ANDA SEDANG MEMBACA

10

Pra review: Liverpool vs Aston Villa ; 24 ogos 2009

MDM FARAH FAIZURA Jumaat, Ogos 21, 2009 ,


Pra review adalah perkara biasa. Yang tak biasanya, adalah, aku yang tulis. Aku tulis ini sebab aku terinpirasi daripada perkhidmatan post paid Digi yang kompeni aku suruh pakai. Digi cakap bil bulan aku ini naik melambung-lambung sebab mereka tersalah kira bil. Jadi, pada logik aku, kalau Digi pun boleh salah kira bil, jadi tak salah kalau aku buat review yang akhirnya akan salah. Tetapi ia akan tetap dibuat dengan berpandukan statistik dan angka. Jangan risau, aku dulu belajar statistik jugak walaupun kena repeat paper.

Jadi perlawanan pada 2 Ramdan atau 24 ogos, jam lapan waktu England (Tambahkan 8 jam lagi untuk jadi waktu Malaysia, ala time tu kita nak sahur dah). Di situ kita akan nampak dua pasukan yang masih segar dan separuh segar. Liverpool masih segar dengan kemenangan 4-0 lawan Stoke. Aston villa pula separuh segar dengan kekalahanya dengan Wigan. Kekalahan yang membuatkan orang Malaysia hairan kerana menyangkakan Wigan itu hanya setaraf pasukan Pahang dalam liga Super. Perkara yang sudah basi pula, Aston Villa kalah 5-0 pada last kunjungannya kat Anfield.

Aku ramalkan, Liverpool akan bermula dengan tanpa Babel. Babel agak mengecewakan dan Yossi Yahudi akan jadik kesebelasan utama. Itu jer yang aku nak ramal pasal line up, sebab Rafa ni jenis, 'anything but unpredictable' (Ye ke BI aku? Haha) Jadik aku malas nak ramal line up secara detail. Lagipun aku tak berkenan dengan sistem gilirannya. Tetapi biasalah Rafa, dia dah macam pakcik aku jugak bila cakap pasal garam. Rafa akan cakap, “Dulu kat Sepanyol, aku guna sistem giliran nilah untuk menang liga Sepanyol. Kau apa tahu! Aku lebih dulu makan garam daripada kau!”

Tapi aku dah nampak satu perkara berkenaan taktik Rafa tahun ni. Dia akan gunakan fullback jadi wing. Contohnya dah jelas dah, Glen Johnson walaupun fullback, hah, main kat atas beb jadik wing. Kat sebelah back kiri lak, ada Insua dan Dossena. Dua-dua ni pun, boleh tahan geleceknya, passing pun agak mendebarkan keeper lawan. Yang tak bestnya striker Liverpool pun kadang-kadang berdebar jugak time bola dah kat kaki.

Falsafah Rafa, “Takkan fullback nak defend fullback jugak?”

Jadi dengan taktik itu, aku dapat bayangkan, Rafa senyum sorang2 masa buat strateginya kat ofis. Walaupun aku jarang nampak Rafa senyum, aku yakin senyumnya pasti ada iras-iras senyum PM 1Malaysia kita, waktu cakap, “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan.”

Jadi dengan taktik Rafa itu, aku ramalkan, gol awal pada minit kelapan oleh Gerrad. Tapi kalau tak ada gol pada minit kelapan, aku syak, gol akan datang pada minit 43. Oleh Torres.

Aston Villa pulak, akan sedaya upaya imbang Liverpool namun kerana sorakkan penyokong Liverpool yang macam nak gila, mereka hilang kosentrasi. Tapi Liverpool akan sia-siakan peluang itu sebab Lucas. Lucas akan main macam biasa, main macam haram. Pasing bola ke laut Ardiatik je kerjanya. Tapi Rafa sayang dia. Siut!

Tapi, Liverpool tetap Liverpool. Pada waktu-waktu genting inilah, taktik Rafa guna fullback jadik winger akan terserlah. Glen Johnson yang kacak itu akan pasing lagi dan Kuyt mamat belanda yang sangat rajin itu akan skor pada minit 65.

Selepas itu, pada minit 88, Liverpool akan skor lagi. Kali ini, aku malas nak cakap, tapi terpaksa cakap jugak, yang ia akan diskor oleh Babel, sebab Benayoun akan dikeluarkan pada minit 80. Kalau Benayaoun Yahudi tak dikeluarkan, dia pulak yang akan skor.

Jadi jaringan akhir, adalah Liverpool 3, Aston Villa 0. Waktu itu aku akan tambah lagi air kosong aku sebab sahur dah nak habis. Jadik, mungkin ada yang tertanya-tanya, mana review berdasarkan statistik macam yang aku cakap kat peranggan awal-awal tadi? Ok, macam aku cakap, paper statistik tu pun aku kena repeat jadik, review ini agak fail jugaklah statistiknya.

Sekian.

10 Ulasan:

angeldream berkata...

kerna rafa begitu dambakan kemahiran dan keberkesanan ashley cole sebagai bek kiri terbaik yg mampu mengkucarkacirkan pertahanan lawa, dia pun nak juga. maka amek la sisa chelsea juga. glen johnson pun jadi la.

zan berkata...

Sisa Chelsea ek?

Ni kira Chelsea gila talak gak la. Dok sebok berebutkan Glen Johnson jugak tapi tak dapat..huhuhu

Tapi Liverpool tak biasa jadi cina buta..hehehe

aran berkata...

hahahaha..Chelsea bukan bid nak beli balik Johnson ke?

Sisa Chelsea, ya betul, tapi mahu sisa itu kembali, seperti menjilat ludah sendiri. Dah buang mau balik.

Betul kata zan, Chelsea gila talak. haha

ada nama tapi tak nak display berkata...

chelsea bukan takat gila talak..
tapi hanya berharap pada kuda tua yg has been mcm deco dan ballack...

deco tu mcm musim lepas la...
form baik awal2 musim jek...

hanuman berkata...

xkira la apa pun...best wing back skang ni ada kat chelsea,ashley cole dgn bosingwa..mantap..ekekek

HeLLToRReS berkata...

Glen Johnson bukan right wing back ke?
Dossena bukan dah kena jual ke?Hmmm....

ada nama tapi tak nak display berkata...

dossena masih ada..
skang pakai jersi no 38

john jenin berkata...

cakap banyak tak guna gak.tengok la camne awal pagi nanti.villa tu bawa semangat jersi ala2 bunley tau.team cap todi loserpool ni mesti kantoi nyer ngan villa kali nih

Firol berkata...

KOnfem Menang la ni...

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Ashley Cole the best?
HAHAHAHAHAHA!

Apapun, Selamat Berpuasa kepada Anelka, dan semoga pasukan anda makin hampir dengan detik kekalahan!

PS -Alhamdulillah, tak kedengaran lagi 'cakap-cakap gegar' peminat Liverpool yang terpaksa membuat pembedahan plastik di muka untuk sekarang ini untuk melindungi diri mereka dari dikenali penyokong pasukan lawan yang membuak nak kutuk mereka sampai menangis!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...