Penemuan seekor ayam dan sebiji bola yang disumpah menjadi batu oleh Sang Kelembai adalah asal penubuhan Tottenham Hotspur - Bernama
Saja aku bagi tajuk panjang-panjang supaya kamu semua mengantuk.
Dulu-dulu masa zaman bebudak, Mak selalu pesan kalau nak raya mesti cukup puasa satu bulan. Kalau setakat puasa seminggu memang jangan haraplah nak raya, pesan Mak.
Sebenarnya tidak relevan pun. Puasa cukup satu bulan atau tidak aku tetap juga beraya, pakai baju raya, songkok raya dengan kasut raya. Cuma kutipan duit itu kurang sikitlah. Kalau puasa 10 hari, dapatlah RM10. Kalau sebulan dah boleh cecah RM30. Tahap loaded dah kiranya tu. Setakat nak beli mercun roket sekali Cikedis memang tarak hal.
EPL pun baru lepas 3 perlawanan. Bak kata Karim, masih jauh lagi perjalanan. Manchester United mungkin sudah kalah satu perlawanan tapi musim lepas pun mereka kalah 4 perlawanan dan masih bergelar juara.
Begitu juga Liverpool, setakat ini juga turut tewas satu perlawanan. Musim lepas mereka kalah 2 perlawanan dan tidak bergelar juara. Aku yakin hanya satu lagi kekalahan dan Liverpool bakal tidak memenangi EPL lagi musim ini.
Sekarang ini kecoh-kecoh tentang Tottenham Hotspur, kelab cap ayam yang telah menang bergaya 3 perlawanan setakat ini, dan kemungkinan mereka dapat memecahkan monopoli Big Four dalam EPL musim 2009/10 ini.
Ledley King sudah mula bersuara dengan yakin akan kemungkinan benda luar biasa ini akan berlaku. Begitu juga mamat yang selalu jual skaf Spurs buatan Siam di White Hart Lane. Selepas menang bergaya ke atas Liverpool, Hull City dan West Ham United para peminat Spurs rata-rata sudah terlupa tentang Arsenal, Chelsea dan Manchester United, sekadar menyebut beberapa nama.
Persoalannya, mampukah Spurs? Apa kata kita lihat beberapa perkara yang memungkin ini semua. Mari, adik-adik!
1. Harry Redknapp sekarang pengurus Spurs. Siapa yang tak kenal Redknapp? Kalau tak kenal maknanya memang mat jiwang Manchester United, cuma kenal Sir Alex je. Redknapp ialah pengurus keturunan Inggeris yang terbaik masa ini. Tengok apa yang dicapainya masa zaman West Ham United dan Portsmouth dulu.
2. Tottenham Hotspurs pernah sekali hampir memecah monopoli Big Four musim 2005/06 dulu. Hanya ketinggalan 2 mata di belakang Arsenal (yang berada di tangga ke-4) jika tidak kerana kes keracunan lasagne malam sebelum perlawanan terakhir mereka menentang West Ham United (Spurs kalah 2-1).
3. Kemenangan berturut-turut dalam 3 perlawanan pertama EPL ini adalah pencapaian terbaik buat Spurs semenjak musim 1960/61, bila mereka menang 11 perlawanan pertama berturut-turut dan merangkul kejuaraan Divisyen 1 dan Piala FA. Sebelum ini Spurs gemar membuka tirai musim dengan kekalahan.
4. Tahun depan tahun Piala Dunia. Spurs dibarisi ramai pemain England seperti Jermaine Defoe, Ledley King, Aaron Lennon, David Bentley, Jermaine Jenas dan ramai lagi. Mereka perlu bermain dengan baik jika mahu turut serta dalam rombongan ke Afrika Selatan nanti. Secara tidak langsung ia membantu Spurs dalam saingan EPL mereka.
5. Skuad Spurs kali ini jelas tidak ketandusan pemain. Jika sekalipun berlaku insiden kecederaan, pemain yang ada di bangku simpanan berkeupayaan untuk mengambil alih. Lihat saja barisan serangan Spurs hari ini sebagai contoh (Pavlyuchenko, Keane, Crouch dan Defoe).
Memang di atas kertas, Spurs dilihat berpotensi. Di atas padang, kita kena tunggu bila perlawanan bermula.
Namun, bak kata Haji Hasbullah Awang, harus diingat, Spurs masih ada 35 perlawanan lagi. Lihat pada Aston Villa di musim lepas, bermula garang tapi kemudiannya pancit. Konsistensi adalah senjata utama untuk memenangi EPL. Daniel Levy juga hendaknya mengelak dari cuba campur tangan urusan Redknapp. Begitu juga ada kemungkinan Manchester City akan datang dengan timbunan wang untuk membeli sesiapa pemain Spurs yang mereka berkenan di hati.
Seperkara lagi, bagaimana Spurs akan berdepan dengan seteru Big Four bakal menentukan sama ada mereka mampu untuk berada di empat tempat teratas EPL. Menang dengan Liverpool satu hal, tapi belum tentu lagi dengan Arsenal, Chelsea dan Manchester United. Itu belum kira perlawanan di tempat lawan.
Jadi apa pendapat kamu semua? Boleh atau tidak Spurs memecah monopoli Big Four musim ini? Sila beri komen dan kalau boleh cuba sangkut pautkan dengan konteks sosio masyarakat Islam Hadhari.
Dah, aku nak berehat dulu, McDonald’s Delivery aku dah sampai.

25 Ulasan:
Inilah, sebiji bulat bulat, exactly apa yang saya maksudkan dalam entry ulasan kemenangan saya tadi.
Spurs dah berjaya buat lama dah, apa yang kemudian-nya MU ikut.
Go baby go, push and run.
woit, ko ni dah ketinggalan zaman le.hadhari2 ni dah tak releven le.tu zaman bodolah bodowi.skang ni kan era pokjeeb tuya,jadi isu ni kena dikaitkan ngan 1malaysia kena tipu,spud awal2 musim kat atas didahulukan,pencapaian prestasi hampir2 relegate kat ujung2 liga diutamakan...kah kah kah
aku masih menunggu n3 dari nazmi yaakub nih.ko pgi mane woi...
satu lagi aku nak komplen kat sini.cari la subjek lain kalau ye pun nak berjenaka.ni tak,ramadahn la,khutbah jumaat la.mende ni woi?sukati je main2 ngan perkara2 berkaitan ngan agama nih.harap beri perhatian ye pasal ni.yang lain kira ok dah.
haha,berehat di bulan puasa sambil mkn mc d..
konsistensi adalah senjata utama utk menang liga.kalau spurs konsisten boleh la kot pecah monopoli big 4..kalo tak konsisten nmpak gaya mcm aston villa jgk la..
bodo john lenin ni. tibe2 nak bodo2 isu politik lak. lucius wat kelaka je pon. lol
woit tanpa nama yang bangang.ko terasa tu apahal?agak2 la nak berjenaka pon.tau pon ko marah bila isu politik dibawa kat sini.yang penulis kat atas tu main2 ngan perkara agama ko anggap takpe plak.makhluk jenis apa ko nih?
cayalah lucius. Teruskan, ini antara sebab kami memilih anda sebagai contributor.
Cayalah? Upahnya mana pak? Mau makan ayam golek di bazar ramadhan ni tak cukup duit dah
poyo gle john jenin. tau komplen je. salah blog la brother! ni blog bola kot. org dtg cn nak baca psl bola dan jenaka. lu lak nak bg ceramah free tanpa tujuan. da la xreti bjenaka lgsg. huh. lu dtg cn terus bikin mood spoiled. kalo rasa sokernet ni xkena dgn jiwa, blah ok? btw, aku xrasa penulis main2kan isu agama. ko je sensitip taktentu hala. tu la taksub dgn pahaman politik. bosan btol ko ni.
jangan mimipi.......
jika korang menongkah arus sejarah.........
pasti yang buruk akan terserlah!!!!!
ni pehal gaduh2 ni...
rileks sudah...
spurs ni bagi dia sampai krismas je..
lepas tu leburlah...
heheh tanpa nama.penulis blog ni tak komen apa pon,ko plak yang lbih2 ek.mende ko nih.pastu sukati je suruh aku blah dari sini.aku cuma ingatkan je.yang ko membebel tu apahal.dah memang tertulis kat atas tu macam tu,nak nafikan apa lagi.sukati ko lah....
lucius - kubayar upah dengan kasih sayang tak berbelah bahagi boleh?
kasih syg cmne tu... i wonder... hmm...
aku rasa spurs ni bolehlah bg fight..setanding dah kut dgn manchester tanpa ronaldo.tp kena ingat jugak season lepas awal2 gini hull gak mcm power.
Crouch kalau boleh bikin 10 bicycle kick 1 musim, baru spurs ada peluang..
kalau tak, duduk tengah saja lah kot..
masih awal lagi...
aku lihat keadaan spurs ni seperti pre-mature ejaculation.. thehehehehe... baru 3 games tak kan dah klimaks.. kehkehkeh... banyak lagi games kena main... jgn excited sgt kpd peminat spurs nanti tgh musim mati pucuk pulak kang
selamat berbuka semua.. dari zola.
hahahahahah...ROFL...ejakulasi pramatang..mmg sesuai...spurs ni tahap gelojoh dia lebih kurang sama dgn arsenal..lbh truk kot...kayuh pelan2 nak..nanti tergelincir..ekekekekek
p/s mkn cendol lagi sedap...
Depth tu nampak dah ada dalam skuad Spurs season ni setelah beli..beli dan beli. Nampak macam boleh mencabar.Tengok juga macam mana the likes of Crouch, Jenas, Bentley, O'Hara, Pavlyuchenko, Bale beri respon bila dapat peluang. Semuanya pemain yang bagus.
wa rase tak dan takkan......tapi tgk crouch sipanjang dgn defoe siketot tu men potensi tu ade...tpi takat potensi la...mne bleh lebih2...pe klas spudu....
err..aku rasa harry redknapp pernah bawak team dia southampton turun liga rasanya..tadak la hebat mana pon kan..?
blah la spurs..tak kemana tu!
:P
saper benci spurs mcm benci england...saper benci england x payah layan epl la woi.. kakakaka
awal lagy bro.
bru 3 match.
kalo 30 match boley la sure.
hihi aku rase top 4 taun nie ade man u ,chelsea ngan arsenal.
yg tempat ke 4 saing le liv,spurs n city.
everton?
tp aku skong pendapat ko,lambakan pemain england bwat spurs bergaya musim nie lagy2 nk ke world cup.
susah.
Catat Ulasan