ANDA SEDANG MEMBACA

45

Tambahan: Edisi Doggy

Lucius Maximus Isnin, November 08, 2010 , , , ,


Kem Chelsea di Sokernet ialah kem yang paling lantang, riak dan takbur. Tidak dapat dinafikan.

Kami tidak mahu buang masa bercakap mengenai zaman pra sejarah, atau mengenai bolasepak sebenar dan tumbukan padu ke udara malahan jauh sekali tentang ART dalam bolasepak.

Yang paling penting bagi kem Chelsea ialah klasemen, klasemen dan klasemen. Sambil pada masa yang sama memandang rendah kepada Arsenal dan menganjing Liverpool.

Mentaliti Chelsea ialah BPD. Big Penis Dick. Terma ciptaan typo Obefiend yang kerap digunakan dalam mesyuarat sulit Sokernet. Ya Sokernet ada mesyuarat sulit setiap hari, 24-7.

Menang BPD. Kalah juga masih BPD. Dan kalau kalah, sikap ‘apa ada hal’ atau ‘Aiman tak kisah’ menjadi pegangan Chelsea. Carefree kata kami.

Ya, apa ada hal. Aiman tak kisah.

Liverpool memang terkenal dengan perangai cepat teruja. Dulu-dulu bila menang dengan Manchester United atau Chelsea mereka akan bilang ‘this is our year’. Akhirnya ‘year’ yang dinanti-nanti tak sampai juga. Sekarang oleh kerana mereka berdepan masalah dalaman, bila menang dengan lawan yang klasemen mereka bercakap pula tentang ‘a striker reborn’ atau ‘a team reborn’.

Tunggu bila Nando Torres ‘injured’ dan mereka kalah perlawanan berikutnya. ‘Reborn’ lah sangat.

Okay Chelsea datang malam tadi dan memang tidak berniat hendak memberi can langsung. Niat The Blues ialah bertandang ke Anfield dan menghuru-harakan Liverpool, merobek gawang mereka semaksimum mungkin dan mencantas kaki Stevie G dan Nando Torres. Objektif utama, membantu semua pasukan EPL lain dalam matlamat menghantar Liverpool ke Football League Championship.

Tapi langit tidak selalunya cerah. Dan kadang kala apa yang direncanakan tidak menjadi. Gol awal Nando Torres mengubah senario perlawanan. Dan gol kedua yang menyusul cukup untuk memadamkan api perancangan awal The Blues.

Sepanjang separuh masa kedua Liverpool bertahan dan ianya dilakukan dengan baik. Mereka menyerap serangan bertali arus dari Chelsea dan mempertahankan kelebihan dua gol. Kredit untuk Pepe Reina dan Palang Gol.

Tanpa mata di Anfield memang mengecewakan tapi kami sedar ianya memang sukar. Tidak apa, tunggu Stamford Bridge tahun depan dan harapan pada masa itu biarlah Liverpool bertandang sebagai antara 8 pasukan teratas EPL jika tidak 4, bukan sebagai antara calon relegasi. Nanti kalau datang sebagai calon relegasi nampak macam pasukan belasahan pula.

Dalam memburu kejuaraan EPL apa yang terpenting ialah konsistensi. Tidak ada guna menang dengan Chelsea atau Manchester United tapi nanti kalah dengan West Bromwich Albion atau Blackpool. Tak percaya? Tanya kelab bolasepak ART, Arsenal.

Setakat ini Chelsea sudah tunduk 2 kali. Dan dalam kedua-duanya ia perlawanan di tempat lawan menentang pasukan atasan liga. The Blues masih boleh menerima kekalahan di Old Trafford dan Emirates, juga seri di White Hart Lane seperti apa yang berlaku di Villa Park sebelum ini. Tidak kisah asalkan menang di Stamford Bridge dalam semua perlawanan timbal balik menentang kelab-kelab atasan tersebut dan menang secara konsisten tempat sendiri atau lawan dengan kelab EPL yang lain.

Bagaimana dengan Liverpool? Mereka mungkin tidak tersingkir dari EPL musim ini tapi yang pasti peluang untuk menjuarai EPL juga agak sukar. Dan melainkan ‘a striker reborn’ dan ‘a team reborn’ dapat mengekalkan rentak kemenangan seperti ke atas Chelsea malam tadi dalam perlawanan berikutnya, peluang The Reds untuk slot Champions League nampak tipis.

Dan mengharapkan konsistensi dari Liverpool samalah seperti mengharap trofi EPL ke Anfield. Berjanggut.

Main Europa League lagilah nampaknya.

Maka di sebalik kekalahan malam tadi, Chelsea masih klasemen. Terima kasih kepada konsistensi yang wujud sebelum ini. Kelebihan 5 mata sudah kurang kepada hanya 2 tapi kedudukan klasemen adalah yang paling penting. Dan The Blues seperti biasa, pasti resilien dan konsisten untuk bangkit kembali dalam perlawanan berikutnya.

Liverpool? Sama ada mereka menjadikan kemenangan malam tadi sinar baru di Anfield atau sekadar satu lagi kenangan manis untuk disandarkan. Macam menyandarkan kenangan menang besar ke atas Manchester United di Old Trafford atau kehebatan mereka zaman pra sejarah dulu.

Kalau menjadi sinar baru, baguslah. Kalau sekadar sandarkan pada kenangan, apa nak buat.

Apa pun, bagi kem Chelsea…

Aiman tak kisah...

45 Ulasan:

mohd berkata...

yes klasemen

ayobkelubi berkata...

alamakkkk aihh.

dia punya ayat mmg stail buat PC lepas game. kalau kalah.memang menyakinkan betul!. dasyat betul lah klasemen ni. keh keh keh.

yelah. kalau kalah macam dgn wigan ker. sedih gak kan?.

diazhavanaz berkata...

Hahahahhahahah, sore loser piece of crap!

Lucius Maximus berkata...

Hehe, ye lah karang kalau aku diam macam stail Pipiyapong lak

Jarr berkata...

balance pizza semalam lu simpan lagi?kasik abis dulu...

tapi entry ni mmg typical chelsea, angkuh dan bongkak tapi klasemen!

silamuddin berkata...

aku lagi sedih bai...aku sorg lak tu pkai jersi CHELSEA smlm kat mamak...yg len merah jek...yg pnting CHELSEA maseh TERKLASEMAN ! HAHAHA

diazhavanaz berkata...

Adeh, kena pulak aku...Come on Pipi, mana entri mempertahankan Arsenal?!!!

Khuzz berkata...

Selama ni aku silent reader je.... hahahhahahaaa.... tapi tamparan hebat aku terima semalam oleh kipas-susah-mati the reds... damn!!!

Nice piece... kita tetap klaseman....

Kuasa berkata...

Hahaha, mmg best entri brader Luci, walau kalah dan pahit utk ditelan, tetap maintain hensem persis Branislav "Ana" Inavonic...

Yeah, well done Redmen, YNWA!

frwls berkata...

tepok amai-amai
belalang kupu kupu


errmmm torres buat susu

I Am Legend berkata...

entri tipikal lucy dan chelski, angkuh dan bongkak tapi klasemen...

dan macam biasa, mengelak dari kutuk man u?

yetzack berkata...

Liverpool memang terkenal dengan perangai cepat teruja. Dulu-dulu bila menang dengan Manchester United atau Chelsea mereka akan bilang ‘this is our year’...

spot on.tapi arsenal bukan team cam gini jugak ke? hahaha..

kitt berkata...

haha...aku baca susunan ayat-ayat begitu keras dan padat dan jugak bongkak. klasemen2..

edisi doggy ni dah naik satu darjat dari menganjing.

pOr berkata...

fakingg

ashraf berkata...

TERBAIK :)

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

kahkahkah!
misi mempertahankan maruah dari kem chelsea..

Jarr berkata...

ini salah satu cara kem chelsea menepis dinganjing nganjing dikala kalah, it works.

susun ayat yg meninggi diri disamping pulang paku buah dada..eh keras.sedikit sebanyak dpt mengalih perhatian org utk menganjing secara pukal..

january nanti andy carroll gi chelsea kata Lucius =))

ChesterChaz berkata...

hahahaha.. ni mmg tahap dewa punye nganjing..

sambil nganjing sambil belagak..jinggak namanye.. hahaha

Faiz Tapit berkata...

bagak abes

TENGKU berkata...

sore loser

mangifera berkata...

kah kah. ini entri menjilat ludah sendiri. mula2 kasi can, sekarang pulak nak ngaku sebenarnya it's a bad day in the office. manyak pusing2 la.

ni macam aiman jugak ni, mulut cakap tak kisah tapi mata dah berkaca2 dah nanges. kah kah kah.

Abdul Dubook berkata...

lepas CPD, kita buat buku BPD lak.

aranhellstorm berkata...

reading this entry with a BIG GRIN. haha!

Katalah apa pun, yang penting malam tadi si Merah-Merah (the Reds) sangat garang, the si Biru-Biru tak melawan, kering beb, takde gol.. hehe

btw, ini entry typical Lucy dan si Biru-Birunya, klasemen-angkuh-bongkak-takabbur. haha!

YNWA!

Obefiend Weiland berkata...

HNGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!

Nabil Hussein berkata...

Puas aku carik,rupanya 'catat ulasan' yang digunakan.

Biasalah,klaseman tetap klaseman.

Takbur tetap takbur.

Usah pandang kelab bawahan.

Ayuh Chelsea!!

Kita berperangai seperti puak tebing barat.

Yang lain hina, Chelsea tetap termulia.

haha!!

Jarr berkata...

Benjamin Netanyahu mesti bangga ngan korang.

r.k berkata...

ah , riak betul rasanya lepas baca entry ni !

incik neng berkata...

gua rase jijik pulak bile kalah dengan pasukan pertengahan meja
najis ik3

Kuasa Autonomi berkata...

Netanyahu? Haha, terbaek la Jarr!

hantuLongkang berkata...

"Kami tidak mahu buang masa bercakap mengenai zaman pra sejarah" - lucy

alah, tak mahu pulak dia... cakap je la tak MAMPU... kalau mampu, dah lama kem chelsea akan lantang, riang dan takbur.. miahaha

"Kem Chelsea di Sokernet ialah kem yang paling lantang, riak dan takbur. Tidak dapat dinafikan." - lucy

dan jugak paling putar alam.. miahaha... skjp kasi can, alih2 langit tak cerah pulak... skjp tak kesah, alih2 kecewa pulak tak dpt mata kat anfield... apa nak jadi ko ni lucy oii... miahaha

nu_Ox3r berkata...

budak baru nk kenal bola..ayat agak wala takrabuzzina disitu...

jamsarisabian berkata...

entry nih memberi aku semangat untuk terus takabbur, riak, sombong, ujub, bangga diri terhadap team2 lain..yaaaaaaaaaaaaahhh..kami masih klasemen..haha..

Nik Saiful Anuar berkata...

klau nk liverpool angkat pasu bunga barclays, they have to win all straight damn game starting from now

and then, klasemen lah diorg, huhu

lucyal berkata...

entry ni aku leh terima pakai sebagai typical chelshit...dari entry kasi can mali can...haha..tak klaseman langsung...

lucyal berkata...

"Kami tidak mahu buang masa bercakap mengenai zaman pra sejarah" - lucy

dari dulu ni je point ko..memang typical lucy la...

talkIZcheap! berkata...

kalah... hahaha!!! :DD

TENGKU berkata...

A sore loser is someone who loses in a fair competition but whines about it on a constant basis, blaming everyone around them for their loss except themselves. Fun to taunt, but no fun to play with.

al-rashid berkata...

aiman xkesah..
nice..

Kelon Eric Bana berkata...

Lucy memang ada power dalam menyebarkan doctrine melalui penulisan. Hang ada amik kursus khas penulisan perang saraf ka?

Idea dia letak kekalahan Man U bersama Chelsea, dengan ulangan pada beberapa perenggan berikut, boleh buat readers rasa kekalahan Chelsea semalam bukan ada-apa-hal sangat.

Hahaha.

Jiraya berkata...

masih lagi no. 1 dan top 4.tu yg penting, reborn ke unborn ke, tapi tk dpt yg teratas tak guna jugak.

zu berkata...

hahaha biasa la tu..
nasib baik.. memang nasib baik.
nasib ada lagi dua points spare.
dua mata tu datang kerana konsisten. makanya masih lagi klasemen.
dan terbitla entri ini..
kalau la sabtu lepas tu manure dah ada kat atas,
saya tak dapat nak bayangkan entri yang bertema apakah yang akan keluar masa ini.
sekali lagi, masih klasemen kan.. pegi jahanam la sama aiman.

liverpool memang tak boleh nak menang dengan chelsea punya kalau dibentang kertas.
kalau dibanding juga dengan prestasi semasa.
memang takde harapan sangat. busuk2 pun, boleh seri je.
tapi dorang main bola semalam bukan atas kertas. bukan juga bukan kat belakang umah lucius.
dorang main atas padang rumput.
jadi, itulah keputusannya.
biarlah kami fans liverpool ni nak bergembira sekejap.
kalau pun tak sehingga hujung season, ataupun sehingga bulan mei seperti season2 dahulu kebiasaannya,
gembira sehingga next match pun jadik laa..

tapi memang tipikal pun.
fans liverpool pun tak boleh menang gak..
kalau dibukak cerita eropah, UCL misalnya,
maka akan dibukak cerita liga.eropah tu team yang bernasib baik je boleh menang.
kalau dibuka cerita menang liga, 18 kali misalnya,
dorang bukak plak citer ahh itu sejarah lapuk, pra-sejarah lagi tepat.
ini zaman liga perdana.
menang la liverpool tak penah menang liga perdana.
kalau camtu, blackburn lagi hebat dari liverpool.
ni baru je nak layan citer yang paling baru.
dah plak dialaskan dengan citer konsisten.
masih lagi klasemen kononnya..
apa ada hal.

tapi biasala tu,
dah namanya pun mendoggy. parodi.
layankan je laa.
at least, ada gak post entri, di kala kalah atau menang.
elok jugak la tu dari pada manures.
post entri xde, alih2 bertempek je lirik lagu glory bangang tu merata2..

zu berkata...

eh lagi satu..
minta tolong..
macam mana saya nak post komen hanya dengan mengisi 'nama pengguna' dan kata laluan tu saje.
saya budak baru nak up.
saya percaya ada cara lagi mudah daripada daftar masuk, pastu isi benda haram apa segala jadah tu,
pastu gagal berulangkali sebab salah taip huruf yang bengkang-bengkok tu.

nmz berkata...

well. luci punya entry sangat best, ciri2 klasemen masih ada. memang tunggu ayat2 lucy. haha

liverpool bermain baik malam itu. torres dapat konfidennnya balik. good2.


zu : tak boleh la rasanya. sokernet dah tukar cara komen, pakai id jugak
xpun isi betul2 huruf tu, dapat punya.

Heysátan berkata...

kahkahkah,sore loser piece of crap woi!! igt player liverpool otak tumpul mcm ko ke encik lucius, kahkahkah

laila berkata...

dah nak menang nak buat macam mana encik lucius? terpaksalah mendoggy team yang kalah. redha je la eh. ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...