Memaparkan catatan dengan label aiman tak kisah. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label aiman tak kisah. Papar semua catatan
44

Tambahan: Edisi Doggy

LuciusMaximus Isnin, November 08, 2010 , , , ,


Kem Chelsea di Sokernet ialah kem yang paling lantang, riak dan takbur. Tidak dapat dinafikan.

Kami tidak mahu buang masa bercakap mengenai zaman pra sejarah, atau mengenai bolasepak sebenar dan tumbukan padu ke udara malahan jauh sekali tentang ART dalam bolasepak.

Yang paling penting bagi kem Chelsea ialah klasemen, klasemen dan klasemen. Sambil pada masa yang sama memandang rendah kepada Arsenal dan menganjing Liverpool.

Mentaliti Chelsea ialah BPD. Big Penis Dick. Terma ciptaan typo Obefiend yang kerap digunakan dalam mesyuarat sulit Sokernet. Ya Sokernet ada mesyuarat sulit setiap hari, 24-7.

Menang BPD. Kalah juga masih BPD. Dan kalau kalah, sikap ‘apa ada hal’ atau ‘Aiman tak kisah’ menjadi pegangan Chelsea. Carefree kata kami.

Ya, apa ada hal. Aiman tak kisah.

Liverpool memang terkenal dengan perangai cepat teruja. Dulu-dulu bila menang dengan Manchester United atau Chelsea mereka akan bilang ‘this is our year’. Akhirnya ‘year’ yang dinanti-nanti tak sampai juga. Sekarang oleh kerana mereka berdepan masalah dalaman, bila menang dengan lawan yang klasemen mereka bercakap pula tentang ‘a striker reborn’ atau ‘a team reborn’.

Tunggu bila Nando Torres ‘injured’ dan mereka kalah perlawanan berikutnya. ‘Reborn’ lah sangat.

Okay Chelsea datang malam tadi dan memang tidak berniat hendak memberi can langsung. Niat The Blues ialah bertandang ke Anfield dan menghuru-harakan Liverpool, merobek gawang mereka semaksimum mungkin dan mencantas kaki Stevie G dan Nando Torres. Objektif utama, membantu semua pasukan EPL lain dalam matlamat menghantar Liverpool ke Football League Championship.

Tapi langit tidak selalunya cerah. Dan kadang kala apa yang direncanakan tidak menjadi. Gol awal Nando Torres mengubah senario perlawanan. Dan gol kedua yang menyusul cukup untuk memadamkan api perancangan awal The Blues.

Sepanjang separuh masa kedua Liverpool bertahan dan ianya dilakukan dengan baik. Mereka menyerap serangan bertali arus dari Chelsea dan mempertahankan kelebihan dua gol. Kredit untuk Pepe Reina dan Palang Gol.

Tanpa mata di Anfield memang mengecewakan tapi kami sedar ianya memang sukar. Tidak apa, tunggu Stamford Bridge tahun depan dan harapan pada masa itu biarlah Liverpool bertandang sebagai antara 8 pasukan teratas EPL jika tidak 4, bukan sebagai antara calon relegasi. Nanti kalau datang sebagai calon relegasi nampak macam pasukan belasahan pula.

Dalam memburu kejuaraan EPL apa yang terpenting ialah konsistensi. Tidak ada guna menang dengan Chelsea atau Manchester United tapi nanti kalah dengan West Bromwich Albion atau Blackpool. Tak percaya? Tanya kelab bolasepak ART, Arsenal.

Setakat ini Chelsea sudah tunduk 2 kali. Dan dalam kedua-duanya ia perlawanan di tempat lawan menentang pasukan atasan liga. The Blues masih boleh menerima kekalahan di Old Trafford dan Emirates, juga seri di White Hart Lane seperti apa yang berlaku di Villa Park sebelum ini. Tidak kisah asalkan menang di Stamford Bridge dalam semua perlawanan timbal balik menentang kelab-kelab atasan tersebut dan menang secara konsisten tempat sendiri atau lawan dengan kelab EPL yang lain.

Bagaimana dengan Liverpool? Mereka mungkin tidak tersingkir dari EPL musim ini tapi yang pasti peluang untuk menjuarai EPL juga agak sukar. Dan melainkan ‘a striker reborn’ dan ‘a team reborn’ dapat mengekalkan rentak kemenangan seperti ke atas Chelsea malam tadi dalam perlawanan berikutnya, peluang The Reds untuk slot Champions League nampak tipis.

Dan mengharapkan konsistensi dari Liverpool samalah seperti mengharap trofi EPL ke Anfield. Berjanggut.

Main Europa League lagilah nampaknya.

Maka di sebalik kekalahan malam tadi, Chelsea masih klasemen. Terima kasih kepada konsistensi yang wujud sebelum ini. Kelebihan 5 mata sudah kurang kepada hanya 2 tapi kedudukan klasemen adalah yang paling penting. Dan The Blues seperti biasa, pasti resilien dan konsisten untuk bangkit kembali dalam perlawanan berikutnya.

Liverpool? Sama ada mereka menjadikan kemenangan malam tadi sinar baru di Anfield atau sekadar satu lagi kenangan manis untuk disandarkan. Macam menyandarkan kenangan menang besar ke atas Manchester United di Old Trafford atau kehebatan mereka zaman pra sejarah dulu.

Kalau menjadi sinar baru, baguslah. Kalau sekadar sandarkan pada kenangan, apa nak buat.

Apa pun, bagi kem Chelsea…

Aiman tak kisah...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...