Memaparkan catatan dengan label tak paham takpo. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tak paham takpo. Papar semua catatan
39

Dari Padang Lebar ke Bukit Jalil - istimewo Pialo Malaysia.

Jorji Khamis, November 05, 2009

Bekocak-kocak air di boting
Limau manih betaruk mudo
Bia becacak koghih dan lombing
Pialo Malaysia den tarik juo

Eden, anak jati nogori sembilan ghaso tercabar pulak kalau eden tak buek satu post untuk perlawanan akhir piala berprestij ini. Bukan sonang nak poie perlawanan akhir Piala Malaysia ni. Bukan calang-calang pasukan boleh poie. Kemain susah eh poit! Tak cayo, tanyo team Pahang dan Perak. Bilo last poie final? Haram kok ado! Menghabihan boreh ado la.

Sebolum tu, eden nak cito pasal Padang Lebar. Eden sekolah kek situ marin. Eden marin samo dengan ebby yus tu main bola kek padang Sekolah Kebangsaan Padang Lebar. Kau tengok? Nama tompek pun Padang Lebar, masing-masing ado skil la main maso tu, den skil mengawal,mengelecek dan menjaringkan gol, dio ado skil buek orang golak sampai lumpuh kek simpang jalan lopeh main bola. Maso tu kau semuo kocik-kocik laie. Jadi skil lepak simpang waktu maghrib tu kau tak tau camno sodap eh.

N9 ni, selalu poie final atau semi final , tapi mesti ambik bahagian yang kalah. Eden selalu poie stadium maso den melahu kek somban marin, jangan koba den tak saport bola tempatan, tiket stadium paroi tu kalau den sambung-sambung, den jahit, dah boleh buek kain gobar dah. Sampai ke alor star den ngikut n9 main marin. Maso awal 90 an la.

Den mulo poie stadium tengok bola maso stadium tu kek tongah pokan laie. Stadium perbandaran somban, namo eh. Sekarang dah bertukar jadi Seremban Parade/Parkson.

Tapi, sebolum tu, untuk pengetahuan sumo, sebolum ado stadium perbandaran somban, perlawanan untuk pasukan n9 dibuek kek Padang majlis daerah kolo pilah. Haa.. jangan tak tau., sebonar eh den pun tak tau, orang koba kek den la.

Den masih ingat perlawanan den tengok kek Stadium Perbandaran Somban, lawan selangor, ado santokh Sing laie. Lopeh tu lawan kodah, zaman Lee kin kong. Den tengok lim teong kim kek situ jugak. Juga perlawanan bersejarah antara Smap Labu dan Sdar Sban. Lopeh main bertumbuk kek rel ketepi belakang stadium. Kiro stesen ketapi belakang stadium tu macam stretford end kek Old Trafford la.

Lopeh tu stadium berpindah ke paroi dan dinamokan Stadium Tuanku Abdul rahman atau lobih sonang dipanggil stadium paroi. Kek sini lobih ghamai boleh masuk.,memulo marin kapasiti 25000 tompek duduk, lopeh tu diupgrade jadi 40000. Semuo tu bukan sobab tak cukup nak tampung penonton, tapi kerajaan nogori duit terlobih. Yang datang totap tak sampai 10 ribu setiap perlawanan. Kecuali kalau jumpo selangor. Itu ponuh.

Eden konpiden, N9 mesti monang lawan kelantan nanti. KAlau zaman Hashim Mustapha marin, boleh la kelantan. N9 pemain eh sumo mudo-mudo. Kuek laie berlari. Lutut pun bolum goyang laie. Striker pulak mudo-mudo, hensem-hensem. Ado WAGS dio sendiri la player nogori den ni. Haa…Kelate? Abe? Demo? Halim Napi? Den dongar la, gigi pun dah banyak takdo, rambut pun dah gugur. Tapi , yolah, eden dongar oghang koba, bukan den cakap yo. Indra Putra? Lawan melako boleh la!

Den nak bagi statistic atau ulasan teknikal, tak boleh. Pertamo, sobab den tak follow bonar dua-duo pasukan ini, jadi den tak tau apo bondo nak cakap la.u sebab den melalut hal lain. Keduo, kang apo lak koba Tuan Haji Hasbullah Awang. Melawan tokey bona pulak. Tak elok. Biar Tuan Haji solosaikan bahagian tu.

Kito jumpo jo kek Bukit Jalil. Den dongar KJ akan sponsor semuo tiket kito dan jugo duit Tol. Ingat! Ini bukan rasuah. Tapi kalau kito monang, kito naikkan KJ ganti Sultan bola.

Kalau kito monang, itu hadiah untuk Yamtuan kito yang baru. Tapi kalau kito kalah, jangan buek perangai tak ketontuan. Kito bertonang. Kito nogori beradat. Jangan diharukkan bona sampai tak nampak dunio laie. Ingat! Kito dah ado jalan baru poie Kuala Pilah!

Biar mati kutu,

Jangan mati adat!

Hidup Tuan Guru!
Daulat Tuanku!

Sekali laie den koba an, jangan nak bertinju baling batu sumo. Kawal perasaan masing-masing. FRU dio tak kiro kau tigo line ko, gedebe ko, apo ko..dia main libeh yo cota eh tu.

Update Kem Manchester United.

Ahad ni kito naik balik ke kedudukan teratas Liga Perdana Inggeris. Den predict Bintang mudah jatuh ‘the drogba’ 2 – Manchester United OMPEK!

Den dongar Pak Alex pun akan menonton perlawanan Akhir Piala Malaysia tu secara live Skysport. Osah handal eh nogori den!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...