ANDA SEDANG MEMBACA

28

Preview Manchester United vs Divers.

Jorji Jumaat, Ogos 28, 2009
Arsenal nampaknya tidak putus bakat pemain dalam membuat diving untuk mendapatkan penalti atau tendangan percuma. Robert Pires masih belum bertaubat melakukan aksi onar ini di kelab lain, kesinambungannya pula dilakukan oleh pemain yang nama dan mukanya langsung tak Croatian - Eduardo!
Besar kemungkinan The Professor ada melakukan latihan 'diving' ini kepada pemain serangannnya. Macam-macam cara nak menang piala!

******************************

Esok perlawanan diantara Manchester United vs Arsenal di Old Trafford berlangsung di Astrol sekitar jam 12 tengah malam.

Momentum kemenangan Arsenal nampaknya sangat kuat. Jumlah jaringan juga agak tinggi. Aku dapat merasakan, malam esok juga mereka akan bermain dengan baik. Mungkin lebih baik dari Manchester United. Mereka memang terkenal dengan permainan baik dan cantik. Tapi mungkin cuma baik dan cantik sahajalah.. sorakan dari Stretford End mampu mengkucar kacirkan Lionel Messi, inikan pula Abu Dhabi! Mamat Abu Dhabi ini belum kene siku Vidic lagi. Esok dia tau la tu.

Rekod musim lepas memihak ke Manchester United dengan jumlah jaringan dan permainan yang cantik. Peminat Arsenal MUNGKIN masih ingat perlawanan timbal balik separuh akhir Champions League yang berlangsung bulan April lepas dimana kedua-dua perlawanan itu berjaya memalukan Arsene Wenger. Apakah mereka sanggup melihat aksi serupa malam esok?

Manchester United juga kembali mendapat momentum mereka dengan kemenangan ke atas Wigan minggu lepas. Walaubagaimanapun, mereka masih belum mempamerkan keupayaan sebenar sebagai pasukan Manchester United yang terulung. Kemenangan dengan permainan bergaya keatas Arsenal malam esok baru boleh dikatakan yang 'setan merah telah kembali!'
Gandingan Rooney-Berba bersama Scholes di tengah begitu berbisa. Bagai duri dalam daging kata Zainal Abidin Rawop.

Ramalan aku Manchester United 2 - 0 Arsenal dan selepas perlawanan itu, Arsenal terus terlungkup dan merudum macam biasa.

*******************************

Adakah Arjen Robben akan bermain dalam pasukan Man United? Aku fikir dia sesuai dengan kelajuannya. Tapi dia selalu tamak. Suka mendribble seorang diri dan melakukan percubaan, walau jelas jika beliau melakukan passing, akan menghasilkan gol. Maka dia tak sesuai bermain dengan Rooney. Aku bayangkan jika Arjen Robben bermain bersama Rooney dan asyik tamak walau Rooney dah mintak bola, kemungkinan beliau akan dimaki Rooney adalah tinggi.

Aku lebih suka jika Luca Modric yang main bersama United.

Akhir sekali, Majulah United untuk semua dan Eduardo nak kene patahkan kaki lagi sekali tu!

28 Ulasan:

zul berkata...

abis la kene player arsenal lempang ngan vidic nanti esok... huhuhu

Tanpa Nama berkata...

xde modal lain ke..diver je cte nye.
kalau player england yg diver..x pulak media heboh2 kan. ingat lagi Rooney diver time Arsenal unbeaten run 49 games... diam je sume, pengecut lah tu. ni contoh paling jelas :

http:www.youtube.com/watch?v=uVbMtN3I

tengok kat youtube ni dulu baru komen.

Tanpa Nama berkata...

ha ha ha ckp kat org x tgk ke lain dah kahkah,cristiano ronaldo tu nk panggil apa bai kahkah..mentang2 x main dgn MU dah terus lupa kahkah..parang jgn lupa bawak pg kedai mamak nanti kahkah

orang biasa berkata...

jangan lupa, ronaldo...peh, memang terer berlakon, Yusop Haslam siap offer dalam filem Sembilu, ganti awie.

Owen berkata...

striker mu yg masih tumpul tuh payah sikit nak tembus vermalean ngan gallas yang agak tough tu..

prediksen: 0-2 to arsenal.. eboue ngan fabregas.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Hehehe...bagai duri dalam daging kepala lemang lu...

giafranco zola berkata...

semoga MU & arsenal saling bunuh membunuh, senang sket keje chelsea nnt.

Tanpa Nama berkata...

korang bc x paper metro smalam...
ada la mamat liberFool tumbuk org time game kalah ngan aston villa.
asalnya penggera keta mamat tu berbunyi... bikin panas kot, terus tibai mamat tu

asbestos kulukux berkata...

perang psikologi...bru wat skali dah kecoh berba wat spuluh kali xdpt penalti senyap sahaje?

DD berkata...

prediction berat sebelah 2-0...1-1 cukup untuk beri ruang untuk spurs lebih unggul, glory spurs~

LuciusMaximus berkata...

Penting untuk anak remaja masa kini tetapkan pendirian mereka. Kalau mahu aktif sukan bolasepak sila berikan fokus 100%, jangan tiba-tiba nak masuk sukan terjun pula. Itu pasal ada kes di tengah padang main bola tiba-tiba perasan tengah bertanding dalam acara terjun papan anjal. Tu yang datang sommersault ke jadah semua tu.

Cob Nobbler berkata...

beb,lu kena tengok defend lu dulu.
rio,vidic,brown - key player semua injured.

lawan burnley boleh bolos,jangan overconfident.

p/s:aku bukan fan epl.epl boring.definitely barcelona is better and stretford end mengucar-kacirkan messi?

macam mana benjani dari man city boleh kucar kacirkan stretford end pulak dua tahun lepas?

Tanpa Nama berkata...

aku tengok replay penalti tu, lawak gila. nampak sangat eduardo terjun tiruk, dramatik habis. tak pandai cover langsung. takpe, banyakkan latihan lagi ya.

oh ya eduardo, besok nak main kat OT make sure pakai shin guard sekurang - kurangya 5 lapis. bukan apa, keting ko tu tak cukup kalsium aku takut patah lagi je. hehe

ymn berkata...

wei .. bookie dan wat prediction almost semua bookie sama prediction draw .. diulangi draw ..

bet 3.20 ,3.3 ,3.1 .3.5

lagipun awal season .. thrill kureng sikit ..

tomolo nite games boring .. buang masa tgk .. result dah tau draw .. bermain berhati hati(meminjam kata kata datuk Hj Hasbullah awang)..lepas tgk liverpool beat bolton .. balik tido ..
x yah jadi bengong berjaga sampai kul satu .. baik gi tadarus ..wat qiamulail ker ..
hahahahahaha ... sbb tu game awal pagi x menarik prhatian persatuan Bookie Bookie ..

klu ada yg tgk pn aku rase ..
kutu2 kuala lipis tgk bola smbil minum mineral water+roti perisa strawberry - kombinasi mandom

Tanpa Nama berkata...

Bagaikan kotoran jelas kelihatan di kain orang, sedangkan kotoran di baju sendiri buat-buat tak nampak. semua team sama ja.. ada buat salah dan silap.. dan niat untuk mematahkan kaki orang adalah perang saikologi yang tak berapa nak baek di bulan ramadhan ini, alangkah baeknya patahkan kaki kambeng makan ramai time buka posa dan bersahur..

Tanpa Nama berkata...

mu 3 arsenal 1 prediction aku.arsenal main mmg bagus.tp konsistensi aku nmpk lg ke arah man united.

Jorji berkata...

hehe.hati tisu.

Tanpa Nama berkata...

tanpa nama yg ckp Eduardo x pndai cover langsung tu.. pigi dah.
dia dive tu bukan nk kelirukan ko, tp nk kelirukan refree.. berjayalah trick dia. dh ulang2 byk kali kat tv, org buta pun bole tau dia dive.. hahahaha

aku tanpa nama No.1

Azlan Zed berkata...

man utd bagi arsengal suku bola...

man utd 1 - 0 arsengal

jgn marah ha...

:)

Azhan berkata...

bulan-bulan puasa ni aku dengar lagu Dio, 'holy diver'. aku rasa itu lagu dedicate kat mat-mat diver sekalian.

tsubasa berkata...

eduardo tu dive sbb nk jaga kaki dia daa.. dia trauma kaki dia injured..

crazy_labelle berkata...

wa predict seri... wuhuhu...

FIRZA berkata...

terjun ke, setan ke, wa kate kedua2 team tak kuat ni seri.....

bdk arsenal berkata...

man united mcm good jerk kan..
pegi la mam...papepon kite tggu esok je la..
baru blh cite..
kita tgok sape ayam masak kari yg sebenarnye..
huhuhuhuhuu..

Tanpa Nama berkata...

fans2 manyu aku rse die org mmg bole proud..die org deserves..dh team die org champions..hatrick 3 season..ssh tu aku rse nk maintain...this is about a good team,consistant dan fact.bukan omong2 kosong.

aku ? fans mu yg sntiasa terbuka.

hanuman berkata...

esok diorang ni bukan main bola,diorang perang diving...rooney akan kna kad perlawanan tu,vidic?hmm vidic ni boleh siku orang kot..aku rasa 2 diving dari arsenal 1 diving dari man u...eekeke

atok berkata...

2 2 x best bagy ak.
sebab man u da ade rmai winger.
gabriel obertan juga akan muncul,nantykan.

Tanpa Nama berkata...

biasa la divers...salah satu skill..
bkn semua pndai bt..
org power ja
so jgn la jeles...jnji mng..skor pakai bontot pn kalau gol gol gak la..apa da hall..haha

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...