Memaparkan catatan dengan label Entry Rabu. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Entry Rabu. Papar semua catatan
10

Kota Bharu Berhak Merasa Angkuh




Dalam Media Masa

Ledakan  kontroversi terus menghantui kem Kelantan sejak permulaan musim,
bermula dengan cerita perangai Mat Yo yang tidak sudah sudah nak kencing media,
sambung pula dengan perangai Tengku Selatan yang tak tahu tunduk hormat kepada rakyat mahren,
sampai kesudah isu lemak ini tidak selesai walaupun liga telah membuka tirai.

Di Kota Bharu pula

Suasana hujan tidak mematahkan langsung semangat penyokong untuk ke stadium,
nampak benda  POWER disitu?
dia punya POWER, Pahang pon tak boleh nak lawan, nampak tak, nampak tak?


King of comeback

Selain handal dalam permainan dipadang, kem Kelantan juga tahu untuk bermain wayang dengan pasukan lawan, dibiarkan dulu lawan mendahului,
membiarkan lawan untuk merasa apa sebenarnya perasaan ANGKUH,
sebelum melakukan comeback yang tak disangka sangka.


Keputusan penuh perlawanan, Kelantan - 2 : 1 - PKNS.




                             "Kelantan tetap klasmen" kata Muhammad Najib,Menteri Sokernet
5

#2 - Entry Rabu

Abdul Sokernet Selasa, Ogos 31, 2010

Minggu ini Sokernet memilih 3 artikel lagi untuk dimuatkan dalam edisi Entry Rabu. Terlalu banyak submission yang dihantar oleh pembaca dan perkara sebegini sememangnya tidak kami duga. Jadi dengan itu, pihak Sokernet terpaksa meletakkan beberapa kriteria sebagai parameter untuk sesuatu submission itu dipilih.

Antaranya:

1. Jika ada 5 orang hantar artikel cerita hal Liverpool - mungkin Sokernet akan pilih 2 yang dirasakan terbaik.
notakaki: Artikel berkenaan Liverpool..masyaAllah banyak gila.

2. Jika ada 3 orang hantar artikel kutuk FAM - Sokernet akan pilih 1 atau 2 (ikut siapa paling kuat kutuk).

3. Jika artikel yang anda hantar ditulis dalam format sms kepada kawan kawan ajak minum teh - FAIL!

4. Format artikel, font, highlighting, susun atur paragraph - mestilah elok dan senang dibaca. (teknikaliti kena jaga sikit beb)

5. Penghantar artikel yang sama - Sokernet berbesar hati menerima artikel anda. Tapi kalau minggu tu ada pula orang baru yang hantar artikel, dan sama sedap dengan artikel yang orang minggu lepas atau minggu minggu lepas hantar, kebarangkalian orang baru nak dapat masuk adalah cerah berbanding orang yang pernah masuk.

6. Rare - artikel anda kalau boleh buatlah yang fresh, baru, inspiring..bila baca rasa original dan sedap. Sokernet sangat menitikkan soal Rare ni. Kalau boleh bagi lah artikel yang ada perspektive, ada research, ada matlamat, ada visi..bukan artikel ringan macam pengulas pengulas selalu tulis:)

Bak kata ketua Sokernet, Nazri :
"Cuma Lucius yang mengilmiahkan Sokernet ni, lain lain makan gaji buta!"

Akhir kata, Selamat Membaca!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...