ANDA SEDANG MEMBACA

10

HERO: PAVEL NEDVED

Nazri Jumaat, Ogos 21, 2009

Jika hendak dikisahkan tentang 'true', saya memang bukan true fan Manchester United kerana saya lebih sayangkan Valencia. Dan sayangnya saya amat berharap Pavel Nedved bermain untuk Valencia.

Seingat saya, pertama kali saya dengar nama Pavel Nedved ketika Euro 96, mewakili Czech yang baru beberapa tahun bercerai talak dan membentuk pemerintahan berdikari. Mungkin untuk Euro 96, mamat rambut ala peguam yang kemudian masuk Manchester United itu yang lebih menjadi bahan berita atau jika Jannah sudah akil baligh waktu itu, kebarangkalian beliau bakal menulis di buku latihan sekolah dengan nama Ms Berger.

Namun Nedved menarik perhatian saya.

World Cup 98 Czech gagal layak sementara Euro 2000 hanya membawa berita duka. Namun sekali sekala terpandang jua nama Nedved pengubat luka.

Saya terus mengikut perkembangan Nedved yang bermain untuk SS Lazio walaupun waktu itu kelab tersebut merupakan seteru kuat Juventus yang saya sokong untuk Serie A.

Bagai penjaga gol lawan tersilap baling bola pada Wayne Rooney, rezeki saya untuk terus meminati Nedved bersinar harapan apabila SS Lazio dilanda masalah kewangan dan dipaksa menjual bintang mereka.

Tahun itu saya ingat sebagai tahun saya melihat tiga bintang bergambar bersama tanda mereka sudah sah menjadi pemain Juventus. Lilian Thuram, Gigi Buffon dan anda tahu siapa orang ketiganya yakni sudah tentulah bukan Khalid Jamlus.

Waktu-waktu sekitar itu juga saya menggunakan Nazri Nedved untuk banyak nick IRC, forum dan sebarang aktiviti siber. Pipiyapong diharap tidak menggunakan point ini sebagai bahan kecaman kerana beliau juga menggunakan nama Pipi Gallup, yang kita tahu bukan nama keluarganya.

Kehadirannya lebih signifikan kerana Juventus baru kehilangan playmaker mereka, Zinedine Zidane yang dicantas oleh bangsat berjersi Putih yang pada ketika itu menjadikan Pahang sebagai inspirasi mereka. Pada Juventus dilihat tidak berupaya mencari 'Zidane baru', Nedved tampil sebagai playmaker tanpa sebarang bayangan Zidane dengan stailnya sendiri.

Tahun gemilang Nedved, pada perkiraan saya adalah pada tahun Juventus masuk final Champions League yakni pada tahun yang saya sendiri tidak ingat sekarang dan malas pula hendak memeriksa Google. Tahun di mana Juventus bertemu AC Milan. Bukan final yang menjadi memori indah tetapi perjalanan sebelum ke final yang lebih menaikkan Nedved.

Nedved tidak bermain akibat digantung perlawanan. Punca disebabkan menerima kad kuning yang membuatkan beliau digantung untuk perlawanan seterusnya, yang hendak jadi cerita, merupakan final. Masih juga terpahat di memori melihat gambar Nedved melutut dengan tangan di rapatkan di kaki pengadil memohon kad kuning ditarik balik. Pengadil mengambil sikap no no.

Tahun itu Nedved menerima banyak anugerah termasuk Ballon d'Or, pemain terbaik Serie A dan beberapa anugerah tinggi yang lain.

Nedved juga antara beberapa bintang yang saya kira setia bersama Juventus ketika skandal Calciopoli yang menyebabkan kelab bersejarah itu ditendang keluar dari serie A. Mungkin juga itu adalah era maghrib Nedved dalam bolasepak namun dia bersama otai yang lain membantu Juventus sehingga mampu melaungkan "i'm back!" kepada musuh-musuh serie A setahun kemudian.

Dalam hayat bolasepak, beliau kini dalam kategori orang tua. Musim lepas adalah musim penghabisannya dalam rentetan gemilang bersama Juventus. Nama Nedved sudah tidak lagi menghiasi ruangan akhbar atau artikel majalah bolasepak. Mungkin beberapa tahun lagi boleh didengar beliau menjadi coach mana-mana kelab selepas menghabiskan sisa tenaga bermain di liga arab. Jika masih mengamalkan corak football is my life, mungkin suatu hari nanti mengikut Karel Bruckner sebagai pakcik genius yang mencorakkan pasukan kebangsaan Republik Czech.

Apapun, Nedved adalah hero saya. Saya letakkan beliau di tempat teratas dan sewaktu saya bercucu nanti, nama inilah yang akan saya sebut ketika bercerita dengan cucu-cucu, tentang seorang hero, seorang pejuang, seorang perwira, seorang panglima yang pernah gah menakluk Eropah suatu ketika dahulu. Cuma sayang beliau tidak berupaya menakluk dunia, sebagai pemain.


10 Ulasan:

Owen berkata...

Tabik spring sama Nedved. Tapi saya salute Del Piero lebih.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Masa dia dapat kad kuning kat semi tu gua pun sebak juga tengok...

hanuman berkata...

aku tabik sbb dia setia..tapi aku mnt zola lagi..freekick cantek..

Shank berkata...

oo .. partner nedved ialah Karel Paborosky ..
player pertama paling mahal di beli oleh Fergusen dan.. yg paling poyo dlm kem Man utd

LuciusMaximus berkata...

Apa pun secara peribadi, Amri Yahyah tetap yang terbaik untuk aku

FreDDy O7eRmaRS berkata...

idola gua sejak kecik adalah marco van basten..apa2 hal gua harap team sokernet bolehla bukak satu liga dlm fantasy premier league nanti..start gameweek 4 pon dah ok dah..

FIRZA berkata...

nedved ni takdela kacak mane pd pandangan wa.....

bloodynose berkata...

pernah terbaca dulu..dia mempunyai tempurung lutut yang agak unik...

Daud berkata...

Bagus2. harap2 lepas ni perbanyakkan lagi cerita2 hero lama ni. kalau boleh yang underrated la. Fullback ke..Goalkeeper ke..defensive midfielder (contoh: Didier Deschamps + video tackle2 yang dia buat).

DD berkata...

low profile pastu power

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...