ANDA SEDANG MEMBACA

28

Rebiu Chelsea Lawan Burnley - Minit Ke Minit

Lucius Maximus Ahad, Ogos 30, 2009
Abang Pipi memang hampeh, ada ke patut dia beli tiket Chelsea lawan Burnley musim 1979/80 punya untuk aku?

Ah, pagi Ahad. Sepatutnya bergelumang di atas katil bersama yang tersayang. Tapi aku di Starbucks ditemani Caramel Macchiato.

Komitmen pada Sokernet: Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia.

Minggu lepas tilikan aku ialah Chelsea menang 3-0. Aku rasa… (sekejap, telefon berbunyi)
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
Okay, John Dykes dari ESPN yang telefon aku tadi. Dia tanya aku free atau tidak minggu depan, nak jemput jadi panel jemputan Football Focus. Aku jawab sibuk solat terawih.

Kita kembali ke program biasa. Rebiu Chelsea lawan Burnley, minit ke minit.

1 Aku dalam kereta. Baru balik dari majlis berbuka puasa, Mee Celup Siam, Nasi Kerabu dengan Ayam Percik, Lompat Tikam, Pasembor dan Bubur Cha-Cha. Bergegas untuk sama ada pulang ke rumah atau singgah di mana-mana kedai makan yang ada Astro.

35 Cikgu dari Pagalungan yang baru keluar hutan dan katanya ada crush dengan ‘fat Spanish waiter’ teks aku, “Telur ayam lagi bang?”

45+2 GOL! Drogba dengan larian cantik di sayap kiri. Hantaran lintang kepada Anelka di hujung pintu gol. Mungkin ada kulit pisang di tengah padang, Anelka tergelincir dan bola masuk ke dalam gawang. Siapa cakap Drogba dan Anelka tidak sehati sejiwa? Mee Celup Siam memang sedap. Tengok bola di Api-Api Centre memang agak menyukarkan. Sumandak Dusun di sayap kanan, baju baby-T ketat warna kuning kusam digayakan dengan hot pants putih.

Tamat separuh masa pertama. Hujan turun mencurah-curah di Kota Kinabalu, Bandaraya Ujana Rimba Tropika. Kejadahnya menatang ujana ni?

46 Burnley dengan sepak mula. Owen Coyle dengan Plan B, membawa masuk bas Burnley dan memarkirnya di depan pintu gol. Ancelotti dengan penuh gaya bersahaja duduk di atas tong Coleman yang penuh dengan Lucozade. Selamat jalan Mourinho!

47 GOL! Anelka dengan lorongan hantaran ke belakang, kepada Lampard yang dengan kesinambungan penuh harmoni memberi hantaran lintang kepada Ballack, disambut dengan penuh rasa syukur melalui tandukan yang penuh rendah diri ke dalam gawang Burnley. Budu dalam Nasi Kerabu tadi memang kick. Dua orang Sumandak Kadazan di seberang jalan sana, menunggu hujan teduh, rambut hitam lurus paras pinggang, skirt pendek dan kasut tumit tinggi 3 inci.

50 Cola dijatuhkan. Drogba mengambil giliran untuk melakukan tendangan percuma. Syukur tiada perebutan mengambil tendangan sekali ini. Dari jarak 30 batu tendangan Drogba melepasi palang 3 inci tinggi. Sumandak Kadazan dengan kasut tumit tinggi 3 inci tadi masih menunggu hujan teduh. Aku seluk poket dan memegang kunci kereta. Hati berbelah bagi, bolasepak atau menumpangkan Sumandak pulang ke rumah?

52 GOL! Lawan Burnley atau lawan Felda United? Macam ini susahlah. Mana mahu tengok gol lagi, tengok Sumandak lagi? Satu-dua dengan Lampard, Cole meledak gawang Burnley dengan salah satu gol terbaik musim ini. Memang Cashley! Lompat Tikam tadi memang sedap. Terasa macam mahu melompat dan ‘menikam’ Sumandak Cina, meja sebelah, hot pants hitam dan tube-top kelabu.

59 Burnley betul-betul disekolahkan oleh Chelsea. Yang membuatkan aku tertanya, adakah ini bermakna Manchester United dan Everton sebenarnya ditadikakan oleh Burnley tempoh hari?

63 Ini lebih baik dari Fulham di Craven Cottage minggu lepas. Aku merenung penuh takjub ke skrin TV. Seakan-akan ternampak roh Ruud Gullit berjalan di padang Stamford Bridge. Bolasepak seksi sudah kembali? Mungkinkah?

66 Belletti masuk menggantikan Bosingwa. Sumandak Lotud turun dari rumah sewanya di atas Api-Api Centre. Baju bertali spaghetti dengan seluar jeans ketat yang low-cut. Tali G-string berwarna merah jambu, macam jambu air.

71 Ancelotti memberikan ulasan perlawanan walapun perlawanan masih berbaki 19 minit lagi. “Kami bermain dengan baik di separuh masa pertama. Kami amat bertuah untuk menjaringkan gol di penghujung separuh masa pertama. Kemudian semuanya menjadi lebih mudah. Saya sungguh berbangga melatih pasukan ini kerana mereka pemain yang berkualiti. Saya juga ingin mengucapkan selamat hari raya kepada Lucius Maximus. Harap tidak terlalu awal.”

78 Drogba keluar dan digantikan oleh Kalou. Jensen, penjaga gol Burnley selayaknya mendapat tabik hormat. Jika tidak perlawanan ini mungkin sudah menjadi 6-0.

84 Ballack keluar dan diambil alih oleh Mikel. Tepukan berdiri untuk Ballack oleh Ancelotti dan seluruh Stamford Bridge. Perlawanan ini secara zahirnya telah pun berakhir. “Kalau ada sumur di padang, boleh saya menumpang mandi, oleh kerana saya bukan lagi di padang, saya nak masuk dalam mandi”, ulas Ballack.

87 Chelsea masih berkira-kira untuk menambah jaringan. Aku berkira-kira jika tilikan aku 3-0 kekal tepat hingga tamat perlawanan. Sumandak Rungus melintas di depan meja. 34-24-34. Nombor kerusi di belakang pintu gol Chelsea. Seksyen 34, baris 24, kerusi nombor 34.

90 Terry dan Carvalho mengesahkan mereka tidak memerlukan mandian selepas perlawanan kerana menghabiskan 90 minit bersiar-siar sekitar padang Stamford Bridge.

90+3 Tamat perlawanan dan Chelsea menang 3-0. Seperti yang ditilik, cuma senarai penjaring sahaja yang lari. Roman Abramovich tersenyum dan melambai ke arah aku, kot?

Sementara itu, Liverpool menang bergaya ke atas Bolton Wanderers yang bermain 10 orang. Manchester United menjaringkan satu gol penalti dan dijaringkan satu gol sendiri oleh Arsenal. Arsenal pula mengesahkan teori aku selama ini, mereka remaja yang cukup bertenaga bila menentang pasukan bawahan, tapi menangis macam bayi bila berjumpa anggota Big Four yang lain.

Selamat Hari Merdeka!

28 Ulasan:

FIRZA berkata...

ah.....gua dah cakap lu layak keje ESPN......wa rasa Paula Malai Ali mesti terinzal tengok tilikan dan review lu ni......

paraxixth berkata...

dulu man u ditadikan oleh burnley kat tadika mana beb?

FdausAmad berkata...

alah kita kasi chance..dulu pp autoriti macam ni jugak.
Tunggu Manu bagi 'sekolah agama' sama Chelsea..
habis game, sambung cerita..

paraxixth berkata...

ala..dulu budget man u ade cr7 tu je. tapi tu dulu sekarang tengok sape plak kene pegi sekolah agama setiap petang.. silap2 alex tu kene parkinson

mizu_sama berkata...

rebiu man u chelsea nnt2 la...kita cite yg up to date jek...07/11/09 nnt cite :p

lucy,ko mmg hebat...lawan stoke,brape stok gol nk predict?defend diorg tere dan britianna stadium kebal dan abg delap beguru dengan player perlis cara lontoran.agak2 winning streak beterusan x?hopefully....

HeLLToRReS berkata...

hahaha..entry yang baik...tak sabar nak tgk apa jawapan dari pipi...

Tanpa Nama berkata...

a "hot entry"?

nice..

FdausAmad berkata...

Gua harap ada sapa sapa buat 2nd version with new lyric untuk lagu ni:

http://www.youtube.com/watch?v=64y06ubvROo

alan zed berkata...

kalau chelsea leh menang ngan burnley, aper masalah man utd sebenarnya?

misteri...

dalamdalam berkata...

Aku suka reviu ko pasal sumandak seksi..uhuk uhuk..pasal game Chelsea-Burnley nih..Congratz Chelsea,MU..ye liverpool pun boleh la..Arsenal?Salam Ramadhan.

gianfranco zola berkata...

alan zed... itu nama nya man senang kena beli ngan bookie.. hahahaha... takde misterinya

Blogger Ini Tidak Mahu Dikenali berkata...

aku tak kisah Arsenal kalah, man u menang, yang pasti Chelsea tak kalah lagi!

Lagi best sebab Ballack kasi tanduk!

angeldream berkata...

fuh. mcm baca novel kerusi. terharu . sob sob.

:angeldream:

FIRZA berkata...

ManUre?.....mne same taraf dgn Chelsea Chelsea?....pe klas.....Burnley cube nak sekolahkan Chelsea Chelsea....tapi xtau ke diorang Chelsea ni taraf2 pengetua sekolah agama......Burnley UPSR pun blum ambik lagi bulan 9 ni......ManUre nak sekolahkan?...lagi la xbleh....sah2 ManUre taraf lagi rendah dari Burnley.....aiseh....mane bleh......

hanuman berkata...

au dah dpt bau piala barclays musim ni milik kita...tak caya?tgk formula aku ni
chelsea 3-burnley 0
burnley 1- man u 0
man u 2 (smuanya nasib)-divers 1
so?

so klu ikut persamaan kimia,

ch[3bn][6mu][12ar]

chelsea boleh menang 6-0 dgn man u,
chelsea boleh mnang 12-0 dgn divers...

liverpool?tak de dlm rekod sbb team ni unsur tak seimbang

gianfranco zola berkata...

Chelsea memang di takdirkan muncul juara 3 cup musim ni... kehkehkehkhek...

Man U 2 Arsenal 1 berkata...

ish! gampang gile video ni.

boleh naik meremang bulu roma kalo lu org tgk!

Man U 2 Arsenal 1 berkata...

http://www.youtube.com/watch?v=RUCn4w-S2KM&feature=related

paraxixth berkata...

wah....giler pandai budak2 kem chelsea.siap ade buat formula kimia keseimbangan atom.. mungkin teori tu betul. mmg layak jadi pengetua-pengetua sekolah agama. biar budak man u dengan arsenal serta liverfool belajar lagi hasil tambah dan hasil tolak.hahahha

gianfranco zola berkata...

mungkin brader PP sedang bersembunyi dalam ni...

http://img402.imageshack.us/img402/8798/82045628.jpg

waiem berkata...

ooo brader PP kerat rambut...

-azura- berkata...

Clean and clear la... baguss!
Tp bab arsenal tu, kelakar lak rasanya!hehehe

ikarus berkata...

bendtner nak pakai jersi number 104 season depan

xWadi berkata...

Tunggu jemputan ChelseaTV beb..superb..ya, football seksi dulu mcm dah kembali..fluidity tahap tinggi..aku rasa burnley will finish mid table season ni..bole tahan juga..cuma dah takde guts nak melawan dah..midfield did hell of a job..

Lucius Maximus berkata...

Malam Jumaat ini confirm aku keluar TV beb, Forum Perdana Ehwal Islam. Jangan lupa tengok TV ye!

Alke berkata...

"Arsenal pula mengesahkan teori aku selama ini, mereka remaja yang cukup bertenaga bila menentang pasukan bawahan, tapi menangis macam bayi bila berjumpa anggota Big Four yang lain."

ayat lucius nie memang aku kenang sampai ujung season....kekekekeke. Team arsenal nie memang cam bebudak....bila kalah, salahkan orang lain.

medihebat berkata...

sejak minit ke 50...aku dah malas nak baca review...aku tau pasukan ini sangat hebat...jadi aku lebih berminat pada sumandak...

Ballack dah start score ni payah sket...lepas ni dia akan selalu score...

Tanpa Nama berkata...

haha....man uuu...apa barang...
tak finghter lnsg...
teluq kecik....

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...