ANDA SEDANG MEMBACA

17

Full Metal Jacket: Dari Tiger 2004 Ke Suzuki 2010

LuciusMaximus Jumaat, Disember 17, 2010 , , , ,


Suzuki 2010, Malaysia menang ke atas Vietnam 2-0 perlawanan pertama separuh akhir di tempat sendiri. Dengan pantas Sultan Bola bertitah “Malaysia Boleh!” dan semua jantan-jantan Malaysia jadikan gambar Elly Tran Ha sebagai modal. Dengan kelebihan 2 gol memang tidak dinafikan kita agak yakin mampu melangkah ke perlawanan akhir.

Tapi bak kata pepatah, “it ain’t over till the fat lady sings”. Hah, perempuan gemuk mana pula yang nak menyanyi ni? Adibah Noor ada buat konsert kat Hanoi ke nanti?

Piala AFF, atau ikut faktor penajaannya Piala Tiger atau Suzuki, merupakan satu piala berprestij ASEAN yang belum pernah dikecapi Harimau Malaya. Pencapaian terbaik kita sekadar menjadi naib juara dalam edisi sulung pada tahun 1996, tewas tipis 1-0 kepada Thailand. Selain dari itu pasukan Harimau Malaya banyak ke laut.

Tetapi edisi 2010 ini, peluang kita nampak agak bersinar. Apa lagi selaku pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 dan dengan kelebihan 2 gol berbanding Vietnam setakat ini, kita hanya perlu ke Hanoi dan bertahan mati-matian dari asakan Viet Cong itu nanti.

Tetapi sejauh mana sayang aku pada Harimau Malaya, sejauh itu jugalah aku kenal Harimau Malaya ini tidak pernah sunyi dari membuat kejutan, baik yang dinantikan atau yang tidak diundang.

Menjelang perlawanan menentang Vietnam di Hanoi esok, suka aku mengingatkan kita semua tentang satu insiden pada tahun 2004 bersempena Piala Tiger.

Edisi 2004 dianjurkan di Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah peringkat kumpulan. Dengan motto kejohanan “Anything Can Happen”, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Filipina, Myanmar, Thailand dan Timor Leste. Di Kumpulan A yang dianjurkan di Vietnam, tuan rumah diundi bersama Indonesia, Kemboja, Laos dan Singapura.

Malaysia layak ke peringkat separuh akhir setelah menduduki tangga ke-2 Kumpulan B. Kita menang ke atas Timor Leste, Filipina dan Thailand tetapi tewas kepada Myanmar yang muncul juara Kumpulan B. Dari Kumpulan A pula, Indonesia muncul juara sementara Singapura naib juara.

Maka seperti format edisi 2010 ini, kita ditemukan dengan Indonesia dalam pusingan separuh akhir melalui perlawanan timbal balik 2 pusingan.

Perlawanan pertama berlangsung pada 28 Disember 2004 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Harimau Malaya bertandang ke sarang Garuda dan gegak gempita penyokong Garuda di Gelora Bung Karno yang tiada tolok bandingnya.

Tetapi seperti motto “Anything Can Happen” kejohanan tersebut, berlaku satu kejutan yang di luar dugaan. Indonesia mendahului seawal minit ke-6 melalui Kurniawan Dwi Yulianto dan pada waktu itu kelihatan jelas Harimau Malaya bakal dikekah. Tetapi seorang pemain kelahiran Perak muncul wira menyelamatkan Harimau Malaya. Liew Kit Kong menonjolkan dirinya sebagai Yob sejati apabila mengikat kedudukan pada minit ke-28 sebelum kemudiannya menjaringkan gol kemenangan minit ke-47.

Malaysia menang ke atas Indonesia 2-1. Di Gelora Bung Karno. Perumpamaannya sama seperti Argentina menang ke atas Brazil di Maracana.

Dan dengan pantas mood di Malaysia berubah. Kita dikira sudah memijak satu kaki di perlawanan akhir. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di kandang Harimau Malaya sendiri. Mustahil kita boleh ditewaskan oleh Garuda.

“Anything Can Happen”. Berbondong penyokong Malaysia hadir ke stadium pada 3 Januari 2005 dengan turut disertai buruh pembinaan, pekerja ladang dan kilang warga Indonesia yang mencari rejeki di Malaysia. Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih hampir sama banyak hari itu. Aku tahu sebab aku salah seorang yang berada di stadium pada hari itu.

Pada minit ke-28, hasrat Malaysia ke akhir hampir menjadi nyata. Khalid Jamlus yang pemalas tiba-tiba menjadi wira apabila menjaringkan gol pertama. Malaysia kini mendahului Indonesia dengan agregat 3-1. Dan ia kekal hingga wisel penamat separuh masa pertama ditiup wasit perlawanan.

Hanya tinggal baki 45 minit sahaja lagi. Penyokong Malaysia sudah sibuk mengejek penyokong Indonesia dan menyuruh mereka pulang segera. “Pokoknya besok masih mau kerja bikin rumah pak! Jangan nanti pulang lewat dan capek pula!”

Apabila babak kedua berlangsung, skuad Garuda masih cuba bangkit melawan. Sedang Harimau Malaya hanya perlu bertahan. Dan kemudian berlakukah kejutan yang tidak diundang.

Pertama sekali, pada minit ke-59 Kurniawan Dwi Yulianto membolosi gawang Malaysia untuk mengikat kedudukan 1-1 dan menjadikan agregat 3-2. Sedikit mendebarkan tetapi Harimau Malaya bertahan dengan baik untuk 15 minit berikutnya. Dan kemudian 20 minit paling menyeksakan dalam sejarah pengalaman aku menonton bolasepak.

Minit ke-74, Charis Yulianto pula membolosi gawang Malaysia. Berselang 3 minit, Ilham Jayakesuma menambah gol buat Garuda. Agregat kini bertukar Indonesia 4 dan Malaysia pula 3. Baki perlawanan hanya 13 minit lagi dan Malaysia perlu mencari gol tunggal untuk mengikat kedudukan agregat.

Tetapi yang berlaku ialah sebaliknya. Susuk hitam dari Papua muncul sebagai malaikatmaut buat Harimau Malaya. Pada minit ke-84 Boaz Solossa memastikan paku terakhir terpahat buat menutup keranda Harimau Malaya.

Indonesia menang perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menang 4-1. Lantas layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5-3. Aku dan penyokong Malaysia yang lain balik dengan kekecewaan, berkongsi LRT dengan buruh warga Indonesia yang senyum tapi tidak berani bersuara meraikan kemenangan, melainkan kalau mahu kena pelangkung.

Itulah bolasepak. It ain’t over till the fat lady sings. Memanglah tidak ada perempuan gemuk menyanyi di akhir perlawanan, ia sekadar metafora. Yang ini makluman khas untuk Kardio.

Jadi esok di Vietnam kita masih belum tahu. Ya kita ada kelebihan 2 gol tetapi harus diingat Vietnam juga ada kelebihan bermain di tempat sendiri untuk 90 minit lagi, selain dari kelebihan mempunyai pemain seperti Ho Chi Minh dan Elly Tran Ha. Dari Elly Tran Ha saja boleh mendatangkan ‘dua buah’, Ho Chi Minh kita belum tahu lagi.

Pun begitu, kita perlu berjuang dan menyematkan kata-kata keramat “Tanah Tumpahnya Darahku” di dalam hati. Slogan “Malaysia Boleh” orang tak pakai dah, kecuali oleh Sultan Bola.

Aku akhiri dengan nyanyian beramai-ramai bersama Gunnery Sergeant Hartman.



Gunnery Sergeant Hartman: Ho Chi Minh is a son of a bitch!
Sokernet: Ho Chi Minh is a son of a bitch!
Gunnery Sergeant Hartman: Got the blueballs, crabs and the seven-year itch!
Sokernet: Got the blueballs, crabs and the seven-year itch!

17 Ulasan:

adijaya berkata...

wow!
























first!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Untuk Tiger 2004, gua belasah lebih 30 orang indonesia di Bukit Jalil tangan kosong.

Point of View berkata...

gua lepas game pekena bakso jawa kat datuk keramat

d.a.n.y. ^^ a.r.m.a.n.d.o. berkata...

lepas game tu gua tak makan bakso yang bibik gua buat sebagai tanda protes.

manggosteen berkata...

harapan penyokong malaysia biasanya akan dibalas arahan dengan lagu berhenti berharap..
tapi harap2 kali ini mereka boleh diharap!

Mirrul berkata...

tak boleh lupa gol tandukan liew kit kong di bung karno. superb!
dan betapa kecewanya aku pulang dengan kekalahan memalukan masa tu.

Dewajiwa berkata...

blunder in the nick of fakin time is our famous act di pentas gugup. semoga di sana, Harimau tetap mengaum dan megah. insya-Allah.

Daud berkata...

tiger jd teman lps malaysia kalah.haha

julu berkata...

aku berulang2 crite game semi ni kat member2 aku..
seyes.. aku nangis bebbbb lpas tgk game tu..
marah giler...
sbb tu aku nak Mesia jumpa Indo kat final..
balas dendamm...

nonespecial berkata...

Tragedi 2004 ni masih segar dlm ingatanku helmet apollo yg aku wat hentak kepala indon masih tersimpan rapi bwh katil..

Aziz Nasution berkata...

1st time komen...!

Malam lepas Indon menang kt SNBJ tu, ada ramai pria cakep yang mabuk asap surya menari nari barongan kat taman mainan rumah aku sambil terjerit jerit "Ganyang Malingsia" berkali kali macam perempuan meroyan..PDRM hanya perlu hantar 2org je anggota dia untuk angkut kelima belas penari barongan yg sawan tu utk dibawa ke balai polis berhampiran..Hebatkan!!

Now, now..Siapa kata 2004 Malaysia kalah kpd Indon?

Cob Nobbler berkata...

Elly Tran Ha beaucoup sucky sucky..LOL!

keli berkata...

Kalo vietnam ader elly tran ha m'sia sape plak ekkk....mmg cute arr....
Gua kalo lpk mkn tgk bola terutame skali time m'sia men mmg jrg2 gua dgr org bley cool kalo m'sia kalah...kate2 yg indah pasti menanti utk team m'sia. kikiki....

Streetwizer berkata...

mmg sgt nostalgia masa tu...masa tu nama liew kit kong tu mmg popular habis...

Fabhanz berkata...

Memang sangat butthurt masa abis game tuh. Bukan kita saja...satu stadium suma butthurts.

Masa suma kluar stadium tu...pantang jumpa Mat Indon. Suma kasi hantam. Terkam sampai ke dalam longkang pun ada. Polis trafik kat sebelah rilek ja siap senyum lagi.

kareem berkata...

mase ni khalid jamlus mmg power..

Lucy_al berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pentadbir blog.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...