ANDA SEDANG MEMBACA

45

Berita Liverpool. Debreceni dan Yos we can.

MDM FARAH FAIZURA Rabu, September 16, 2009

Berita satu. Liverpool 6 Debreceni 0.

Pagi esok, akan melawan Debreceni. Sebuah kelab yang agak misteri. Tetapi misteri-misteri kelab itu pun, ia tak lah semisteri Uncle Seekers. Selepas menggodek-godek internet, menurut wikipedia, Debreceni ni kelab Hungry yang ditubuhkan pada 1902 oleh seorang owner yang ada sakit schizophrenia lalu kelab ni diberi nickname Schizo. Kat sini pun dah nampak misterinya. Kalau tahu kat Uncle Seeker, mau dia datang kat sana dan disuruh seorang perempuan Hungry yang cun, duduk sorang2 kat stadium. Kerja yang paling bodoh dalam sejarah penghantuan.

Selepas tu korang boleh baca seterusnya pasal kelab ni kat Wikipedia. Aku nak tulis panjang2 pun lemah. Yang pasti, kelab ni memang pemain Hungry jugak yang main. Ada beberapa orang jek pemain luar. Sikit sangat. Memang semangat nasional 1Hungry kuat kat kelab ni. Betul2 represent Hungry. Ini antara faktor yang buat kelab Hungry ni menjadi bahaya. Mereka akan main mati-matian demi 1Hungry. Macam Indonesia jugak, kita dok sibuk Satu Malaysia, derang pulak dok sibuk Sapu Malaysia pasal semangat patriotik yang tak tentu pasal. Bahaya betul.

Jadi, selepas berjalan di sana sini dalam dunia internet, selepas melihat apa kata2 pundit dan posession yang mereka rasa akan berjaya menitik kelab Hungry ni, jadik aku pilih posession ni. Semua sama macam belasah Burnley, tapi Carra tak main, ganti dengan mamat greek. Pastu budak baru, mesti ada main, iaitu Degen. Ganti Glen Johnson pasal, Glen dah penat sangat. Dia yang paling banyak berlari. Turun naik je kerjanya. Tapi, aku agak Yossi tak main kat posisi hari tu, pasal Masherano main. Pasal Rafa cakap kat aku, “ni semua taktikal.” Sammy Lee pun angguk2 jek dan sambung, “Ya, ni semua taktikal.” Apa macam?

Jadik, aku ramalkan Liverpool 6 1Hungry 0. Aku memang tak boleh nak ramal gol kecik2 sekarang. Terus six digit terus. Baru boleh menang juta2. Eh...

Berita kedua. Yos we can.
Aku tak tau tahap keyahudian Yossi ni. Apakah dia jenis macam Mat Rempit, tau nak gang bang je, ataupun macam budak2 kat kelapa sawit yang tau nak 3gp jek. Ataupun jenis, Bangunkan ibu suruh sembahyang, Jadilah anak yang disayang. Aduh-aduh Yossi benayoun, Mandi di kalir rambutnya basah, Tidak sembahyang tidak puasa... eh jadi lagu pulak.

Cuma aku nak tau tahap Zionisnya dia ni. Pasal jahat ataupun tidak Yahudi tu, kena tengok pada zionis. Yang jahat bunuh2 Palestin, orang yang Zionis ni lah. Patriotik membabi buat. Sibuk Sapu Palestin. Setakat ini, tak adalah pulak aku dengar dia ni tampar budak Palestin. Kalau masih macam tak percaya, kita boleh tanya Nabil. Ada tak dia saja2 makan ais krim kat depan nabil time training waktu Ramadan ni. Ataupun saja2 minum air sambil urut2 kerongkongnya depan Nabil. Kalo ada memang Yossi tu patut kena sumpah macam dalam youtube ni.



Tapi selagi bukti takda. Ia samalah kesnya dengan Mark Zuckerberg, pengasas Facebook. Dia ni Yahudi taat, tapi dia cakap dia bukan zionis.

Nabi kita pun berurus niaga dengan Yahudi. Ni, aku copy paste hadis ni.
“Sesungguhnya Nabi sallallaahu ‘alayhi wa sallam membeli makanan daripada seorang Yahudi dengan pembayaran secara bertangguh dan mencagarkan baju besi baginda sallallaahu ‘alayhi wa sallam.” [Hadith riwayat al-Bukhari nombor 2326, 2/841]

Imam al-Nawawi pun dah cakap:
“Telah ijma’ seluruh umat Islam pada keharusan urusan dengan Ahli Zimmah dan lain-lain orang Kafir selagi mana urus niaga itu tidak jatuh di dalam perkara yang haram. Akan tetapi umat Islam tidak boleh ( haram) menjual senjata kepada musuh Islam yang sedang memerangi Islam, dan tidak boleh juga membantu mereka dalam menegakkan agama mereka” [Sharah Sahih Muslim oleh al-Nawawi, 11/40]

Apa macam? Yos we can?

45 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Dingin, tau le ko lapar, bulan2 puasa ni, tapi jangan le pulak dok tulis HUNGRY - HUNGRY....
Repblic of Hungary bai.. janganla malu kan kami , liverpool supporters ni.. ahaks.

MDM FARAH FAIZURA berkata...

ejaan hungry tu memang disengajakan. itu salah satu cara untuk menghina dgn halus.

Tanpa Nama berkata...

mcm Bill Shankly la ni...pelopor psyco team lawan dlm bola sepak moden..haha..
amik ko hadis bagai...karipap ni nak kira mcm mana plak?..haha
*hantukaki*

Shank berkata...

isk isk .. mg aah lapar Yos We can..aku baca macam Yeo's .. aoi soya yeos ..

aku x tgk kot game nie sbb kompom kenduri ..
mls nak tgk klu sebelah padang jer di bagi kat kelab hungry tu..

prediction Gerrard 3 - 0 1hungry

Along Bukit Beruntung berkata...

Abang Dingin,

Saya nak bertanya :
Yos cakap dia Yahudi yang taat. Agak-agak dia makan daging kosher ke atau main balun je apa yang lalu depan mats selama dia di England dan main untuk Liverpool?

Tanpa Nama berkata...

kalau gitu.. x yah boikot yahudi lah. Kita sokong diorang sbb kita tak tau diorang zionis ke tak? itu mcm kaa?

kalau palestine kena serang, palestine tak dibenarkan serang balik sbb tatau askar israel tu betul betul zionis atau mereka cuma kerahan wajib shj oleh kerajaan diorang. so kira halal je lah kan. itu mcm kaa?

Andrei Ionuţ Boroştean berkata...

Hallamak, pakcik parti hijau pun ada kat sini?
TAKE BEER!

Rasa-rasanya Pengebom BUNUH DIRI tu dah interview dan dah tanya siap-siap kat budak-budak yahudi dan pakcik makcik tua yahudi yang dia bom dalam bas di Tel Aviv tak lama dulu sama ada diaorang Zionis ke atau tak.

Atau dia balun je diaorang sebab diaorang Yahudi?

Pengebom Bunuh diri : Adik ni zionis kan?
Budak Kecil Yahudi : Err, zionis tu apa bang?
Pengebom Bunuh diri : Kau Yahudi kan?
Budak Kecil Yahudi : Ya bang, saya yahudi.

*BOOOOM*


Cak Cak Cak!

Saya sayang Pascal Cygan berkata...

Apa nak boikot-boikot ni?
Ada duit ke nak beli barangan orang Yahudi yang advance tu?!

Kalau yea nak boikot, EPL tak payah tengok la sebab bersepah orang Yahudi ada.

Champion League lagi la, sebab Maccabi Haifa pun ada...

MDM FARAH FAIZURA berkata...

Ini, apa punya tafsiran pulak ni. Siap cak cak cak, siap interview pengebom berani mati. Adeh. Orang cakap lain, di konar pegi tempat lain. Tahi betul.

Tanpa Nama berkata...

yahudi tetap yahudi, tak perlu disokong... sebab tu orang sebut Yahudi Laknatullah, bukan Zionis laknatullah..

Andrei Ionuţ Boroştean berkata...

Abih tu Nabi Isa yang yahudi tu macam mana?

Tanpa Nama berkata...

Masa zaman nabi tu dah ada ke Zionis ?
Take Beer!

Tajdid brader, tajdid!

Tanpa Nama berkata...

Hah, dah mula sentap muslimin-muslimin sejati. Jihad! Take Beer!

1. Yahudi Laknatullah tu atas tafsiran sepenuhnya ke atau sekadar ambik ayat sekerat ja?

2. Bila ada perkataan Yahudi je sentap, bila ada perkataan Yahudi mula berkira-kira nak kafirkan orang. Isunya mamat pemain Liverpool je, habis satu kaum dikaitkan. Kornar sana kornar sini, janji nak menang hujah.

3. Ada beberapa peratus bangsa Yahudi dok bunuh orang Islam, habis semua Yahudi nak dimusuhkan. Orang Islam yang dok bunuh orang, bom budak-budak, bila orang bukan Islam kata semua orang Islam ganas, semua orang Islam pembunuh, tau pulak nak marah, tau pulak nak kata tak semua orang Islam camtu.

4. Bila Yahudi bunuh budak Islam, jahat. Bila orang Islam bunuh budak (contoh bombing train Madrid) itu perjuangan.

5. Sentap! Sentap! Sentap! Marah! Marah! Marah! Jihaaaaad! Take Beerrrrrr!!!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

TAKE BEER?!
Hahahahaha!

Tipu Tapi Benar (TTB) berkata...

Jangan nanti kita tengok Anelka masuk padang bawan pedang kejar Yossi sudah la!

Tanpa Nama berkata...

Ni ape main2kan perkataan takbir ni..

Andrei Ionuţ Boroştean berkata...

Jangan salahkan kami, salahkan sekumpulan penduduk Melayu Pening Lalat di Seksyen 23 Shah Alam.

http://amirhafizi.blogspot.com/2009/09/take-beeer.html

Tanpa Nama berkata...

Tak patut la ko main2 TAKE BEER mcm tu.ko ni apsal? Tak suka bola, suka BEER kalu, sini jgn mari laa..sibuk saja..

Mengoong..tak sportmanship langsung.

kam berkata...

ooo.. amir hafizi yg suka cakap vulgar2 things tu?
Pedulikan dia.. budak2 ingus je tu..

Bukan minat bola dia tu..dia minat chicks je!!

Tanpa Nama berkata...

Amir Hafizi terbaeeek!

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Cilake. 1 komen berunsur bola pun takde. Tak sekular langsung.

meor-name-depan-ku berkata...

yahudi zaman nabi dan sahabat tu masih beriman pada Allah....

Antara mereka masih lagi Ahli kitab, kita masih boleh mengahwini mereka...

yahudi sekarang????
ade ke lagi???

medihebat berkata...

aku tak tau la kan...tapi nabi2 dulu kita refer as BANI ISRAEL...bukan YAHUDI...an an an...?

SIFU RINDU MILAAA....TONGGA SAAMMAAA...AN AN AN...

p.s - aku bajet torres skor 2...dia taknak pegi 3...saje bagi chance...

Tanpa Nama berkata...

Aku suka limau Yahudi sebab Limau Yahudi terbaik yang pernah aku makan kalau dibandingkan dengan limau dari China tu.

Medihebat, rajin-rajin la cari maklumat dengan membaca. Statement macam orang duduk di daerah ulu yang tiada kemudaham perpustakaan.

http://en.wikipedia.org/wiki/Israelites

Tanpa Nama berkata...

Reprimanding of Other Peoples
-----------------------------
When we analyze the verses which reprimand the Jews in the Quran, we see, as mentioned previously, that they revolve around certain commandments which they broke, and certain punishments which were meted out to them. This criticism is not limited to the Jews, but it is clearly extended in the Quran and Sunnah to all those who disobey the commandments of God throughout history until this day, even the Muslims. God says about a Muslim who kills another Muslim intentionally:

“And whoever kills a believer intentionally, his recompense is Hell to abide therein, and the Wrath and the Curse of God are upon him, and a great punishment is prepared for him.” (Quran 4:93)

We see from this that these severe verses found in the Quran are addressed to all those who break the commandments of God, and not to specific races or peoples. Likewise, the only people who are chosen and favored by God are the pious from every nation, and not a specific race or people. Jews, Christians, and all others who were true to their religion and original teachings will go to Paradise, as God himself says:

“Verily! Those who have believed (the Muslims) and those who were Jews and Christians, and Sabians, whoever correctly believed in God and the Last Day and do righteous good deeds, they shall have their reward with their Lord, on them shall be no fear, nor shall they grieve.” (Quran 2:62)

Ejoi berkata...

Dari perbincangan tentang bola. boleh sampai ke bicara pendapat/agama?

Perghhh... hebat!
Berbaloi betul baca Sokernet ni!

hanuman berkata...

mr tanpa nama yg post "Hah, dah mula sentap muslimin-muslimin sejati. Jihad! Take Beer!"
aku tak tau samaada ko ni jahil ke bodo ke apa...cakap pasal jihad la yahudi la..yg asas pun takde barangkali..siap main2kan perkataan takbir..ni smua pengaruh pembangkang kat selangor la ni...berlagak alim tapi alim sekerat jalan...aku tak kate aku lbh bgus..cuma aku terbakar bila tgk ada org islam sendr yg permainkan perkataan yg besar maknanya...mmg celaka la...M.G.C.Y

hanuman berkata...

anyhow...geng2 liver kow..6-0 skali predict..hehehe...4 thumbs up...ROFL

Tanpa Nama berkata...

Hanuman yang bodo -

Ada Hanuman yang bodo pergi bodo kan yang rentang banner TAKE BEER tu?

Bodo benar Hanuman ni sebab yang kena dakwa di Mahkamah tu ada orang BN ada orang Pembangkang. Jadi mananya pengaruh pembangkang kalau dua-dua belah pihak pun ada?

Bodo tak reti mengira?

Bodo tak reti membaca?

Baca betul-betul komen-komen.

Baca baru separuh, lepas tu hati panas, terus taip.

Bodo jugak ko ni hanuman. Cerita pasal Islam berapi tapi guna juga pengaruh Hindu. Hindu tak pa la kot sebab bukan Yahudi.

Bodo.

Kalau orang BN yang rentang TAKE BEER tu macam mana? Tak bodo la kot sebab geng ko.

Ko memang kata ko bagus pun bila tulis ayat di atas.

Orang lain bodo, ko pun bodo, semua orang bodo.

hanuman berkata...

:) sila semak siapa yg jd pembangkang kat selangor?BN ke PR?dah la tak nak ckp psl politk kat cni..nak ckp kita ckp kat temat lain..heheheh...

maoi berkata...

apa jadah cite pasal politik pulak ni.. aduih.. "kick politic out of football"

pojak berkata...

lek ar woi..sini citer bola suda..politik tolak tepi..

julu berkata...

woi.. org dtg blog ni nk release tensen drpd bnde2 politik..
chill beb...

medihebat berkata...

maaf tanpa nama...aku ingat kau pendekar...rupanya kau adalah pengkaji..maaf kejahilan aku sebab aku baca kitab kuning...wiki belum ada time aku kena sebat dgn sang ostat...

Azri Rotten berkata...

banyak nabi yg bangse yahudi. kalau nak kene balun sembelih sume yahudi, camane lak time nabi isa turun mase dah dkt kiamat? nabi isa kan bangse yahudi. hahaha

bapak azri rotten berkata...

azri rotten contoh manusia paling bengap+bangang+biol+bodoh.......

len kali blajar agama btol2 lu b4 cakap...

men cakap je...

Tanpa Nama berkata...

1-0

MDM FARAH FAIZURA berkata...

haih. 1 0 jek. Takpelah. yang 5 lagi tu kasi waktu main kat hungry @ hungary.

Tanpa Nama berkata...

TOTENHAM TU BAPAK YAHUDI KALAU KORANG NK TAHU.
CHAIRMAN DANIEL LEVY BAPAK SEGALA BAPAK YAHUDI.
X KE KORANG SUME PELIK, KELAB XDE NAMA TAPI DUIT MELAMBAK-LAMBAK...DARI MANA DATANGNYER TU. AKU RASA DARI KONCO2 YAHUDI DIA LA.

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Semua pengulas Sokernet,
Peh...bahaya juga ni. Macam dah nak terbongkar rahsia Sokernet ni dibiayai yahudi. Kalau pembaca semua tahu, habis laa kita.

mizu_sama berkata...

komen yahudi lebih byk dr komen bola.

yg cetak agama,di nasihatkn diam.diam lebih baik dr bercakap yang bukan2.

pp,soccernet mungkn di biayai yahudi..sokernet pun ke?hahaha...cm sial

liver hanya mng 1-0,sama lakelab2 epl lain..menang tipis.paling mendeborkan arsenal..kene cum back.haha.

so,x de pasukan epl la yg kene keji minggu nih..seiya,sekata semuanya.

tp selaku sapporters chelsea,aku credit kt chelsea sbb lawan chelsea paling sukar d antara kelab epl lain :p

komen peribadi,jgn marah aa..haha

mizu_sama berkata...

lupa plak...spud layak ke uefa cup? :))

karim berkata...

dh xdak uefa cup dh..europa league...depa mana layak...

mat jagung berkata...

tak hairan la tgk ade komen2 kurang cerdik mcm azri rotten tuh...suh blaja agama,die blaja psl punk.suke mencarut plak tuh...hai...dunia2...

Azri Rotten berkata...

hahaha relax ar brudder. aku mungkin slow sket psl agame, tp xde ar sampai x update. http://www.ismaweb.net/v2/Article1247.html

selamat hari raya maaf zahir batin!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...