ANDA SEDANG MEMBACA

87

Arsenal Tepuk Air Dalam Dulang Terpercik Muka Sendiri

LuciusMaximus Selasa, September 15, 2009
Sama macam kerusi duduk kat rumah nenek aku

Tak banyak beza antara Drogba dan Adebayor, Kedua-duanya pemain bolasepak dari Afrika, berkulit hitam, dianggap dewa di negara asal mereka (Ivory Coast dan Togo) dan berperangai Afrika.

Siapa yang tidak tahu istilah perangai Afrika memang sah belum pernah berjumpa dengan sekumpulan pelabur dari Sierra Leone yang naik Mercedes 190E sewa, pakai jam Rolex dari Petaling Street dengan kasut kulit bukan buaya sebenar warna putih, datang ke pejabat bercerita tentang mahu buat kilang baja.

Cerita lain.

Berbalik pada Drogba dan Adebayor, apa yang berbeza ialah layanan kelab dan peminat masing-masing. Drogba walaupun banyak memberikan sakit kepala pada Chelsea dengan perangai Afrikanya masih tetap cuba diasuh dan dibentuk untuk menjadi pemain yang kurang bermasalah. Adebayor pula akhirnya menjadi anak tiri Arsenal dan kemudiannya dijual kepada Manchester City.

Nak kata Adebayor belot? Kata Kolou Toure, “Adebayor pergi untuk membawa duit kepada Arsenal.”

Duit sebanyak £25 juta, untuk sebuah kelab yang enggan berbelanja besar tapi tertekan oleh peminat penuh emosi yang dahagakan piala.

Apa sumbangan Adebayor selama hidupnya di Arsenal? 62 gol dari 143 perlawanan. Sampai peminat Arsenal sendiri pernah menyanyikan “Adebayor, Adebayor, give him the ball and he will score”.

Tapi habis madu sepah dibuang. Adebayor blah kerana tidak lagi sebulu dengan Wenger dan Arsenal. Sampaikan sebelum bermula perlawanan Manchester City dan Arsenal tempoh hari, beberapa pemain Arsenal enggan bersalam dengan Adebayor di dalam terowong.

Bukan aku yang cakap, tapi Toure yang cakap.

Dasar kelab budak emo.

Kita yang duduk tepi padang atau depan TV memang mudah bercakap Adebayor tak patut meraikan gol sedemikian rupa, memprovokasi para penyokong Arsenal. Tapi perasaan hati tuan punya badan siapa yang tahu?

Agak-agak, Eric Cantona suka-suka bagi tendangan kung fu pada peminat Crystal Palace tahun 1995 dulu?

Ramai nak salahkan Adebayor kerana jadi punca penyokong Arsenal merusuh. Tapi jangan lupa kekadang penyokong yang suka provokasi pemain. Bukankah penyokong Arsenal sendiri yang bersiul sebaik perlawanan bermula untuk memprovokasi Adebayor?

Bila Adebayor buat knee slide, penyokong Arsenal merusuh. Nak salahkan Adebayor atau nak salahkan penyokong yang emosi macam budak-budak?

Apa? Pemain bolasepak macam Adebayor sepatutnya professional? Mesti kawal perasaan?

Habis tu para penyokong Arsenal tidak perlu kawal perasaan? Tidak perlu emo?

Atau mahu dikawal macam haiwan dalam kurungan, bak kata legenda Chelsea, Tony Cascarino?

Sekurang-kurangnya Adebayor sudah minta maaf dan para penyokong Arsenal yang emo sepatutnya memaafkan, seperti kata lagenda Manchester United, Roy Keane.

Atau kalau para penyokong Arsenal sekalian (khusus yang di Sokernet ini) masih lagi mahu emosional macam budak-budak, mungkin boleh renungkan gambar di bawah ini.


Despite the endeavours of the goal, the Frenchman still had enough left in the tank to celebrate with an almost pitch-length sprint and knee slide.

Heheh, rupa-rupanya apa yang Adebayor buat hasil dari inspirasi oleh apa yang Henry buat pada penyokong Spurs dulu.

Cuma bezanya, penyokong Spurs mungkin tidak berperangai macam budak-budak Arsenal yang cepat emo.
Macam aku selalu cakap, team budak-budak…

87 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Lucy ni memang bikin panas

macdontknow berkata...

2nd

Tanpa Nama berkata...

Henry bkn dari Spurs...tu yg cool skit fan2 spurs..

apa2 pun, 2-2 salah...dah2 pegi basuh kasut sekolah sumer...nk kena lempang ke?..hahaha
*hantukaki*

Tanpa Nama berkata...

"Ramai nak salahkan Adebayor kerana jadi punca penyokong Arsenal merusuh. Tapi jangan lupa kekadang penyokong yang suka provokasi pemain. Bukankah penyokong Arsenal sendiri yang bersiul sebaik perlawanan bermula untuk memprovokasi Adebayor?"

La, baru kena siul dah emo?!
Baru main bola kat Eropah ke?

Tu belum dipanggil 'BERUK' lagi....

Tanpa Nama berkata...

biasalah org tua Chelski memeng bikin panas, lpas ni dh x boleh beli pemain dah.
dalam bola sepak kita perlukan ROYALTI dari pemain, kalau dh awal lg Adebayor nk join Milan la, Barca la, mana letaknya Royalti pada kelab, siap ckp duit yg dia dapat nk buat perbelanjaan time bersara nanti.. bla2.

sama la mcm Chelsea tapping up ashley cole, satu lagi chelsea curi Obi Mikel dr Man U, siap kena bayar 12 mil lg kat Man U, kau tau x cerita ni Lucy???

Sapa x benci kalau pemain turn their club aside, yg bayar gaji dia kelab, duit dari tiket, merchandise yg peminat beli.

lg pun utk pengetahuan Lucy, Adebayor penah buat hal dah ngan Monaco sblm datang ke Arsenal, dgn team Kebangsaan Togo usah cakap la, byk2 sgt la.

tp buat fan Arsenal, x usah la nk risau pasal result ni, kita kalah away games, ngan team yg kuat (man u n man cty), nanti hangpa datang Emirates kita ajaq la.

chelsea bole la menang awal2 coz lawan team2 ayam awal2 ni. kita tengok la nanti.

Mengikut kata Scudamore (Perdana menteri premier league), perbuatan adebayor ni memberikan impak maksima negatif kepada premier league, tarnish the premier League status. Tu terpulang la pada diorg nk buat apa, kitaorg dan aiman X kisah... ada aiman kisah bila UEFA tarik balik ban keatas eduardo???

Nana berkata...

tanpa nama, perkataan yang ko nak guna sepatutnya "LOYALTY" (kesetiaan), bukannya ROYALTI (duit dibayar kepada empunya barang yang diniagakan oleh pihak lain). siap tulis huruf besar tu...haha dah pi balik umah baca kamus.

jangan marah noo, hang budak baru belajaq, dah salah aku tolong betuikan...

Tanpa Nama berkata...

kah..kah...kah...
emo tak tentu pasal...
ngalah kan budak2 emo times square saje!

Dewajiwa berkata...

hahaha. nicely done.
bravo. padan muka.

bila nak buat undian "Perlukah Dilumpuhkan (disable) Komen Dari Tanpa Nama" nih? aku dah siap nak undi nih.

Tanpa Nama berkata...

mana ROYALTI minyak KELATE. NAJIB, LU BAYAR LA CPT2, MINYAK DAH NAIK. RAKYAT DIBODOHKAN, KAN KAN KAN....

PORAH

Saya sayang Pascal Cygan berkata...

Betul jugak kata Tanpa Nama 1 tu. Henry bukan dari Arsenal.

Dan kes henry dan Arsenal itu adalah 2 kes berbeza...

Dalam kes Adebayor, dia sebenarnya ada krisis dengan Wenger dan Pengurusan Arsenal tentang bayaran. Dan sifatnya yang ego dan mata duitan (mencari elaun yang keterlaluan) yang menyebabkan dia mula dikritik dan tidak disukai.

Ingat kes dia flirt dengan AC Milan? Itu permulaan ketidakpuasan hati peminat yang dahulunya menyanjung dia sebagai hero. Walaupun elaunnya dinaikkan sampai 80,000 Pound Sterling seminggu, dia tetap mau cuba nasib di Milan.

Tapi aku tak heran la dengan Adebayor tu. Sebabnya pasukan TOGO dulu pun kucar kacir sebab dia minta bahagian player sampai berjuta dolar hasil dari wang yang diterima Togo kerana lepas masuk Fifa World Cup. Dan yang paling teruk, dia menjadi ketua penghasut kepada pemain TOGO yang meminta bayaran berjuta itu. Lihat apa hasilnya Togo dalam kelayakan Piala Dunia untuk tahun ini? Mengecewakan, kerana ada pemain yang tamak, yang mementingkan kepentingan diri terlalu berlebihan dan tidak mempunyai sifat kesetiaan kepada negara. Pernah dia fikirkan impaknya kepada Bolasepak Togo.

Bagi peminat Arsenal, melepaskan Adebayor adalah satu langkah yang Terbaik. Tiada guna meyimpan kuasa yang membinasakan di dalam sebuah kelab.

Jadi, emosi peminat Arsenal, hanya peminat Arsenal sahaja, dan beberapa peminat bolasepak sejati yang berprinsip sahaja yang akan faham kes situasi ini.

Bagi peminat kelab lain yang memang tidak faham situasi sebenar, malah yang otak TING TONG yang melalak sahaja tanpa tahu beri input beharga, sudah dijangka yang apa yang mereka boleh katakan ialah "peminat Arsenal emo sissy!".

Dan melihat encik Lucius membandingkan Henry dan Adebayour itu agak keterlaluan.

Saya yakin, pemain hebat dan berprinsip seperti Henry masih boleh menerima tepukan gemuruh di Emirates sekiranya dia datang sebagai pasukan lawan, begitu juga Ronaldinho sekiranya dia ke Nou Camp, dan begitu juga Kaka sekiranya dia ke Milan sebagai pasukan lawan.

Tapi, saya yakin, bagi peminat dari kelab yang berperangai macam lanun dan hanya tahu rampas pemain dari pasukan lain, mereka-mereka ini tidak akan faham situasi ini kerana saya yakin mereka masih kabur akan maksud sebenar KESETIAAN.

Gua sayang Pascal Cygan berkata...

Penbetulan : HENRY BUKAN DARI SPURS.

Harap Maklum.

Gua sayang Pascal Cygan berkata...

Penbetulan kedua :
Dan kes "henry dan Arsenal" itu adalah 2 kes berbeza.

Sepatutnya
Dan kes HENRY DAN ADEBAYOR itu adalah 2 kes berbeza.

medihebat berkata...

"laa...baru bersiul pon dah emo...macam baru main kat England", kata seorang hooligan arsenal yg ganas...

"aelaa...gua score...gua seronok...gua lari...gua letih...gua slide, lu nak emo...? macam baru jadi rakyat England", jawab Adebayor dalam hati...kalau tak nanti kena belasah dgn hooligan...

Gua sayang Pascal Cygan berkata...

nana, blog hang tak update ke?

gianfranco zola berkata...

pada aweks yg ada balak penyokong tegar arsenal.. kalau balak lu buat hal.. lu buat slide jek depan balak lu... bagi naik emo dia

kehkehkhe

sepakmula berkata...

emo&provokasi lain beb..
yg ak nmpk si adebayor provok..
so die la yg salah leh wat hura hara satu stadium..
xkan la kene siul pn nk kire, cm tu berba ngan carrick kene bOoo mase lwan cap ayam pn same le..
xde emo@provoke pn..harhar

fiza berkata...

budak2 tak cukup umur arsenal ni. emo memanjang. penyokong lagi la emo banyak makan kunyit.

Tanpa Nama berkata...

kasihan fan arsenal.

miele berkata...

Yang pasti kalau Neville setakat tepuk lencana di dada depan the Kop kena ban 3 game, Adebayor patut kena lagi ekstrim la. Tu belum campur cubaan memijak dengan stud pada tangan Fabregas / mata Van Persie lagi tuh.

Walaupun aku xkena mengena (United 4eva) tapi di sini aku rasa peminat Arsenal betul dan lucius salah. Mana-mana penyokong pun akan terbakar dengan aksi melampau si Emanuel.

Tanpa Nama berkata...

Lucius lu pk la dulu sblm throw...lu yg emo sbnrnye...hahahaha

Tanpa Nama berkata...

lu pernah main FM bukan? apa jadi kalau lu declare interest kat team lain? board dengan fan hilang kepercayaan kat lu. sama la dengan kes ni. tambah pulak ade pi celebrate depan fan Arsenal(sanggup berlari 1 padang semata dan sebelum tu sepak muka van persie). roy keane memang defend adebayor sebab dia jaki gila dengan Arsenal. lu pun sama emo jugak macam budak-budak, karim tu cuit sikit jer, sekali 1 posting panjang lebar lu hentam siap sejarah asal-usul. lu bekas kartunis bawang kat majalah ujang ke lucius?

chill.

FIRZA berkata...

ah lucius bikin panas.....hakhakhakhakhak...bravo2......

Tanpa Nama berkata...

DArus likes this.

Memang true arr Lucy, u really enjoy stimulating discourse.

LuciusMaximus berkata...

Entahnya Lucy ni, cakap budak Arsenal emo tapi dia yang tulis artikel ni lagi emo.

Jap, Lucy ni siapa? Lucy in the Loo ke?

Tanpa Nama berkata...

wakakakaka~

Tanpa Nama berkata...

"The visiting fans should not have pelted their former player with missiles, and those who charged down the terrace steps to confront Adebayor were idiotic."
- The Telegraph

"Fans lose their right to be offended when they go on the offensive. If they cannot take it — these miserable products of a sick society who consider a player’s family fair game for the vilest insults and yet, because of their numbers, are allowed to continue to serve as football’s audience — they should not give it."
- The Times

hahaha! arsenal fan miserable products of a sick society!

Tanpa Nama berkata...

Arsenal fans memang emo, suka sangat ikut perasaan...

Kutuk dan maki adebayor masa mamat tu masih player derang sendiri...

keluar dari stadium masa arsenal kena tapau dengan man u separuh akhir champions league, padahal separuh masa pertama pun belum tamat...

boo pemain sendiri masa kena tapau dengan chelsea time semi fa cup...

tunjuk perasaan marah dan tak puas hati kat arsene wenger sebab tak menang piala dah 3 tahun...

semua orang tau fans arsenal memang paling cibai kat england...

termasuk jugakla fans arsenal yang kat malaysia ni...

CosmicMalaysia berkata...

iklan:

Hello fellow joyriders! We have superb news for you! Cosmic will be joining the über cool Bijou Bazaar's Wednesday Berbuka Rendezvous this Wednesday, 16th September @ Capsquare.
Come, let's all have our iftar together! ... and of course last... minute raya shopping with us...we have great bargain too!
Check out http://bijoubazaar.blogspot.com/ for more information.
How to get there? Just go to this Google Map's link - Map to CapSquare

moqh berkata...

kang kat sini pulak yg bergaduh..
hahaha...
terima jeklah kenyataan

Tanpa Nama berkata...

Korang kena tengok cite Green Street Hooligan ni... dalam cite tu diorg berkata2;...

Spurs...shit football, shit fan.. arsenal.. great footbal, shit fan...

tp bg aku english fan sume shit la, g mana2 pun buat onar.

" hahaha! arsenal fan miserable products of a sick society! " tanpa nama kat atas yg tulis ni pun sakit gak.. mentalist agaknya.

aku ingat lg bila Ronaldo score lwn Sporting Lisbon.. ada dia celebrate???? compare la ngan adebayor ni, lu pk la sendiri.

Tanpa Nama berkata...

apa nk kecoh2 kat sini...
minyak naik korang x amik peduli pun...
korang ni kalau dalam negara jadi pak hangguk jek

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Lucius,
Lucy Pi Mai Pi Mai Tang Tu kot. Keh keh keh...

ayobkelubi berkata...

hahahahahaha

LuciusMaximus berkata...

Pipi,
Kalau Lucy Pi Mai Pi Mai Tang Tu gua tak kisah dia emo. Gua suka tengok kalau amoi yang emo ni.

hanuman berkata...

aku rasa adebayor salah,fan arsenal pun salah..

salah fan arsenal sebab provoke adebayor walaupun msh dgn arsenal..perlu igt disini,provokasi ni sedikit sebnyk mendorong adebayor "membenci" fan2 arsenal(sapa tak marah klu kna pggl beruk?)lalu transfer ke man city..dah tau yg mamat afrika ni ada perangai afrika,hang g provoke gak buat apa?kang dah kena...sarang tebuan jgn dijolok..klu dijolok..hehehe..apa yg aku blh kata..fan arsenal(kat england la...kat sini aku tak tau)ni hnya boleh

salah adebayor sbb declare inrtrest kat kelab lain pd ms yg tak sesuai..ms arsenal tgh miskin tak dpt nak beli pemain lain utk ganti dan ms arsenal tgh lapar kat piala..cuba/pijak pemain arsenal..dgn stud dlm pdg...

yg adebayor nak celebrate mcm mana pun ikut suka dia la..dah tu cara dia celebrate..klu celebrate g2 provoke,gni provoke,aku rasa season depan smua cara nak celebrate goal kna haram..sbb mua ni subjektif..dan dlm stadium ada berpuluh ribu penonton...klu sbbkan 2 org penyokong arsenal yg kata cara tu prvoke diorang,dah yg 4 orang lagi penyokong man city suka cara tu..klu korang dah rasa cara tu mmg comfirm membuatkan kamu smua marah...korang msk la padang..score goal pastu buat balik mcm yg dia buat...

*buat kat org takpa...org buat kat dia melatah...mcm budak2....(fan arsenal kat england la..kat sini smuanya baik2...)

Jorji berkata...

Bolasepak ini permainan orang jantan! - Mohammad Che Su

Tanpa Nama berkata...

Kalau gua jadi Adebayor pun gua celebrate goal macam tu jugak....standard ah...apa yang Adebayor buat tu actually sebagai tindakan nak up grade Man City...lepas ni Adebayor akan combine dgn tevez untuk balas dendam kat man U pulak...harap2 Tevez boleh score time tu...

BraderDiego berkata...

Biar gua buat kesimpulan.

Man City menang, si bedebah Adebayor score sebijik. Lepas tu berlari ke arah penyokong Arsenal, celebrate dengan gaya menggesel tulang keting ke rumput. Arsenal fan rasa berbulu gila babi. Cerita tamat..

So??? Kenapa korang perlu emo pula? Bukannya adebayor ni kacau korang berak pun. Rilek-rilek sudahlah ye. Bulan puasa ni, bawak2 bertenang.

Tanpa Nama berkata...

"klu sbbkan 2 org penyokong arsenal yg kata cara tu prvoke diorang,dah yg 4 orang lagi penyokong man city suka cara tu..klu korang dah rasa cara tu mmg comfirm membuatkan kamu smua marah...korang msk la padang..score goal pastu buat balik mcm yg dia buat..."

Kalau jadi peguam, mesti client mamat yang kluar statement di atas ni mati kena gantung 3 kali!

Besi Karat berkata...

celebrate gol pun nak kecoh2.aku fans arsenal,aku tak peduli pun adebayor nak buat apa nak pijak orang ka.Aku tunggu game seterusnya je.Move forward.heh

Saya sayang Pascal Cygan berkata...

Memang mangkuk la mamat yang berani sembang pasal harga minyak dalam blog sukan ni...

Jihan Kaya berkata...

English football memang menyedihkan, dari bolasepaknya sampaikan kepada peminatnya...

Pathetic!

hanuman berkata...

encik tanpa nama...lain kali klu nak komen psl org tulis la nama tu...jgn baling batu sorok tangan...cuba encik tanpa nama paham betul2 ayat tu..tu bukan kenyataan tp kiasan...n lagi satu ni bukan hujah pembelaan dlm mahkamah

Tanpa Nama berkata...

Top five most fitting punishments for Emmanuel Adebayor

Posted By Rob Parker on September 14, 2009

Forget boring three-match bans, what’s the best action to take against Emmanuel Adebayor?

1. Ceremonial face-raking by Anders Limpar before kick-off in City’s next match.

2. Twenty eye-bulging full-pitch sprints complete with a pelting of pies at each turn.

3. Enforced Robin Van Persie quiff hairdo for 12 months.

4. Two months’ pay reduced to his Arsenal rate.

5. Instead of a three-match ban, a three-match Arsenal season ticket. Force him to sit with the Gunners fans. Even if they didn’t turn on him, being forced to sit in silence for that long is punishment enough.

Tanpa Nama berkata...

Alahi Hanuman ni, sembang pasal kiasan, bila orang berkias, dia plak emo...
Cheh!

hanuman berkata...

"....bla3...4 org lagi penyokong man city suka cara tu.." dan "klu korang rasa..bla3.." adalah pernyataan yg tak bersambung...2 pernyataan yg berlainan... :)

Adam Ruslan berkata...

Harap Tevez score dan lari seret lutut depan Pak Alex hujung minggu ini.

Baru la riang ria di pagi Aidilfitri.

Apa kes nak emo, seronok-seronok sudah.

sayooq berkata...

asal gua macam rasa penulis nih lagik emo?

Tanpa Nama berkata...

hahahaha
sapa2 pembaca dari sabah
leh check lucius ni duduk mana,keja kat mana
kt carik dia sampai dpt
geng2 pulau gaya dgn geng kampong likas blh tolong setelkan mamat x bersunat lagi ni
xde masalah
sabah negri senang nak hapuskan org
pendatang kan ramai
lucius ni dhntr kat sabah coz dia ni golongan pendatang jugak
mcm kelab yg dia sokong
kelab pendatang
aku fans the kop mmg lama dah anti ngan kelab pendatang ni
sejarah UCL bro
hahaha
korg kalahkan the kop pun korg x menang2 gak UCL
kesian......

Saya sayang Pascal Cygan berkata...

"Adebayor had claimed that abusive Arsenal fans forced him into a 25 million pound move to Manchester City.

But Clichy reckons the switch was all about the hitman almost doubling his pay packet to 150,000 pounds a week."

Tanpa Nama berkata...

sebenarnye si lucius maximus ne yang saje provoke fan2 arsenal haha pape pon fan arsenal berhak marah kat adebayor sape yang xsakit ati team pujaan kene tapau kalu ko fan hull city ker burnley ke hatta team org2 tua matang mcm CHEALSHIT pon akan sakit ati gak kalu kena tapau nanti tol x? ~aku comment tanpa nama ada sape2 nak kisah ?

Ejoi berkata...

Tu dia, sampai ada orang nak settle kat luar dengan makcik lucy?!!
Ni dah kira hebat macam Azwan Ali dah kau ni jib...

hahahah

Tanpa Nama berkata...

"aku comment tanpa nama ada sape2 nak kisah ?"

cAK CAK CAK!

Tanpa Nama berkata...

dashat betul penangan bola sepak inggeris.. haha
lucy? sedap gak panggil si lucius ne lucy xpe die xmarah die ne bkn jenis 'EMO'xgitu lucy? hoho~aku pon pengomen tanpa name ada sape2 nak kisah?
CAKCAKCAK! ahaha

adebayor berkata...

gua sayang arsenal..lu ape tau

adik adebayor berkata...

hahha..
kau amik gambar ni kat the spoiler eh, lucy?

apa salahkan bayor tiru henry....
kan dua2 pun bekas pemain arsenal yg di sayangi ketika dahulu.

foxx berkata...

aku rase makcik lucy ni yg emo terlebih..dari bersungguh-sungguh komplen pasal team lain berbakul-bakul..baik gi tulis cite up kan team sendiri sudah..banyak betul masa lapang beliau..

faez berkata...

fans the kop yang tidak bernama dan berkemungkinan geng pulau gaya atau kampung likas.. amat ganas komen anda.. ko da bole wat report polis ni lucy.. hahaha

Tanpa Nama berkata...

kelaka doh penyokong arsenal

Erwan Fung berkata...

aku rasa lucy ni bangang nak mampus
Henry buat knee slide kat penyokong spurs lain dengan knee slide adebayot. Yang lain nya Henry bukan dari Spurs. Apa bengap sgt? Kau tau tak tulis pasal artikel bola ni? Banga

Tanpa Nama berkata...

lalala...x sgke plak fan arsennal thap ke emo an die smpai mlontar kerusi kat mamat togo tuh...haha nk jd ape la fans nih..yg itam tu la dier mcm mnyesal je bile jual...van pershit kan ade lg...tmbah plak ngan pmain yg berskil renang tinggi-eduardo.Bkn stakat EPL, masuk liga super kOnpem leh mng.{}{}

Tanpa Nama berkata...

setakat baru 3-4tahun sokong chelsea, dah melalak mengaku penyokong setia..perangai tu lagi BODOH berbanding fans arsenal yg mmg true fans sejak kecik2..sejak Chelsea kaya je ko sokong, dlu masa chelsea bengap, ko ke mana?..newcastle????

Erwan Fung berkata...

chelsea kaya baru sokong, pasal tu ada perasaan attachment..bukan cam penyokong Arsenal yang emosi tu sebab kiteorang true gila sokong time kecik lagi...

AbgBeCA berkata...

ramai btol mat2 emo ni,bpl suks,idop malaysia!

Tanpa Nama berkata...

pipi gak pengulas yg paling best...!!!

medihebat berkata...

abgbeca...jom tgk Liga Gudang Garam Super kat Indonesia...jgn layan sangat budak2 nih...muka macam orang asli tapi main macam afrika...layan beb...

Tanpa Nama berkata...

bodoh gadoh kat sini. bangang

AbgBeCA berkata...

hahaha,aku suka sokong yg mana menang,org kata ini plg keji

Tanpa Nama berkata...

Yahudi bersungguh2 sgt wat BOLA ni sebab nye nak orang 1Malaysia(am nya) dan orang Islam(khusus nya) jadi macam ni la.Bergaduh xtentu pasal.Elok sgt la korg.

Tak salah ingat mengingati....

Zulhusni berkata...

hehehhe bertempek kono muko arsengal...
padan muko... :D

Zulhusni berkata...

"ko nak guna sepatutnya "LOYALTY" (kesetiaan), bukannya ROYALTI" ---> Kah Kah Kah pagi2 dh buat aku gelak kaw2... punye konfiden letak royalti.. wakakkakakakka

Adebayor berkata...

saya sayang arsenal... tp mereka jual saya, tu saya celebrate mcm tu.. saya anggap saya masih pemain arsenal. tp penyokong x memahami...

Kap berkata...

baik sokong Selangor je..

fabregas04 berkata...

hurm..bile fans arsenal hangin dikate emo..tp sebuk provoke sana..provoke sini..provoke pun secr emo..

Tanpa Nama berkata...

lucy pimai2 tangtu nie mmg men provokasi la.
Kena i.s.a kang!! bahaye2..tapi takper kasi meriah sket sokernet.!!!
ahahaha..

Tanpa Nama berkata...

igtkan geng arsenal kat englad je hooligan..rupa2nya same jer..ekekkeke....siap nak g cari lucy lagi..ganas2...ekekekekek...

arsene wenger. berkata...

xda2..sy xkesah pon adebayor wt cmna.nk bogel pon sy xkesah.tp fans club ni yg smngt lbey..sy xmnang cup pon nk maki..men bola sndri la..dh mnang cita kt anak cucu

wanntalk berkata...

kita kena profesional..even masa menulis blog..kena win-win situation..sokong chelsi ke, arsenal ke..tgk bola pun kadang kat mamak..rilek la..lucy, lu pun tak kena baik buruk entri lu..hehehe klu niat nak kenakan org, makin byk org nmpk keburukan lu..simple je..

Tanpa Nama berkata...

lucy ni pun baru blajar tengok bola ni.
sokong pun chelsea yg tak pernah jadi juara eropah takde history langsung.
kalau ari tu abramovich beli hull city org mcm lucy ni akan mengaku sokong hull city dari kecik.
penyokong lain jangan kecik hati ngan lucy ni budak2 baru nak up memang suka tarik perhatian org.

karim berkata...

haha..emo betul ye sang penulis.Kami fans arsenal rilek2 saja...ManUtd patut time kasih sbb adebayor kene ban mggu ni...

Tanpa Nama berkata...

Hehe betul tu, siapa sokong Chelsea mesti baru mula sokong masa Abramovich beli.

Aku ingat, siapa yang sokong Liverpool kat sini mesti mula sokong masa tahun 70-an dulu kot, walapun yang menyokong di sini mungkin lahir tahun 80-an, hehe!

Jelas-jelas blog Sokernet ni blog satira bolasepak, apa yang Lucy tulis pun saja je nak usik korang semua, yang melatah macam makcik tua tu kenapa la ye?

Rilek-rilek sudah. Aku baca apa yang Lucy tulis sambil gelak je, tak yah la nak terasa sangat, bukan dia kutuk bapak korang pun!

Ahmad Afif berkata...

aku rasa se cool mana pun fans arsenal baca benda ni pun ada benda yang dia nak betah punya.lu memang siau ar lucy haha =.=

Tanpa Nama berkata...

betah pun dengan fakta bodoh je lucy ni.
bukan fan arsenal pun menyampah baca dia punya posting.

John Terry berkata...

sya pn xska ngn writer ni btulnya..dia sja je wt smngat lbey.bnci2..

kula berkata...

hey i like your posts lucius, but i think you should do your researches properly, i mean not based on sentiments..
you still have my respect though..

peace.. from arsenal fan

Encik Bebo berkata...

artikel bangang...penulis pun bangang.rasa bagus ke dapat tulis artikel macam tu?rasa best?hip?cool?grow up la wei!!!

Ilmi Ahmad berkata...

haha.. panas gila entri nih. aku x tau apa yg lucius pk ms tulis entri ni. tp mmg kau bikin panas bro. tapi kan kawan2 sume, satu je yg aku x suka... iaitu komen2 yg memasukkan kata2 kasar lagi kesat tmasuk la yg minta grow up konon tp still labeling sum1 as bangang. come on la bro.. x kisah la utk provoke ke utk bahan ke, tp jadi la masyarakat yg btamadun tinggi skit brader. stakat nk bergosip2 panas or kritik mengkritik or 'bersengketa' psl dunia bola sepak dipersilakan. itu pun tujuan blog ni dibuat kalo aku x salah. tp jgn la over bro.. aku seronok je bc komen2 kat cni. tp x seronok bila ada yg guna word yg 'kurang ajar'.

ok, chill...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...