Walaupun perlawanan Fulham dan Chelsea akan hanya berlangsung Ahad malam, mahu atau tidak aku terpaksa bikin prebiu hari ini juga sebab hari Ahad hari minggu, pejabat tutup dan kalau pejabat tutup maknanya aku tiada talian Internet. Pipi dan Nazri bila mahu sponsor broadband untuk rumah aku? Hampeh la suruh jadi reporter tapi fasiliti tak disediakan.
Carlo Ancelotti telefon aku masa solat Jumaat tadi. Aku suruh dia telefon balik lepas pukul 1.30 sebab aku nak fokus dengar khutbah Jumaat. Macam biasalah hari Jumaat terakhir sebelum puasa Tok Imam tak cerita benda lain dah melainkan pasal puasa dan kat mana nak beli ayam percik paling masyuk.
Lepas solat, Ancelotti telefon aku balik. Macam biasa minta line-up untuk first eleven. Aku suruh dia ikut senarai masa lawan Sunderland hari tu. Cuma kena gugurkan Joe Cole, Juliano Belletti, Yuri Zhirkov dan Alex. Kemudian Ancelotti maki aku, “memanglah semua tu kena gugur sebab dah masuk senarai injured”. Hampeh!
Lawan Fulham bukan kerja mudah. Selalu bila bertemu kelab berjiran ni (derby kata John Terry) peluang agak 50-50. Craven Cottage dengan Stamfrod Bridge tu dekatnya ya amat, kalau hisap Dunhill tu mungkin 3 batang dah sampai. Kalau Surya mungkin 5 batang kot. Orang yang cakap la, aku belum pernah sampai sana lagi. Stadium Perak biasalah.
Selain dari itu, persediaan untuk kem Chelsea bagi perlawanan ni semuanya dah tersedia. Bil Astro aku dah bayar awal-awal. Balik ni kejap lagi nak lap TV Samsung kat rumah tu. Barang dalam peti ais LG semua tip top. Coca-Cola satu botol dan ais krim bagai. Cip ubi kentang pun dah beli siap kat Servay sekali dengan kacang Supernut perisa bawang. Sedap oh kacang tu, memang layan sambil tengok Ballack siku bebudak Fulham nanti.
Tekaan aku untuk keputusan? Chelsea menang 2-1. Gol jaringan Drogba dan Anelka. Untuk Fulham pula hasil sumbangan Clint Dempsey. Carlo Ancelotti dijangka hadir pakai sut kelabu dengan tali leher biru. Roman Abramovich kemungkinan besar tidak datang.
Aku pula dijangka duduk depan TV pakai boxer Hush Puppies. Selamat berpuasa!
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
9 Ulasan:
Semoga Chelsea akan tewas dengan Fulham dengan jaringan yang agak besar!
Pak Yosop Bio Aura pasti mengucapkan Syukur Alhamdulillah sekiranya Chelsea kalah.
ptt tajuk lu, meramal kemenangan bergaya Chelsea dgn TV Samsung berteknologi tinggi dan peti es LG mahal gila......
kalo chelsea menang ni , aku akan konsentret kat segala komen encik tipu tapi benar utk membidas beliau.
p/s : selamat berpuasa
:angeldream:
aku rasa 3-1 la lucius...aku dah sms ballack srh dia score goal macth tu..sama ada sepakan luar kotak penalty yg laju mcm peluru meriam atau score pkai kpala..xde la score pkai belakang ni..xmain...
abes tu? lu tak pikir gua? gua mcam biasa.lepak mamak la tyme tu. balik dari tarawikh gua gegas ke mamak. berpelikat dan baju arghh...gua lupa brand.tapi tulisan besar samsung. dan yang pasti kaler biru.
hidup mati chelsea.gua tau anelka tak kan dapat goal lagi punya. gua budget deco lagi sebijik la
surya lagi cepat abis dari dunhill..ko jangan weh...
jgn lupe smayang terawih..bola bola gak
berita terbaru!!
deco tak dapat turun..
mula semalam..
dia semayang terawih kat masjid besi putrajaya seminggu!!
STILL GOT DA' BLUES....
SEMOGA INSPIRASI DROGBA MERASUK KE RAZALI UDA UMAR KANDASAMY.......
HAHAH...
Catat Ulasan