang.haha

afterc berkata...

hahaha..kang mengamuk sultan bola

julu berkata...

t-team dh mantap skrg bro..
kedah susah nk makan.. :D

Kaki Merapu berkata...

hahaha..

0-5 kepada pahang....

i like...

ijan berkata...

menangis pipi tgk result pahang haha

Khuzz berkata...

Johor FC,
Jepun,
Chelsea

Tiga2 aku sokong... yeraghh!!!!

Raiden berkata...

Yeah, bola malaysia tetap di hati!! Tapi kalo dah tayang kat kedai mamak tu FA Cup England aku tak boleh watpe la, terpaksa layan..

Kap berkata...

liga malaysia berwajah baru.
tapi sultan bola tetap sultan bola.
bola negara tak kan ke mana.
aku tunggu dan lihat.

sinach zawawi berkata...

kritik pon kena gantung berbulan2. gila berdaulat FAM under sultan bola.

'Ariff Ansaruddin berkata...

ni yang buat aku makin suka dengan bola sepak Malaysia, apalagi kalau part negeri 'tuuuuuut' lawan kelab atau negeri lain. mest penyokong ultras mereka akan baling hadiah berasap iaitu mercun. senang cakap, kalau tak mereka, siapa lagi?

akari durranie berkata...

perlis kena titik pulak dah!

iKHwAn berkata...

Tahniah Chelsea dgn 4 berbalas 1..

DIYSAR berkata...

tkang tilik mana pakai ni, x brapa kena result malm ni

BujanG BahaGia berkata...

Kelantan menang .....!
Big 4 baru Liga Super nih...

haway mutasawwil berkata...

tekaan ayh pin byk yg slh neh.hee

α.φ.a.k. berkata...

tilikan kurang tepat, walaupun hampir2 mengena. rimau dijinakkan di paroi bos. 1-0. lain kali kena buat tilik kad kuning berapa pulak, pasal ref malam ni kat paroi, kalau tak belajar dgn howard webb, mesti berguru dgn ben williams.

α.φ.a.k. berkata...

lupa pulak nk bagitau, pasal emo sgt.6 kad kuning utk ns, 1 utk rimau. kelas ref kita.

REPUBLIK N9 berkata...

ref cap ayam...

Mumia.Megat.Menjelma berkata...

ape citer yg 6 kad tuh? klon Ben William mne yg smpai M'sia neh...

BanDeLa berkata...

seri da betul bah..tapi seri 0-0 la...

Mr. Schomey™ berkata...

silap la pahang nak kena titik. ni perlis kena pijak ngn tok gajah. 3-1 da.

talkIZcheap! berkata...

aku mencadangkan agar Ayah Pin segera berundur dalam hal ehwal ramalan keputusan bola... seb baik aku tak main judi bola, kalo tak mesti dah lama bengkrap...

prediksyen tak pernah betul!!

a berkata...

weyh!! aku org phg!!! mmg ak nyapah ngn sultan bola... tapi aperhal aku rasa result pahang vs perlis tu salah?????? kjam douh kalo nk nganjing tulis kna titik 5-0... pipi bersuara pipi!! keh org raub ni

Perenang Tegar berkata...

Aku suka baca komen ariff ansarudin... beliau sangat genius

[GM]UchicaRiez_Hacker berkata...

SILAP TU SEMUA !
NEGERI SEMBILAN 1 - 0 HARIMAU MUDA A
PAHANG 3 - PERLIS 1 !
BIOL !

Wan Perlis berkata...

kah kah kah

r.k berkata...

macam biasa .. ayah pin tak boleh pakai ! .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...