Sokernet ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir yang ke 27 tahun kepada saudara Pipiyapong Abdillah di atas kejayaannya mengharungi liku liku hidup sepanjang 26 tahun kebelakangan ini.
Sepanjang 26 tahun berkecimpung dalam pancaroba dunia, Pipiyapong sudah merasai pelbagai cabaran, pahit manis, hitam putih, turun naik dan pelbagai lagi kenikmatan dan tidak kurang juga kesengsaraan hidup yang semua laluan kehidupan ini ditentukan sendiri oleh beliau atas bimbingan Yang Maha Kuasa.
Bekas pelajar sekolah berasrama penuh Sultan Ahmad Shah, Kuantan yang mendapat 4A dalam UPSR, seterusnya mengulangi kejayaan cemerlang dengan mengaut 8A dalam PMR, beliau berjaya menempatkan diri dalam kelas pandai ketika ditingkatan empat. Namun beliau cepat cepat sedar, kejayaan akedemik bukan perkara yang patut dikejar, kejayaan masuk ke Universiti adalah tipikal dan tak rare, kejayaan menggenggam segulung ijazah bukanlah kejayaan dalam realiti sebenar, kejayaan menjawat jawatan penting dalam perkhidmatan kerajaan langsung tak pernah difikirkan, apatah bercita cita mendapat gelaran Dr.Firdaus Abdillah, Ir. Firdaus Abdillah, Datuk, Dato', Tan Sri dan sebagainya.
Memilih pomen sebagai kerjaya, seawal usia 19 tahun Pipiyapong sudah mahir membuat tophaul, overhaul, cat body, ganti kusyen kereta dan korek blok kasi laju. namun bergelumang dengan dunia pomen masih belum memberi kepuasan dalam erti kata sebenar. Perjalanan masih jauh ke depan..
Di awal 20'an, Pipiyapong mula berjinak jinak dengan dunia penulisan blog. Meneruskan kesinambunagn zine HilangPunca yang dirintis ketika dibangku sekolah, menulis blog dianggap sangat kacip dan terlahirlah hilangPunca versi blog.
Ibarat Mawi dalam dunia AF, begitulah juga Pipiyapong dalam dunia blog. Sepanjang beberapa tahun berblog, beliau berjaya mengaut keuntungan beribu ribu ringgit dari kompeni pengiklanan seperti Nuffnang dan agensi pengiklanan persendirian seperti Teh Peria Berhad. Duit yang banyak tidak pernah dibazirkan. Berbekalkan kepandaian mengaut 8A dalam PMR, Pipiyapong melangkah lagi kehadapan dengan menubuhkan apa yang kita kenali, Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia : SOKERNET bersama Nazri M Annuar.
Setahun berlalu, Sokernet berjaya menggajikan 11 orang pengulas, 3 kerani dan 2 orang pgawai akaun dengan nilai yang sangat tak patut punya banyak. Memiliki premise sendiri di UK Perdana, membeli share UYA! Distro dan menjadi satu satunya kompeni yang berjaya mendapatkan Platinum Membership dari syarikat multinasional Alima, Pipiyapong tidak menoleh ke belakang lagi.
Mungkin ramai yang tidak tahu, Pipiyapong seorang bos yang garang dan tegas. Beliau sangat punctual, detail, menghormati masa, tidak bertangguh, professional, dan segala sikap seorang bos ada pada dia. Bagitau pada gua, kecuali artikel Nazri, artikel siapa yang tak pernah kena campak dalam tong sampah?, Jannah menangis berapa kali?, Lucius mengadu nak letak jawatan berapa kali?. Jorji kena show cause letter sebab tak datang kerja siapa yang sign kalau bukan Pipiyapong?. Namun itu semua lumrah kerja dalam Sokernet.
Kami di Sokernet, dikerah supaya berdedikasi, komited dan telus dalam menaiktarafkan Sokernet. Tiada masa sangat nak mengulo macam kerja lu orang.
Cilake punya bos!.
Oleh yang demikian, marilah sama sama kita nyanyikan lagu Hari Jadi untuk saudara Pipiyapong:
Selamat Hari Jadi
Selamat Hari Jadi
Selamat Haaari jadi Pipiyapong...
Selamaat haaarri jaadiii....!
LANGGANI RSS KAMI