ANDA SEDANG MEMBACA

3

EMEL SOKERNET

Nazri Isnin, Ogos 24, 2009
Dengan rasminya sokernet mempunyai emel untuk sebarang komunikasi rahsia antara pengulas dan peminat.

alamat emel tersebut adalah: sokernetmail at gmail dot com

Kami akan mengadakan kolum khas setiap Rabu bernama "Kolum Khas". Ya, kami belum memikirkan nama yang catchy lagi saksama. Beri kami masa. Rome juga tidak dibina dalam masa beberapa minit apatah lagi Manchester United yang gilang gemilang.

Kolum khas ini diadakan untuk pembaca-pembaca sokernet menghantar ulasan dan artikel serta pandangan, merasakan mereka mempunyai pendapat tersendiri tentang hal ehwal bolasepak.

Sebarang artikel yang ditulis oleh bukan contributor tetap akan kami siarkan (jika bersesuaian) setiap hari Rabu. Macam dah sebut kat atas tadi kan.

Emelkan artikel atau ulasan berkaitan bolasepak ke alamat yang diberikan di atas. Sebarang artikel yang dihantar tidak akan dibayar kerana ini akan menimbulkan amarah yang tidak terhingga oleh Lucius yang hanya dibayar dengan kasih sayang.

Teruskan menyokong sokernet dengan penuh berhemah.

Terima kasih

3 Ulasan:

jeffry azizi jaafar berkata...

haha..kesian lucius yg cuma dibayar dengan kasih syg..

"Teruskan menyokong sokernet dengan penuh berhemah."

teruskan menulis di sokernet dgn penuh rasa humor.

Kap berkata...

gua tunggu..

Lucius Maximus berkata...

Baru aku nak marah, dah lembut balik.

Mungkin tak perlu bayar, tapi kalau ada artikel yang terbaik mungkin juga boleh bagi cenderahati macam kasut futsal Pipiyapong yang dah season.

Aku yakin para pembaca akan hargai sumbangan sedemikian.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...