ANDA SEDANG MEMBACA

14

Ramadhan Hari Cuti Je, Bilang Ghezzal

LuciusMaximus Isnin, Ogos 24, 2009
ROME (AFP) – Penganut Islam Abdelkader Ghezzal meraikan ketibaan Ramadhan, bulan berpuasa Islam, dengan jaringan tunggal Siena yang tumpas 2-1 di tempat sendiri di tangan AC Milan tetapi kemudiannya mengaku bahawa beliau mungkin tidak dapat melaksanakan tuntutan agamanya.

Ketika bulan Ramadhan, penganut Islam berpuasa ketika waktu siang, tidak mengambil bukan saja makanan malahan juga minuman.

Amalan ini menjadi lebih sukar ketika musim panas di Eropah di mana waktu siang lebih panjang berbanding di Arab, di mana Islam diasaskan, dengan kelembapan serta suhu meningkat naik.

Sebahagian besar Itali kini mengalami suhu sekitar 35 hingga 40 darjah Celcius dengan waktu imsak sekitar 6.30 pagi dan waktu berbuka sekitar 8 malam.

Ia bermakna seorang Muslim perlu berpuasa lebih dari 13 jam dan buat atlit sukan profesional cabaran sedemikian menjadi lebih sukar.

Ghezzal, keturunan Algeria yang lahir di Perancis tetapi bermain bolasepak untuk Algeria, mengakui adalah mustahil untuk bermain sepenuhnya jika beliau berpuasa.

“Saya berpuasa ketika hari rehat, bila tidak ada perlawanan atau latihan,” dedahnya.

“Saya sentiasa berpuasa bulan Ramadhan tetapi terpaksa berhenti atas sebab kesihatan semenjak tahun pertama menjadi profesional.”

“Ketika di Crotone (masa itu di Serie C1 kini Serie B) saya berpuasa untuk dua minggu tetapi jatuh sakit dan terpaksa berhenti.”

Tidak semua pemain bolasepak Muslim memilih untuk tidak berpuasa ketika Ramadhan dan Ghezzal menegaskan ianya terpulang pada pegangan masing-masing.

Sesetengah pemain mampu, sesetengah lagi tidak.

“Ia bergantung pada keadaan fizikal anda. Saya seorang yang sentiasa bekerja keras,” tambah pemain berusia 23 tahun itu lagi.

“Bagaimana pun, Houssine Kharja, rakan sepasukan saya di Siena tahun lepas yang kini di Genoa, berjaya berpuasa sepenuhnya, kecuali di hari perlawanan.”

Walaupun makan dan minum ketika Ramadhan, Ghezzal menegaskan beliau bukanlah Muslim yang lalai.

“Bermain bolasepak ialah mata pencarian saya. Kamu tidak dipaksa untuk membahayakan kesihatan diri sendiri tetapi disuruh berpuasa jika keadaan mengizinkan,” tambahnya.

Sesetengah pemain seperti Samir Nasri (Arsenal) dan Kolo Toure (Manchester City) juga sebelum ini mengaku tidak berpuasa jika Ramadhan jatuh ketika musim bolasepak.

Sementara itu, Nicolas Anelka (Chelsea) dan Momo Sissoko (Juventus) memilih untuk tetap berpuasa biar pun dibebani tuntutan perlawanan.

Sulley Muntari pemain bolasepak Ghana yang bermain di Inter Milan juga adalah seorang Muslim.

Beliau dikeluarkan dalam perlawanan seri Ahad lepas dengan Bari dan pengurus Jose Mourinho berpendapat “Muntari mempunyai sedikit masalah berkaitan Ramadhan – mungkin dengan suhu panas ini adalah tidak wajar untuk beliau melakukannya (berpuasa).”

“Ramadhan telah tiba bukan pada masa yang ideal untuk para pemain bermain bolasepak,” hujah Mourinho.

Tidak dapat pula dapat dipastikan jika moderator Sokernet seperti Pipiyapong dan Nazri berpuasa sepanjang Ramadhan kerana mereka juga sibuk bermain bolasepak seperti Pro Evolution Soccer atau FIFA.

(Artikel dicedok dan diterjemah dari sini, kecuali perenggan terakhir)

14 Ulasan:

john jenin berkata...

tu semua alasan tak nak puasa je .letih le,lapar le,macam alasan lagi le.bukannye susah mana pun puasa tu.perang BADAR dulu pun dlm bulan puasa.takde masalah pun.apa la sangat ngan karier main bola tu.small matter je.

daus berkata...

"if he score in the Milan strong defence he then shall be very good striker like Berbatov with manchester".

*komen dipetik dari artikel yg sama cuma x reti nk translate*

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Main bola seelok-eloknya puasa. Ini karang mana nak makan nasik lagi, nak pass bola lagi, nak rembat sambil minum air ingat tepat ke?

Amirul Idham berkata...

tapi salute la kat anelka dgn sissoko...
sbb leh puasa gak sambil main bola...

LuciusMaximus berkata...

Aku setuju dengan Pipi. Kalau main futsal pun aku selalunya puasa, tapi puasa makan minum je la. Puasa tang mata tu berat sikit, sebab court sebelah ada awek main futsal pakai seluar pendek, jadi mata aku selalu melilau

Amirul Idham berkata...

lucius...
kau wat aku tergamam la..
ni yang rasa nak main futsal malam ni...
hehehehe....

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Cilakak. Kat sana makwe main futsal garing garing tak, Lucius?

john jenin berkata...

abis la pahala tarawih ko,asyik skodeng peha awek je..kah kah kah

Nazri berkata...

rasa macam nak main futsal kat KK pulak. Bukan soal bolasepak yang kufikirkan, lebih soal makwe seluar pendek yang pehhh...

crazy_labelle berkata...

wa xpuasa arini...
wa nak pollow men futsal bole?

It4Ch1 berkata...

mmg sah. nasri pun 'injured' season lepas waktu bulan ramadan.

FIRZA berkata...

ah...sebb tu wa tak mau men profesional.....wa tkut bnda2 mcm ni la.........prinsip wa xyah ikat kontrak dgn Chelsea Chelsea, asal pose penuh.....wa tanam dlm diri wa.......

aa lucius......pe name tmpt lu men futsal tu?

LuciusMaximus berkata...

Siapa nak main futsal dengan awek seluar pendek ada tatu rama-rama kat kaki?

Boleh pergi sini, www.airasia.com

Untuk tempah tiket korang sendiri la.

FIRZA berkata...

ah....wa nk nek rakit....save bajet....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...