Memaparkan catatan dengan label Apa lagi yang Liverpool boleh raikan lagi season ni?. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Apa lagi yang Liverpool boleh raikan lagi season ni?. Papar semua catatan
42

Hey Piala!

Menyaksikan pasukan yang disokong bermain diperlawanan akhir sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat mengasyikkan. Berantakkan dengan orgasm. Penuh dengan keghairahan dan rangsangan yang tidak terucap oleh kata-kata.

Walaupun permainan semalam agak menyebelahi Liverpool dari sudut statistik, tahniah saya ucapkan kepada Cardiff City yang berjuang hingga ke minit terakhir.

Cardiff City mendahului dengan jaringan yang membuatkan peminat ManUtd, Chelsea serta Arsenal tersenyum nipis. Mereka menjadi kacip tanpa menyedari bahawa Liverpool sebenarnya hanya mempermainkan perasaan mereka. Malah, agak sadis juga kerana aksi mempermainkan perasaan mereka ini bermula dari kes keretapi yang membawa ramai fans Liverpool rosak sebelum sepak mula dan berterusan sehinggalah ke tendangan bolasepak yang terakhir. Takziah saya ucapkan kepada mereka yang terjebak. Mohon tabah.



Tambahan masa adalah sesuatu yang sudah saya jangka kerana hati bookie perlu dijaga. Dilaporkan perlawanan kemasa tambahan semalam telah menyebabkan bookie mengaut keuntungan yang berbillion Euro dan 99% dari duit itu ialah duit penyokong ManUtd, Chelsea dan Arsenal. Sekali lagi, mohon tabah.

Begitu nikmatnya pabila perasaan-perasaan mereka diperkotak-katikkan, dilambung-lambung tatkala ada diantara mereka berani menyuarakan pendapat bahawa Liverpool bakal kalah. Begitu lemahnya pemikiran mereka. Begitu naif.

Kemenangan Liverpool semalam walaupun hanyalah Piala Carling, ia tetap tercatat didalam sejarah sebagai satu kejuaraan dan gobok piala di Anfield bakal diisi dengannya.

Dengan Piala FA masih menjadi buruan Liverpool, nampaknya peluang Liverpool menang piala berganda semakin tinggi. Harapan ManUtd untuk menang sebarang piala semakin tipis manakala peluang Chelsea dan Arsenal pula bolehlah kita abaikan.

Tahukah anda walaupun menang sampai 3-0 atau 5-2 tapi tak menang piala adalah ibarat mengorat makwe sampai habis duit beribu ringgit tapi akhirnya kutu lain yang sapu makwe itu bermodalkan air liur?

Juga, tahukah anda skor last minit untuk menang tak dapat apa tapi skor menang penalti dapat piala?



Saya sudahi entri saya ini dengan meminjam tweet dari brader A.K.A.B:

'1981 1982 1983 1984 1995 2001 2003 2012. YNWA'

#YNWA ./
41

Luis Konek Power!



Cilakak! Boleh draw pulak? UCL tak menang, Europa tak menang, EPL pun tak menang, dengan Manchester United pun tak menang. Apa lagi yang gua boleh raikan season ni? -Luis Konek Racist Diver



Lagu Rasmi The Kops untuk Luis Konek.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...