ANDA SEDANG MEMBACA

13

REVIU: WIGAN VS MANCHESTER UNITED 22/08/09

Nazri Ahad, Ogos 23, 2009
Memandangkan Manchester United menang, besar, rata-rata pembenci Man U tak berapa ambil peduli untuk menunggu ulasan game ini. Sakit hati ye tak? Tak mengapa, luahkan kebencian anda di ruangan komen. Dipersilakan.

1. Wigan tersilap kira, perlawanan bolasepak ada dua half. (nama pun half)

2. Gol nasib? Kalau sampai 4 (tak kira gol Owen), maka saya sungguh bersyukur menyokong pasukan yang diminati oleh Dewa Nasib Baik.

3. Owen buat gol nostalgik. Gol paling cantik untuk 5 gol perlawanan tadi. Sedikit terkilan, cantik entri wikipedia kalau debut goal dia datang dalam game minggu depan (siapa agaknya gerangan lawan Manchester minggu depan ye?) - (Ex Liverpool)

4. Begitulah adatnya, bermain cantik kalah, bermain macam kuda kepang menang besar pula.

5. 4 gol Manchester sedikit sebanyak datang dari kesudian Kirkland berdiri tegak menyanyikan lagu kebangsaan. - (Ex Liverpool)

6. Ronaldo, walau macam mana poyopun, agak terasa kehilangannya. Pada hemat saya Man U kehilangan flair dalam serangannya.

7. Wes Brown tak main? Kecewanya saya.

8. Membezakan antara the big four dengan pasukan lain adalah counter-attack. Kalaulah Arsenal lawan malam tadi, nescaya bolos juga tiga, empat biji. Wigan dapat banyak peluang (terutama first half) tetapi sia-sia dengan gerakan serangan yang lembab.

9. 5-0 tidak mencerminkan kekuatan Manchester United untuk mengekalkan gelaran Perdana.

10. 35 game lagi. Mari kita lihat siapa yang kena.

TAMAT REVIU

13 Ulasan:

FdausAmad berkata...

Hero macam tu lah..
Kalau ada pasukan lain (kalau ada lah..) nak merasa angkat cup,pegi masuk liga Timbaktu lah..mungkin ada harapan..

FIRZA berkata...

tak menarik la...lwn wigan.....pe klas......

hanuman berkata...

aku tak minat nk komen..no coment..

meor-name-depan-ku berkata...

MENANG........ sememang layak untuk dirai...

KALAH...........seharusnya berdiam diri...

itulah yang aku amalkan.....

zan berkata...

Ok2..tahniah menang besar.
Tapi jangan seronok sangat ye. Wigan yang main macam taik 2nd half tu..hahaha

p/s: Rasanya tuah Wigan dah pindah kat Burnley la plak. Menang lagi ngan Everton..hmmmm

LuciusMaximus berkata...

Aku suka gol Owen, typically Owen.

Pada hemat aku, waktu rehat digunakan sebaik mungkin oleh Sir Alex untuk membasuh bebudak Man U. Itu sebab, mungkin ya, separuh masa kedua Man U turun dengan lebih kesungguhan untuk menang.

gagap berkata...

MENANG........ sememang layak untuk dirai...

KALAH...........seharusnya berdiam diri...

itulah yang aku amalkan.....

gua tampal je..sbb gua pon macam tuh.hehe.

Jorji berkata...

ramalan jaringan aku silap..tapi Rooney memang mengganas!

style basuhan Pak Alex masa break buat ramai superstar tak mahu main dgn United.mereka terlalu ego utk dibasuh agaknya.

moqh berkata...

baru nak panas ni

Kap berkata...

kalau amri main sekali, mahu sepuluh-kosong..

Tanpa Nama berkata...

gua rasa angkul alex dah gertak nak potong gaji baru nak score...

atok berkata...

krikland smlam patriotik la siot.
btol ckap ko.
aku pon pk cmtu gak.
eheh

Tanpa Nama berkata...

aku x suke MU... I HATE MU... aku suke arsenal... klo amri msuk arsenal kan best... blehlah klahkan mu n chelsea 10 _ 0 ... hehehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...