ANDA SEDANG MEMBACA

12

REVIU: BURNLEY VS MANCHESTER UNITED 20/08/2009

Nazri Khamis, Ogos 20, 2009 ,
Seperti yang ditunggu oleh friends and foe, kini tibalah ulasan perlawanan Pagi tadi yang bakal ditulis setelah mendapat inspirasi dari buku Law Of Attraction yang boleh di beli di Kinokuniya atau beli versi terjemahan oleh PTS Publishing.

Manchester United turun dengan reputasi juara, begitu juga Burnley, kerana mengikut kata-kata pakar motivasi, kita semua adalah juara. Maka apabila juara bertemu juara, hanya takdir yang menentukan bicara seterusnya.

Kejayaan Manchester United memberikan kegembiraan kepada pasukan lawan adalah sesuatu yang menakjubkan. Sir Alex menurunkan barisan yang boleh dipercayainya seperti Wes Brown, Wes Brown dan wes Brown.

Hikmahnya perlawanan ini juga memberikan peluang peminat-peminat EPL Malaysia mengenali nama Robbie Blake, yang sehari sebelum itu hanya memberi tumpuan kepada nama seperti Defoe, Torress dan Wes Brown.

Berkat kesungguhan Ben Foster membenarkan bola masuk ke dalam gawang sendiri membolehkan Burnley mendahului pasukan juara (ingat, kita adalah juara - jadi saya berkata benar) dengan satu gol.

Manchester United berpeluang untuk berdiri sama tinggi apabila pengadil memberikan sepakan penalti. Namun Wes Brown, maksud saya Michael Carrick telah berjaya memastikan bola terus berlegar di sekitar padang selain dalam gawang gol pihak Burnley.

Kejayaan Michael Carrick itu menyebabkan semangat juang ketiga-tiga pasuka yakni Manchester United, Burney dan Pipiyapong (ini kerana beliau menganggap beliau adalah pasukan bola) terus naik. Buktinya terang lagi bersuluh apabila Manchester United berterusan menyerang hingga menaikkan statistik shot on target dan Burney dengan gembiranya menahan asakan.

Kegembiraan menambah statistik shot on target dan shot wide (19 keseluruhan) serta kesungguhan Burnley meletak beberapa buah bas di depan tiang gol berlarutan hingga ke wisel penamat.

Pujian harus diberikan kepada pasukan Manchester United kerana telah berjaya bermain fair play dengan hanya Wayne Rooney yang gah dengan kad kuning sementara wakil Burnley untuk edisi kad kuning adalah Martin Paterson dan Robbie Blake di mana, untuk pemain Fantasy Football, amatlah tidak berguna beliau menjaringkan gol awal tadi.

Secara keseluruhannya perlawanan tadi memberikan hikmah yang cukup nyata, bak kata Jamal Abdillah, takdir penentu segala, dalam kes ini, jaringan penentu segala.

Sekian laporan perlawanan Law Of Attraction saya, sehingga ke perlawanan berikutnya, akhir kata, majulah Manchester United untuk negara England.


12 Ulasan:

hanuman berkata...

:) kesian kat pak cik2 pakai kopiah merah kat kedai kopi..kna blanja aku mkn ari ni..ekekekek...
***Keep the blues flag flying high***

FIRZA berkata...

meeting la, photostat bahan la, ngorat seketeri la......klau menang cnfirm sebelum azan subuh dah post.......

Mohd. Ekhsan Othman berkata...

firza punya komen betul2 mengguris hati dan perasaan la...hahahaha

medihebat berkata...

aku tak tau la...walau camna pon aku tetap bagi firza sebagai pemenang pengkomen terbaik...

zan berkata...

Meeting adalah alasan paling ampuh untuk mengelak sesuatu tugasan..
Lebih2 lagi tugasan mengulas perlawanan yang kalah..hahaha

aremierulez/Amirul berkata...

carrick miss penalty?
nak pelik ape...
tgk la mcm mne berbatov dan evra amik penalti....

wanzu berkata...

evra penyepak penalti yang paling power!

born:dead berkata...

menarik!

glory~glory~

Kap berkata...

bas ek!
kool!

julu berkata...

patot bg foster amek penalti...

bloodynose berkata...

carrick menangis tak..??kalau dulu sudah pasti kritianoronaldo akan mengalirkan airmata..

Tanpa Nama berkata...

relax2..xkenal ke team kita..

moqh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...