ANDA SEDANG MEMBACA

15

SOKERNET: THE LINE UP

Nazri Khamis, Ogos 20, 2009
Dengan kemasukan saudara Dingin sebagai wakil Liverpool maka lengkaplah line up penulis-penulis yang bakal mewarnai, menggembirakan dan pada masa yang sama merapuhkan hati pembaca sekalian.

Sukacita juga ingin diperkenalkan secara ringkas line up yang mengisi sokernet ini.

KEM MANCHESTER UNITED
Yakni saya yang sedang menulis entri ini. First half of sokernet's admin. Sebarang isu pengurusan web, komentar tentang penambahbaikan dan cadangan-cadangan bernas boleh dipanjangkan kepada saya.

Seorang ayah, celake, gua tak tahu nak tulis apa pasal dia ini. Tapi memang dia adalah senjata ampuh untuk menangkis serangan-serangan pembenci Man U.

KEM ARSENAL
Selebriti blogger yang dahulu bergosip dengan Beeha tetapi kini mempunyai gosip baru yakni S... Other half of sokernet's admin.

AWIE
Tidak diketahui siapakah dia. Mungkin sejenis jiwa yang lara.

KEM CHELSEA
Contributor pertama yang kami jemput tanpa sebarang syak wasangka.

Bakal kami buang sebagai contributor kalau batang hidungnya masih tidak muncul-muncul dalam entri-entri akan datang.

KEM LIVERPOOL
Satu-satu makwe di sokernet. Dipilih untuk senang saya dan Pipi buli.

Lelaki warak yang diambil bertujuan mengimbangkan antara syurga dan neraka.

KEM SPURS
Peminat Spurs sejak zaman Lineker mungkin. Pengetahuan beliau terhadap sejarah Tottenham amatlah tinggi sehingga kami tersipu-sipu tatkala berbicara dengan beliau. Jika minat berlumba di litar Sepang bolehlah menghubungi beliau.

+++

Pemilihan pengulas-pengulas di atas diambil kira faktor kelainan masing-masing dan juga atas faktor kroni. Juga aspek emosi diambil penekanan bersandarkan objektif sokernet sebagai laman web bolasepak yang berbentuk humor. Maka penulis-penulis di atas kuat landasan humornya berbanding calon yang lain.

Namun keseimbangan stail tetap ada. Sokernet mempunyai penulis yang paling liberal di muka bumi seperti Bart BB dan diseimbangkan dengan penulis paling warak yakni Dingin.

Juga sokernet mempunyai penulis paling seksi yakni Jannah dan yang paling tak seksi yakni Nazmi Yaakub.

Juga kami mempunyai penulis yang punya pengetahuan tinggi seperti Lucius dan yang buat-buat tahu seperti Pipiyapong.

Sedikit nota, terdapat beberapa blogger yang menghubungi saya atau pipi mahu menyertai sokernet. Di sini saya terpaksa mengecewakan hajat pemohon-pemohon ini atas dasar limitasi yang telah kami tetapkan dan senarai di atas telah lama kami dahulukan.

Untuk nota lain, suka juga saya ingin ingatkan agar para komentar tidak bertindak keterlaluan dengan membuat serangan peribadi terhadap para pengkomen yang lain. Stick to football related issue. Laman ini dimulakan dengan penuh riang ria dan sepatutnya berterusan demikian rupa.

Apapun semoga terhibur di Sokernet dan saya menyudahkan entri berupa rancangan dokumentari RTM ini dengan kata-kata, "Forza Juve!"

Ya, sokernet ini bukan untuk EPL sahaja.

Hoho.

15 Ulasan:

pijo berkata...

Line up yang mantap...

zwan berkata...

yeah..."support"

'K' berkata...

Kem Man City xde ke?

Bogus berkata...

aku lagi layan sokernet dpd soccernet skang nih..

hik3...

Najatun Khairiyah berkata...

best besttt

teRi berkata...

cm knal je jannah tu. mcm bdk skola lembah keramat je.. zzz

Awish berkata...

hehe semoga kemeriahan blog ni berpanjangan...
baru laa ade alternatif sket nak bace pasal bola ni..hehe

Mat berkata...

takkan 5 team tu je ada kem kat sini.buat le kem burnley satu.tak pun gabungan aston villa + west ham + burnley(jersi diorang lebih kurang je).amacam?

paiseh berkata...

terbayek..!!

err.. tuan2 pengarang~
cadangan skek.
kalu bulih.. tolong kasi nama penulis kat title.. ataaaas skali.. senang sket nak hala mood belah mana.. malas nak skrol bawah terus.. x seperais~





contoh - SOKERNET: THE LINE UP (Voving)

Nazri berkata...

paiseh - oke, boleh dipertimbangkan cadangan tu. Kena tanya fellow contributors.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Ah tak nak. Kah kah kah...

Kap berkata...

untuk team lain??
la liga??
serie A??
tak kan tak boleh hantar wakil kot??

Apit_KipasKOP berkata...

suma team nk ada wakil payah ar..awat x buat team kedah..double treble tu..haha

Tanpa Nama berkata...

asl x letak sum pics..
kate nk bg meriah..
ley tgk jannah tue cute ke idak..
lol;p

Pa'ang berkata...

semekom..aku La Liga pnye follower...BARCA tu atok aku yg asaskn..hoho..wtf tgk LIVERPOOL ape jadah 2098 jd champ??..mcm cilaka..hahahaha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...