Berakhirnya perlawanan Tottenham Hotspur menentang Liverpool awal pagi tadi maka selesailah siri perlawanan pertama bagi kesemua pasukan Liga Perdana Inggeris musim 2009/2010. Selaku pengkritik sukan bola sepak yang adil, saya tidak teragak-agak untuk meletakkan Arsenal sebagai pasukan terbaik dunia pada minggu ini dan melabelkan Liverpool sebagai pasukan terbengap kerana mendapat gol penalti sebagai gol penyamaan kemudian ketinggalan dan selepas itu meminta lagi satu penalti daripada pengadil untuk menyamakan kedudukan. Bengap bukan?
Chelsea 2- 1 Hull City
Secara jujurnya, saya langsung tidak menonton perlawanan ini. Namun berdasarkan berita semasa dan analisis saya sebagai bekas pemain bola peringkat MSSD bawah 18 tahun, Chelsea terpaksa bermain bermati-matian menentang pasukan yang hanya berada di liga divisyen 1 ketika Chelsea menjuarai Liga Perdana Inggeris pada musim 2004/2005 bersama Maurinho. Kemudian pada masa kecederaan, Didier Drogba menjaringkan gol kemenangan menandakan mereka lebih baik sedikit berbanding Hull City dan sah hanya dipandang seperti pasukan bangkai berduit berpenguruskan lelaki Italiano oleh pasukan seperti Arsenal. Ya mereka (termasuk penyokong 'true' dan bidan terjun (sejak Abromovich menyuntik kekayaan dan menghancurkan karier ramai pemain bola handalan dunia) dari Malaysia) menggunakan alasan, liga masih berbaki 37 perlawanan. Celaka. Dalam kurungan pun ada kurungan lagi.
Everton 1 - 6 Arsenal
Musim lalu, Everton menamatkan saingan liga di tempat ke-5 dan mara ke Final Piala FA setelah menumpaskan Manchester United. Pada tahun 1985 mereka telah dianugerahkan sebagai Pasukan Terbaik Dunia oleh majalah World Soccer selepas muncul juara UEFA Cup Winner's Cup. Pada musim ini, mereka kembali lagi ke pentas Eropah. Walau bagaimana pun, sebelum mereka beraksi menentang Sigma Olomouc (Republik Czech) pada 20 Ogos ini, mereka menimba pengalaman baru apabila menentang sebuah pasukan King Of Bola, Arsenal. David Moyes di dalam sidang akhbar akur dengan kelemahan pasukannya yang hanya setaraf dengan Liverpool.
Bagi saya, Arsenal tidaklah berada di prestasi yang benar-benar memberangsangkan tempoh hari. Hantaran-hantaran mereka yang sebelum ini sentiasa kemas dan mengasyikkan kelihatan tidak begitu lancar di Goodison Park. Gerakan Arsenal juga tidak banyak yang menjadi dan mereka kerap kali dilihat menggunakan hantaran jauh. Ini sesuatu yang asing di dalam bolasepak Arsenal yang jarang-jarang memberi pasukan lawan menguasai bola. Namun begitu, adik-adik Arsenal di bawah bimbingan Pakcik Arsene Wenger berjaya menamatkan perlawanan dengan jaringan 6 gol. Agak tersasar sedikit. Sebelum perlawanan bermula, saya diberitahu Arsene Wenger bahawa target mereka untuk perlawanan ini adalah 11 gol tanpa bolos.
Oh ya, saya baru mendapat e-mel daripada pengurusan Arsenal. Mereka kini sedang giat membuat permohonan kepada FIFA untuk bermain di Piala Dunia 2010 Afrika Selatan.
Manchester United 1 - 0 Birmingham
Saya tidak begitu berminat untuk mengulas tentang perlawanan ini. Tiang gol adalah sejenis benda yang berbentuk silinder. Bola pula berbentuk sfera. Apabila sebiji bola (sfera) melantun ke sebatang tiang gol (silinder), hanya nasib yang menentukan ke mana arah bola itu. Semua itu pula bergantung kepada daya yang dikenakan terhadap bola itu, pusingan bola itu, sudutnya, kelajuan angin dan bunyi bising di stadium. Jadi apa yang boleh saya simpulkan di sini, jaringan Rooney hanyalah nasib. Kebetulan dia di situ dan bola melantun ke arahnya. Emmm..agak menjengkelkan juga apabila melihat penyokong Manchester United bersorak sakan hanya kerana gol sebegitu.
Tottenham Hotspur 2 - 1 Liverpool
Perlawanan ini begitu menarik. Tetapi bukan kerana permainan Liverpool. Permainan Tottenham Hotspur pada perlawanan ini sungguh mengasyikkan. Corluka, King dan Ekotto selaku barisan pertahanan bermain dan membaca gerakan lawan dengan bijak. Barisan tengah mereka juga menguasai perlawanan dengan baik ditambah dengan gerakan pantas kedua-dua sayap mereka, Modric dan Lennon. Namun penyudah Tottenham Hotspur tidak begitu tajam lebih-lebih lagi apabila Peter Crouch iaitu bekas pemain kesayangan peminat Liverpool dimasukkan.
Pasukan Liverpool yang semulajadi bodoh hanya mampu menjerit meminta penalti manakala peminat Liverpool pula hanya mampu menjerit mengatakan pengadil bodoh. Kesudahannya penyokong Liverpool seperti biasa,
"Baru perlawanan pertama. Ada lagi 37 perlawanan lagi..."
"Hero mesti kalah dulu..."
Bengap. Apa gila perlawanan pertama dah kalah? Tak malu ke? Pernah jadi hero ke Liverpool? Keh keh keh. Seumur hidup saya, saya tak pernah tengok Liverpool cium trofi Liga Perdana Inggeris.

11 Ulasan:
hohoho ..liverpool still the best...mypren
hopefully arsengal sangkut qualify champion League
Enggak fair...
ceh..komen yg agak keberat sebelahan...ade unsur2 perang saraf di lancarkan..
patut la masa aku bc artikel ni rasa pelik jer...ayat2 lebih kpd pasukan budak...aiseyy...mana writer chelsea ni?
dah menang ciput watpe ulas ganas2..... ke camne? lain la menang 6-1 away ke bole la nk ulas ganas2, ni main kat home pn menang sebijik.... tercirit jgk la nk dpt sbijik tuh
takpe pipi.. aku sokong arsenal bermakna aku sokong ko.. ko jgn bersara nak tulis kat sini sudah.. sape nak balas smash bebudak Liverfool, cheatski ngan MUnyet tu nanti
mintak arsenal main piala dunia?
apa jadah??
bro pipi still ngn gaye bliau..
kah2
Sah bai, unta nombor 25 ini memang bangsa bawa malang pada pasukan.
Buntut berat, lari malas, sepak melaut memekaw. Tinggi lampai tapi tanduk standard macam kuda. Sudah keluar kelab pun, sempat lagi mahu tinggal kritik sepam-dua atas prestasi budak-budak Arsenal. Cakap berkicap.
gua tak rasa bangga langsung menang dengan liverpool..
tak tau kenapa..
hahahahaaa....
sapa suruh baca...? masa 1st entry dah bagi tau...kalau terbias tu sila terima dengan hati terbuka...wahahahahaa....!!
Catat Ulasan