Oleh sebab Ramadan dah diambang pintu semasa artikel ini ditulis (Mungkin korang akan baca semasa tengah Ramadan ataupun sudah bulan Muharam, korang akan hairan, jadi aku beritahu awal-awal)
Jadi amalan kita pun perlu ditingkatkan, kerana kita sudah memasuki madrasah Ramadan. Waktu inilah kita akan belajar balik apa ibadah yang terlalai dan apa amalan yang terlupa.
Ok, oleh kerana bulan Ramadan sudah dekat, aku nak berkongsi cerita pasal tim yang aku agak sayang, Liverpool. Liverpool sudah lama tak menang liga Inggeris ni, atas sebab yang mudah. Mereka guna disponsor oleh arak, Carlbergs. Tak berkat.
Memanglah sebelum tu, mereka di sponsor oleh arak jugak, Candy, tetapi setidak-tidaknya Candy orang kita tak tahu sangat. Paling kuat pun, derang ingat gula-gula getah. Jadik, sebagai orang Melayu yang agak kuat agama, apabila tengok lambang arak kat baju Liverpool, mereka dah tak sedap hati. Nak berdoa suruh derang menang pun, lemah jek. Jadi tanpa doa penyokong Melayu, macam mana nak menang? Tengok penyokong MU dan Chelsea, selamba jek sembahyang terawih guna jersi home dan away. Belum lagi baju tu dibeli buat tayang waktu aidilfitri atau buat hadiah kalau anak dapat no. 1 kat kelas di sekolah agama.
Tapi tak tau lak tahun ni macam mana. Harap-harap, kita sebagai penyokong Liverpool ni, kreatiflah sikit. Kalau tak pakai jersi liverpool yang ada cap carlberg, setakat pakai t-shirt Liverpool RM10 yang jual kat pasar malam, pakai time sembahnyang terawih pun ok. Sambil berharap, orang kat belakang kita tersasul semasa berdoa sebab terbaca tulisan Liverpool. Mereka berdoa Liverpool menang tahun ni.
Sekian tazkirah.
Edit: Ya, selepas dikomplen oleh pembaca, memang Candy tu bukan jenama arak. hahaha. ia jenama mesin basuh.
Selama lebih 20 tahun ni aku mati2 ingat candy tu arak, sebab aku pegang kata mamat Indon yang datang rumah aku time tu , "Usah disokong, ya Liverpool. Liverpool disponsor Candys, arak. Arak kan haram."
Ok lepas ini, aku takkan guna dah memori masa childhood aku yang dirosakkan oleh mamat Indon tu. H1n1 betul!
14 Ulasan:
FYI, next season sponsor standard chartered Bank.
astaga..for ur info, baju MU pon tk bleh bwk solat..ada gmbr setan tu!!!!..
baju arsenal je boleh..sbb ada gmbr meriam..baru la ada semangat ke-Palestin-ian berjihad!..
sokong PP~
confirm ke tu gambo setan bang oi....
ymn
dah confirm ke standard chartered yg sponsor thn depan?
Aku nak lobi tok arab beli Liverpool ni. Biar kaya.
- denagrnya carlberg sponsor sampai bertahun2 lagi. baru tahun lepas renew kontrak. tapi kalo betul, molek jugak. Adalah nanti kad kredit standard chaterd - Liverpool.
naqibmiller..
dah nama pun red devil...
to all liverpool fan..
sila pergi kat link bawah ni dan sign the patetion utk menghalau mangkuk ayun dari US dari menganggu kelab kesayangan kita ni....
http://www.petitiononline.com/ggthout/petition.html
Candy tu company mesin basuh pinggan la bang.
betol2. lu check kat wiki-wiki. pekakasan letrik la. sb tu zaman dulu2 gempaks. halal je sponsor.
macam haram!
ini adalah pengalaman saya dan mungkin tidak sesuai untuk artikel berbentuk dakwah.jika sesiapa ingin bertaruh keputusan perlawanan antara pasukan besar empat,sila gunakan jersi pasukan kegemaran masing-masing sebagai taruhan.kesannya kekal sepanjang hayat berbanding dunhill 20.orang sekeliling anda mungkin faham jika anda terpaksa memakai jersi yang ditaja oleh syarikat arak.cubalah..
Heheh, kem Liverpool kehabisan modal dah ni
eh...sedor ke?...ingat tak sedor tadi.......
wa rse gtu gak lucius.......insap la tu...menyesal sokong liverfgfool.......xpe...nnti wa bgi singgit sorg wat pusing modal baru......
amirul...kalu saya penyokong chelsea bulih tak sign petisyen tuh...?
Catat Ulasan