ANDA SEDANG MEMBACA

17

Rafa yang aneh - In Rafa we trust?

MDM FARAH FAIZURA Jumaat, Ogos 21, 2009 ,
Pernah dengar lagu Bunga daripada penyanyi Thomas? Kalau tak pernah dengar, dengar lagu di bawah ini. Mengapa kena dengar? Aku akan jawab kat perenggan yang agak-agak last.


Ok, kembali pada tajuk. Aku sebagai penyokong Liverpool, punyai prinsip, jangan mendewa-dewakan pengurus. Kalau mereka macam agak-agak dah menyimpang dari kejuaraannya, mesti tegur. Ini demokrasi dalam Liverpool. Rakyat Malaysia pun marah kalau cakap pasal mendewa-dewakan ni. Tak kisahlah PAS ke UMNO, masing-masing sensetif kalo masuk bab tu.

Jadi atas alasan itu, aku memandang Rafa sejak akhir-akhir ini sebagai pengurus aneh yang menakutkan aku. Antara perkara aneh yang dia buat, dibelinya mamat Roma yang injury prone. Ala-ala kelab juara Mancheste rUnited beli Owen Hagreves la. Nanti Owen yang pernah main dengan Liverpool pun akan macam tu jugak, duduk kat bench je. Maklumlah injury prone kat Newcastle.

Sekarang ni, ada satu lagi kepelikan Rafa, dia dah beli mamat greek pulak. Namanya Sotirios Kyrgiakos. Main defend tengah. Giler susah nak sebut. Aku tak boleh nak bayang kalau aku duduk Greek pasal hari-hari kena jumpa orang nama macam tu.

Mamat Greek ni bekas international Greek. Dia nilah yang dulu defend Ronaldo waktu euro kat Portugal. Nangis2 Ronaldo time tu. Tapi itu dulu. Sekarang ni, mamat ni dah tua. Dah 30 dah pun. Tapi Rafa cakap, budak2 muda Liverpool kena diberikan pengalaman, bermain dengan veteran. Hah, inilah mamat yang berpengalaman tu.

Selepas dengar Rafa cakap macam tu, aku diam jelah. Yelah, kang tak pasal-pasal dia suruh aku sokong Burnley. Tapi aku tengok fizikal mamat ni, kalau di medan perang tahun 1215 Masihi, memang dia jenis yang pegang belantan berduri. Mukanya ganas dan badannya tough. Yang paling penting, rambutnya macam Voronin. Senang cerita, Liverpool sekarang dah ada dua porn star. Voronin dan Sotirios Kyrgiakos. Hmm... mungkinkah Rafa memang minat dengan lelaki yang iras-iras porn star? Pelik kan Rafa.

Tidak lupa juga, Liverpool dah ada jurulatih bawah 18, yang ada reputasi membentuk Cesc Fabregas, Gerard Pique and Lionel Messi . Namanya agak senang sikit disebut, Rodolfo Borrel. Senangkan. Harap2 dia latihlah elok2 budak akademi Liverpool ni. Jangan macam budak2 akademi FAM, yang dilatih untuk dapat ranking ratus2.

Jadi, dah dengar lagu Bunga – Thomas? Usah nak risau pasal senikatanya. Memang tak kretaif langsung orang yang buat tu. Tapi, apa perasan korang bila dengar nama Thomas? Itulah perasaan aku bila dengar pembelian Rafa yang pelik-pelik ni. Harap2, khabar angin yang cakap Rafa nak amik Rafel van davert dan Silva tu, betulllah. Lepas tu, aku akan suruh pulak korang dengar lagu, Samudera -Titian hasrat.

Nota : Sebenarnya, Sotirios Kyrgiakos aku tak kompem dia main ke tak time euro 2004. Just nak tambah perasa je. hahaha.

Nota: Ok, sebagai wakil kem Liverpool, kami mengucapkan selamat menyambut Ramadan al Mubarak. Selamat berpuasa. Bola-bola jugak, ikatan sesama Islam tu kena jaga jugak. Peace!




17 Ulasan:

LuciusMaximus berkata...

Mamat Aquilani dari Roma tu dengan mamat Greek tu player ke rupanya? Mati-mati aku ingat tukang masak baru untuk kem Liverpool

shah a.fuad berkata...

Hahaha. Mamat Greek tu mcm kaki pukul jer aku tgk, aku baru check dkt youtube :

http://www.youtube.com/watch?v=W5BP4jLYfj8

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Sebenarnya, Sotirios Kyrgiakos aku tak kompem dia main ke tak time euro 2004. Just nak tambah perasa je. hahaha

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Lagu Samudera ni jangan harap gua nak bukak...boleh sakit tau tak?

FIRZA berkata...

selera biawak la ni...beli pelik2.....wa mcm tak tkejut pun...

Tanpa Nama berkata...

aku ingat aku sorang je perasan voronin cam rupa pornstar

bloodynose berkata...

aku hairan jugak kenapa rafa jual djimi traore..??bek kiri bermain pada final 2005 dan juga pemenang trofi juara-juara sudah tentu lebih baik daripada ashly cole..

Amirul Idham berkata...

Sotirios Kyrgiakos main masa euro 2008, tapi tak main masa eurao 2004...

aku rasa Sotirios Kyrgiakos tak la teruk sgt kot... dia ada 40++ international cap... so ok kot die..
lagipun dia tu guna utk back-up je...

aku lagi pelik masa alex ferguson kata "fletcher is our new beckham.."

maoi berkata...

belilah byk mana pun.. selagi tak masuk list juara liga perdana inggeris.. bising-bising pun tak guna..

Shank berkata...

mcm mana hang tau voronin tu mcm porn star?
*kantoi di situ* - hohOhO .. (( viasa gupernya layan citer pons...))

hmm

Ahmad Belia berkata...

bro, lu nak tulis pasal liverpool biar terang dan kelas. ini dah menimbulkan gelak orang ramai...panas tul gua

Unknown berkata...

Tulis tul2 la

joey glider berkata...

liberfool..keh keh..mari spain laaa bebudak barca leh keropok

joey glider berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
Nazri berkata...

ammosham dan ak - cheer up. Korang boleh gelak2 lawak merapu PP yang berborak telefon arsene wenger tapi tak boleh gelak2 bila team sendiri dibuat spoof.

So cheer up. Maruah kalian masih ada dalam poket masing-masing.

Firol berkata...

saya nak sampaikan salam Kepada Nabil El-Zhar...
Jangan buat-buat lupe puasa...pas raya nanti baru main,kalu injured lagi pas raya haji la kot...

KEPADA SANG PENULIS.. DEFEND BARU TU NAK SEBUT MACAMANA NAMANYA? KELU LIDAH

Kap berkata...

mamat tu kalau patah gak..
jual je kaki dia dekat sindiket..
boleh cover beli player baru..
setel!!

salam ramadan..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...