Memaparkan catatan dengan label harimau malaya. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label harimau malaya. Papar semua catatan
21

Rajagopal dan Kita

zaileefd2 Isnin, Disember 02, 2013 , ,



Undian untuk Piala Dunia 2014 ialah 6 Disember nanti. Malaysia tidak tersenarai. K. Rajagopal dah habis kontrak. Tukar jurulatih lain lepas ni rasanya keadaan tetap sama. Itu isu yang sudah lama dihuraikan Sokernet jadi tak perlulah aku hurai kembali.

Aku nak cakap pasal K. Rajagopal ni. Manusia ni kita selalu maki dia, selalu kutuk dia. Hina dia, cerca dia, cela dia, edit gambar dia, dan banyak lagi sebab nak tunjuk betapa kita tak suka dia. Manusia ni sebenarnya dah ajar kau satu benda sebenarnya. Nak tak nak kau kena mengaku kau sebenarnya glory hunter aje. Si Rajagopal ni la yang tunjuk perangai buruk kau tu.

Aku masih ingat masa Malaysia kena tapau dengan China di kejohanan Piala Asia dulu. Mana kau? Lepas Malaysia menang Piala AFF Suzuki 2010 barulah kau nak peduli pasal bola Malaysia. Masa Malaysia belum menang pun kau dah mula meng'elehhhh'kan aje skuad Rajagopal. Aku tahu ni. Kau tak payah nak sorok.

Kau tukar wallpaper laptop Harimau Malaya, kau lupa misi nak gugurkan Presiden, kau dah boleh bawak makwe ke stadium, dan banyak lagi sebab si Rajagopal ni. Aku senada dengan Lucius Maximus bahawa budaya atau roh bolasepak sebenar tidak ada pun di Malaysia ni. Roh bolasepak hanya ada bila Malaysia menang.

Jadi, tanpa berkata lebih panjang, aku nak ucap terima kasih pada K. Rajagopal sebab tunjuk siapa kita yang sebenar-benarnya.
5

Harimau Malaya 1 - 3 Barcelona

racYnc Ahad, Ogos 11, 2013

Tahukah anda, selain part Wan Zack-Fabregas bergaduh dengan gol cantik Amri Yahyah, part lain semua boleh di abaikan. Cerdik budak Zack ni.



0

Bukan Senang Pilih Player - Alasan Serupa Setan

racYnc Sabtu, Julai 20, 2013
Kami berjaya rembat duit lagi! Horey!!

Ini cerita tahun ni punya cerita. Gua dapat berjumpa dengan seseorang yang memang dah lama gua nak jumpa. Jejaka berkulit hitam, tinggi dan kemas sweet sweet lebih kurang. Masa tu pun kebetulan sebab gua bermalam di hotel dan level floor yang sama dengan brader ni. Hotel belakang dataran besar Johor Bahru.

Peluang berbual yang sesingkat cuma tu gua gunakan cukup cukup. Gua bukan berbual pasal politeisme, bukan pasal pluralisme dunia dan jauh sekali pasal survival eksistensi sinematikal terhadap khalayak audiens di Malaysia. Bukan cerita itu saudara saudari. Terlalu bukan. Dia orang bola, jadi gua berbual pasal bola.


Pung pang pung pang.


Ayat last dia tu gua memang ingat.

"Sekarang susahlah. Bila kita dah pilih player tu, atas padang dia main tak sama pulak macam kita nak." rintih beliau.

Gua hanya tersenyum angguk sikit sikit, lepas tu gua pimpin tangan bini berjalan terus tak toleh belakang. Bak kata anak Muhyidin, 'senyum, tak perlu kata apa apa~~ '.

Brader tersebut lebih dikenali sebagai Dato' K Rajagobal.
5

Harimau Malaya, Makwe Dan False Number Nine

racYnc Rabu, Januari 30, 2013



Baru lepas berak tadi, gua terbaca tentang senarai terbaru pemain Harimau Malaya untuk kelayakan Piala Asia 2015 :

Goalkeeper :
- Khairul Fahmi Che Mat, Farizal Marlias, Norazlan Razali

Pertahanan :
- Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Amirizdwan Taj, Faizal Muhamad, Nik Shahrul Azim, Mahali Jasuli, K Reuben, Asrarudin Putra Omar, Azmi Muslim.

Tengah :
-Shakir Shaari, Shukor Jusoh, Helmi Rameli, Affize Faizal Mamat, Yong Kuong Yong, Azamuddin Akil, Nor Farhan, Ashaari Shamsudin.

Penyerang :
- Khyril Muhymeen, Amri Yahyah, Abdul Hadi, Fauzi Roslan.


Makwe yang ceria


1 - Dari senarai yang ada, ini line up pilihan gua. Menggunakan formasi 4 – 2 – 3 – 1  :

Apek
Mahali – Aidil Zafuan – Fadhli Shas – Azmi Muslim
Shakir Shaari – Shukor Jusoh
Azamudin                                                 NorFarhan
Amri Yahyah
Fauzi Roslan

2 – Goalkeeper adalah posisi paling steady untuk Malaysia. Apek dan Farizal memiliki keupayaan teknikal yang hampir setara. Namun antara tiga lahanat ni, pilihan gua tetap Apek sebagai goalie utama. Apek lebih meyakinkan dari segi komunikasi atas padang. Tentang isu kemungkinan kekurangan air lutut, itu cerita lain.

3 - Lawan kita adalah pasukan dari negara timur tengah. Maka kita memerlukan centre back yang agresif secara fizikal, laju dan boleh bersaing untuk bola di udara. Dari senarai yang ada, Aidil dan Fadhli adalah yang terbaik untuk centre back. Mahali dan Azmi pula memiliki kelajuan dan stamina untuk kerap overlapping di kanan dan kiri.

4 - Kemampuan ( Mahali dan Azmi ) ini penting untuk membolehkan Alex dan Farhan lebih peluang untuk melakukan dribble dan cut inside serta bermain secara inverted winger. Kelebihan Alex dan Farhan, mereka juga bijak untuk mencari ruang di far post untuk melakukan rembatan. Cara permainan old school winger (stay wide dan crossing) kurang sesuai jika di ambil kira pertahanan lawan yang pastinya tinggi tinggi dan power ketika bola tinggi.

5 – Shakir bagus sebagai deep lying midfielder. Dia juga berkebolehan sebagai ball tackler dan membuat long through ball jika perlu. Shukor Jusoh boleh bermain sebagai advance midfielder dan bertindak sebagai ball passer (kepada flanker dan forward) dari kawasan tengah. Barisan tengah kena rapat untuk senang melakukan hantaran pendek. Alhamdulillah Ya Rabbi, Amar dan Shafiq tiada dalam senarai kali ini. 

6 – Amri sangat true jika dapat bermain sebagai attacking midfielder ataupun shadow striker. Namun, kunci kepada serangan negara gua letak kepada Fauzi Roslan aka Koji. Dengan ketiadaan Wak Lan, mungkin  coach Raja boleh cuba meletakkan Koji pula sebagai false number nine ( striker tapi kerap untuk drop deep di kawasan tengah bagi mendapatkan bola). Ruang yang ditinggalkan boleh di gunakan oleh Farhan dan Amri untuk melakukan serangan. Selain itu, Koji juga bagus sebagai poacher, pandai untuk beat offside trap dan score. Gerakan ini mampu mengelirukan musuh namun kesefahaman yang tinggi amat diperlukan.

7 – Sebenarnya gua minat lagi Ashaari, cuma berdasarkan prestasi semasa, Alex dan Farhan lebih layak. ( Gua rasa bersalah pulak kalau tak mention pasal ni. )

8 – Rasanya harapan untuk masuk Piala Asia 2015 tu memang tak ada. Jangan harap sangat. Burung yang terbang tinggi, kalau jatuh, parah nanti. Tengok, gua dah cerita burung pula. Tapi bagus sebenarnya, nanti banyak sikit modal untuk kita minta coach ( dan presiden ) letak jawatan. Apa pun, selamat berjuang Harimau Malaya!

1

Pengumuman: Sokernet di Radio Bangsar Utama

Pipiyapong Abdillah Hamzah Jumaat, November 23, 2012 , , ,

Malam ini bermula jam 9.15, tiga wakil Sokernet akan berbincang bersama Radio Bangsar Utama mengenai persiapan skuad negara ke AFF Suzuki Cup 2012 dan boleh menang keeee Malaysia niiii?. Radio Bangsar Utama hanya boleh didengar di:

http://radiobangsarutama.com


13

Senarai 35 Pemain Piala AFF Suzuki 2012

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, Oktober 25, 2012 ,


Amar Rohidan, Baddrol Bakhtiar, Mohd Khyril Muhymeen Zambri (Kedah)
Ketiga-tiga pemain ini bermain di posisi pemain tengah bertahan, pemain tengah dan pemain tengah menyerang. Tiga-tiga bangang dan tak mampu buat apa untuk pasukan Kedah sepanjang musim lalu sehingga jatuh ke Liga Perdana.

Mohd Bunyamin Umar, Norazlan Razali, Safiq Rahim (Selangor)
Bunyamin Umar bangang. Norazlan Razali ni aku tak tahu pehal boleh ada. Safiq Rahim sepanjang Piala Malaysia main macam cilake.

Mohd Farizal Marlias, S. Kunanlan (Negeri Sembilan)
Aku suka Farizal Marlias sebagai goli yang tenang. S. Kunanlan posisinya tidak dicabar sesiapa.

Khairul Fahmi Che Mat, Mohd Shakir Shaari, Norshahrul Idlan Talaha, S. Subramaniam, Nik Shahrul Azim Abdul Halim (Kelantan)
Kedua-dua naib kapten Kelantan berada di dalam senarai tetapi kapten Kelantan, Badri Radzi tidak disenaraikan walaupun bermain konsisten sepanjang musim liga dan Piala Malaysia.  

Muhammad Zubir Mohd Azmi, Mohd Faizal Muhamad (Terengganu)
Zubir Azmi orait.

Azamuddin Mohd Akil, R. Gopinathan (Pahang)
Gopinathan berada di dalam senarai mungkin kerana ada acara sampingan lumba lari 5000 meter di sana agaknya.

Gary Steven Robbat, Mahalli Jasuli, Mohd Fadhli Mohd Shas, Wan Zack Haikal Wan Nor (Harimau Muda A)
Tiada komen.

Amiridzwan Taj Tajudin, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak, Mohamad Zaquan Adha Abdul Radzak, Mohd Azmi Muslim (ATM)
Amiridzwan Taj disahkan pertahanan yang bangang bila aku nampak dia clear tak tentu hala semasa keadaan tidak bahaya pada perlawanan final Piala Malaysia tempoh hari. Zaq One ni satu Malaysia tahu dia semakin tak berguna.

Ahmad Fakri Saarani, Yong Kuong Yong (Felda United)
Fak! Negara kita ada lebih ramai penyerang berkualiti dan sekurang-kurangnya memiliki akal fikiran yang baik.

Mohd Safee Mohd Sali (Pelita Jaya)
Dia perlu ada untuk dipersalahkan.

Simpanan
Mohd Amri Yahyah (Selangor)
Ahmad Shakir Mohd Ali (Negeri Sembilan)
D. Christie Jayaselan, Irwan Fadzli Idrus (ATM)
Ahmad Hazwan Bakri, Mohd Affize Faisal Mamat, Mohd Izham Tarmizi Roslan (Harimau Muda A)


Aku harap team ni kalah.

Mahu menggantikan Rajagobal? Senaraikan 18 pemain pilihan anda di ruangan komen.
14

EKSKLUSIF PERISTIWA BOLA NEGARA: Penyokong banjiri LCCT sambut kepulangan wira Malaysia

Nazri Ahad, November 27, 2011 , ,
nota: yes, slow, penulis dah emel 2 hari lepas dan baru hari ini saya nak up.

Ia tidak di up ke kolum penulis tamu sebab saya sendiri yang menyuruh beliau menulis sementelah tahu beliau sanggup ponteng kerja demi meraikan wira negara dan menghantar gambar ke sokernet. Kira ada ala laporan eksklusif peristiwa bola negara la.

Selamat membaca;

Penyokong banjiri LCCT sambut kepulangan wira Malaysia
Oleh Khaleeq Shahzada Manja

SEPANG, 22 Nov - Lebih 800 orang rakyat Malaysia memenuhi balai ketibaan Terminal Tambang Murah LCCT bagi menyambut ketibaan skuad bola sepak Sukan Sea XXVI kendalian jurulatih Ong Kim Swee.

Ada antara penyokong yang hadir menanti seawal jam 2 pagi, sejurus tamat perlawanan akhir di Jakarta yang menyaksikan skuad Harimau Muda menewaskan Indonesia 4-3 menerusi sepakan penalti selepas terikat 1-1 setelah masa tambahan bagi mempertahankan emas yang dimenangi di Sukan Sea Laos dua tahun lalu.

Tepat jam 8 pagi, pemain dan pegawai diketuai Menteri Belia Dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek dan ketua pasukan, Baddrol Bakhtiar keluar dari balai ketibaan menuju ke bas rasmi Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), disambut nyanyian dan pekikan ucapan tahniah penyokong yang rata-rata teruja bertemu wira-wira negara.

“Memang puas hati. Ini kali pertama saya merasai suasana begini. Tahniah kepada skuad Harimau Muda dan terima kasih kerana memberikan kami sesuatu untuk diraikan,” kata Amin Fuad, salah seorang penyokong yang ditemui.


















27

Konfrontasi (Lagi)

LuciusMaximus Khamis, November 17, 2011 , , ,




Sebenarnya cerita Malaysia lawan Indonesia memang dah jadi kebiasaan sangat. Baik dalam bola sepak atau dalam acara Sukan SEA yang lain. Hari-hari pun kalau kita buka Astro Arena baik dalam acara sukan apa sekali pun, para penonton baik yang di Palembang atau Jakarta akan bising bila berlaku dua perkara sahaja. Pertama bising bersorak bila atlet Indonesia keluar, yang kedua bising mengejek bila atlet Malaysia tunjuk muka.

Perseteruan Malaysia-Indonesia aku anggap memang paling sengit dalam seluruh ASEAN ini. Kalau dengan Singapura pun kita tak macam ni punya teruk. Indonesia kalau dengan Timor Leste pun biasa-biasa juga. Myanmar dengan Thailand yang berperang gajah sebagai Burma dan Siam sebanyak 19 kali beratus tahun dulu sampai jadi Nang Nak dan Bang Rajan pun tak macam ini punya dendam. Sama juga dengan Thailand dan Kemboja yang sekarang masih sibuk berebut kuil. Kemboja yang 33 tahun dulu kena langgar dengan 150,000 askar Vietnam pun tak ada nak kecil hati sampai ke Sukan SEA (tapi itu sebab Vietnam tolong hapuskan Pol Pot dan Khmer Rouge).

Tapi Malaysia dan Indonesia masih terbawa lagi dengan cerita Konfrontasi atau Ganyang. Masih lagi berebut Rendang, Rasa Sayang dan Manohara. Kalau dalam badminton masih nak berebut jadi nombor 2 paling power di dunia selepas China. Kalau dalam silat olahraga tak kisah Vietnam menang pingat emas asalkan Malaysia dan Indonesia boleh berebut pingat perak. Dalam bola sepak pun sama, tak layak Piala Dunia atau Piala Asia tak jadi hal janji dapat menang ke atas satu sama lain. Hatta dalam acara terjun aku tengok Indonesia berusaha mengejek penerjun Malaysia yang memang power dan menang pingat emas walaupun penerjun Indonesia kebanyakannya hampeh (melainkan dalam acara PATI terjun tongkang buat melarikan diri dari pak polisi marinir Malaysia).

Macam pernah aku tuliskan masa zaman Piala AFF 2010 sudah, persengketaan Malaysia dengan Indonesia ini bukan asal dari Sukarno yang mula-mula berteriak 'Ganyang Malaysia!'. Persengketaan ini ribuan tahun dulu punya cerita bermula dari zaman Srivijaya lawan Majapahit. Kalau tak memang tak ada sebab Parameswara lari dari Srivijaya dan mengasaskan Melaka. Tak percaya boleh tanya Sultan Melaka sekarang, Raja Noor Jan Shah.

Oleh kerana itu, ada baiknya juga dalam Sukan SEA ini kita biarkan saja masing-masing meluahkan perasaan yang tersimpan. Biar bersengketa dan bergaduh dalam acara sukan, kalau dipendam lama-lama nanti makin teruk jadinya. Ini lebih baik dari kita berperang balik macam zaman Konfrontasi dulu.

Petang ini di Gelora Bung Karno, pemain bola Malaysia yang masih tak reti nak bersara di harap jangan tertekan. Tak perlu main ART sangat macam Arsenal, cukuplah main bangang-bangang standard ASEAN janji menang. Kalau menang aku jamin kepala Ong Kim Swee berjambul. Kalau kalah siap-siap sajalah untuk dikepala banakan.
42

27 Ogos 1972: Jerman Barat 3-0 Malaysia

LuciusMaximus Isnin, Oktober 17, 2011 , ,


Jersi hitam kuning Harimau Malaya dan hitam putih Die Mannschaft di dalam satu padang - Benda yang mungkin kita tidak akan dapat lihat lagi seumur hidup kita


Sabtu malam Ahad lepas, ketika rakyat Malaysia masih sibuk berbincang kenapa Alex Ferguson tidak masukkan Rooney dan Chicharito dari awal, atau benarkah Evra dan Suarez mengeji satu sama lain, atau mungkinkah Giggs sayang 'telor' dan sama ada tendangan gol Gerrard adalah genius atau tidak disengajakan, sambil pada masa yang sama berkemungkinan pula melayan perlawanan Manchester City dan Aston Villa, RTM melalui TV1 dengan senyap-senyap menayangkan satu perlawanan bolasepak klasik.

Siaran perlawanan 39 tahun sudah itu adalah pertemuan di antara Jerman Barat (sekarang Jerman) dan Malaysia dalam Sukan Olimpik 1972 di Munich, Jerman Barat. Menurut dari rakaman klasik RTM tersebut, siaran ini adalah 'siaran terus menerus TV Malaysia dari Munich melalui satelait bumi Kuantan'. Satelit (satelait ini ejaan lama) bumi Kuantan terletak berdekatan pantai Beserah, mula dibina pada 1967 dan siap sepenuhnya pada 4 April 1970 dengan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman. Kalau tidak kerana 'satelait bumi Kuantan' ini memang tidak dapat abah-abah kita dulu nak layan bolasepak Olimpik 1972.

'Satelait bumi Kuantan' ini juga bolehlah dikira satu-satunya sumbangan negeri Pahang terhadap bolasepak Malaysia. Sultan Bola dan Pipiyapong pula bukanlah sumbangan tetapi lebih kepada sumbang mahram terhadap bolasepak Malaysia.

Satu-satunya sumbangan Pahang terhadap bolasepak Malaysia

Pertemuan Jerman Barat dan Malaysia berlangsung pada 27 Ogos 1972 di Olympiastadion Munich. Olympiastadion Munich ini memang dibuat khusus untuk Sukan Olimpik, siap sepenuhnya pada 26 Mei 1972. Walaupun bukan perlawanan bolasepak pertama, tetapi pertemuan Jerman Barat dan Malaysia boleh dikira sebagai perlawanan kompetitif pertama di stadium keramat ini. Keramat kerana dua tahun selepas Olimpik, Jerman Barat menjulang Piala Dunia 1974 di Olympiastadion Munich dengan menewaskan Belanda 2-1.

Olympiastadion Munich - Malaysia lawan kompetitif pertama Jerman di stadium keramat ini

Perlawanan Jerman Barat dan Malaysia dihadiri lebih kurang 60,000 penonton di stadium dan disiarkan secara langsung ke serata dunia. Armando Marques dari Brazil menjadi pengadil perlawanan. Arbitro brasileiro ini bagi siapa yang tidak tahu merupakan pengadil paling tersohor dan kontroversi dalam sejarah bolasepak Brazil. Bahawa perlawanan Malaysia pernah diadili oleh pengadil lagenda Brazil adalah juga satu penghormatan.

Satu-satunya pengadil Brazil yang pernah ditulis buku tentang kariernya - O Mito (The Myth)

Bolasepak Olimpik zaman itu terbuka hanya untuk pemain bertaraf amatur. Jadi pasukan Jerman Barat yang berdepan Malaysia dibarisi oleh pemain amatur. Pun begitu ada dari mereka yang kemudiannya muncul pemain profesional dan kebangsaan Jerman, seperti Ronald Worm (MSV Duisburg), Manfred Kaltz (Hamburger SV) dan Uli Hoeness (Bayern Munich), sementara Ottmar Hitzfeld (FC Basel) pula kini dikenali sebagai antara pengurus bolasepak terbaik Eropah. Apa ada hal, pemain kita zaman itu pun semuanya amatur juga.

Malaysia di bawah kendalian jurulatih Jalil Che Din bermain dengan yakin dan tidak goyah sekali pun di stadium yang padat dengan mamat dan minah Jerman. Menjaga gawang ialah Wong Kam Fook yang cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan merbahaya Jerman Barat ("Wong Kam Fook melentik sungguh cantik tadi menyelamatkan bola"). Barisan pertahanan dengan tonggak utamanya Soh Chin Aun dan Namat Abdullah tidak teragak untuk menghalang sebarang cubaan membawa bola masuk ke dalam kotak penalti Malaysia sementara Abdullah Othman dan Mohammed Chandran cemerlang sebagai fullback yang menyokong jentera serangan.

Namat Abdullah & Soh Chin Aun - Jaket Namat Abdullah tu, siapa ada memang boleh jual harga RM10,000 di eBay

Malaysia mengekang Jerman Barat tanpa sebarang jaringan dalam separuh masa pertama. "Para penonton tidak berpuas hati dengan cara permainan Jerman Barat," kata pengulas RTM. Malaysia juga sekali-sekala mengasak pertahanan Jerman Barat, khususnya bila Looi Loon Teik dimasukkan pada minit ke-61 dan banyak mengkucar-kacirkan pertahanan lawan di sebelah kanan.

Pun begitu Malaysia berdepan beberapa kesukaran, khususnya ketika merebut bola di udara. Seperti kata pengulas, "hantaran lambung tapi sayang pemain Jerman lebih tinggi" dan "Salleh menggelecek bola itu depan pintu gol Jerman Barat, hantaran tapi pemain kita susah mendapat bola tinggi". Faktor fizikal menjadi penghalang utama. Juga masalah rumput yang berbeza, seperti kata pengulas "rumput di sini lebih tebal dari rumput di Malaysia, sepakan leret mestilah kuat", menghalang Malaysia dari bermain hantaran pendek.

Jerman Barat akhirnya berjaya menggunakan kelebihan mereka dan mula menghasilkan gol melalui Ronald Worm (56), Juergen Kalb (71) dan Rudolf Seliger (82). Malaysia beberapa kali cuba bangkit, Mohammed Chandran bermain secara lebih ofensif sambil Wan Zawawi dan Hamzah Hussein (yang masuk menggantikan Wong Choon Wah) banyak mengkucar-kacirkan pertahanan Jerman Barat. Malahan pada satu masa pemain Malaysia mampu melakukan 10 hantaran satu sama lain di tepi kotak penalti lawan! Jerman Barat bernasib baik kerana bolasepak zaman itu membenarkan back-pass kepada penjaga gol, maka seperti biasa mereka menggunakannya untuk membuang masa.

Soh Chin Aun - Tidak sayangkan telor macam Ryan Giggs

Walaupun kalah, secara keseluruhan permainan Malaysia di Olimpik 1972 ini aku berani katakan 100 kali lebih bagus dari permainan Malaysia hari ini. Pakcik-pakcik 1972 ini nampaknya tahu apa itu istilah 'penguasaan bola' dan 'hantaran tepat'. Ada kalanya mereka bermain satu unit, menyerang dan bertahan secara bersama. Sampaikan aku merasakan bahawa Total Football sebenarnya dicipta oleh Malaysia (dua tahun kemudian di Olympiastadion Munich, Belanda menunjukkan permainan yang serupa dalam Piala Dunia). Yang pasti penyakit seperti 'tendang ikut arah telor' memang tidak wujud di kalangan pemain.

Begitu juga dengan mutu ulasan oleh pengulas zaman itu yang aku tidak tahu namanya. Yang pasti beliau mengulas dengan tenang dan tidak merapu. Setiap perkataan dan ayat disebut dengan jelas, setiap aksi diperincikan sebaik mungkin. Tak macam ulasan merapu Astro Arena.

Skuad Malaysia yang terbang ke Munich turut membawa bersama mereka seekor anak harimau milik Zoo Negara bernama Tuah II.  Tuah II adalah maskot dan haiwan peliharaan skuad Malaysia. Selesai Olimpik 1972, Tuah II telah dihadiahkan kepada Zoo Munich.

Pemain Malaysia dulu bawa harimau, pemain Malaysia sekarang?

Bagi aku, perlawanan Jerman Barat-Malaysia dalam Olimpik 1972 ini bukan sekadar bolasepak klasik, tapi satu kemuncak sejarah penting negara. 27 Ogos 1972 ini adalah tarikh keramat, Malaysia menentang kuasa besar bolasepak dunia. Kita kena sedar, hari ini mustahil sudah untuk Malaysia bermain menentang Jerman dalam bolasepak. Dan jika sekalipun itu berlaku janganlah harap kita mampu sekadar tewas 3-0, kerana silap-silap kita boleh dilauk 30-0 kalau dinilai dari mutu bolasepak kita dan Jerman hari ini!

p/s: Dah habis perlawanan klasik ini barulah aku pergi layan Chelsea lawan Everton. Aku tengok gaya permainan Everton pun tak hebat macam Malaysia di Olimpik 1972. Apa ada hal?
34

Jepun 2-0 Malaysia (11 Perkara)

LuciusMaximus Khamis, September 22, 2011 , , ,




1) Siaran langsung di dua saluran, TV2 dan Star Sports. Di TV2 macam biasa Haji Hasbullah Awang sementara di Star Sports ianya Dez Corkhill sama satu orang lagi mat salleh. Kalau nak ulasan bola tipikal Malaysia yang syok sendiri, ada fakta luar biasa dan gelak-gelak mestilah layan TV2. Kalau mahu ulasan bola gaya EPL, berinformasi dan penuh kritikan tajam maka boleh layan Star Sports. Aku layan dua-dua sekali.

2) Dah lebih 20 tahun Tun Dr Mahathir kenalkan Dasar Pandang Ke Timur, kita masih lagi pandang tapi setakat pandang sajalah, buatnya tidak. Perlawanan semalam dimainkan di stadium sebuah kelab J. League Division 2, Sagan Tosu. Stadium bernama Best Amenity  Stadium (atau Tosu Stadium) ini hanya berkapasiti 24,490, jauh lebih kecil dari Stadium Nasional Bukit Jalil tapi dia punya padang 10 kali lebih kelas dari yang kita ada. Hanya tiga minit berjalan kaki dari stadium ini ialah Stesen Tosu yang menyediakan perkhidmatan keretapi JR Kyushu dan secara purata mengurus sejumlah 13,000 penumpang sehari. Kita punya stadium boleh muat maksimum 100,000 tapi kalau baru 10,000 datang Stesen LRT Bukit Jalil dah huru-hara. Kat sini dah nampak negara mana yang efisien dan mana yang akal pendek.

Best Amenity Stadium - Memang best!

3) Dah lebih 20 tahun juga semenjak para pegawai FA Jepun bertandang ke Malaysia untuk belajar dan tengok bagaimana kita mengadakan Liga Semi-Pro dulu, tengok pasukan negeri, tengok stadium, tengok perlawanan liga kita dan tengok Sultan Bola. Sekarang jumlah kelab profesional dan amatur mereka berjumlah lebih 200, stadium khusus bolasepak berterabur, J. League diberi penarafan Gred A oleh AFC, layak ke Piala Dunia dan Olimpik itu hal biasa dan pemain profesional Jepun bersepah di Eropah. Malaysia? Tanya Sultan Bola.

4) Malaysia memang juara bolasepak Sukan SEA tapi gelaran ini lebih kurang sama saja dengan Bangladesh jadi juara bolasepak Sukan Asia Selatan. Dalam erti kata lain jaguh kampung, jadi bila keluar dari kampung baru tahu langit tinggi atau rendah. Senario yang sama juga boleh diguna pakai ke atas skuad senior yang jadi juara Piala AFC. (okay yang sebenarnya Piala AFF)

5) Corak permainan anak buah Ong Kim Swee semalam seperti biasa ialah tendang ikut arah telor. Pemain tengah nampaknya rajin turun ke bawah membantu pertahanan tetapi sebaik bola berjaya dirampas semua lebih suka berlari-lari anak naik ke atas. Berat telor gamaknya. Barisan serangan pula nampaknya lebih mengambil sikap tunggu dan lihat. Jawabnya entah sampai ke bila setakat tunggu dan lihat bola sajalah kerja mereka.

6) Jepun kelihatan bermain dengan 22 pemain di atas padang. Tapi itu kerana mereka bermain dengan memberi tekanan serta membuat hantaran kepada kawan bukannya lawan atau mengikut arah telor. Keigo Higashi banyak mengkucar-kacirkan  pertahanan Malaysia. Pada minit ke-10 Higashi meledak gol pertama. Gol kedua datang dari Ryohei Yamazaki yang menggantikan Higashi. Kensuke Nagai yang dikatakan bintang utama bagaimana pun tidak berapa menyinar kali ini.

Gambar Kosmo! semalam - Dia punya warning, kehkehkeh!

7) Kalau tak kerana Khairul Fahmi Che Mat, Malaysia mungkin bolos 4 atau 5 biji gol. Itu pun aku rasa bolos 2 biji ini sudah cukup buat Jejari Runcing sengih sikit-sikit sambil kata 'pade muko mu ado tino lain lagi!" Tapi aku bagi jugalah Apek sebagai pemain terbaik Malaysia semalam.

8) Satu-satunya peluang Malaysia datang pada minit ke-60 melalui Fandi Othman tapi mamat ni gentel bola banyak sangat macam Nando Torres.

9) Nampak gaya kalau betul nak ke Olimpik, Malaysia kena pastikan menang ke atas Syria dan Bahrain serta cuba mencatat keputusan seri lawan Jepun di Bukit Jalil. Tapi kalau dapat nombor 2 dalam Kumpulan C, kita berkemungkinan terpaksa bersaing pula dengan lawan seperti Arab Saudi atau Uzbekistan.

10) Jadi kesimpulannya memanglah peluang kita ke Olimpik itu kurang 10%. Main dalam kelayakan Olimpik ini lebih kepada menimba pengalaman dan menguji keupayaan kita. Oleh itu paling busuk pun kita mesti menang 2 perlawanan dalam Kumpulan C ini. Tak akan nak kalah semua ye tak? Nanti kena gelak dengan Indonesia dan Singapura pula.

11) Awek Jepun yang datang stadium malam tadi aku bagi A.

Sekadar gambar hiasan - Bukan semalam punya

34

Harimau Malaya VS Singa Temasek - 11 Perkara

LuciusMaximus Isnin, Ogos 01, 2011 , , ,


6-4?! Kah kah kah! Nasib baik Raja Gelek tak ada!


Aku baru balik dari outstation di Sandakan dan Tawau, jadi memang ulasan ini terpaksa dilewatkan. Tapi celaka apa mana pergi pengulas Sokernet lain? Sibuk menyiapkan tempahan kuih raya ke?

Sebab lewat, macam biasa aku bagi ulasan gaya Tun Dr M.

1) Kalau dulu aku pernah kata Malaysia lawan Indonesia macam England lawan Jerman, maka Malaysia lawan Singapura adalah seperti England lawan Scotland. Perseteruan antara dua saudara rapat, abang dan adik dan sebagainya. Singapura macam Scotland dengan mentaliti tidak mahu kalah kepada kita walaupun jauh lebih kecil. Kita pula macam England masih dengan mentaliti mahu tunjuk siapa 'big brother' (sama macam Indonesia yang selalu fikir mereka 'Abang Long' kepada kita). Bezanya cuma Scotland masih sebahagian dari United Kingdom of Great Britain tetapi Singapura bukan lagi sebahagian dari Persekutuan Malaysia. Siapa punya kerja bangang ni?

2) Harimau Malaya kena ratah dengan Singa Temasek di Jalan Besar. Kita tak perlu salahkan padang tiruan, stadium kecil, pemain boroi dari China atau mamat pencen Yugoslavia. Harimau Malaya ada keupayaan menjaringkan gol tapi entah macam mana bab bolos gol pun sama hebatnya. Apa pun Sharbinee Allawee telah menghancurkan kepercayaan Rajagopal sama seperti Nasril Nourdin selepas dia bertindak seperti tunggul dalam 3 dari 5 gol jaringan Singa Temasek. Kembali kepada Apek!

3) Khairul Fahmi Che Mat memang mantap, apa makan Apek ni? Keupayaan beliau mengawal gawang memang patut mendapat pujian dari peminat bolasepak dan pujaan dari para gadis. Selepas cemerlang mengawal gawang Malaysia dan sekali lagi menjadi pujaan para gadis, Apek tenang memutuskan pertunangan dengan Jejari Runcing. Nora Danish dah boleh ambil nombor giliran.

4) Safee Sali memang Safee Sali, tak sia-sia Pelita Jaya beli dari Selangor. Mamat ini kalau dapat bola di kaki memang boleh bikin huru-hara, tak percaya tanya Liverpool. Tapi masalahnya Harimau Malaya terlalu berharap pada Safee Sali sebagai lone striker, yang lain semua hampeh. Dan corak taktikal kita ialah Apek tendang bola bagi Safee Sali, yang lain tidur.

5) Bila Malaysia main lone striker, Singapura pula boleh belasah twin strikers (dan kekadang corak serampang tiga mata). Qiu Li dan Aleksandar Duric senang-senang saja kucar-kacirkan pertahanan Malaysia. Bila 2 ekor Singa tua import ini dikekang, mereka ada Shi Jiayi yang muda sedikit dan lebih pantas. Barisan pertahanan kita yang muda belaka goncang dek kerana pengalaman singa-singa tua ini.

6) Aidil Zafuan. Rajagopal patut rujuk dengan Rita Rudaini tentang prestasi semasa Aidil Zafuan kerana hanya seorang isteri yang lebih arif tentang tegang atau kendurnya si suami. Akhirnya Aidil Zafuan keluar awal dan Muslim Ahmad yang pernah goyang di Jalan Besar terpaksa dimasukkan. Adakah Malaysia benar-benar ketandusan pemain pertahanan? Tidak. Kita ada Norhafiz Zamani. Ada sebab kenapa John Terry, Rio Ferdinand dan Jamie Carragher masih jadi tonggak pertahanan kelab masing-masing walau sudah berusia. Dalam bolasepak, pengalaman sahaja mampu memberikan +10 untuk pertahanan. Kalau Nando Torres sendiri goyang berdepan Norhafiz Zamani apatah lagi China perut boroir dan Yugoslavia pencen?

7) Aku perasan K Rajagopal ini dah makin banyak terikut pe'el Arsene Wenger. Nak anak harimau yang muda dan bergetah saja. Memang kita menang Piala AFF 2010 dengan anak-anak harimau ini tanpa dijangka tapi ada baiknya juga dalam perlawanan kelayakan sebegini kita selitkan barang 2 atau 3 ekor harimau veteran. Orang muda memang main laju tapi ada yang mudah gugup, berbeza dengan pemain veteran yang dah banyak makan rumput di padang bola. Kalau Harimau Malaya mahu bersaing di peringkat senior, kita perlukan beberapa ekor harimau veteran sebagai abang long. KL Gengster pun pakai abang long inikan pula Harimau Malaya?

8) Ball possession memang tak wujud dalam kamus bolasepak Malaysia agaknya. Penguasaan bola tu penting, pokoknya kalau bola di kaki pasukan kita pihak lawan tidak akan dapat berbuat apa-apa. Tapi itu hari Harimau Malaya pantang dapat bola mesti nak buat hantaran walaupun tidak ditekan lawan. Aku salahkan sekali lagi anak muda yang nak main laju dan mudah gugup.

9) Bab Singa Temasek berlakon cedera, banyak buang masa, tendang bola keluar padang dan sebagainya itu memang asam garam bolasepak di dunia sebelah sini. Ramai yang tak puas hati dengan drama swasta yang ditayangkan pemain Singapura dan aku akui memang agak keterlaluan. Tapi kita lupa agaknya setiap kali perlawanan akhir Piala Malaysia atau Piala FA, drama swasta yang sama juga kerap ditayangkan oleh pemain tempatan kita. Sama juga tahap gampang keterlaluannya. Macam aku katakan, asam garam bolasepak di dunia sebelah sini. Sebab itu bolasepak Asia Tenggara ini semuanya ke laut.

10) Satu-satunya benda positif dari perlawanan di Bukit Jalil tempoh hari ialah Stadium Nasional penuh sampaikan ada yang tak dapat masuk. Awek aku pun dengar cerita katanya terpaksa duduk atas meja nak tengok orang main bola. Kali terakhir situasi stadium penuh bila Malaysia main bola ini aku rasa berlaku masa Sukan SEA 1989 dulu, itu pun kat Stadium Merdeka. Lepas perlawanan itu Tun Dr Mahathir umum cuti keesokan harinya. Namun untuk perlawanan 28 Julai lepas di Bukit Jalil tidak ada pula cuti diumumkan. Mungkin sebab Tun Dr M tak datang tengok bola di stadium kot. Tapi bila menyentuh bab ulat tiket, tiket palsu atau tiket LRT tiba-tiba tak boleh pakai nak naik LRT, itu lumrah Malaysia kot. Bab itu FAM dan Rapid KL kena banyak muhasabah diri.

11) Sebenarnya semua situasi ini tidak akan berlaku kalau 9 Ogos 1965 dulu Tunku Abdul Rahman dan UMNO tak buat kerja bangang menendang Singapura keluar dari Persekutuan Malaysia. Tanggal 28 Julai lepas di Bukit Jalil ramai yang pegang kad manila bertulis 3-0. Tapi mungkin segelintir saja yang ingat bahawa jaringan 126-0 di parlimen untuk menghalau Singapura 46 tahun dulu yang kita sangkakan sebagai kemenangan besar kita ke atas Singapura sebenarnya akan menjadi duri dalam daging kepada kita baik dari segi ekonomi, politik dan juga bolasepak. Ini namanya Ketuanan Melayu oleh UMNO? Pungkok!
36

Tak Boleh Makan - Malaysia XI VS Chelsea FC

LuciusMaximus Jumaat, Julai 22, 2011 , , ,


Bukan awek aku


Ganah Daudsu main dengan Nando Torres


Dubuk Liar punya stail pakai headphone memang macam gampang, berapa telinga binatang ni ada?


Fandi Othman kalau tak kena rasuk semangat Fandi Ahmad, mungkin kena rasuk semangat Palestin. Main macam Intifada sampai Benayoun pun goyang.


Kerja mengawal Hai-O (yang dilengkapi teknologi nano) terpaksa diserahkan kepada abang Serbia, Branislav Ivanovic. John Terry khabarnya tak berani dah.


Joseph Kalang Tie dengan semangat Ngap Sayot sentiasa membuat Frank Lampard semput.


OKS tenang di pinggiran kali.


Piya tenang menjinakkan Florent Malouda.


Bukan Stamford Bridge


Yob tidak gentar berdepan sindiket Black Money dari Nigeria.


Synchronized Flapping


MBA!


John Terry menyerah kalah



Aku tulis stail Tun Dr M.

1) Perlawanan ini sepatutnya seri. Gol Didier Drogba atau gol sendiri Izham Tarmizi tidak sah. Gampang apa penjaga garisan kata gol. Linesman buta!

2) Kalau nak kira juga, patutnya tetap masih seri. Macam mana Thamil Arasu Ambumamee boleh 'miss' aku pun tak tahu. Tapi Thamil Arasu budak Banting jadi aku tak berani kompelin lebih nanti kena bakar. Nando Torres pun tendang mencico juga kata orang Perak.

3) OKS lagi power dari AVB. Dan lebih power dari Rajawenger atau Arsenegopal.

4) Kenny Dalglish patut beli Daudsu Jamaluddin. Sama Norhafiz Zamani Misbah dan S Subramaniam.

5) Arsene Wenger patut beli Farizal Marlias.

6) Orang yang boo Yossi Benayoun memang bangang. Nak buat lagu mana dia lahir sebagai Yahudi dan jadi rakyat Israel? Kata nak 'kick racism out of football'?

7) Harimau Muda campur Old Guards ni memang power dia lain macam banding dengan Harimau Malaya. Geng K Rajagopal asyik jatuh tergolek bila bergesel badan. Tapi budak-budak OKS jatuh bergolek-golek sebab nak guna badan tahan rembatan padu.

8) Kalah 1-0 dengan gol kontroversi apa ada hal? Status pun antara 12 pasukan terkuat Asia!

9) Subkhiddin memang steady macam biasa. Dubuk Liar pun tak berani nak jelir lidah.

10) Dez Corkhill adalah jawapan kepada persoalan siapa pengulas bahasa Inggeris untuk bolasepak Malaysia. Dia punya ilmu pasal pemain Malaysia boleh buat budak Ultras Malaya dan juga Zainal Abidin Rawop tunduk insaf! Orang putih lagi reti tengok bola kita beb...

11) Akan ada komen bangang khususnya dari pencinta Geng Bas Sekolah dan History Channel yang akan membandingkan jaringan gol dan mendabik dada sebagai bukti kelab mereka power. Bangang, bangang dan bangang. Kenapa nak pandang benda tu dan bukan nak pandang dan iktiraf kehebatan anak buah OKS? Bangsa inilah yang K Rajagopal marah sangat sebab bangang tak bertempat. Patutnya makhluk bangang ini yang Ibrahim Katak Perkasa dan Mamak Reezal Patriot kempen pada kerajaan supaya dilucutkan kerakyatan Malaysia mereka.
36

The Real Deal - Malaysia XI VS Chelsea FC

LuciusMaximus Khamis, Julai 21, 2011 , , ,


Selepas disajikan dengan aksi perlawanan dari kelab Geng Bas Sekolah dan kelab History Channel, peminat bolasepak Malaysia akhirnya bakal menjadi saksi pertarungan buku dengan ruas malam ini apabila Malaysia bertemu Chelsea di Stadium Nasional Bukit Jalil. Perlawanan terakhir antara Malaysia dan kelab EPL tahun ini adalah ibarat icing on the cake, coup de grace, battle royale atau the real deal. Yang sebelum-sebelum ini hanyalah sarkis semata-mata (termasuk perlawnan menentang Manchester United tahun 2009).

Ramai yang mempertikaikan kenapa Chelsea bertemu dengan skuad Malaysia XI yang rata-rata dibarisi oleh pemain Harimau Muda. Kenapa Arsenal dan Liverpool dapat lawan Harimau Malaya tapi Chelsea dapat Harimau Muda? Adakah kerana Chelsea tidak power?

Macam yang kita tahu Harimau Malaya bakal berdepan dengan Singa Temasek beberapa hari lagi. Maka sebab itulah Harimau Muda dipilih untuk melayan Chelsea di Bukit Jalil.

Tapi sesiapa yang berfikiran bahawa Chelsea berdepan dengan lawan yang mudah, mereka silap. Mereka ini juga pastinya jenis makhluk yang hanya mula kenal bolasepak Malaysia lepas tengok Khairul Fahmi dan Safee Sali julang Piala AFF tahun lepas. Sebelum menang Piala AFF bukan tahu apa pun.

Meminjam kata-kata Haji Hasbullah Awang, harus diingat, bahawa kebangkitan bolasepak Malaysia berpunca dari anak muda. Harimau Malaya yang ada hari ini pun sebenarnya dibentuk dari skuad Harimau Muda yang menang pingat emas Sukan SEA 2009. Dari situlah kebanyakan pemain termasuk jurulatih K Rajagopal diserap masuk ke Harimau Malaya. Dan eksperimen ini berjaya bila mana Harimau Malaya pula menjulang Piala AFF 2010, melengkapkan hegemoni bolasepak Malaysia dalam ASEAN selama 2 tahun.

Sekarang Harimau Muda yang ada dikemudi pula oleh Ong Kim Swee, bekas pemain Projek Barcelona 1992, juara Piala FA 1995 dan Liga-M 1996 bersama Sabah dan antara pemain yang bermain dalam tahun 1995 untuk Malaysia menentang Flamengo yang berkesudahan 1-1. Pada tahun 2009 Ong Kim Swee mengambil alih tugas K Rajagopal untuk menjadi jurulatih Harimau Muda dan seterusnya menjuarai Liga Premier tahun tersebut.

Ong Kim Swee meneruskan legasi yang ditinggalkan K Rajagopal dan hari ini percaya atau tidak Harimau Muda adalah antara 12 pasukan bawah 23 tahun terkuat Asia. Kita boleh katakan antara 12 terkuat Asia kerana sekarang Harimau Muda berada dalam Pusingan 3 Kelayakan Olimpik yang hanya menempatkan 12 pasukan. Tak ke power namanya tu?

Harimau Muda mungkin tidak ada Safee Sali, Safiq Rahim atau Khairul Fahmi yang menjadi pujaan ramai wanita serta Aidil Zafuan yang menjadi pujaan Rita Rudaini seorang. Tetapi untuk malam ini bermain selaku Malaysia XI, Ong Kim Swee telah memanggil beberapa old guards dan otai yang walaupun berusia dan tidak lagi menyarung jersi kebangsaan tetapi masih mantap dan power. Sokernet melihat 5 old guards terpilih yang dijangka bakal memberi impak malam ini:


Norhafiz Zamani - Pertarungan udara tahun 2008 ini yang menjadi punca Joe Cole berpindah ke Liverpool dan terus tak reti main bola


Norhafiz Zamani Misbah
Pertahanan, 62 caps, 2 gol
30 tahun, Negeri Sembilan

Steve Bruce khabarnya pernah terpesona dengan kepoweran Norhafiz Zamani Misbah hingga hampir menandatangani pemain ini untuk Birmingham City. Ini cerita tahun 2003 dulu ketika Trofi EPL Asia 2003 di mana Malaysia berentap lawan Chelsea dan Birmingham City. Sebelum itu kerja Norhafiz ialah mengekang Ronaldo dan Ronaldinho ketika Brazil datang berguru dengan Harimau Malaya pada tahun 2002. Jadi kerja-kerja mengekang bintang antarabangsa ini lebih kurang macam makan roti canai saja buat Norhafiz. Pada Piala Asia 2007 beliau menggalas tugas sebagai kapitan. Walaupun Malaysia kalah teruk semua 3 perlawanan ketika itu, Norhafiz antara pemain yang pertama bersuara menuntut perubahan drastik dalam pembangunan bolasepak Malaysia.


Daudsu - mengubati luka sumbak gol sendiri hok ganah belako dengan sebotol budu

Daudsu Jamaluddin
Pertahanan, 10 caps, 0 gol
26 tahun, Kelantan

Peribahasa purba Kelantan ada menyebut bahawa 'Kelantan itu Daudsu dan Daudsu pula adalah Kelate'. Ya sememangya Red Warriors tidak dapat dipisahkan dengan Daudsu, ibarat lagu dan irama. Anak jati Kelantan ini merupakan antara pemain dalam skuad Harimau Malaya yang menjuarai Pestabola Merdeka 2007. Seterusnya beliau diserap ke skuad senior tetapi sehingga hari ini sekadar mengumpul hanya 10 caps. Mungkin bagi Daudsu, the only country for him is Islamic Republic of Kelantan. Namun malam ini beliau bakal melakukan tugas amal untuk Malaysia berdepan Chelsea. Daudsu juga pemegang rekod pemain bolasepak tempatan yang paling banyak ada page dalam Facebook, terima kasih kerana gol sendiri yang disumbatnya dalam perlawanan akhir Piala FA 2011. Ganah Daudsu sumbak gol sendiri!


Joseph Kalang Tie - Sarawak, Ngap Sayot, Bujang Senang dan Awang Mahyan; FAM jangan cari pasal!

Joseph Kalang Tie
Tengah, 0 caps, 0 gol
24 tahun, Terengganu

Joseph Kalang Tie boleh dikira antara pemain paling underrated di Malaysia. Walaupun berfungsi baik sebagai pemain sayap dan mempunyai kebolehan menyumbat gol dari jarak jauh, entah kenapa beliau masih belum menyarung jersi Harimau Malaya. Kalau tahu dek Awang Mahyan mesti K Rajagopal dan FAM kena tuduh mendiskriminasi anak jati Sarawak ini dan semangat Ngap Sayot. Tapi bermain untuk Terengganu, Joseph adalah ibarat keropok lekor, tak ada memang bukan Terengganu namanya. Pernah menimba ilmu selama 2 bulan di Hartlepool United, malam ini mungkin peluang terbaik Joseph membuktikan semangat Ngap Sayot dan kemahiran main bola beliau.


Hai-O - Bab terbang di udara apa ada hal kalau sudah dilengkapi dengan teknologi nano

Hairuddin Omar
Penyerang, 63 caps, 13 gol
31 tahun, Negeri Sembilan

Siapakah pemain Malaysia pertama yang merobek gawang Chelsea? Siapakah pemain Malaysia yang mengakhir ketandusan gol Malaysia selama 12 tahun menentang lawan dari England sejak Matlan Marjan kali terakhir melakukannya pada 1991? Hairuddin Omar ialah orangnya wahai adik-adik, turut popular dengan nama Hai-O. Tinggi lampai, bernafsu buaya dan pandai melompat, beliau pernah menumpaskan John Terry dalam pertarungan udara pada tahun 2003 untuk menyumbat gol Malaysia ketika bertemu Chelsea. Malam ini sekali lagi Hai-O bakal berdepan John Terry dan bagi beliau selaku Hai-O, apa ada hal? Kejayaan Hairuddin Omar menjulang Piala Malaysia 3 kali bersama 3 pasukan berlainan (Terengganu, Neger Sembilan & Kelantan) bagaimanapun tidak ada sangkut paut dengan amalan minum air tapisan berteknologi nano keluaran Hai-O Marketing.


Amri Yahyah - Igauan buruk pertahanan Menyu yang menjadi punca mereka gagal menjuarai EPL musim 2009/10

Amri Yahyah
Penyerang, 68 caps, 25 gol
30 tahun, Selangor

Dalam dunia hanya ada satu Amri Yahyah. Satu-satunya pemain bolasepak yang menumpaskan 2 penjaga gol Menyu (Edwin van der Sar & Ben Foster) dalam 90 minit permainan. Satu pencapaian yang hanya menjadi impian tak kesampaian buat Nando Torres atau Si Dubuk Liar bernama Didier Drogba. Pemusnah Red Devils ini walaupun sudah agak berusia tetapi mempunyai pengalaman yang berharga menentang kelab-kelab EPL. Mengamalkan pemakanan tempe secara sihat, gandingan beliau dengan Hai-O malam ini tidak mustahil bakal menggentarkan John Terry & Co. asalkan adik-adik Harimau Muda yang turut serta dapat memastikan bekalan amunisi dihantar ke barisan depan. Like they said in Tanjung Karang, you don't mess with tempe eater.

Ada beberapa lagi pemain senior yang turut diserap Ong Kim Swee. Antaranya Farizal Marlias, penjaga gawang Negeri Sembilan; bekas kapitan Yob yang kini masuk Red Warriors, S Subramaniam; Shahrulnizam Mustapa, Yob yang pernah bermain dalam Piala Asia 2007 dan akhir sekali Badri Radzi atau popular sebagai Piya, jentera tengah dan playmaker Red Warriors.

Ya, sekalipun bukan Harimau Malaya yang sebenar tetapi skuad Malaysia XI malam ini bukan juga calang-calang barisan. Perlawanan bermula pada 8.45 malam dan tidak mustahil akan ada siaran langsung kerana tiket 84,000 keping khabarnya sold out!

Apa? Tak ada cerita pasal Chelsea?

Cerita Chelsea in detail kita tunggu EPL start la okay?
16

Malaysia 0-4 Arsenal

Pipiyapong Abdillah Hamzah Khamis, Julai 14, 2011 , ,
1. Ini keputusan yang logik untuk pemain-pemain Arsenal yang baru start main bola semula selepas cuti panjang. Kalau dengan Manchester United, boleh la Malaysia nak fight. Dengan Arsenal memang silap besar. Okey sekarang ni gua tunggu Liverpool sama Chelsea pulak kena belasah dengan Malaysia.

2. Jack Wilshire biasanya kita tengok macam adik adik sebelum ni. Semalam dia macam abang abang pulak.

3. Pemain Malaysia kena body sikit jatuh bergolek. Diorang tak pergi gym ke?

4. Nasib baik Thierry Henry tak main semalam

5. Perlawanan semalam menunjukkan tak ada seorang pun pemain Malaysia bertaraf antarabangsa dan bertaraf Mokhtar Dahari.

6. Dah lama gua tak tengok pemain Malaysia sepak bola ke atas sejak Sukan SEA. Semalam diorang dah start sepak bola ke atas semula.

7. Rosicky main biasa biasa

8. Sagna nampak gugup bila ter-passing pemain Malaysia semalam. Di mana ketenanganmu Sagna?

9. Bola sepak Malaysia memang selalu mempermainkan perasaan.



28

Bila RajaWenger Berjumpa Rajagopal

Obefiend Weiland Isnin, Julai 11, 2011 , ,
Hai!

Calm before the storm kalau ikut pepatah orang putih. Rajagopal tampak santai manakala Rajawenger cuba main salam sambil picit tangan sampai lebam. Song dan Van Persie nampak tidak selesa. Ini petanda awal Meriam yang disepuh di London Utara tak mampu tembusi kulit umpama zirah naga Harimau Malaya. Kamon Harimau Malaysia!


15

Lagenda Harimau Malaya



Mokhtar Dahari (13 November 1953 - 11 Julai 1991)


Hari ini genap 20 tahun arwah Mokhtar 'Supermokh' Dahari meninggalkan kita semua.

Al-Fatihah
26

Pelita Jaya , Safee Salee dan Makwe Indo

Obefiend Weiland Selasa, Mac 08, 2011 , ,



18

Piala Asia 2011, Qatar, Australia, Harimau Malaya & Allahuakbar

LuciusMaximus Jumaat, Januari 07, 2011 , , , ,




Piala Asia 2011

Wakil Sokernet ke Piala Asia 2011, Pipiyapong khabarnya telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar. Harapan Sokernet beliau tabah menempuhi cabaran hidup di padang pasir. Panas tu memanglah, tapi nanti di Padang Mahsyar lagi panas sebenarnya.

Piala Asia 2011 akan bersepak mula malam ini dengan tuan rumah, Qatar bertemu jaguh Asia Tengah, Uzbekistan. Debaran Qatar menanti kunjungan Uzbekistan adalah ibarat debaran tentera Arab menantikan kunjungan tentera Empayar Timur beribu tahun dulu. Timur dan tentera Asia Tengahnya menakluki Baghdad, membunuh 20,000 umat Islam. Ya lama dulu lagi umat Islam sudah berperang antara satu sama lain dan berbunuhan.

Jika ribuan tahun dulu Arab tewas di tangan Timur, Qatar hari ini pasti berharap situasi yang sebaliknya. Tiga mata adalah penting untuk tuan rumah yang ranking FIFA-nya tidaklah seberapa. Tetapi Qatar FA telah menetapkan sasaran juara untuk skuad mereka biarpun Qatar bukanlah pasukan pilihan.

Qatar

Selain dari misi kejuaraan Piala Asia, Qatar juga mempunyai misi yang lain. Piala Asia 2011 adalah kayu pengukur keupayaan negara Arab kecil ini dalam menganjurkan Piala Dunia yang akan menjelang tiba 11 tahun lagi.

Qatar sebelum ini telah pun menganjurkan Sukan Asia 2006 dan menerima reaksi positif kebanyakannya dari penganjuran tersebut. Kali ini mereka bakal membuktikan keupayaan menganjurkan kejohanan bolasepak dan Piala Asia 2011 adalah pentas terbaik untuk menguji keupayaan mereka.

Lantas Piala Asia 2011 ibarat serampang dua mata buat Qatar. Satu membuktikan kekuatan bolasepak mereka untuk bergelar juara Asia atau paling tidak memberikan cabaran yang terbaik. Kedua ialah membuktikan keupayaan Qatar untuk menganjurkan satu kejohanan bolasepak 16 negara yakni Piala Asia dan meyakinkan dunia mereka mampu pula menganjurkan Piala Dunia yang melibatkan 32 negara dalam tempoh 11 tahun lagi.

Australia

Negara kanggaru yang merupakan ahli gabungan terbaru AFC akhirnya telah diberi penghormatan selaku tuan rumah Piala Asia 2015. Bukan masalah besar buat sebuah negara besar dan maju seperti Australia. Paling tidak, ia mengubati luka Australia yang tewas kepada Qatar dalam perebutan hak penganjuran Piala Dunia 2022.

Masih ramai yang sebenarnya tidak bersetuju dengan kemasukan Australia ke dalam AFC. Di Malaysia kemasukan Australia ke dalam AFC akhirnya membawa kepada satu susuk bernama Ben William. Ben William ini sudah mencapai tahap kehinaan yang sama dengan Paul Keating di Malaysia.

Tetapi kemasukan Australia juga sebenarnya dapat memberi kesan positif buat bolasepak Asia. Reputasi bolasepak Asia kini dipandang lebih tinggi dengan adanya Australia yang merupakan antara negara sukan terulung dunia. Dan kuasa-kuasa bolasepak Asia yang lain kini mempunyai pencabar baru yang perlu mereka tangani. Arab Saudi, Jepun dan Kore Selatan tidak lagi boleh bersenang-lenang.

Tidak apa Australia berada dalam AFC dan bermain dalam Piala Asia. Jangan dia masuk AFF atau ASEAN dan bermain dalam Piala AFF Suzuki atau Sukan SEA sudah. Memang habis negara ASEAN semua gigit jari.

Harimau Malaya

Okay, bila lagi Harimau Malaya nak main dalam Piala Asia? Tunggu harimau bertanduk?

Kali pertama Harimau Malaya bermain dalam Piala Asia ialah pada edisi 1976 di Iran. Kita berada dalam Kumpulan A bersama Kuwait dan China. Tewas 0-2 kepada Kuwait dan seri 1-1 dengan China memaksa Mokhtar Dahari dan rakan-rakan pulang awal. Iran muncul juara Piala Asia 1976.

Kali kedua ialah pada edisi 1980 di Kuwait. Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu. Kita seri 1-1 dengan Korea Selatan, kalah 1-3 di tangan Kuwait, menang 2-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu dan seri 1-1 dengan Qatar. Menduduki tangga ke-3 Kumpulan B, Harimau Malaya pulang awal lagi. Kuwait muncul juara Piala Asia 1980.

Kali ketiga Harimau Malaya ke Piala Asia ialah selaku tuan rumah bersama. Ini ialah pada edisi 2007 di mana bolasepak kita bukan lagi sehebat dulu. Berada dalam Kumpulan C bersama China, Uzbekistan dan Iran, ianya adalah satu bencana. Kita dilauk China 1-5, dilauk Uzbekistan 0-5 dan kalah kepada Iran 0-2 yang pada masa itu sudah pun layak dan tidak lagi berminat menjadikan Harimau Malaya lauk penganut Syiah. Iraq muncul juara Piala Asia 2007, negara yang berperang setiap hari tidak macam Malaysia.

Selepas pertandingan tersebut, Sultan Bola masih maintain jadi Presiden FAM hingga ke hari ini.

Allahuakbar!

Macam biasa dalam bolasepak, setiap kali kejohanan maka pada masa yang sama pemimpin-pemimpin bolasepak berhimpun untuk percaturan politik bolasepak. Kesemua wakil 45 negara gabungan dalam AFC telah berhimpun semalam dalam pengundian jawatan Timbalan Presiden FIFA dari benua Asia.

Pemegang jawatan, Chung Mung-joon dari Korea Selatan hanya meraih 20 undi dan akhirnya disingkirkan oleh Putera Ali al-Hussein dari Jordan yang meraih 25 undi. Harapan Chung Mung-joon untuk mencabar Sepp Blatter dalam pemilihan FIFA bulan Jun nanti juga terkubur dengan penyingkiran ini. Kekalahan ini juga satu lagi tamparan buat Korea Selatan, yang sebelum ini tewas kepada Qatar dalam pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2022.

Kejayaan Putera Ali pastinya kerana dibantu oleh sokongan sebulat suara negara-negara Arab. Kemenangan Putera Ali semalam disambut dengan laungan takbir Allahuakbar. Bolasepak Asia kini di-Islamkan dan ahli PAS semuanya sujud syukur. Tidak ada lagi pengaruh Wonder Girls dalam bolasepak Asia.

Sepp Blatter yang memegang jawatan Presiden FIFA turut hadir di Doha untuk meraih sokongan sebagai persediaan pemilihan FIFA bulan Jun nanti. Beliau bagaimanapun dilaporkan tidak terlibat sama dalam aktiviti laungan takbir.
100

AMARAN KERAS DARI SOKERNET

LuciusMaximus Jumaat, Disember 31, 2010 , ,


Gua nak tanya, apasal lu orang sibuk sembang pasal nama gua sekarang ni?


Belia Sabah mahu digunakan digunakan gelaran Harimau Malaysia, bukan Harimau Malaya

TUARAN: Belia di Sabah teruja dengan skuad bola sepak Malaysia menjuarai Piala AFF Suzuki 2010, tetapi mahu gelaran "Harimau Malaya" yang dirujuk kepada skuad itu digantikan dengan "Harimau Malaysia".

Ramai belia di Sabah dikatakan tersinggung dengan ungkapan Harimau Malaya yang sering digunakan pihak media.

Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, Datuk Jahid Jahim, berkata ramai golongan belia di Sabah menghubungi beliau yang mengadu tersinggung dengan pihak media yang sering merujuk pasukan Malaysia dengan gelaran Harimau Malaya atau Singa Malaya.

"Saya lihat memang ada asas mereka berperasaan begitu kerana ia tidak melambangkan semangat 1Malaysia yang diilhamkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Sepatutnya perkataan Harimau Malaysia yang digunakan," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Jahid yang juga Ketua Pemuda Parti Bersatu Sabah (PBS) berharap media nasional terutama pengarang sukan sentiasa bertanggungjawab dan mengambil kira sensitiviti peminat bola sepak di Sabah khususnya golongan belia berhubung penggunaan perkataan Malaya yang jelas maksudnya secara literal, tidak membabitkan Sabah dan Sarawak.

"Walaupun penggunaan perkataan Harimau Malaya yang merujuk kepada pasukan Malaysia yang memenangi Piala AFF Suzuki itu hanya perkara kecil, namun ia bercanggah dengan aspirasi dan semangat 1Malaysia," katanya.


Sumber: Berita Hairan

Ini adalah hujah paling bodoh dalam sejarah bolasepak Malaysia. Memikirkan yang ianya datang dari seorang menteri sukan hanya menunjukkan yang menteri ini tidak faham sebutir haram pun pasal sukan, khususnya bolasepak.

Datuk Jahid Jahim ini aku berani bertaruh sebelum ini tidak tahu sebutir haram pun pasal bolasepak Malaysia. Dan belia Sabah yang merasa tersinggung kononnya pasukan bolasepak Malaysia diberi gelaran Harimau Malaya yang sebenarnya selama ini hanya tahu tengok perlawanan bolasepak Manchester United.

Inilah masalahnya bila kita menjadi juara. Tiba-tiba semua bercakap pasal bolasepak Malaysia dan Harimau Malaya dan semua mengaku jadi pandai. Tapi kalau betul pandai tidak apa. Masalahnya bila ada yang tak berapa pandai berlagak konon pandai.

Pasukan bolasepak Malaysia wujud lama sebelum Malaysia terbentuk atau Malaya mencapai kemerdekaan,yakni pada tahun 1953 ketika melawan Korea Selatan (sebagai perlawanan antarabangsa diiktiraf yang pertama). Lama sebelum itu pula FAM sudah diasaskan pada 1933, bermula dengan Football Association of Malaya dan kemudiannya ditukar ke Malaysia.

Tetapi nama gelaran pasukan bolasepak kita ialah Harimau Malaya bersempena mengambil nama spesis harimau dari nama yang sama yang hanya wujud di Semenanjung Tanah Melayu. Tidak ada kena-mengena dengan isu politik atau perkauman. Dan Pak Belang bernama Harimau Malaya ini (Panthera tigris malayensis nama saintifiknya di Malaysia, Panthera tigris jacksoni di seluruh dunia) dinamakan Harimau Malaya atau Malayan Tiger sebab alamat rumah dia di Semenanjung Tanah Melayu/Malaya, sebab itu bukan dinamakan Harimau Malaysia atau Harimau 1Malaysia. Tak percaya tanya Animal Planet!

Menamakan pasukan bola kebangsaan dengan nama haiwan tertentu adalah normal dalam bolasepak. Pasukan Filipina digelar Azkal yang membawa maksud anjing jalanan dan tidak ada siapa pun yang nak kecoh walaupun maksudnya agak hina. Indonesia digelar Garuda dan walaupun ianya hayawan mitos tetap tidak menjadi masalah. Iraq digelar 'Lions of Mesapotamia' bukannya 'Lions of Iraq'. Singapura pula dinamakan 'The Lions' walaupun kita tahu tidak ada singa di Singapura (kecuali di zoo). Kenapa Tunisia digelar Les Aigles de Carthage (Helang Carthage) walaupun kerajaan Carthage itu sudah beribu tahun terkubur?

Ini semua soal tradisi. Tradisi dalam bolasepak adalah penting. Dan pasukan bolasepak kita dari berpuluh tahun dulu diberi gelaran Harimau Malaya. Itu tradisi bolasepak kita. Mengubahnya hanya membuat arwah Supermokh menyumpah kita semua nanti.

Jadi aku harap Datuk Jahid Jahim dan mereka yang lain sila fahamkan betul-betul perkara ini. Jangn bodohkan diri sendiri, awak tu menteri merangkap ketua pemuda.

Sekarang aku nak tanya, masa Harimau Malaya tak reti main bola dan asyik kalah dulu, apasal Datuk Jahid Jahim tak pernah kompelin isu nama Harimau Malaya ini?

***
Pertama sekali, Luci maafkan gua kerana menumpang di entry lu. Bila baca entry lu ni, gua bergegas pegi ambik gambar yang rasanya tak patut dia punya hipokrit!


Perompak sukan rakyat!

Patutnya datuk Jahid Jahim ketengahkan isu yang lebih nasionalis, isu yang real tentang betapa celakanya nasib marhaen bila Piala Dunia dilacurkan baru baru ini. Lagi, beliau patut menyuruh penaja iklan di atas menyiarkan game game liga tempatan secara intensif, sekurang kurangnya. Iklan iklan macam ni semua nak elak cukai dan...... Kipppaaaasssssssss!!!!
-pidomat tumpang lalu-


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...