Memaparkan catatan dengan label bolasepak vietnam. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bolasepak vietnam. Papar semua catatan
17

Full Metal Jacket: Dari Tiger 2004 Ke Suzuki 2010

LuciusMaximus Jumaat, Disember 17, 2010 , , , ,


Suzuki 2010, Malaysia menang ke atas Vietnam 2-0 perlawanan pertama separuh akhir di tempat sendiri. Dengan pantas Sultan Bola bertitah “Malaysia Boleh!” dan semua jantan-jantan Malaysia jadikan gambar Elly Tran Ha sebagai modal. Dengan kelebihan 2 gol memang tidak dinafikan kita agak yakin mampu melangkah ke perlawanan akhir.

Tapi bak kata pepatah, “it ain’t over till the fat lady sings”. Hah, perempuan gemuk mana pula yang nak menyanyi ni? Adibah Noor ada buat konsert kat Hanoi ke nanti?

Piala AFF, atau ikut faktor penajaannya Piala Tiger atau Suzuki, merupakan satu piala berprestij ASEAN yang belum pernah dikecapi Harimau Malaya. Pencapaian terbaik kita sekadar menjadi naib juara dalam edisi sulung pada tahun 1996, tewas tipis 1-0 kepada Thailand. Selain dari itu pasukan Harimau Malaya banyak ke laut.

Tetapi edisi 2010 ini, peluang kita nampak agak bersinar. Apa lagi selaku pemenang pingat emas Sukan SEA 2009 dan dengan kelebihan 2 gol berbanding Vietnam setakat ini, kita hanya perlu ke Hanoi dan bertahan mati-matian dari asakan Viet Cong itu nanti.

Tetapi sejauh mana sayang aku pada Harimau Malaya, sejauh itu jugalah aku kenal Harimau Malaya ini tidak pernah sunyi dari membuat kejutan, baik yang dinantikan atau yang tidak diundang.

Menjelang perlawanan menentang Vietnam di Hanoi esok, suka aku mengingatkan kita semua tentang satu insiden pada tahun 2004 bersempena Piala Tiger.

Edisi 2004 dianjurkan di Vietnam dan Malaysia selaku tuan rumah peringkat kumpulan. Dengan motto kejohanan “Anything Can Happen”, Malaysia diundi dalam Kumpulan B bersama Filipina, Myanmar, Thailand dan Timor Leste. Di Kumpulan A yang dianjurkan di Vietnam, tuan rumah diundi bersama Indonesia, Kemboja, Laos dan Singapura.

Malaysia layak ke peringkat separuh akhir setelah menduduki tangga ke-2 Kumpulan B. Kita menang ke atas Timor Leste, Filipina dan Thailand tetapi tewas kepada Myanmar yang muncul juara Kumpulan B. Dari Kumpulan A pula, Indonesia muncul juara sementara Singapura naib juara.

Maka seperti format edisi 2010 ini, kita ditemukan dengan Indonesia dalam pusingan separuh akhir melalui perlawanan timbal balik 2 pusingan.

Perlawanan pertama berlangsung pada 28 Disember 2004 di Stadium Gelora Bung Karno, Jakarta. Harimau Malaya bertandang ke sarang Garuda dan gegak gempita penyokong Garuda di Gelora Bung Karno yang tiada tolok bandingnya.

Tetapi seperti motto “Anything Can Happen” kejohanan tersebut, berlaku satu kejutan yang di luar dugaan. Indonesia mendahului seawal minit ke-6 melalui Kurniawan Dwi Yulianto dan pada waktu itu kelihatan jelas Harimau Malaya bakal dikekah. Tetapi seorang pemain kelahiran Perak muncul wira menyelamatkan Harimau Malaya. Liew Kit Kong menonjolkan dirinya sebagai Yob sejati apabila mengikat kedudukan pada minit ke-28 sebelum kemudiannya menjaringkan gol kemenangan minit ke-47.

Malaysia menang ke atas Indonesia 2-1. Di Gelora Bung Karno. Perumpamaannya sama seperti Argentina menang ke atas Brazil di Maracana.

Dan dengan pantas mood di Malaysia berubah. Kita dikira sudah memijak satu kaki di perlawanan akhir. Perlawanan timbal balik akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. Di kandang Harimau Malaya sendiri. Mustahil kita boleh ditewaskan oleh Garuda.

“Anything Can Happen”. Berbondong penyokong Malaysia hadir ke stadium pada 3 Januari 2005 dengan turut disertai buruh pembinaan, pekerja ladang dan kilang warga Indonesia yang mencari rejeki di Malaysia. Jalur Gemilang dan Sang Saka Merah Putih hampir sama banyak hari itu. Aku tahu sebab aku salah seorang yang berada di stadium pada hari itu.

Pada minit ke-28, hasrat Malaysia ke akhir hampir menjadi nyata. Khalid Jamlus yang pemalas tiba-tiba menjadi wira apabila menjaringkan gol pertama. Malaysia kini mendahului Indonesia dengan agregat 3-1. Dan ia kekal hingga wisel penamat separuh masa pertama ditiup wasit perlawanan.

Hanya tinggal baki 45 minit sahaja lagi. Penyokong Malaysia sudah sibuk mengejek penyokong Indonesia dan menyuruh mereka pulang segera. “Pokoknya besok masih mau kerja bikin rumah pak! Jangan nanti pulang lewat dan capek pula!”

Apabila babak kedua berlangsung, skuad Garuda masih cuba bangkit melawan. Sedang Harimau Malaya hanya perlu bertahan. Dan kemudian berlakukah kejutan yang tidak diundang.

Pertama sekali, pada minit ke-59 Kurniawan Dwi Yulianto membolosi gawang Malaysia untuk mengikat kedudukan 1-1 dan menjadikan agregat 3-2. Sedikit mendebarkan tetapi Harimau Malaya bertahan dengan baik untuk 15 minit berikutnya. Dan kemudian 20 minit paling menyeksakan dalam sejarah pengalaman aku menonton bolasepak.

Minit ke-74, Charis Yulianto pula membolosi gawang Malaysia. Berselang 3 minit, Ilham Jayakesuma menambah gol buat Garuda. Agregat kini bertukar Indonesia 4 dan Malaysia pula 3. Baki perlawanan hanya 13 minit lagi dan Malaysia perlu mencari gol tunggal untuk mengikat kedudukan agregat.

Tetapi yang berlaku ialah sebaliknya. Susuk hitam dari Papua muncul sebagai malaikatmaut buat Harimau Malaya. Pada minit ke-84 Boaz Solossa memastikan paku terakhir terpahat buat menutup keranda Harimau Malaya.

Indonesia menang perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Nasional Bukit Jalil. Bangkit dari ketinggalan satu gol untuk menang 4-1. Lantas layak ke perlawanan akhir dengan agregat 5-3. Aku dan penyokong Malaysia yang lain balik dengan kekecewaan, berkongsi LRT dengan buruh warga Indonesia yang senyum tapi tidak berani bersuara meraikan kemenangan, melainkan kalau mahu kena pelangkung.

Itulah bolasepak. It ain’t over till the fat lady sings. Memanglah tidak ada perempuan gemuk menyanyi di akhir perlawanan, ia sekadar metafora. Yang ini makluman khas untuk Kardio.

Jadi esok di Vietnam kita masih belum tahu. Ya kita ada kelebihan 2 gol tetapi harus diingat Vietnam juga ada kelebihan bermain di tempat sendiri untuk 90 minit lagi, selain dari kelebihan mempunyai pemain seperti Ho Chi Minh dan Elly Tran Ha. Dari Elly Tran Ha saja boleh mendatangkan ‘dua buah’, Ho Chi Minh kita belum tahu lagi.

Pun begitu, kita perlu berjuang dan menyematkan kata-kata keramat “Tanah Tumpahnya Darahku” di dalam hati. Slogan “Malaysia Boleh” orang tak pakai dah, kecuali oleh Sultan Bola.

Aku akhiri dengan nyanyian beramai-ramai bersama Gunnery Sergeant Hartman.



Gunnery Sergeant Hartman: Ho Chi Minh is a son of a bitch!
Sokernet: Ho Chi Minh is a son of a bitch!
Gunnery Sergeant Hartman: Got the blueballs, crabs and the seven-year itch!
Sokernet: Got the blueballs, crabs and the seven-year itch!
15

Chào Buổi Sáng Việt Nam

LuciusMaximus Khamis, Disember 16, 2010 , , , ,


"Well, baby, me so horny. Me so horny. Me love you long time. Me sucky sucky"
- Da Nang Hooker (Full Metal Jacket)
36

Warkah Duka Uncle Ho

Obefiend Weiland , ,


Kepada Komrad-komradku sekalian.

30 tahun dahulu pakcik dan komrad-komrad sosialis berjaya mengalahkan Setan Merah Amerika dengan hanya berbekalkan senjata golongan proletariat iaitu AK47. Walaupun dibom siang dan malam dengan pesawat iblis B-52 kami tidak menyerah kalah. Walaupun ribuan rakan seperjuangan mati menjadi kepingan daging macam baru sahaja ditumbuk Pendekar Laut, kami tidak berhenti berjuang! Akhirnya pada April 30, 1975, Saigon jatuh juga ketangan askar Tentera Rakyat Vietnam Utara

Walaupun pakcik sekarang di alam barzakh, pakcik masih follow perkembangan Vietnam. Hari ni pakcik sangat kecewa dengan pasukan bolasepak negara. Macamana boleh kalah dengan negara kapitalis Malaysia? Mana semangat juang kamu? Bukankah didalam tubuh kamu semua mengalir darah Viet Cong Nguyen Quok Dang Dang Love You Long Time? Kenapa senang sangat kalah kepada Harimau Malaya. Pakcik malu.. komrad-komrad yang mati memperjuangkan kemerdekaan Vietnam yang layan bola tadi pun sama-sama malu.



Oleh itu kurangkanlah lagho dengan kemewahan dunia. Atur semula barisan dan naikkan semula imej Vietnam yang sudah tercemar. Oh pakcik nak tambah satu lagi. Kurangkan layan gambar awek dibawah ni. Kalau lutut lemah macam mana nak tackle kaki Safee Sali?





Sosialis untuk semua. Kearah hegamoni sosialis serantau. Hidup Vietnam

HO CHI MINH

41

Rebiu: Vietnam Lawan Malaysia

LuciusMaximus Khamis, Disember 17, 2009 ,

Vietnam sedang mencari untuk bergabung dengan rumah-kekuatan serantau Thailand sebagai satu-satunya bangsa untuk memenangi kedua utama bola sepak Asia Tenggara judul ketika mereka menghadapi Malaysia di final SEA Games ke-25 di Laos hari ini, tarikh 16 Disember.

Vietnam memenangi Kejohanan Bola Sepak ASEAN penuh pasukan kebangsaan tahun lalu dengan menang 3-2 atas Thailand dalam final berkaki dua selain memasuki akhir tahun 1998.

Tapi mereka tidak pernah memenangi kompetisi SEA Games - yang adalah untuk U-23 pasukan sejak 2001 - meski memasuki final empat kali (1995, 1999, 2003 dan 2005). Mereka kalah dari Thailand pada setiap kesempatan.

Mereka mungkin mempunyai peluang terbaik mereka tahun ini sejak nemesis Thailand dihantar pengepakan keluar daripada perlawanan oleh Malaysia.

Dalam perlawanan terakhir kumpulan A, Malaysia datang entah dari mana untuk menewaskan Thailand 2-1 untuk lolos ke semifinal di mana mereka mengalahkan Laos, yang itu sendiri membuat sejarah dengan gadis mereka masuk ke dalam empat terkini.

Vietnam mengalahkan Malaysia 3-1 di babak kumpulan namun janji akhir untuk menjadi urusan ketat sekarang bahawa kedua pasukan saling mengenal dengan baik.

Sisi kualitas

Vietnam memiliki kualitas baik dalam pertahanan dan menyerang, menjaringkan 18 gol dalam lima perlawanan dan mengiktiraf hanya dua.

Sebanyak lapan pemain yang mencetak gol, termasuk pembela, dengan pemain tengah Mai Tien Thanh topping dengan lima.

Lapangan tengah yang dipimpin oleh nakhoda mahir Pham Thanh Luong telah menyediakan perkhidmatan yang solid untuk para penyerang sementara Mai Xuan Hop, Nguyen Thanh Long Giang dan kipper cemerlang Bui Tan Truong telah benteng di belakang.

Namun, pelatih Calisto Henry memberikan apa-apa jauh sebelum perlawanan: "Mengalahkan mereka adalah tugas yang sangat sulit tetapi mengalahkan mereka lagi bahkan lebih sukar."

Malaysia akan ditentukan untuk tidak membiarkan kesempatan terbaik mereka untuk memenangi pertandingan dua tahunan dalam dua dekad slip.

Terakhir kali mereka mengangkat trofi itu pada tahun 1989 di Kuala Lumpur.

Malaysia mempunyai beberapa pemain bagus seperti penyerang Norsharul Idlan Talaha, Ahmad Fakri Saarani dan Abdul Manaf Mamat, yang semuanya telah menembak di pertandingan ini.

Popular striker Mohd Zaquan Adha Abdul Razak, yang harus pulang Sabtu lalu dengan jangkitan mata, sudah kembali dan akan mula final.

Jurulatih K. Rajagopal mengatakan itu baik untuk memiliki Zaquan kembali dan berharap bahawa bab terbaru dalam kebangkitan bola sepak Malaysia tidak akan berubah menjadi fajar palsu lain.

Tetapi jelas Vietnam akan memiliki keuntungan besar berbanding Malaysia dalam hal penyokong, yang akan hampir menjadi pemain ke-12 untuk mereka.

Hanya beberapa jam perjalanan dari Vietnam ke Vientiane ibu kota Laos dan negara yang paling bersemangat menawarkan penggemar sepak bola di daerah.

Stadium Utama di Kompleks Sukan Nasional akan menjadi lautan merah hari perlawanan datang dan penggemar Vietnam yang boleh diharapkan untuk membawa bumbung ke bawah dengan din mereka.

Pingat emas sepak bola, meskipun hanya satu pingat emas dalam pengiraan, adalah arguably yang paling didambakan tentang permainan ini.

Pingat akan menemukan rumah baru setelah yang tersisa di Bangkok selama 16 tahun terakhir.

Kicks off final pada jam 5 hari ini akan disiarkan dalam banyak saluran VTV1, VTV2 dan VTC3.

Dicedok dan diterjemah terus dari Utusan Vietnam


Me love you long time

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...