Bosan membelanjakan ratusan ringgit membeli jersi Manchester United keluaran Nike yang body hugging untuk pakaian teman wanita kamu ketika pergi bersama tengok bola di Hartamas Square?
Perlukan satu kelainan yang lain dari yang lain dan yang lain-lain?
Sokernet ada jawapannya!
Baju baby t edisi terhad keluaran Sokernet. Ya, Sokernet, bukan Soccernet ESPN. Jangan terkeliru!
Dibuat dari fabrik bermutu tinggi keluaran Jakel, lembut di badan tapi tetap bergetah untuk si pemakainya. Sesuai dijadikan hadiah hari lahir, hari kekasih, hari raya, hari guru mahu pun hari-hari biasa. Hadiah yang terbaik yang boleh diberikan oleh seorang mamat kaki bola kepada aweknya yang tidak kaki bola.
Bayangkan jelingan iri hati mamat Manchester United berjersi Siam mereka saat melihat awek anda bergaya dan bergetah dengan baby t ini. Anda pasti tersengih macam kerang busuk.
Untuk tempahan, hubungi talian bebas tol Sokernet, 1-800-SOKERNET dan tekan 0 untuk Pipiyapong.
(10% dari hasil jualan akan didermakan ke ‘Dana Kejuaraan EPL Buat Michael Owen’)
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
8 Ulasan:
weh aku letak kat side bar jugak, kat ruangan merchandise.
Kita nak jual berapa ringgit ni? Kain jakel pula tu. Cilake...
Jakel cakap sekarang promosi raya, beli 10 ela dapat 1 ela percuma campur kain pelikat sekali
nnti mamat2 len tgk ttk aweks, bukan tgk score tu....wa cadangkan t-shirt muslimah......
cun jugak kalau team sokernet buat baju jual....
perapulas sukan
mmg mmt2 man 2 tgk sampai juling mata la tshirt ni...ekekek
pink hah!!
macam sial ko lucius..
Catat Ulasan