Memaparkan catatan dengan label rebiu akhir musim. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label rebiu akhir musim. Papar semua catatan
37

Memori Akhir Musim EPL 2009/2010

Obefiend Weiland Isnin, Mei 10, 2010

Masa untuk reminisen dengan teman-teman


Habis sudeyyy. Tinggal FA CUP aje yang masih menjadi rebutan. So anyway season sudah habis maka aku pun sebagai penulis takde bakat terpaksa fall back on the good old cliche of doing a season wrap up. Kenapa ayat tadi dalam bahasa inggeris? Kerana aku tak tahu macam mana nak translate "good old cliche of doing a season wrap up" ke bahasa kebangsaan. Sue me!

OGOS

Season dimulakan dengan piala sumbangsih. Chelsea dan Man United seri 2-2 selepas extra time. Lepas sepakan penalti Chelsea sapu Man U 4-1. Good job! Let the dancing like retards begin. In retrospect celebration Chelsea di Wembley ialah precursor kepada sambutan yang lebih meriah untuk bulan Mei

Main talking point diawal season ialah:
  • Bolehkah United cope dengan kehilangan Cronaldo?
  • Bolehkan Liverpool cope tanpa Alonso?
  • Siapa diantara top 4 yang bakal ditendang? (most people chose Arsenal!!)
  • THIS IS OUR YEAR Version 19.1.1.2 beta
Sebagai tanda penghormatan kepada Uncle Bobby Robson yang meninggal dunia pada bulan Julai, kesemua perlawanan pertama EPL dimulakan dengan 1minute applause. We miss you Uncle Bobby.



The special one's armpit needs special attention!


SEPTEMBER

Goal celebration Emmanuel Adebayor membuatkan peminat Arsenal yang selalunya zuhud menjadi militan. Selalunya hanya botol air ,duit siling dan kepala babi (if you are a Barca fan) yang dilontarkan kepada pemain tetapi untuk sambutan special edition Adebayor, dia dilontar kerusi plastik. Secretly every PES fans wanted this celebration to be included in the game!

Chelsea digam dari membeli pemain selama 18 bulan akibat pembelian pemain muda dari Lens, Gael Kakuta. Haters Chelsea ketawa besar dan buat joke "Patut la Chelsea ambik Carlo Ancelloti, dia dah biasa coach kuda tua kat Milan".


OKTOBER

Liverpool o - 1 Bola Pantai . Semestinya gol paling kelakar season ni.



NOVEMBER

Aquilani akhirnya muncul untuk perlawanan liga pertamanya untuk Liverpool. Kebanyakkan peminat Liverpool menjerit, "Ini ke pemain 20 juta? WTF?1!11one1!!!one!1"

Penjaga gol Totenham Carlo Cudicini kemalangan ketika merempit. Motor BMW beliau disapu sebuah ford Escort ketika dalam perjalanan ke pusat latihan

Paul Hart menjadi pengurus pertama dipecat. Berkat rekod kekalahan yang sungguh impressive, Hart digantikan dengan Avram Grant.

Goal celebration terbaik musim ini WAJIB dimenangi oleh Jimmy Bullard.



DISEMBER

Season Liverpool semakin haprak dan impian memenangi liga pada awal season sudah menjadi modal stand up comedian di Sokernet. Rafa ubah target dari juara liga ke "top four" finish. Dia guarantee Liverpool akan bermain dalam liga juara-juara musim depan. Kalau tak lepas 30 day money back guarantee?

Mark Hughes dan Gary Megson dipecat dari jawatan pengurus kelab masing-masing. Hughes digantikan dengan Roberto Mancini di Man City sementara Megson digantikan oleh Owen Coyle. Burnley terpaksa melantik Brian Laws untuk mengannatikan Coyle yang berpindah

Diakhir bulan Desember, Chelsea mendahului liga sebanyak 2 mata diatas Manchester United. Sejak EPL bermula Chelsea mesti menang liga jika mendahului liga diakhir krismas. Adakah sejarah akan berulang? Atau Chelsea akan tercekik seperti Liverpool tahun lepas?

JANUARI

Pemain vateran Sol Campbell kembali ke Arsenal. Sekaligus menaikkan purata umur pemain di Arsenal kepada 12 tahun 3 bulan 5 hari.

Tingkap perpindahan terbuka. Spekulasi gila mula tersebar di Chelsea dimana pemain seperti Ribery dan Aguero dikatakan bakal berpindah ke Stamford Bridge sebelum transfer ban 18 bulan berkuat kuasa.

Robinho give up dengan Man City dan menjadi pemain pinjaman di Santos.

Robbie Keane merajuk ke Celtic.


FEBUARI

Transfer ban keatas Chelsea dibatalkan.

Ryan Showross mematahkan kaki Aaron Ramsay.One more for the treatment room Arsene.

Perlawanan antara Man U dan Le Arse menjadi perlawanan 3D pertama dalam sejarah dunia.

Wayne Bridge tak mau salam tangan John Tiger Terry. Man City belasah Chelsea 2-4 di Stamford Bridge.

MAC

Phil Brown dipecat dari Hull dan digantikan oleh Ian Dowie.

APRIL

Owen Hargreaves dikatakan bakal bermain untuk pertama kalinya dalan 18 bulan. Peminat Man United yakin kepulangan Hargreaves bakal memantapkan midfield United yang sengal akibat Carrick yang useless. Walaubagaimanapun comeback beliau ditunda beberapa kali sehingga akhirnya dia tidak bermain langsung dalam musim ini.

Pompey menjadi kelab pertama yang bakal turun ke Championship. Pompey dikenakan penalti 9 mata setelah jatuh bankrap. All is not lost. Pada 12 April Pompey mengalahkan Spurs untuk layak ke perlawanan akhir FA CUP menentang Chelsea.



MEI

Hull dan Burnley menemani Pompey di Championship musim depan.

Totenham Hotspur memastikan tempat ke-4 setelah mengalahkan Man City. London bakal menjadi kelab pertama didalam sejarah menghantar 3 wakil ke Champs League sekiranya Spurs lepas pusingan kelayakkan kelak.

Chelsea menghambat Wigan 8-0 dalam perlawanan akhir untuk menjuarai liga. Man United menang besar keatas Stoke tapi sia-sia. Arsenal juga menang bergaya keatas Fulham sementara Totenham ranap di Burnley. Peminat Arsenal akhirnya dapat menyambut St Totingham's day walaupun tahun ini agak lambat!



Liverpool hanya mampu berada di tempat ke 7. Gerenti Rafa pada bulan Disember tak boleh pakai!

p/s : kalau aku ada miss apa-apa letak di ruangan komen. Aku tak ingat everything dowh!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...