Pipiyapong jemput aku menulis di sini. Mula-mula sangsi juga, apa hal budak hingusan Arsenal panggil aku menulis di blog dia? Memang terbawa perangai Wenger kot, nak pakai pro tapi bayar harga budak sekolah. Itu pasal Adebayor blah pergi Manchester City. Mana larat bai, suruh main macam Thierry Henry tapi bayar tahap Amri Yahyah.
Bila fikir-fikir balik, aku boleh faham la kot kenapa Pipiyapong panggil aku menulis di sini. Ya lah Pipi kan budak Arsenal. Awal musim ni mungkin banyaklah benda dia nak tulis pasal Arsenal. Macam menang 6 biji gol lawan Everton, konpem cerita sampai 6 hari lagi tu.
Tapi cuba tunggu lagi seminggu dua. Agak-agaknya ada kot bahan Pipi nak cerita pasal Arsenal kena tapau dengan Manchester United (29 Ogos) dan Manchester City (12 September). Aku rasa tak, sebab selalu budak Arsenal bila dah kalah semuanya diam menikus.
Itu pasal, aku rasa Pipi panggil aku datang menulis kat sini sebab lagi seminggu dua blog ni mungkin bersawang kot. Tak ada bahan nak cerita pasal Arsenal, sampai bila nak cerita pasal sumbat 6 biji gol lawan pasukan yang rata-rata terdiri dari bekas veteran Manchester United.
Lainlah Chelsea, dari awal musim sampai ke penghujung, perjuangan tidak mengenal erti penat dan lelah.
Orang tua kata, pelan-pelan kayuh. Malam pertama lu hentak baik punya tak guna juga bai, benda tu nak pakai lama. Ada 37 malam lagi.
Sebab aku kesian kat Pipi, aku tolong.
21 Ulasan:
Kah kah kah cilakak..
itu baru drogba beb. banyak lagi star yang belum menyerlah.lampard.anelka. deco yang dah berjinak2 diatas padang. ramai lagi.header chelsea ade juga.terry ibanovic..
kepada arsenal. gua tak heran la korang sumbat nam bijik. awal musim dah nak buat rekod masuk majalah muke depan. ape barang.tunggu tengah musim ade kat tgh carta. akhir musim. kat akhir carta liga dah. wenger geleng kapla saja.
arsenal memang macam tuh..mula-mula 'up'..nanti dah masuk 3/4..'down' la..
aku pun bese tgk ulasan2 mcm tu......"reviewterbaekdiawalmusimsahaja".....
aaaa...gitu la lebih kurg bunyinye ulasan pasukan meriam buluh tu.....
lainlah pasukan biru itu......"mantopsepanjangmusim".....
biasa la peluru sure berterabur di awal 'perang'..
x hengat nak simpan sepanjang musim tu yg keluar asap je masuk pertengahan..
x gitu pp?
biasa la budak muda...dia mana tau maksud "kayuh pelan2" xsampai tgh musim ada la yg injured...bdak2 mmg gopoh..anak2 la katakan...liver lak..awl2 lagi...xyah ckp la..wat malu jer...chelsea :)
**keep the blue flag flying high**
Cilakak banyak pula penyokong chelsea kat sini...
ah pipi dah goyang.....
glory2 man united..
arsenal mmg suka menang awal2.. last2 ayam jugak..
kui kui kui
haha..gua seronok nak tengok lu semua bergaduh..
teruskan..........menulis
pahatkan dalam hati terus MENCINTAI BOLASEPAK..
hanya barcelona dihati gua...EPL?getah susu?
dammmmmnnnnnn..
pipi+lucy+ beberapa orang lagi yang gua tak berapa pasti.
looking forward for an interesting season.
idea bernas saudara pipi.
lucy kita satu team, kasi hantam ini budak arsenal.
Cerita banyak tak guna bai. Malam ni gua suruh budak Scotland gua, Tony Mowbray kasi settle tu budak Perancis. Kalau Celtic menang malam ni gua pergi kerja pakai baju Celtic besok bai!
Ramalan bookie - Celtic 3 - ArseNgal 0
Woi Tony Mowbray tu baru ini la nak merasa hendel team main kat pertandingan eropah. Tengah kucar-kacir baca buku peraturan lagi tu. Takut tersalah letak pemain.
penyokong chelsea Lucy angkut dari Trankuilti Tronoh lah beb!
Penyokong Chelsea di mana-mana pun ada, begitu juga penyokong Celtic. Penyokong Arsenal kat sekolah je baru boleh jumpa.
selaku penyokong chelsea sejak zaman selalu dapat no6 (masa tu gullit masih jadi player) a.k.a pre-abram, aku mengaku chelsea mmg hebat...!!!
arsenal kena pakai TJ Harper dalam cite goal tu baru leh pegi final Champs League
korang apa taw... bukan minat bola pun. saja suke2
Catat Ulasan