Memaparkan catatan dengan label Piala Asia 2011. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Piala Asia 2011. Papar semua catatan
17

Piala Asia 2011: Suku Akhir

LuciusMaximus Jumaat, Januari 21, 2011 ,





Oleh kerana aku sibuk untuk 4 atau 5 hari kebelakangan ini, maka tidak ada berita rangkuman Piala Asia buat beberapa ketika. Ini lumrah Sokernet. Bila pengulas sibuk maka Sokernet akan sunyi sepi. Adat menulis secara percuma.

Piala Asia 2011 kini sudah memasuki fasa pusingan kalah mati. Lapan pasukan telah berjaya layak ke peringkat suku akhir manakala lapan yang lain bungkus dan pulang awal.

Sebelum bermulanya Piala Asia 2011 aku ada meletakkan tilikan pasukan yang bakal melepasi peringkat kumpulan. Berikut keputusan sebenar setiap kumpulan dalam Piala Asia 2011 dan tilikan asal yang diletakkan.

Kumpulan A
Uzbekistan
Qatar
China
Kuwait

Tilikan Gudel Gurita Dewa Laut
Qatar
China
Uzbekistan
Kuwait

Uzbekistan melakukan kejutan untuk muncul juara Kumpulan A serta turut meletakkan White Wolves antara calon pilihan untuk menjuarai Piala Asia 2011. China seperti biasa kekal dengan jolokan ‘Asian perennial underachievers’ apabila terpaksa pulang awal dan menghampakan berbilion rakyat China yang mengharapkan Piala Asia pertama mereka. Qatar yang tewas kepada Uzbekistan pada perlawanan pembukaan kembali bangkit untuk memastikan tuan rumah terus berada dalam kejohanan dan menjamin kehadiran penonton ke stadium. Kuwait pula sekadar melengkapkan jadual.

Kumpulan B
Jepun
Jordan
Syria
Arab Saudi

Tilikan Ayah Pin
Arab Saudi
Jepun
Syria
Jordan

Tilikan Ayah Pin seperti biasa memang tak boleh pakai. Arab Saudi melakukan kejutan dan kemaluan besar ke atas diri sendiri apabila menduduki tangga tercorot kumpulan yang sepatutnya muda buat mereka. Jepun bagaimanapun lebih bernasib baik dan membuktikan keupayaan Samurai Blue berdepan dengan pasukan negara Arab. Jordan dan Syria merebut slot terakhir terima kasih pada kejatuhan Arab Saudi dan dalam perlawanan antara dua negara berjiran ini Jordan muncul pemenang untuk mara ke suku akhir mengiringi Jepun.

Kumpulan C
Australia
Korea Selatan
Bahrain
India

Tilikan ‘almarhum’ Paul The Oracle
Australia
Korea Selatan
Bahrain
India

‘Almarhum’ Paul The Oracle terus mengekalkan reputasinya sebagai penilik bolasepak paling berjaya di alam semesta. Atau mungkin ianya kerana kedudukan Kumpulan C mudah diduga kerana ianya memang mudah. Australia muncul juara mengatasi Korea Selatan dengan kelebihan jaringan tetapi seperti diduga kedua-dua ‘heavyweight’ Asia ini melangkah ke suku akhir dengan mudah. Bahrain yang cuba mengintai peluang untuk mencuri satu slot jelas bukan tandingan dua ‘heavyweight’ tersebut. Sedang India pula sekalipun kalah semua perlawanan akhirnya pulang membawa pengalaman berharga. Paling tidak rekod mereka lebih baik dari rekod Malaysia dalam Piala Asia 2007.

Kumpulan D
Iran
Iraq
Korea Utara
Emiriah Arab Bersatu

Tilikan Paranormal Andi S Chalin
Iran
Emiriah Arab Bersatu
Korea Utara
Iraq

Apa yang awalnya dijangka sebagai kumpulan maut rupanya adalah kumpulan yang mudah buat dua negara berjiran yang pernah berperang sesama sendiri dulu, Iran dan Iraq. Iran mengekalkan rekod kemenangan 100% manakala Iraq pula membuktikan kejayaan edisi 2007 mereka bukan secara kebetulan dan Lions of Mesopotamia sebenarnya masih berkeupayaan untuk mempertahankan kejuaraan kali ini. Korea Utara dan ‘Wayne Rooney Asia’ rupa-rupanya sekadar auta dan bahan propaganda komunis, mereka tidak sehebat mana dan sama membosankan seperti penyokong mereka yang berkemeja dan bertali leher untuk ke stadium. Emiriah Arab Bersatu pula sepatutnya sedar duit yang banyak elok dilaburkan untuk bolasepak tempatan bukannya ke Manchester City.

Dengan selesainya saingan peringkat kumpulan maka kedudukan pusingan kalah mati dan suku akhir terbentuk seperti berikut:

Uzbekistan lawan Jordan
Australia lawan Iraq
Jepun lawan Qatar
Iran lawan Korea Selatan

Melihat kepada kedudukan suku akhir di atas, perlawanan paling sukar diduga ialah pertembungan antara Iran dan Korea Selatan. Australia lawan Iraq juga tidak kurang hebatnya dengan status Iraq sebagai ‘darkhorse’. Uzbekistan dan Jepun sepatutnya tidak mempunyai sebarang masalah untuk ke separuh akhir.

Jepun lawan Qatar adalah pada 9.25 malam ini sedang Uzbekistan lawan Jordan pada 12.25 pagi nanti. Australia lawan Iraq jam 9.25 malam esok diikuti Iran lawan Korea Selatan pada 12.25 pagi Ahad.

Siapa yang sibuk berkata akan tengok Piala Asia 2011 apabila bermula peringkat kalah mati, inilah masanya.
10

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-9

LuciusMaximus Ahad, Januari 16, 2011 , , , , ,





Okay yang sebenarnya bukan aku tak mahu pos entri tentang kemenangan Chelsea. Kemenangan itu sudah diduga pun. Setakat lawan Blackburn Rovers apa ada hal? Chelsea beb, bukan Liverpool.

Niat aku sebenarnya sepanjang Piala Asia 2011 ini ialah untuk cuba fokus mengenai Piala Asia saja. Tapi sebab Obefiend dah sebut-sebut pasal Chelsea jadi aku tambah sikit.

Kemenangan malam tadi adalah petanda jelas bahawa Chelsea kini kembali dalam pemburuan takhta klasemen. Walaupun ketinggalan agak jauh tetapi secara matematik Chelsea masih berpeluang. Liverpool lain cerita, baik dari segi matematik, sejarah, geografi atau pun pendidikan moral memang dah tak mampu dah.

Jadi kepada semua penyokong Chelsea yang dirahmati sekalian, zigger zagger!

Okay kembali pada Piala Asia 2011.

Pertarungan Paksi Kejahatan

Dua negara yang pernah digelar Uncle Sam sebagai anggota Paksi Kejahatan bermain malam tadi. Republik Islam Iran lawan Republik Rakyat Demokratik Korea atau Korea Utara. Terima kasih pada RTM kerana mengambil alih tugas ESPN dan Star Sport dengan menyiarkan perlawanan ini secara langsung malam tadi. Dengan Datuk Haji Hasbullah Awang dan Richard memberikan ulasan, aku dapat tengok perlawanan Piala Asia 2011 sambil terkekeh-kekeh depan TV.

Korea Utara yang perlukan kemenangan turun dengan sokongan padu dari penyokong mereka yang berkemeja lengkap bertali leher gaya nak pergi temuduga kerani pejabat tanah. Mula aku syak mungkin kakitangan kedutaan Korea Utara di Doha tetapi jumlah mereka punyalah ramai tidak mustahil mereka ini pekerja ladang gandum atau pelombong arang batu paling produktif untuk tahun 2010 yang dipilih sendiri oleh pemimpin agung Kim Jon-Il untuk dihantar terbang percuma ke Qatar sempena Piala Asia 2011. Tahniah!

Tetapi sokongan padu dari komrad-komrad pakai kemeja dan bertali leher tidak dapat membantu Wayne Rooney Asia dan rakan-rakan untuk menundukkan kuasa Republik Islam Iran. Semangat revolusi Iran lebih kuat dan jitu, Karim Ansarifard yang khabarnya kini dalam perhatian kelab Jerman Borussia Dortmund meledak gol kemenangan Iran pada minit ke-62. Iran 1 Korea Utara 0.

Iran kini adalah pasukan pertama yang sah ke suku akhir.

Lions of Mesopotamia Bangkit

Iraq, yang tunduk pada Iran dalam perlawanan pembukaan kembali menghidupkan misi mempertahankan kejuaraan mereka dengan menundukkan Emiriah Arab Bersatu 1-0 malam tadi.

Kedua-dua pasukan seperti akan terikat tanpa jaringan tetapi gol sendiri oleh pemain Emiriah Arab Bersatu, Walid Abbas pada minit ke-90+3 memastikan Iraq mengutip 3 mata penuh dan kini hanya perlu menang ke atas Korea Utara dalam perlawanan terakhir mereka.

Malam Ini

Pusingan peringkat kumpulan kini hampir tamat dan malam ini Kumpulan A akan melabuhkan tirai mereka. Macam biasa mengikut prosedur FIFA setiap perlawanan terakhir kumpulan hendaklah dijalankan serentak untuk mengelak sebarang keputusan yang disengajakan.

Tuan rumah Qatar bertemu Kuwait dalam perlawanan wajib menang untuk mereka layak ke suku akhir. Kuwait pula secara logiknya tidak mempunyai peluang, melainkan mereka menang besar ke atas Qatar untuk mengatasi defisit 3 gol mereka dan menjaminkan kelebihan jaringan.

China pula bertemu Uzbekistan dan masih berpeluang untuk ke suku akhir jika menang dan hanya sekiranya Qatar kalah. Tetapi andai Qatar juga menang ke atas Kuwait maka peluang China tertutup kerana rekod pertemuan China dan Qatar sebelum ini memihak kepada tuan rumah.

RTM melalui TV1 akan menyiarkan siaran langsung pertembungan China dan Uzbekistan malam ini jam 9:15 malam.

Sebelum berpisah, gol dari pemain Iran Karim Ansarifard. Dengan gol sebegini tidak mustahil beliau bakal ke Borussia Dortmund!

23

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-8

LuciusMaximus Sabtu, Januari 15, 2011 , , , , ,




May The Force Be With You!


Malam ini semua perlawanan Piala Asia 2011 akan bertembung dengan perlawanan-perlawanan liga bolasepak tempatan yakni EPL. Maka macam biasa keutamaan perlu kita berikan kepada EPL. Kalau bukan rakyat Malaysia nak sokong EPL, siapa lagi?

Senario EPL diutamakan dari Piala Asia ini bukan baru sangat dalam Malaysia. Pada tahun 2007 berjuta-juta anak jati Manchester di Malaysia pernah dihampakan kerana kunjungan Manchester United ke Kuala Lumpur terpaksa dibatalkan akibat protes AFC kerana Malaysia juga adalah tuan rumah Piala Asia 2007. Ramai yang kecewa tetapi tidak menyedari Piala Asia 2007 adalah yang pertama buat negara kita sejak perginya arwah Mokhtar Dahari.

Malam ini, kerana EPL maka ESPN dan Star Sport terpaksa memberi laluan kepada perlawanan EPL. Buat mereka yang mempunyai Astro B.yond bagaimanapun bolehlah layan perlawanan Piala Asia 2011 di ESPN HD.

Sepatutnya FAM melobi kepada FA England supaya membenarkan pasukan Harimau Malaya bermain dalam EPL. Atau pun suruh Tony Fernandes beli Hull City dan namakan Harimau Malaya kemudian sumbat pemain Malaysia dalam kelab itu. Lambang pun dah harimau dah.

Asian Heavyweights

Negara bolasepak paling berjaya di Asia, Korea Selatan bertembung dengan pendatang baru bolasepak Asia, Australia. Korea Selatan pernah ke Piala Dunia 8 kali berbanding 3 kali untuk Australia, tetapi dalam ranking FIFA Australia ialah pasukan nombor satu Asia berbanding ke-3 buat Korea.

Korea Selatan yang pertama merobek gawang Australia, pada minit ke-24 melalui pemain muda Koo Ja-Cheol yang bermain untuk Jeju United. Keseluruhan babak pertama dikuasai baik oleh Korea Selatan dengan Australia lebih banyak mengejar bola. Tim Cahill dan Harry Kewell tidak langsung mengancam kubu Korea, dengan Cha Du-Ri cemerlang mengawal pergerakan Cahill.

Australia bagaimanapun menunjukkan peningkatan positif pada separuh masa kedua. Dan pada minit ke-62 mereka diselamatkan oleh pahlawan Jedi bernama Mile Jedinak yang bermain untuk kelab Turki, Genclerbirligi. Ia adalah gol antarabangsa pertama buat Jedinak.

Seri merupakan keputusan yang memuaskan buat kedua pihak. Cuma Korea Selatan kini lebih selesa kerana perlawanan berikutnya ialah India. Australia pula perlu berdepan Bahrain dan wajib menang jika mahu ke suku akhir. Masalahnya Luke Wilshire, David Carnay dan Jason Culina kesemuanya mengalami kecederaan dan sedikit menjejaskan persediaan Socceroos.

Goal Fest

Tujuh gol disajikan dalam pertemuan antara Bahrain dan India dengan penyerang Bahrain Ismaeel Abdullatif menjaringkan 4 gol manakala seorang lagi penyumbang gol Bahrain, Faouzi Aaish dilayangkan kad merah kerana melakukan aksi terjun dalam kotak penalti India.

India walaupun bolos 5 gol tetap memberikan saingan selayaknya buat Bahrain. Gouramangi Singh dan Sunil Chhetri menjaringkan 2 gol buat India. Okaylah tu, Malaysia pun hanya mampu mencatatkan satu gol dalam Piala Asia 2007.

Kalah 5-2, India kini sudah terkeluar dari saingan Piala Asia 2011. Tetapi mengikut kata jurulatih India, Bob Houghton, pengalaman bermain Piala Asia 2011 dan menentang pasukan handalan merupakan pengajaran yang berharga buat Bhangra Boys.

Malam Ini

Pertarungan Paksi Kejahatan antara Iran dan Korea Utara berlangsung jam 9:15 malam dan Jong Tae-Se kali ini berjanjikan akan melakukan satu tumbukan padu ke udara. Kemudian pada 12:15 pagi Emiriah Arab Bersatu berdepan pula dengan juara bertahan Iraq.

Sebelum berpisah, aksi gol dari pemain Sporting Kansas City dan India, Sunil Chhetri. Jadahnya India ada pemain yang bermain di MLS Amerika Syarikat? Kita baru nak hantar Safee Sali keluar pun dah kecoh satu kampung. Tapi sebenarnya kalau dilihat dengan teliti, Renedy Singh sudah pun terlebih dulu meletakkan bola dalam gawang melalui screamer beliau.

33

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-7

LuciusMaximus Jumaat, Januari 14, 2011 , , , , ,
Kata orang, Piala Asia 2011 ini makanan negara Arab. Pedulikan bagus mana Australia, Jepun atau Korea Selatan; kerana Piala Asia kali ini dianjurkan di Qatar, di tanah Arab, dalam dunia Arab; semestinya pasukan negara Arab yang akan menguasai kejohanan ini.

Tapi setakat ini belum ada negara Arab yang telah memijak sebelah kaki dalam pusingan suku akhir. Qatar bernasib baik menang ke atas China untuk menghidupkan kembali peluang mereka. Tetapi dalam Kumpulan A keadaan masih agak terbuka di mana semuanya masih boleh melangkah ke sukur akhir.

Kumpulan A
Uzbekistan 6
Qatar 3
China 3
Kuwait 0

Qatar bakal bertemu Kuwait dan China pula berdepan Uzbekistan. Jika China menang ke atas Uzbekistan dan Qatar pula seri atau tewas kepada Kuwait, tidak akan ada pasukan Arab yang layak ke suku akhir dari Kumpulan A.

Jawapan pada teka-teki ini hanya akan dapat kita ketahui pada 16 Januari nanti.

Sementara itu dalam Kumpulan B, kumpulan paling Arab kerana mengandungi 3 pasukan Arab di dalamnya, paling tidak satu slot suku akhir masih boleh menjadi milik pasukan Arab. Dan jika diikut percaturan sebelum bermulanya Piala Asia, slot itu berkemungkinan besar milik Arab Saudi. Tetapi masalahnya:

Syukran Jazilla Saudi Arabia!

Bapak segala negara Arab di dunia, Arab Saudi menjadi pasukan pertama yang berkemas pulang. Tidak menjadi masalah pun kerana dari Qatar balik ke Arab Saudi naik bas pun boleh.

Selepas kalah mengejut kepada Syria, Arab Saudi malam tadi tumbang pula kepada Jordan. Kali ini kurang mengejut kerana kalau hendak ditengok gaya permainan Arab Saudi memang macam celaka. Unta pun boleh main bola lagi bagus aku rasa.

Melalui Baha'a Abdul Rahman, Jordan terlebih dulu di depan minit ke-42. Arab Saudi kemudiannya mempunyai seluruh babak kedua untuk bangkit mengatasi lawan mereka. Tapi semuanya main ikut kepala bana sendiri. Di sebalik nama-nama besar macam Yasser Al-Qahtani, Mohammad Al-Shalhoub dan Taisir Al-Jassim, masih tidak ada persefahaman antara mereka. Semua terikut dengan perangai Arab dari Semenanjung Tanah Arab, besar kepala dan perasan bagus.

Lain ceritanya dengan Jordan, sekalipun bermain dengan 10 pertahanan mereka ada semangat sepasukan. Jordan mengisi penuh babak kedua dengan pertahanan yang jitu ibarat Walls of Jericho. Bukan masalah sangat pun buat Jordan sebenarnya. Semua serangan Arab Saudi lebih bercorak individu, semua jenis nak rembat sendiri. Mungkin sebab Sultan Bola Arab Saudi ada menjanjikan telaga minyak bagi sesiapa yang menjaringkan gol.

Sebaik pengadil meniup wisel, Jordan telah melengkapkan satu kisah klasik Piala Asia. Menghantar Green Falcons, juara 3 kali pulang. Dan lebih pahit lagi sebagai pasukan pertama yang pulang dalam Piala Asia 2011 ini.

2 Penalti 2 Kad Merah

Jujur, bolasepak macam ini yang kita perlu untuk setiap perlawanan yang disiarkan waktu tengah malam di Malaysia. Yang penuh drama, kontroversi dan saspen pastinya.

Syria, bersemangat kesan dari kemenangan mengejutkan mereka ke atas Arab Saudi bertemu Jepun yang hampir-hampir tumpas kepada Jordan sebelumnya. Jepun juga perlu menang jika tidak mahu pulang awal.

Tetapi berdepan dengan Syria bukan mudah. Qasioun Eagles memang tidak tersusun macam Blue Samurai, tetapi permainan mereka tipikal bolasepak Arab. Sangat fizikal, banyak menggunakan long ball dan penuh intimidasi. Kalau semangat Jepun lemah macam budak Arsenal memang kena lauk jawabnya.

Pun begitu, Jepun terlebih dulu di depan. Kapten pasukan Makoto Hasebe meledakkan gol pertama minit ke-35 selepas huru-hara berlaku di depan gawang Syria. Kedudukan 1-0 kekal hingga tamat babak pertama.

Mula separuh masa kedua, Syria banyak mengasak kubu Jepun dengan semangat yang lain macam. Macam mahu merampas Bukit Golan dari Israel lagaknya sedang Jepun bermatian mempertahankan gawang mereka ibarat ianya Pulau Okinawa.

Dan kemudian timbul kontroversi yang pertama. Syria diberikan penalti oleh pengadil dari Iran setelah penjaga gol Jepun Eiji Kawashima menjatuhkan Sanharib Malki. Tetapi penjaga garisan melayangkan bendera kerana Sanharib Malki berada dalam kedudukan ofsaid. Pengadil bagaimanapun menolak keputusan penjaga garisan dan melayangkan kad merah kepada Eiji Kawashima. Firas Al-Khatib menyempurnakan penalti untuk kedudukan 1-1.

Ianya adalah kesilapan yang jelas dari pengadil Iran bernama Mohsen Torky. Mungkin kerana itulah pada minit ke-82 Jepun pula dihadiahkan penalti, tit for tat version. Shinji Okazaki seperti dijatuhkan oleh Ali Diab dalam situasi yang agak 50-50. Keisuke Honda menyempurnakan penalti tersebut untuk Jepun yang bermain 10 orang di depan kembali.

Dalam waktu kecederaan, Nadim Sabagh pula dilayangkan kad kuning kedua selepas menerima yang pertama kurang 30 saat sebelumnya kerana merebut bola dari pemain Jepun yang masih belum melakukan sepakan percuma.

Pengadil meniup wisel penamat untuk memberikan Jepun kemenangan 2-1 tetapi ianya lebih awal dari waktu kecederaan yang sepatutnya, begitu dakwaan jurulatih Syria Valeriu Tita.

Dengan kemenangan ini, Jepun mendahului Kumpulan B dan hanya perlu seri ke atas Arab Saudi untuk layak ke suku akhir.

Malam Ini

Masuk hari ke-8 dan barulah kita bakal disajikan dengan pertembungan heavyweight pertama, Australia lawan Korea Selatan pada jam 9:15 malam. Bahrain pula menentang India pada jam 12:15 pagi.

Sebelum berpisah, aksi-aksi penuh kontroversi dari pertemuan Syria dan Jepun. Semangat Arab sungguh pengulas itu.

22

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-6

LuciusMaximus Khamis, Januari 13, 2011 , , , , ,


Bruno Metsu=Michael Bolton


Pergh, bukan main lagi masing-masing komen bila bab bolasepak England. Memancut deras komen yang keluar macam masa kali pertama bersetubuh dulu. Tapi bila masuk bolasepak Asia, terus meleleh macam orang tua tak dapat Viagra.

Tidak apa, memang itulah mentaliti kita. Bukan kita di Malaysia saja, tapi hampir seluruh Asia. Arab berjubah yang di Qatar itu pun berat bontot nak ke stadium apatah lagi kita yang beribu kilometer jauhnya. Dari tengok negara Arab entah mana lawan negara Gohedgostan baik layan slot drama Gerak Khas, ye dak?

Pada pendapat aku perlawanan-perlawanan Piala Asia akan penuh stadiumnya kalau dianjurkan di Korea Selatan, Jepun atau Australia. Dan kalau nak dikira dalam edisi Piala Asia 2011 ini juga, tiga negara ini yang banyak memberikan tumpuan serta liputan penuh tentang kejohanan ini. Dan tidaklah menghairankan juga bahawa 3 negara ini merupakan 3 negara bolasepak terbaik Asia.

Jadi apa pengajaran moral untuk kita semua di situ? Senang saja, pindah ke Liverpool dan tuntut kerakyatan Britain. Baru senang nak mendabik dada sambil mengaku darah Liverpool mengalir dalam badan dengan menggunakan slanga Scouse tanpa rasa bersalah kepada arwah Mokhtar Dahari.

Uzbekistan Bukan Gohedgostan

Dua perlawanan, dua kemenangan. Apa makan pemain Uzbekistan ni? Budak-budak kot?

Uzbekistan bukannya klasemen sangat dalam sukan bolasepak ini. Tapi permainan mereka bagus, ada taktikal dan strategi. Untuk perbandingan boleh katakan setaraf dengan Ipswich Town. Lawan Chelsea memang tak dapatlah tapi setakat Arsenal apa ada hal?

Sebagai sebuah negara bekas jajahan Soviet, Uzbekistan banyak mewarisi kemahiran bolasepak gaya Eropah. Hantaran lintang yang agak tepat, banyak ’through pass’, stamina kuda serta ’winning mentality’. Mereka gemar menggunakan kelebihan full back yang pantas untuk flanking attack dan hantaran lintang ke dalam kotak.

Kapten pasukan Server Djeparov (FC Seoul serta pemenang Asian Footballer of the Year 2008) kerap menjadi arkitek jentera tengah Uzbekistan. Bahagian serangan pula dipertajamkan oleh Maksim Shatskikh (FC Arsenal Kiev) dan Alexander Geynrikh (Pakhtakor Tashkent) yang setakat ini merupakan antara gandingan berbisa dalam Piala Asia 2011

Malam tadi lawan Kuwait, Uzbekistan memastikan kemenangan 2-1. Kuwait jadi negara Arab kedua mangsa Uzbekistan selepas Qatar. Djeparov dan Shatskikh muncul penjaring untuk White Wolves manakala Bader Al-Mutwa menjaringkan gol untuk Kuwait melalui sepakan penalti.

Qatar Kembali Bernyawa

Skuad tuan rumah yang kalah perlawanan pembukaan turun melawan China tengah malam tadi. It’s a do or die mission buat Qatar dan Bruno Metsu.

Bruno Metsu, atau nama lainnya Abdul Karim, membuktikan kepakaran taktikal beliau apabila memastikan peluang Qatar ke suku akhir terus hidup. Menyedari bahawa skuad Great Wall kali ini dibarisi pemain muda, Metsu menggunakan taktik intimidasi serta pendekatan bercorak fizikal untuk mengatasi China.

Qatar kali ini mengharapkan tenaga anak muda tempatan untuk merobek gawang China setelah pemain naturalisasi seperti Sebastian Soria, Fabio Cesar Montezine dan Lawrence Quaye semuanya tidak boleh diharap. Dan penyelamat itu muncul dalam bentuk Yusef Ahmed, 22 tahun, yang meledak 2 gol Qatar pada separuh masa pertama.

“Dengan pemain asing di samping kadang-kadang sukar bagi pemain muda Qatar untuk masuk, tetapi Yusuf Ahmed telah lakukan yang terbaik dan beliau layak untuk kesebelasan utama,” jelas Metsu yang mengharapkan kemenangan ke atas Kuwait dalam perlawanan terakhir Kumpulan A nanti.

China, perennial underachievers Asia kini berdepan tugas berat untuk mengatasi Uzbekistan dalam perlawanan berikutnya jika mahu ke suku akhir.

Malam Ini

Jordan bertemu Arab Saudi dalam satu lagi Arabian Affairs paka jam 9:15 malam. Arab Saudi perlu menang perlawanan ini kerana dua perkara. Satu kerana mereka perlu layak ke suku akhir dan kedua kerana jika mereka tidak menang, gerenti Sultan Bola mereka akan pecat jurulatih lagi kot.

Pada jam 12:15 pagi pula, Syria akan bertemu Jepun. Kemenangan untuk Syria bermakna Qasioun Eagles semakin hampir untuk layak ke suku akhir. Sedang Jepun pula memikul harapan Maria Ozawa dan seluruh rakyat negara matahari terbit dalam pemburuan kejuaraan Asia ke-4 mereka.

Sebelum berpisah, saksikan aksi jaringan 2 gol Yusuf Ahmed ketika membenam China. Tolong kira berapa kali pengulas Arab itu sebut perkataan Allah.

24

Piala Asia 2011: Laporan Hari Ke-5

LuciusMaximus Rabu, Januari 12, 2011 , , , , ,


Subkhiddin



Anak Harimau Malaya beraksi malam tadi dalam Piala Asia 2011. Tapi sebagai pengadil sajalah. Apa pun prestasi Subkhiddin aku rasa memang terbaik, boleh bagi 5 bintang. Bukan senang nak adili perlawanan antara sekumpulan Arab bodoh sombong dan sekumpulan komunis Korea Utara yang jenis nak tembak orang saja kerjanya.

Dikhabarkan bahawa Pak Alex Ferguson belum pernah lagi berdepan dengan Subkhiddin sepanjang kariernya sebagai pengurus Manchester United. Ada kemungkinan kerana Subkhiddin ini antara pengadil yang sangat digeruni oleh Pak Alex.

Sokernet sebagai laman web rasmi bolasepak dunia juga turut menegur suara Twitter rasmi AFC, @afcasiancup kerana mengeja nama Subkhiddin tanpa huruf ‘h’. Ianya dibalas kembali dengan tweet:

@SOKERNET_TWEET my apology. You are right, it’s Subkhiddin.



Sokernet memang tidak akan berkompromi dalam hal begini. Subkhiddin adalah Harimau Malaya sejati dan legend dunia pengadilan bolasepak!

Wayne Rooney Asia? Hak Tui!

Semenjak dari Piala Dunia 2010 lagi Jong Tae-Se telah diheboh-hebohkan sebagai Wayne Rooney Asia. Dan semenjak dari Piala Dunia 2010 juga lagi aku dah bersedia untuk membuat ‘tumbukan padu ke udara’ (istilah hakmilik Jorji &Sokernet) apabila Wayne Rooney Asia menjaringkan gol. Tapi sampai ke hari ini haram tak ada jaringan darinya.

Yang sebenarnya malam tadi lawan Emiriah Arab Bersatu kau pun tak pasti Jong Tae-Se ini main ke tidak. Nama ada dalam senarai tapi main haram tak macam Rooney pun. Rooney yang sebenarnya macam haram pun lagi bagus aku rasa.

Dan Korea Utara pada pendapat aku menghantar bukan skuad pemain bolasepak tapi mungkin pekerja Ladang Gandum Kolektif 3415 atau Lombong Arang Batu Kim Jong-Il Pemimpin Agung Penyinar Kesejahteraan Korea. Main bola macam bangang. Bosan sampai buat aku rasa nak pergi Pyongyang untuk mendaftar kerakyatan Korea Utara dan kerja lombong arang batu sampai mati.

Sebab Korea Utara tidak bermain bolasepak, maka Arab kaya dari Emiriah Arab Bersatu juga tak reti hendak menang. Maka perlawanan tamat dengan seri tanpa jaringan. Tidak apa sekurang-kurangnya Subkhiddin dapat bersenam 90 minit atas padang.

Perang Iran-Iraq Revisited



Kebosanan tahap rasa nak pergi Pyongyang dan kerja lombong arang batu sampai mati kesan dari perlawanan pertama Kumpulan D akhirnya ditebus oleh pertembungan panas antara Iraq dan Iran, Arab dan Parsi, Sunni dan Syiah dan apa-apa lagi yang boleh dikaitkan dengannya.

Lebih 20 tahun dulu dua negara gergasi Teluk Parsi ini pernah berperang selama 8 tahun yang memakan angka korban jiwa berjuta jumlahnya. Semuanya berpunca apabila Saddam Hussein mula merasa bosan di Baghdad setelah bertahun-tahun meracun orang kampung puak Kurdish di utara Iraq dan penganut Syiah di selatan Iraq dengan senjata kimia miliknya.

Maka pada satu hari yang indah bersamaan 22 September 1980, Saddam mengarahkan tentera Iraq menyerang Iran yang ketika itu di bawah pemerintahan Ayatollah Ruhollah Khomeini. Alasan yang digunakan ialah untuk membebaskan orang Arab di Iran, menyekat penyebaran Revolusi Islam serta ancaman Syiah dan menuntut kembali wilayah milik dunia Arab berdasarkan sejarah lampau. Secara rahsia dan terbuka, negara-negara Arab yang lain turut menyokong tindakan Saddam.

Untuk beberapa bulan yang pertama Iraq mara ke dalam wilayah Iran dan tampak bakal menenangi peperangan ini. Tetapi kemudiannya Iran bangkit kembali, mengusir tentera Iraq keluar dan akhirnya menakluki wilayah Iraq sendiri. Campur tangan PBB akhirnya membawa kepada perjanjian damai. Itu pun selepas 8 tahun dan Saddam sudah mula menggelabah takut kalah. Dua tahun kemudian Saddam kembali melakukan apa yang malaon ini pandai iaitu membuli lawan yang kecil dengan menakluki Kuwait.

Malam tadi pertembungan Iraq dan Iran dalam Piala Asia 2011 mempunyai jalan cerita yang mirip pada peperangan lebih 20 tahun lampau itu. Iraq selaku juara bertahan Piala Asia dilihat pilihan utama untuk mengatasi Iran. Tetapi Iran sekalipun tidak sehebat zaman Mehdi Mahdavikia, Karim Bagheri, Khodadad Azizi dan Ali Daei dulu; masih lagi mempunyai reputasi dan keupayaan yang wajib digeruni.

Seperti peperangan itu, Iraq terlebih dulu di depan. Seawal minit ke-13 kapten Lions of Mesopotamia, Younis Mahmoud telah merobek gawang Iran untuk memberikan kelebihan buat juara bertahan itu. Tetapi Iran mempunyai mentaliti kental dan daya resilien yang baik. Gholamreza Rezaei yang bermain untuk Persepolis menyamakan kedudukan pada minit ke-42 untuk kedua pasukan terikat pada separuh masa pertama.

Masuk babak kedua, Iraq lebih banyak mengasak kubu Iran sedang Team Melli pula memilih untuk melakukan serangan balas kilat apabila mempunyai ruang. Dalam pada satu lagi keputusan seri dilihat bakal tercipta, Iran mendapat tendangan percuma pada minit ke-84. Pemain Esteghlal, Iman Mobali menyempurnakan sepakan untuk gol kemenangan Iran.

Iran memungut 3 mata penuh, terima kasih kepada dua pemain Persepolis dan Esteghlal, dua kelab bermusuh Iran ibarat Manchester United dan Liverpool. Sedang juara bertahan Iraq pula perlu menang perlawanan berikutnya untuk menghidupkan peluang mempertahankan kejuaraan.

Malam Ini

Uzbekistan bertemu Kuwait pada jam 9:15 malam dan China pula berdepan tuan rumah Qatar pada 12:15 pagi.

Untuk Kuwait dan Qatar, mereka perlu menang jika mahu ke suku akhir. Uzbekistan dijangka tidak mempunyai sebarang masalah berdepan dengan Kuwait. China pula bergantung kepada kekuatan mental pemain muda mereka lebih-lebih lagi berdepan skuad tuan rumah yang kini dalam misi wajib menang.

Sebelum berpisah, saksikan semua gol-gol perlawanan Iraq dan Iran. Tiada terjemahan kerana pengulas Arab cakap punyalah laju. Kuat berzikir munajat malam-malam dia ni aku rasa.

25

Piala Asia 2011: Tabik Tim Cahill!

LuciusMaximus Selasa, Januari 11, 2011 , , , , ,


Mencanai India

Aku suka Tim Cahill. Sebab dia main untuk Everton dan suka bertinju dengan tiang bendera. Malam tadi Tim Cahill memberikan satu sebab lagi kenapa kita kena suka dan tabik hormat pada beliau.

Seleps menjaringkan gol ke-4 Socceroos, mamat ini telah membuat aksi panggilan telefon sebagai simbolik kepada rayuan derma beliau untuk bencana banjir Queensland, Australia. Kemudian seperti biasa dia kembali bertinju dengan tiang bendera.

Sebagai salah satu usaha mengutip derma, Tim Cahill telah membuat lelongan di eBay untuk satu pakej yang dinamakan 'Tim Cahill Everton Experience'. Pakej tersebut adalah pakej menonton perlawanan Everton dan hasil lelongan akan didermakan kepada tabung bencana banjir Queensland. Maklumat lanjut boleh klik pautan eBay ini.

Socceroos malam tadi mencanai India 4-0. Gol adalah hasil jaringan Tim Cahill (11 dan 65), Kewell (24) dan Holman (45+2). India yang berada di ranking 142 dunia memang bukan lawan Australia yang berada di ranking ke-26 dan majoriti pemainnya bermain di kelab ternama Eropah.

Pun begitu jurulatih India, Bob Houghton positif dan yakin ia pendedahan yang baik buat skuad Bhangra Boys. Ketiadaan ayam tambatan Baichung Bhuttia membuat barisan serangan sedikit tumpul. Jentera serangan India banyak bergantung kepada 'Beckham India', Steven Dias dan penyerang berbakat Sunil Chhetri. Sunil Chhetri ini bermain untuk kelab Sporting Kansas City dalam Major League Soccer di Amerika Syarikat. Safee Sali pun belum pernah sampai sana jadi jangan nak pandang India sebelah mata.

Park JS Kirim Salam Dari Doha

Red Devils paling sepet tidak menjaringkan sebarang gol malam tadi ketika bertemu Bahrain tetapi Taegeuk Warriors tetap memastikan 3 mata penuh dengan kemenangan 2-1.

Pemain Jeju United, Koo Ja Cheol menyumbat 2 gol untuk Korea Selatan selesa mengatasi Bahrain. Koo Ja-Cheol memegang posisi central midfield dengan Park JS dan Lee Chung Yong bermain di sayap dan bertukar posisi antara satu sama lain. Penyerang Ji Dong Won bermain sebagai lone striker.

Bahrain mendapat gol saguhati hasil sepakan penalti Fouzi Mubarak Aaish pada minit ke-85.

Korea Selatan akan bertemu Australia dalam perlawanan berikutnya. Meleleh.

Malam Ini

Pengadil Harimau Malaya, Subkhiddin nyata tidak gentar untuk mengadili perlawanan Korea Utara dan Emiriah Arab Bersatu jam 9:15 malam ini. "Siapa Kim Jong Il?!" soal Subkhiddin saat menawarkan diri sebagai pengadil perlawanan ketika semua pengadil Asia lain menikus.

Pada jam 12:15 pagi, ianya adalah pertembungan Iraq dan Iran. Perang Iran-Iraq bakal dihidupkan kembali!

Sebelum berpisah, video gol jaringan Tim Cahill dan aksi panggilan telefon serta tinju tiang bendera beliau. Minta maaf penterjemah bercuti hari ini.

25

Piala Asia 2011: Dari Amman Ke Damsyik Jualan Shawarma Mencecah Paras Tertinggi

LuciusMaximus Isnin, Januari 10, 2011 , , , , ,
Sebelum apa-apa kita layan iklan Piala Asia 2011 sepam dulu, kasi semangat Asia sikit dan buang semua hantu setan Red Devils dalam diri tu.



Silap tak ada orang Melayu bersilat je dalam iklan tu. Bila agaknya? Kena tanya Sultan Bola dan K Rajagobal.

Kumpulan B memulakan persaingan malam tadi dengan Jepun bertemu Jordan dan Arab Saudi menentang Syria. Dua Goliath Asia melawan dua pasukan bertaraf David (padang tembaga).

Battle of the Js

Pasukan ke-29 dunia bertemu dengan pasukan ke-104 dunia. Atas kertas lagi terang-terang Samurai Blue dilihat mudah untuk mengatasi Al-Nashama (The Braves). Tetapi Jordan membuktikan mereka memang layak diberi gelaran Al-Nashama apabila melakukan kejutan untuk mengikat Jepun 1-1.

Reputasi Jepun sebagai juara Asia 3 kali memang tidak menggugat Jordan langsung. Sebaliknya Jordan terlebih dulu di depan minit ke-45 apabila pemain tengah Hassan Abdel Fatah merembat dari luar kotak untuk memboboli gawang Jepun. Turun minum dan Jordan selesa dengan satu gol di depan.

Babak kedua berlangsung dan seperti diduga Jordan memilih untuk bertahan dari serangan Banzai bertali-arus oleh Jepun. Jurulatih Adnan Hamad menerapkan formasi 9-1-0 untuk menahan asakan Samurai Blue. Pertahanan Jordan memang kental dan mereka ibarat telah merentangkan Sungai Jordan di depan gawang mereka yang membuatkannya mustahil untuk diseberang oleh mana-mana pemain Jepun, baik oleh Shinji Kagawa mahu pun Keisuke Honda.

Kebuntuan, Jepun beralih kepada mod Kamikaze dengan masa perlawanan yang semakin suntuk. Pemain pertahanan mereka yang bermain untuk kelab Belanda VVV-Venlo akhirnya muncul wira pada minit ke-92 bermain dalam waktu kecederaan. Maya Yoshida melompat untuk menanduk bola hasil tendangan penjuru ibarat Mitsubishi Zero meluru dalam serangan nekad Kamikaze untuk menyamakan kedudukan. Jepun dan Jordan akhirnya berkongsi mata.

Di luar padang, indeks awek antara Jepun dan Jordan juga turut mencatat keputusan seri.

Arabian Affairs

Perlawanan kedua menemukan jaguh bolasepak dunia Arab dan benua Asia, Arab Saudi bertemu dengan Syria yang bukanlah kuasa bolasepak Arab, jauh sekali Asia.

Untuk pemain Syria berdiri di atas padang menentang Arab Saudi adalah ibarat Gabenor Syam (kini Syria), Muawiyah berdiri di atas dataran Siffin memberontak ke atas pemerintahan Khalifah Ali dalam Perang Siffin. Ini adalah perseteruan Madinah-Damsyik dihidupkan kembali dalam bolasepak.

Di tempat duduk penonton, penyokong Arab Saudi dengan jubah putih dan serban mereka sementara penyokong Syria dengan baju-t dan seluar jeans. Dua dunia Arab berbeza. Yang satu budaya konservatif dan penuh dengan Wahabbisme,satu lagi berbudaya agak liberal dan kaya dengan nasionalisme Arab.

Mungkin pengalaman berperang dengan Israel berkali-kali dan diperintah junta tentera menjadikan pemain Syria lebih kental dan permainannya tersusun. Sedangkan pemain Arab Saudi seperti kehilangan arah tujuan, mungkin fikiran melayang ke Riyadh risaukan jika isteri di rumah curi-curi keluar memandu Mercedes dan BMW milik si suami.

Akibatnya Syria terlebih dulu di depan melalui jaringan Abdelrazaq Al-Hussain pada minit ke-38. Barulah Arab Saudi tersentak dan bangkit untuk kembali menyamakan kedudukan melalui tandukan kencang Taiseer Al-Jassim di minit ke-60. Tetapi ianya tidak kekal lama, selang 3 minit Abdelrazaq Al-Hussain kembali muncul wira meletakkan Qasioun Eagles di depan mengatasi Green Falcons.

Kali ini tidak ada timbang tara atau kebuntuan seperti ribuan tahun dulu antara Muawiyah dan Ali. Pertembungan dua kuasa Arab kali ini diselesaikan dalam 90 minit dengan Syria muncul pemenang 2-1 mengatasi Arab Saudi. Almarhum Muawiyah pasti tersenyum bangga, waris Dinasti Umayyah, Syria sekali lagi menindakkan hegemoni Arab dari Semenanjung.

Sebagai balasan, Sultan Bola Arab Saudi yakni Putera Sultan Bin Fahd Bin Abdulaziz berkenan mencemar duli dengan memecat jurulatih Green Falcons, Jose Peseiro yang berasal dari Portugal.

Kedudukan Kumpulan B kini agak bercelaru dengan Syria terklasemen dan Arab Saudi pula berada di dasar. Jepun dan Jordan pula kini hanya dengan bekalan 1 mata.

Malam ini:
Pertembungan Kumpulan C bermula dengan dua musuh ketat dunia sukan kriket, India dan Australia bersepak mula pada jam 9:15 malam. Cuma kali ini dalam bolasepak dan India tidak mempunyai Sachin Tendulkar dunia bolasepak. Sedang Australia dibarisi pemain taraf EPL antaranya si peninju tiang bendera penjuru, Tim Cahill.

Kemudiannya jam 12:15 pagi Korea Selatan akan bersepak mula melawan Bahrain. Sokernet ada menerima pesanan dari Red Devils paling sepet di dunia, Park JS:

"Nasib den kek Qatar. Kalau den kek Old Trafford kelmarin nayo eh anak buah King Kenny den kojo kan sampai jadi masak lomak cili api. Ni den nak posan, sapo tak tengok game Korea malam ni bukan true Red Devils yo!"


*Terjemahan bahasa Nogori Manchestee dibuat tanpa izin Jorji dan Hishamuddin Rais.

Dalam pada itu anak Harimau Malaya, Subkhiddin Mohd Salleh telah dipilih untuk menjadi pengadil perlawanan Kumpulan D antara Korea Utara dan Emiriah Arab Bersatu. Turut menemani beliau penjaga garisan Mohd Sabri Mat Daud.

Sebelum berpisah, saksikan terbangan maut Green Falcons bernama Taisir Al-Jassim dalam usaha beliau menyelamatkan nasib jurulatih Arab Saudi, Jose Peseiro. Malangnya ia tidak memadai untuk membuat Sultan Bola Arab Saudi merasa girang.



Terjemahan:

"Kini saatnya sudah tiba untuk melakar sejarah Arab Saudi. Bola ditepis keluar, saya masih belum solat, wah apakah itu? Orait! Allaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaah! Sejarah Arab Saudi! Sejarah Arab Saudi kini telah tercipta. Yakni sejarahnya Arab Saudi. Anda, saya dan juga Cik Kamilah..." - Pengulas Arab
18

Piala Asia 2011: Ben Williams Suka China Doll

LuciusMaximus Ahad, Januari 09, 2011 , , , ,




"Saya suka China Doll, saya okay"

Ben Williams adalah pengadil Australia yang cukup popular di Malaysia. Mamat Aussie ini pernah melayangkan 3 kad merah kepada pemain Harimau Malaya dalam perlawanan menentang China dalam Sukan Asia 2010. Malaysia kalah 0-3 dan K Rajagobal dengan pantas menuntut agar ujian kesihatan mental dilakukan ke atas Ben Williams.

Ingatkan yang Ben Williams ini tidak suka Malaysia. Rupanya tidak, beliau sebenarnya suka China Doll.

Malam tadi dalam perlawanan Piala Asia antara Kuwait dan China, Ben Williams membuktikan beliau merupakan seorang pelanggan tetap China Doll. Kuwait dinafikan penalti pada minit ke-12 apabila penyerang Bader Al-Mutwa dijatuhkan dalam kotak walaupun sangat jelas pertahanan China Du Wei mencantas kaki beliau. Pada minit ke-35 pertahanan Kuwait, Musaed Neda pula dilayangkan kad merah kerana dikatakan menendang testis Yang Xu. Dan awal separuh masa kedua, penjaga gol China Yang Zhi gagal menangkap baik rembatan Bader Al-Mutwa dan bola telah pun jelas melepasi garisan tetapi Ben Williams menafikan gol untuk Kuwait kerana telah dijanjikan 10 orang China Doll agaknya.

Jurulatih Kuwait Goran Tufegdzic kini menyertai K Rajagobal sebagai antara jurulatih yang mengutuk keras Ben Williams. Rakyat Malaysia dan Kuwait sudah boleh tubuhkan 'Solidaritas Rakyat Malaysia-Kuwait Menentang Ben Williams Dan China Doll'.

Pun begitu, Kuwait bermain baik sekalipun tewas kepada China. Walaupun hanya mempunyai 10 pemain untuk 50 minit permainan, Kuwait lebih banyak mengasak tembok besar China. Mungkin pengalaman negara kecil ini pernah diserang jiran besarnya Iraq lebih 20 tahun lalu menjadikannya berani berdepan dengan lawan yang lebih besar dan ramai. Juara Piala Negara Teluk lawan juara Piala Asia Timur. Tetapi China menang 2-0.

Malam ini perlawanan antara Jepun dan Jordan dan ianya akan bertembung dengan perlawanan FA Cup antara Manchester United dan Liverpool. Tetapi oleh kerana mutu bolasepak Piala Asia tidak menepati standard citarasa rakyat Malaysia maka ramai yang tidak akan ambil peduli. Walaupun sebenarnya mutu bolasepak Harimau Malaya sendiri belum lagi mencapai standard Piala Asia.

Jepun lawan Jordan pada 9.15 malam waktu Malaysia dan kemudian 'Arabian Affair' di mana Arab Saudi lawan Syria pada 12.15 pagi.

Berikut gol kedua China oleh Deng Zhuoxiang berserta terjemahan pakar bahasa Arab kami dari Universiti Al-Azhar!



"Cristiano Ronaldo dari Real Madrid merupakan idola beliau. Errrrrrrr tapi sebenarnya dia lebih sukakan Barcelona. Silakan merembat bola untuk tendangan percuma, oh sudah masuk ke dalam gol Kuwait, China di depan dan dia kini mendukung kawannya. Saksikan awek China Doll pegang pompom itu melompat. Ada gegaran di dadanya! Saya rasa mahu ke China cari China Doll!" - Pengulas Arab
22

Piala Asia 2011: Sepp Blatter Pun Fikir 2 Kali!

LuciusMaximus Sabtu, Januari 08, 2011 , , ,





Piala Asia 2011 bersepak mula malam tadi lebih kurang 12 tengah malam bagi siapa-siapa yang haram tak tahu menahu. Tuan rumah, Qatar bertemu dengan Uzbekistan di Stadium Antarabangsa Khalifa. Dengan diperhatikan Presiden FIFA, Sepp Blatter.

Perlawanan di Stadium Antarabangsa Khalifa malam tadi juga disaksikan oleh 37,143 penonton. Kapasiti penuh stadium ini ialah 50,000. Mungkin sekitar 13,000 tempat duduk yang lain itu dipenuhi oleh pegawai petugas dan media.

Dengan perlawanan berbaki 30 minit lagi, jumlah penonton berkurangan separuh. Semuanya selepas Odil Ahmedov menjaringkan satu gol 'screamer' dari jarak 35 ela untuk Uzbekistan di depan. Dan ketika perlawanan berbaki lagi 10 minit, stadium hampir kosong. Semuanya selepas kapten Uzbekistan, Server Djeparov menyumbat gol ke-2 hasil kesilapan pertahanan Qatar.

Dan itulah semangat bolasepak Qatar. Kalah tidak apa, Afrika Selatan juga hampir lauk dalam Piala Dunia yang lepas. Tapi apabila penyokong tuan rumah berebut-rebut meninggalkan stadium sebelum wisel penamat ditiupkan? Okay aku faham Pak Sheikh Arab di Qatar semua kaya-raya dan tidak kisah merugikan duit tiket dengan keluar awal dari stadium. Tapi macam mana dengan semangat bolasepak?

Aku rasa Sepp Blatter pun berfikir 2 kali malam tadi mengenai keputusan FIFA memberikan hak penganjuran Piala Dunia 2022 kepada Qatar. Nasib baik, kita masih ada lagi 11 tahun sebelum tibanya tahun 2022. Qatar boleh menggunakan tempoh ini untuk mengupah lebih ramai pemain Amerika Selatan dan Afrika untuk menjadi rakyat mereka dan bermain untuk Qatar serta mendidik rakyat Qatar untuk tidak keluar stadium awal. Walaupun jika Qatar pada masa itu ketinggalan dengan 10 gol.

Keputusan penuh perlawanan, Qatar 0 Uzbekistan 2. Gol oleh Odil Ahmedov berjaya mengubah perlawanan yang awalnya bosan untuk kembali hidup. Dan dari jarak 35 ela? Chelsea atau Liverpool kena beli mamat ini!



0:11 "Allah bersama dengan orang Uzbek!" - Pengulas Arab

Malam ini: Kuwait lawan China (9:15 malam)
18

Piala Asia 2011, Qatar, Australia, Harimau Malaya & Allahuakbar

LuciusMaximus Jumaat, Januari 07, 2011 , , , ,




Piala Asia 2011

Wakil Sokernet ke Piala Asia 2011, Pipiyapong khabarnya telah selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Doha, Qatar. Harapan Sokernet beliau tabah menempuhi cabaran hidup di padang pasir. Panas tu memanglah, tapi nanti di Padang Mahsyar lagi panas sebenarnya.

Piala Asia 2011 akan bersepak mula malam ini dengan tuan rumah, Qatar bertemu jaguh Asia Tengah, Uzbekistan. Debaran Qatar menanti kunjungan Uzbekistan adalah ibarat debaran tentera Arab menantikan kunjungan tentera Empayar Timur beribu tahun dulu. Timur dan tentera Asia Tengahnya menakluki Baghdad, membunuh 20,000 umat Islam. Ya lama dulu lagi umat Islam sudah berperang antara satu sama lain dan berbunuhan.

Jika ribuan tahun dulu Arab tewas di tangan Timur, Qatar hari ini pasti berharap situasi yang sebaliknya. Tiga mata adalah penting untuk tuan rumah yang ranking FIFA-nya tidaklah seberapa. Tetapi Qatar FA telah menetapkan sasaran juara untuk skuad mereka biarpun Qatar bukanlah pasukan pilihan.

Qatar

Selain dari misi kejuaraan Piala Asia, Qatar juga mempunyai misi yang lain. Piala Asia 2011 adalah kayu pengukur keupayaan negara Arab kecil ini dalam menganjurkan Piala Dunia yang akan menjelang tiba 11 tahun lagi.

Qatar sebelum ini telah pun menganjurkan Sukan Asia 2006 dan menerima reaksi positif kebanyakannya dari penganjuran tersebut. Kali ini mereka bakal membuktikan keupayaan menganjurkan kejohanan bolasepak dan Piala Asia 2011 adalah pentas terbaik untuk menguji keupayaan mereka.

Lantas Piala Asia 2011 ibarat serampang dua mata buat Qatar. Satu membuktikan kekuatan bolasepak mereka untuk bergelar juara Asia atau paling tidak memberikan cabaran yang terbaik. Kedua ialah membuktikan keupayaan Qatar untuk menganjurkan satu kejohanan bolasepak 16 negara yakni Piala Asia dan meyakinkan dunia mereka mampu pula menganjurkan Piala Dunia yang melibatkan 32 negara dalam tempoh 11 tahun lagi.

Australia

Negara kanggaru yang merupakan ahli gabungan terbaru AFC akhirnya telah diberi penghormatan selaku tuan rumah Piala Asia 2015. Bukan masalah besar buat sebuah negara besar dan maju seperti Australia. Paling tidak, ia mengubati luka Australia yang tewas kepada Qatar dalam perebutan hak penganjuran Piala Dunia 2022.

Masih ramai yang sebenarnya tidak bersetuju dengan kemasukan Australia ke dalam AFC. Di Malaysia kemasukan Australia ke dalam AFC akhirnya membawa kepada satu susuk bernama Ben William. Ben William ini sudah mencapai tahap kehinaan yang sama dengan Paul Keating di Malaysia.

Tetapi kemasukan Australia juga sebenarnya dapat memberi kesan positif buat bolasepak Asia. Reputasi bolasepak Asia kini dipandang lebih tinggi dengan adanya Australia yang merupakan antara negara sukan terulung dunia. Dan kuasa-kuasa bolasepak Asia yang lain kini mempunyai pencabar baru yang perlu mereka tangani. Arab Saudi, Jepun dan Kore Selatan tidak lagi boleh bersenang-lenang.

Tidak apa Australia berada dalam AFC dan bermain dalam Piala Asia. Jangan dia masuk AFF atau ASEAN dan bermain dalam Piala AFF Suzuki atau Sukan SEA sudah. Memang habis negara ASEAN semua gigit jari.

Harimau Malaya

Okay, bila lagi Harimau Malaya nak main dalam Piala Asia? Tunggu harimau bertanduk?

Kali pertama Harimau Malaya bermain dalam Piala Asia ialah pada edisi 1976 di Iran. Kita berada dalam Kumpulan A bersama Kuwait dan China. Tewas 0-2 kepada Kuwait dan seri 1-1 dengan China memaksa Mokhtar Dahari dan rakan-rakan pulang awal. Iran muncul juara Piala Asia 1976.

Kali kedua ialah pada edisi 1980 di Kuwait. Harimau Malaya diundi dalam Kumpulan B bersama Korea Selatan, Kuwait, Qatar dan Emiriah Arab Bersatu. Kita seri 1-1 dengan Korea Selatan, kalah 1-3 di tangan Kuwait, menang 2-0 ke atas Emiriah Arab Bersatu dan seri 1-1 dengan Qatar. Menduduki tangga ke-3 Kumpulan B, Harimau Malaya pulang awal lagi. Kuwait muncul juara Piala Asia 1980.

Kali ketiga Harimau Malaya ke Piala Asia ialah selaku tuan rumah bersama. Ini ialah pada edisi 2007 di mana bolasepak kita bukan lagi sehebat dulu. Berada dalam Kumpulan C bersama China, Uzbekistan dan Iran, ianya adalah satu bencana. Kita dilauk China 1-5, dilauk Uzbekistan 0-5 dan kalah kepada Iran 0-2 yang pada masa itu sudah pun layak dan tidak lagi berminat menjadikan Harimau Malaya lauk penganut Syiah. Iraq muncul juara Piala Asia 2007, negara yang berperang setiap hari tidak macam Malaysia.

Selepas pertandingan tersebut, Sultan Bola masih maintain jadi Presiden FAM hingga ke hari ini.

Allahuakbar!

Macam biasa dalam bolasepak, setiap kali kejohanan maka pada masa yang sama pemimpin-pemimpin bolasepak berhimpun untuk percaturan politik bolasepak. Kesemua wakil 45 negara gabungan dalam AFC telah berhimpun semalam dalam pengundian jawatan Timbalan Presiden FIFA dari benua Asia.

Pemegang jawatan, Chung Mung-joon dari Korea Selatan hanya meraih 20 undi dan akhirnya disingkirkan oleh Putera Ali al-Hussein dari Jordan yang meraih 25 undi. Harapan Chung Mung-joon untuk mencabar Sepp Blatter dalam pemilihan FIFA bulan Jun nanti juga terkubur dengan penyingkiran ini. Kekalahan ini juga satu lagi tamparan buat Korea Selatan, yang sebelum ini tewas kepada Qatar dalam pemilihan tuan rumah Piala Dunia 2022.

Kejayaan Putera Ali pastinya kerana dibantu oleh sokongan sebulat suara negara-negara Arab. Kemenangan Putera Ali semalam disambut dengan laungan takbir Allahuakbar. Bolasepak Asia kini di-Islamkan dan ahli PAS semuanya sujud syukur. Tidak ada lagi pengaruh Wonder Girls dalam bolasepak Asia.

Sepp Blatter yang memegang jawatan Presiden FIFA turut hadir di Doha untuk meraih sokongan sebagai persediaan pemilihan FIFA bulan Jun nanti. Beliau bagaimanapun dilaporkan tidak terlibat sama dalam aktiviti laungan takbir.
66

Jawapan Peraduan Piala Asia 2011

LuciusMaximus , ,
Jawapannya:

Qatar - Hamad Bin Khalifa Al Thani
Uzbekistan - Timur atau Tamerlane
China - Mao Zedong
Kuwait - Mubarak Al-Sabah

Arab Saudi - Osama Bin Laden
Jepun - Chuichi Nagumo
Jordan - Hussein Bin Talal
Syria - Salah ad-Din (atau pelakon Syria, Ghassan Massoud)

Korea Selatan - Syngman Rhee
Australia - Steve Irwin
Bahrain - Hamad Ibn Isa Al-Khalifa
India - Mohandas Karamchand Ghandi

Iraq - Saddam Hussein
Iran - Ruhollah Khomeini
Emiriah Arab Bersatu - Mansour Bin Zayed Al-Nahyan
Korea Utara - Kim Jong Il

Siapa-siapa mamat di atas itu semua? Tanyalah lebai Google atau haji Wikipedia. Tujuan diadakan peraduan sebegini ialah untuk menilai kebijaksanaan peminat bolasepak semua. Jangan hanya tahu Manchester United power sebab nama gelaran dia Red Devils.

Dan rata-rata memang ramai yang terbukti bijak dan mempunyai otak sebesar sebiji bola. Bagus!

Siapa pemenang? Tahniah pada Encik Zakaria Yahya yang berjaya menjadi peserta pertama menjawab dengan tepat. Sila emel alamat surat-menyurat kepada Sokernet untuk mendapatkan hadiah anda.

Apa makan Encik Zakaria Yahya ini ya? Otak geliga macam pelesit. Atau sebenarnya dia penyokong Liverpool?
64

Asia Untuk Orang Asia: Piala Asia 2011

LuciusMaximus Khamis, Januari 06, 2011 ,


Piala Asia kembali lagi. Bagi mereka yang bukan baru bulan lepas menjadi pengikut Harimau Malaya, tragedi Piala Asia 2007 rasanya masih baru lagi dan terbayang di fikiran. Kita jadi tuan rumah bersama dan Piala Asia 2007 menjadi bukti jelas tahap bolasepak kita belum mencecah tahap Asia pada masa itu. Sekarang pun belum lagi sebenarnya, sebab itulah Malaysia dan semua negara Asia Tenggara yang lain gagal ke Piala Asia 2011 kali ini. Menjadi juara bolasepak Sukan SEA dan Piala AFF bukan jaminan bolasepak kita bagus. Piala itu semua kira standard kampung je. Kampung ASEAN.

Piala Asia 2011 akan berlangsung dari 7 Januari hingga 29 Januari. Tuan rumah kali ini ialah Qatar dan kerana Qatar ini negara padang pasir, maka sebab itulah ianya terpaksa diadakan pada bulan Januari yang merupakan musim sejuk di sana. Piala Asia 2011 ini juga penting buat Qatar kerana ia bakal menjadi kayu pengukur keupayaan negara Teluk ini untuk menganjurkan Piala Dunia 2022 nanti. Serius sampai sekarang aku masih tak percaya Qatar jadi tuan rumah Piala Dunia 2022.

Bersempena dengan Piala Asia 2011 yang akan bermula esok, Sokernet seperti biasa melakukan prebiu untuk semua pasukan yang bertanding. Kita akan cuba menilai semua 16negara Asia yang mengambil bahagian dalam kejohanan bolasepak terklasemen di benua Asia ini. Ya klasemen, sedap bunyi perkataan itu. Heh!

Piala Asia seperti lazimnya disertai 16 buah negara, dibahagikan kepada 4 kumpulan dengan dua pasukan teratas layak ke pusingan kalah mati.


Kumpulan A – Qatar (113), Uzbekistan (97), China (87) & Kuwait (105)




Annabi
Qatar selaku tuan rumah dilihat berada dalam kumpulan yang agak mudah dan mempunyai laluan selesa ke peringkat seterusnya. Di bawah kendalian jurulatih Perancis Bruno Metsu, Qatar turut diperkuatkan oleh beberapa pemain naturalisasi seperti Lawrence Quaye yang berasal dari Ghana, Fabio Montezine dari Brazil dan Sebastian Soria dari Uruguay. Mereka ini kesemuanya berasal dari pemain import kelab-kelab dalam Qatar Star Leagues dan kemudiannya dinaturalisasikan. Kesemua 23 pemain dalam skuad Piala Asia merupakan pemain dalam liga tempatan, kecuali pemain tengah Hussein Yasser yang kini bermain untuk kelab paling klasemen di Mesir, Al-Zamalek. Sebagai tuan rumah, Qatar meletakkan objektif mereka untuk muncul juara Asia buat kali pertama. Kejayaan muncual juara juga dijangka dapat memberi kesan positif dan kredibiliti buat Qatar selaku tuan rumah Piala Dunia 2022 nanti.




White Wolves
Di bawah kendalian Vadim Abramov, Uzbekistan layak ke Piala Asia 2011 selaku naib juara Kumpulan C di pusingan kelayakan yang turut menempatkan Emiriah Arab Bersatu dan Harimau Malaya. Negara Asia Tengah yang ini pernah menggegar benua Asia selaku pemenang pingat emas bolasepak Sukan Asia 1994 dalam penyertaan sulungnya usai perpecahan Kesatuan Soviet. Tetapi selepas itu Uzbekistan masih lagi tercari-cari penghormatan selayaknya untuk mereka. Dalam Piala Asia 2011 kali ini mereka tampil dengan barisan yang agak kuat, setelah berjaya memanggil pulang beberapa pemain yang bermain di benua Eropah seperti Aziz Ibrohimov, Sanjar Tursunov dan Marat Bikmaev. Harapan juga diletakkan di bahu pemain berpengalaman, Maksim Shatskikh yang bermain untuk Arsenal. Tapi Arsenal Kyiv lah, bukan di Arsenal London. Igor Shkvyrin yang pernah bermain untuk Pahang dulu bagaimanapun telah bersara.




The Great Wall
‘Sleeping giant of Asian football’, China tampil dalam Piala Asia ke-9 buat negara terbesar Asia ini dan masih tercari-cari kejuaraan Asia pertama mereka. Jurulatih tempatan, Gao Hongbo memikul tugas berat untuk menjulang Piala Asia yang dinantikan oleh berbilion rakyat China. Kejayaan beliau membawa China muncul juara Piala Asia Timur 2010 sedikit sebanyak memberikan sinar harapan. Tetapi prestasi kurang meyakinkan dalam pusingan kelayakan apabila hanya muncul naib juara Kumpulan D di belakang Syria sedikit menjejaskan reputasi skuad China kali ini apatah lagi barisan pemain mereka kali ini kebanyakannya masih muda, termasuk Hao Junmin yang bermain untuk Schalke 04.




Al-Azraq
Negara yang pernah dilanggar Iraq, yakni Kuwait melengkapkan barisan negara dalam Kumpulan A. Juara Piala Asia 1980 kali ini dibimbing oleh jurulatih Serbia, Goran Tufegdzic. Dari senarai pemain yang disediakan, 11 dari 23 pemain dalam skuad Kuwait bermain dalam satu kelab iaitu Al-Qadsia yang merupakan salah satu kelab terkuat dalam Kuwaiti Premier League dan ini mungkin dapat membantu dari pemahaman sesama pemain. Fakta tambahan yang tidak relevan, 16 dari 23 pemain mempunyai perkataan ‘Al’ pada nama mereka. Bermain di tanah Arab, Kuwait boleh mengharapkan sokongan masyarakat Arab dan kelebihan geografi serta cuaca tetapi berdepan dengan China dan Uzbekistan mungkin ternyata lawan yang sukar buat mereka.

Tilikan Gudel Gurita Dewa Laut: 1. Qatar 2. China 3. Uzbekistan 4. Kuwait


Kumpulan B – Arab Saudi (81), Jepun (29), Jordan (104) & Syria (109)




The Gree Falcons
Negara penjaga dua masjid suci, Arab Saudi adalah juara Piala Asia sebanyak 3 kali (1984, 1988 & 1996) dan telah layak ke Piala Asia sebanyak 7 kali. Dipimpin oleh jurulatih asal Portugal Jose Peseiro dengan pemain terkenal Yasser Al-Qahtani bertindak sebagai kapten, Arab Saudi merupakan antara pasukan pilihan dalam kejohanan kali ini. Apatah lagi dengan kelebihan bermain di tanah Arab di mana bekalan kebab dan shai senang diperolehi dan bakal memberi pemain mereka kelebihan berbanding pasukan bukan negara Arab. Skuad Arab Saudi kali ini jelas bersandarkan kepada pengalaman dengan majoriti pemain berumur lebih 25 tahun. Kecuali seorang (Mohannad Asseri dari kelab Al-Wahda) kesemua pemain yang lain direkrut dari 4 kelab gergasi Saudi Professional League, Al-Ittihad, Al-Shabab, Al-Ahli dan Al-Hilal. Sebagai naib juara edisi 2007, Arab Saudi pastinya mahu menebus kekecewaan lalu dan memastikan mereka pulang dengan trofi kali ini. Kerabat diraja Arab Saudi dilaporkan sudah pun bercadang menghadiahkan telaga minyak kepada setiap pemain jika muncul juara.




Samurai Blue
Mengibarkan panji Asia Timur, Jepun diundi dalam kumpulan yang dipenuhi dengan negara Arab atau Asia Barat. Namun begitu ianya dijangka tidak menjadi masalah besar buat negara matahari terbit ini, juara 3 kali Piala Asia pada 1992, 2000 dan 2004. Jepun membariskan 10 pemain yang berpengkalan di Eropah, separuh darinya pula bermain untuk kelab Jerman. Harapan Jepun pastinya terletak pada pemain tengah sensasi, Shinji Kagawa yang baru berumur 21 tahun tetapi sudah terserlah kehebatannya dan kini klasemen bersama Borussia Dortmund di Bundesliga. Selain itu pemain CSKA Moscow, Keisuke Honda serta Atsuto Uchida (Schalke 04) dan Makoto Hasebe (VfL Wolfsburg) juga bakal menyumbangkan kepakaran serta pengalaman bermain di Eropah mereka untuk barisan pemain Jepun yang juga melibatkan 13 pemain J.League. Luar biasa sedikit, tidak ada pemain Nagoya Grampus tersenarai sekalipun kelab tersebut adalah juara J.League musim lepas. Tetapi Jepun di bawah jurulatih Itali Alberto Zaccheroni dijangka tiada masalah untuk layak ke pusingan seterusnya.




Al-Nashama
Jordan muncul buat kali kedua dalam Piala Asia selepas kali pertama melakukannya pada 2004.. Adnan Hamad, jurulatih dari Iraq bertanggungjawab mengemudi pasukan ini melepasi kumpulan kelayakan mereka yang turut melibatkan Iran selain dua negara ASEAN, Thailand dan Singapura. Kebanyakan pemain yang membarisi skuad Jordan untuk Piala Asia 2011 bermain dalam liga tempatan kecuali 5 orang yang bermain di liga Arab Saudi, Cyprus dan Syria. Dengan barisan yang agak sederhana adalah sukar untuk melihat Jordan pergi lebih jauh dari peringkat kumpulan apatah lagi dengan dua kuasa besar Asia di dalamnya.




Qasioun Eagles
Setelah 15 tahun tersisih dari kancah Piala Asia, Syria kini kembali selaku juara Kumpulan D dalam pusingan kelayakan dengan mengenepikan cabaran China, Vietnam dan Lebanon. Jurulatih asal Romania, Valeriu Tita menjadi arkitek yang memastikan bolasepak Syria kembali dihormati di benua Asia. Laksana amaran awal kebangkitan kembali Syria, mereka melakukan kejutan dalam pusingan kelayakan apabila menundukkan China 3-2 dan menghuni puncak klasemen. Tetapi diundi dalam kumpulan yang turut dihuni Arab Saudi dan Jepun, adalah sukar untuk melihat Syria layak ke peringkat seterusnya walaupun mempunyai Senharib Malki, penyerang yang kini bermain untuk kelab Lokeren di Belgium.

Tilikan Ayah Pin: 1. Arab Saudi 2. Jepun 3. Syria 4. Jordan


Kumpulan C – Korea Selatan (39), Australia (26), Bahrain (87) & India (142)




Taegeuk Warriors
Pemain tengah Manchester United, Park Ji Sung akan memimpin skuad Korea Selatan selaku kapten untuk kejuaraan Asia ke-3 negaranya selepas sebelum ini muncul juara pada edisi 1956 dan 1960. Ya, 51 tahun telah berlalu sejak kali terakhir Korea Selatan bergelar juara Asia dan Park Ji Sung pastinya tidak mahu negara kelahiran beliau terus ketandusan trofi, sekalipun Sir Alex Ferguson ada menyatakan rasa tidak puas hati beliau dengan pemergian Park sepanjang Januari. Jurulatih anak tempatan, Cho Kwang Rae meletakkan harapan pada campuran pemain-pemain Korea Selatan baik yang bermain di Korea, Jepun, Qatar, Arab Saudi hinggalah kepada mereka yang merantau di Eropah. Tidak terhad sekadar Park Ji Sung, Korea Selatan turut menagih khidmat Lee Chung-Yong yang cemerlang bersama Bolton Wanderers, pemain muda Son Heung Min (Hamburger SV) dan gandingan dua pemain Celtic, Ki Sung Yueng dan Cha Du Ri. Bermain di Qatar, Korea Selatan juga boleh menggunakan maklumat dan pengalaman dua pemain mereka, Cho Yong Hyung dan Lee Jung Soo yang bermain untuk kelab Qatar Al-Rayyan dan Al-Sadd. Berada dalam kumpulan yang agak mudah, satu-satunya cabaran Korea Selatan mungkin datang dari Australia.




Socceroos
Piala Asia 2011 adalah yang kedua buat Australia, ahli gabungan terbaru AFC setelah berpindah dari OFC pada 2006. Selepas bencana Piala Dunia 2010, Australia telah melantik jurulatih Jerman Holger Osieck untuk membina skuad yang baru dan mereka hadi dalam edisi 2011 ini dengan barisan 23 pemain yang bukan kecil anak. Hanya 4 pemain dalam skuad ini yang beraksi dalam liga tempatan A-League sedang selebihnya merupakan pemain-pemain kelab Eropah. Mark Schwarzer (Fulham), David Carney (Blackpool), Tim Cahill (Everton), Bratt Emerton (Blackburn Rovers) serta Brad Jones (Liverpool) membuatkan Australia kelihatan seperti sebuah pasukan EPL dan jika dicampur pula dengan Scott McDonald (Middlesbrough) dan Neil Kilkenny (Leeds United) ia kelihatan mirip sebuah pasukan England pula. Tetapi kelebihan Australia tidak terhad di situ, dua pemain veteran dari Galatasaray yakni Harry Kewell dan Lucas Neill sebagai kapten turut serta untuk menguatkan skuad Australia, sedang Jonathan McKain yang bermain di kelab Arab Saudi Al-Nassr dapat memberikan input bermain dalam kepanasan di tanah Arab. Australia dilihat ramai sebagai pasukan pilihan, tetapi faktor keletihan mungkin mempengaruhi permainan mereka khusus apabila majoriti dari pemainnya bermain di liga Eropah yang sedang berlangsung sekarang.




Al-Ahmar
Bahrain boleh dianggap sebagai ‘darkhorse’ dalam Kumpulan C. Ia mungkin tidak sehandal Korea Selatan dan Australia tetapi sebagai negara Arab dan bermain di Qatar yang tidak banyak berbeza dari segi iklim, keadaan geografi serta budaya mungkin boleh membantu Bahrain barang sedikit. Malahan mereka juga boleh mengharapkan sokongan dari masyarakat Arab dan ini sudah cukup buat jurulatih tempatan Salman Sharida dan anak buahnya dalam mengintai peluang ke pusingan kalah mati. Skuad Bahrain dibarisi oleh rata-rata pemain yang bermain dalam liga tempatan dan negara Arab sekitar. Hanya dua dari senarai 23 pemain mereka yang bermain di Eropah. Abdullah Omar merupakan pemain tengah di kelab Switzerland Nuechatel Xamax sedang pemain naturalisasi, Jaycee Okwunwanne adalah penyerang di kelab Turki Eskisehirspor.




Bhangra Boys
Bagaimana agaknya India boleh layak ke Piala Asia sedangkan Malaysia tidak? Hah bagaimana? Selepas Piala Asia 2007, AFC memutuskan untuk memberi kelayakan automatik kepada negara-negara Asia yang mundur bolasepak agar mereka memperolehi pendedahan sewajarnya bermain di tahap dewa. Tetapi untuk layak secara automatik negara mundur bolasepak ini perlulah menjuarai Piala Cabaran AFC (AFC Challenge Cup), sebuah kejohanan setiap 2 tahun untuk negara Asia yang mundur bolasepak.Malaysia bagaimanapun tidak bermain dalam kejohanan Piala Cabaran AFC ini kerana kita dikelaskan sebagai negara bolasepak membangun oleh AFC sama seperti Indonesia, Singapura dan Vietnam (jiran kita Thailand merupakan negara bolasepak maju). India merupakan juara Piala Cabaran AFC 2008 dan ini memberinya tiket automatik ke Piala Asia 2010. Pun begitu, India dilihat sebagai prospek pasukan belasahan dalam Kumpulan C sekalipun Baichung Bhutia turut bermain selaku kapten pasukan. Ya Baichung Bhutia masih bermain bolasepak.

Tilikan ‘almarhum’ Paul The Oracle: 1. Australia 2. Korea Selatan 3. Bahrain 4. India


Kumpulan D – Iraq (101), Iran (57), Emiriah Arab Bersatu (88) & Korea Utara (106)




Lions of Mesopotamia
Juara Piala Asia 2007, Iraq diletakkan dalam Kumpulan D yang merupakan huruf pangkal perkataan Death, sekaligus menguatkan reputasi Kumpulan D sebagai kumpulan maut. Selaku juara bertahan Iraq pastinya mahu membuktikan kejayaan 2007 mereka bukan secara kebetulan buat negara yang telah layak 6 kali ke Piala Asia ini. Jurulatih Jerman Wolfgang Sidka memikul tugas berat untuk mempertahankan kejuaraan yang dimenangi Iraq 4 tahun lalu. Lantas dengan itu beliau memanggil semua pemain Iraq yang kebanyakannya bermain di kelab negara lain untuk menguatkan barisan Lions of Mesopotamia. Tidak ramai pemain dari skuad edisi 2007 yang turut serta kali ini, sebaliknya Wolfgang Sidka mempertaruhkan nasib pada bakat muda seperti Ahmad Ayad dan Alaa Abdul-Zahra yang bermain di Persija Jakarta. Namun berada dalam kumpulan maut dengan musuh tradisi Iran dan juga Korea Utara yang baru-baru ini layak ke Piala Dunia 2010, adalah sukar untuk melihat bukan saja Iraq mengulangi kejayaan 4 tahun lepas, malahan untuk melepasi peringkat kumpulan juga nampak sukar.




Team Melli
Musuh tradisi Iraq, Iran mempunyai rekod Piala Asia yang cukup membanggakan. Layak ke Piala Asia 11 kali dan muncul juara 3 kali berturut-turut. Tetapi ianya berlaku lama dulu dalam edisi 1968, 1972 dan 1976 dan semenjak itu Iran tidak lagi berjaya menjulang Piala Asia. Kejatuhan mereka dalam kancah Piala Asia sinonim dengan kejatuhan kerajaan Shah Reza Pahlavi, biarpun Iran layak secara konsisten dalam Piala Asia pasca Revolusi Islam Iran. Juga salah satu pasukan yang bergantung pada jurulatih tempatan, di mana Afshin Ghotbi diamanahkan untuk merebut kembali trofi Piala Asia. Barisan 23 pemain Team Melli yang dipilih oleh Afshin Ghotbi merupakan campur aduk pemain dari berbagai kelab di Iran Pro League dengan hanya 2 pemain dari Persepolis dan seorang dari Esteghlal, dua kelab terkuat Iran. Selain itu dua pemain Iran yang bermain dengan kelab Sepanyol Osasuna yakni Javad Nekounam (sebagai kapten) dan Gholamreza Rezaei turut dipanggil pulang untuk bersama Team Melli. Iran dijangka mampu melepasi peringkat kumpulan tetapi prospek untuk bergelar juara masih kelihatan samar. Jika Khodadad Azizi, Karim Bagheri, Ali Daei dan Mehmed Mahdavikia dulu gagal melaksanakannya, apalah pula harapan yang ada pada Team Melli hari ini?




Al-Abyd
Emiriah Arab Bersatu melengkapkan senarai negara Arab dalam Piala Asia 2011 ini kepada 8 buah negara semuanya, separuh dari jumlah keseluruhan pasukan yang layak ke peringkat akhir ini. Layak buat kali ke-8 dalam sejarah, Emiriah Arab Bersatu di bawah bimbingan jurulatih Srecko Katanec dari Slovenia membariskan pemain yang 100% bermain dalam liga bolasepak tempatan. Pasukan ini merupakan juara kumpulan dalam pusingan kelayakan dan bertanggungjawab memberikan kekalahan besar 5-0 kepada skuad Harimau Malaya awal Januari tahun lepas, ketika masih belum ramai rakyat Malaysia yang menjadi pengikut Harimau Malaya. Berada dalam Kumpulan D yang merupakan kumpulan maut bagaimanapun adalah cerita lain dan lawan yang berbeza dan buat sekali ini anak buah Srecko Katanec bakal menerima ujian sebenar.




Chollima
Seperti India, Korea Utara menerima tiket automatik ke Piala Asia selaku juara Piala Cabaran AFC 2010. Bagaimana AFC masih boleh mengkelaskan Korea Utara sebagai negara mundur bolasepak sedangkan mereka sudah 2 kali layak ke Piala Dunia tidaklah dapat dijelaskan oleh pihak Sokernet. Perkara ini Sokernet harap Sultan Bola ambil perhatian dengan segera. Apa pun kali ini Korea Utara dikemudi oleh jurulatih baru Jo Tong Sop, masih juga berdarah Korea Utara. Ini kerana tidak ada jurulatih luar yang hilang akal mahu kerja di sana dan mengambil risiko di ceramah di khalayak ramai selama 6 jam seperti apa yang berlaku kepada jurulatih dan pemain usai Piala Dunia 2010. Pemain yang diberi jolokan ‘Wayne Rooney Asia’, Jong Tae Se berjaya mendapatkan pelepasan dari kelab beliau VfL Bochum dan begitu juga 3 pemain Korea Utara lain yang berpengkalan di Eropah, Cha Jong Hyok dan Kim Kuk Jin dari kelab Switzerland, Wil manakala kapten pasukan, Hong Yong Jo dilepaskan oleh kelab Rusia, Rostov. Selebihnya adalah mereka yang bermain di liga tempatan dan Korea Utara kali ini membariskan skuad yang hampir sama seperti di Piala Dunia 2010 yang lalu.

Tilikan Paranormal Andi S Chalin: 1. Iran 2. Emiriah Arab Bersatu 3. Korea Utara 4. Iraq


Jika pilihan-pilihan di atas semuanya tepat, kita bakal menyaksikan dalam perlawanan suku akhir pertembungan antara:

Qatar lawan Jepun
Iran lawan Korea Selatan
Arab Saudi lawan China
Australia lawan Emiriah Arab Bersatu

Tetapi ada baiknya kita tunggu dan lihat terlebih dulu bagaimana keputusan sebenar nanti bakal mencorakkan kedudukan setiap pasukan dalam kumpulan masing-masing. Jangan percaya sangat dengan tilikan ini semua. Tahyul lagi khurafat.

Sokernet telah sepakat menghantar Pipiyapong ke Qatar sebagai koresponden Piala Asia 2011 kami. Kami turut sertakan pakej umrah ke Arab Saudi untuk saudara Pipiyapong selesai Piala Asia nanti. Harapan Sokernet beliau pergi dan pulang dengan selamat, kembali sebagai insan kamil yang bertaqwa dan semoga mendapat gelaran ‘haji kecil’ hendaknya.

(Peraduan Piala Asia 2011: 16 gambar di atas mewakili 16 buah negara yang bertanding dalam Piala Asia 2011. Mereka adalah individu terkenal dan simbol negara masing-masing. Namakan semua 16 individu tersebut dan negara mereka dan hantar jawapan anda ke sokernetmail@gmail.com. Mereka yang berjaya meneka dengan tepat akan memenangi hadiah misterius!)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...