Budak-budak Arsenal sedang menimba ilmu dari bekas jagoan Chelsea
Apa kelas tengok bola di rumah pakai kain pelikat macam Pipiyapong?
Di Glasgow, Arsenal mengekalkan reputasi mereka sebagai pasukan bolasepak cemerlang, gemilang dan terbilang hasil bantuan bekas pemain Chelsea, William Gallas dan jaringan ihsan pemain Celtic, Gary Caldwell.
Gaya permainan Arsenal awal pagi tadi mirip seperti perlawanan menentang Everton. Hantaran yang tepat, pergerakan yang licik serta skil dan kemahiran yang sungguh luar biasa.
Selepas menjaringkan 6 gol di Goodison Park tempoh hari dan mengejutkan ramai pakar bolasepak, sekali lagi Arsene Wenger menunjukkan kemahiran taktikal bolasepak yang dimilikinya.
Kali ini, Arsene Wenger menunjukkan bagaimana Arsenal boleh menjaringkan gol menggunakan belakang badan pemain. Oleh kerana belakang badan pemain Arsenal banyak kematu, khidmat bekas jagoan Chelsea, William Gallas digunakan untuk mendemonstrasikan teknik yang luar biasa ini.
Satu Celtic Park terpukau. Budak-budak sekolah yang lepak di kedai mamak Putatan tengok Astro free bersorak gembira meraikan jaringan Arsenal, ihsan bekas pemain Chelsea.
Tidak cukup dengan itu, Arsene Wenger mendedahkan lagi skil maha agung milik Arsenal melalui ilmu pukau. Gael Clichy telah menyembur Gary Caldwell beberapa minit sebelumnya sehingga bola lorongan Clichy di minit ke-71 disambut baik Caldwell untuk gol kedua Arsenal. Robin van Persie pada masa itu dilaporkan sedang lepak-lepak minum Lucozade dengan pemain Arsenal lain di tepian padang.
Kemenangan Arsenal awal pagi tadi adalah bukti kehebatan sebuah kelab bolasepak yang tidak pernah kena relegated sejak bertanding dalam EPL, bak kata Karim.
Abang ni dah start mimpi basah masa van Persie masih menetek
Sementara itu di Sunderland, pasukan kuda tua Chelsea mencatatkan kemenangan kedua mereka dengan cara yang lebih konservatif. Tanpa perlu menggunakan belakang badan bekas pemain Arsenal atau ilmu pukau, Herr Ballack, Sir Lampard dan Deco menjalankan tugas yang diamanahkan dengan penuh tekun dan gigih.
Tapi ianya tidak semudah yang disangka, sekali lagi seperti perlawanan Perisai Komuniti dan perlawanan pertama menentang Hull City tempoh hari, Chelsea dipaksa bekerja keras setelah ketinggalan satu gol. Tetapi resam orang yang lebih makan garam, pengalaman pemain-pemain Chelsea menjadi titik tolak yang membezakan mereka dengan pasukan lain.
Ketinggalan hasil jaringan Darren Bent di minit ke-18, Chelsea bangkit kembali di separuh masa kedua melalui rembatan kencang kaki kiri Ballack pada minit ke-52.
Sembilan minit berselang, tanpa perlu merayu meroyan macam Liverpool, Chelsea dianugerahkan penalti yang disempurnakan dengan penuh rasa rendah diri oleh Frank Lampard.
Tidak cukup dengan itu, di minit ke-69 bola hantaran Jose Bosingwa disambut baik oleh Deco di pinggir kotak penalti untuk memastikan 3 mata penuh buat Singa London dan telur sebiji untuk pasukan Kucing Hitam.
Walaupun ketinggalan dalam 3 perlawanan berturut-turut, kebangkitan kembali Chelsea meletakkan mereka secocok dengan gelaran ‘The Comeback Kings’.
“Ia (kebangkitan kembali) boleh berlaku dalam bolasepak dan ianya penting untuk bereaksi dengan baik, untuk tidak menjadi goyah. Kamu perlu mengawal rentak permainan dan kami telah melakukannya dalam 3 perlawanan terakhir. Biar pun kami ketinggalan, kami tetap mengawal permainan”, kata Carlo Ancelotti.

21 Ulasan:
gua smlm lepak dgn dan petrescu tgk bola sambil menyokong fc timisoara di romania kahkah
apa2 hal pon lantaklah pakai blakang bdn ker,pakai ko%e ke janji yg gua tau jaringan itu maseh lg dikira
tp gua rasa x boleh lawan maradona yg pakai jari jer masa lwn england dulu2 nih..
review terbaek dan terjujur pada firasat gua.......
ape yg gua syak kemenangan ARSSengal memang ada bantuan dan kaitan dengan Chelsea Chelsea! adalah benar......
orait cun. two wins in a row utk the blues.
:angeldream:
karim juga yang kena.gua jadi kesian pada sesiapa yang bernama karim.karim tu punya pasal, habis karim yang lain.kerana karim seekor,habis rosak karim sebelanga.
apsal la aku bulih tertido semalam...aku salahkan bos aku pasal buat meeting time semayang isya dan bagi aku keja timbun2...tapi rembatan di pinggir penalti tu dengarnya macam menarik qolbu...
Gua punya rebiu tak berat sebelah macam Pipi, gua jujur.
Mana budak Man U dengan Liverpool ni? Tak main EPL dah ke?
Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya..
bak kata genius bola sepak 'the reason we have two ears and only one mouth is that we may listen the more and talk the less'.
Man U was here-
aku suka aku suka.
Ballack sekarang dah tukar kerjaya, season lepas banyak amik tugas jatuhkan musuh, atau injuredkan player,
sekarang dah kasi gol pulak!
wahaha... gile bias korg nye review...
arsenal2...
cuba pasni kalau 8 deret kali..mampus kena tabrak...
Takpe takpe. Nanti gua tunggu ashley cole score gol pakai belakang peha. Keh keh keh...
lmbt lagiiiii...ashley cole bkn scorer tegar.......die hanya benteng cekal yang gagah lagi perkasa, terbilang dan gemilang.......lari dari kekacauan di dalam team meriam buluh......
Game kami malam ni. Rilek2 sudah..hahah
Zan, statement tu macam tak yakin je? Hehe!
lu orang mmg tak patut. kutuk kaw-kaw betul giler babi balas dendam. yelah, dah kalah, nak buat camner?.
Weh, PP,dlm sokernet mana kem liverpool?. tak boleh jadi ni. aku kena jadi emosional ni.
mana jadi ni, terbakau jek hati baca lu orang bagi rapat baiikkk dlm sokernet.
weh pipi bagi aku jadi penulis untuk man city terbaik jugak ni. berderau-derau darah striker Togo dalam badan aku ni. walaupun hakikatnya aku peminat Chelsea semenjak zaman Graeme Le Saux lagi, aku tak kisah punya lah.
Ayob, kem Liverpool tak berapa nak ada modal lagi sekarang. Semua tengah menyorok.
"ashley cole bkn scorer tegar"
Arsenal dulu buang 'sampah' yang tak boleh berapa nak harap. Dan 'sampah' itu akhirnya masuk ke 'mangkuk tandas'.
'sampah' = ashley cole
'mangkuk tandas' = Chelsea.
ejoi, bukan sampah tapi bakat....ko kena paham....Chelsea Chelsea adalah team yang memahami bakat......kental walaupun sedikit lambat panas.......
klau sampah, confirm la dia takkan dpt 90000 paun seminggu........amcam?
agak agak bape lame carlo bole jadi pengurus chelsea?
ballack bkas pmain bayern kan...
lampard bekas pmain west ham...
deco bkas pmain barca...
bila pmain chelsea..merangkap anak jati chelsea nk score goL. POrraHHH
Catat Ulasan