ANDA SEDANG MEMBACA

11

Berita Liverpool- fullbacks don’t win you titles.

MDM FARAH FAIZURA Selasa, September 01, 2009
Berita 1 - Salam 1September. Merdeka.

Ok, selamat menyambut kemerdekaan yang ke -52 walaupun aku tak tahu, apa makna sambutan tu, pasal nampaknya bola sepak Inggeris masih menjajah kepala aku, dan menjajah rakyat Malaysia. Amri yahyah dan Bunyamin perlu buat sesuatu ni.

Mungkin permainan memberangsangkan mereka semasa lawan Arabs Saudi (walaupun kalah) adalah laungan, yang mereka sedang berjuang mendepatkan kemerdekaan untuk bola sepak Malaysia.

Berita 2 - fullbacks don’t win you titles.

Itu yang semua orang cakap lepas Rafa beli Glen Johnson. Tapi setakat ini, Liverpool dan dapat 2 gol daripada Glen Johnson. Ini perkara yang perlu diraikan, tetapi lebih banyak kerungsingan lain yang datang. Apa kerungsingan itu? Nanti cerita lagi.

Mungkin penyokong Liverpool boleh gelakkan balik bekas pemain midfield Arsenal Paul Merson yang cakap, "The Premier League is not blessed with 15 world-class left wingers so I don’t see how a right-back can affect a game that much.” *gelak- hahahaha- kalah*

Ternyata Johnson punya effect tu agak berbisa. Tetapi berbalik pada persoalan, adakah Liverpool boleh menang liga dengan fullback? Aku, yakin boleh.

Sifirnya mudah, Liverpool perlu menang 30 game. Sekarang dah menang 2 game, perlu menang 28 game je lagik daripada 32 game. Empat game lain tu, kalau nak kalah pun, takpe.

Pada game lepas, tak ada apa nak ulas, dah basi dah pun. Cuma nak cerita pasal kerungsingan aku ni. Agak concern kat defend Liverpool. Tujuh gol terakhir, semuanya daripada set piece. Giler beb. Betul-betul kena buat sesuatu nih. Salah kat zonal marking ke, salah kat pemain? Yang pasti Carra dah macam letih sangat dah. Mamat Sparta tu, elok jugak utk 1st game. Nampak menjanjikan.

Yang nampak, Torres main bawah keupayaan sebenarnya. Tapi masih boleh skor. Kalau main atas keupayaannya, pasti boleh dapat lebih banyak gol. Gerrard pun sama. Lucas, walaupun nampak ada visi menyerang kali ini, tapi tak capai tarafnya macam yang Liverpool nak. Kalau dia pemain Burnley, mungkin boleh dimaafkan. Tapi, Rafa cakap, tak ada rotan, akar pun berguna. Jadi, buat masa ini guna je apa yang ada. So, aku harap lepas ni Lucas boleh main dengan taraf Liverpool. Bahagian tengah ni pun agak merungsingkan. Masherano ni nampak sangat tak ngam dengan Lucas. Haih!

Johnson dan Insua seperti aku cakap tadi, ok, sebab support serangan yang nampak goyah. Entah mengapa, gerakan counter attack banyak tak jadik, bila dah masuk kotak penalti. Frust jugak. Tapi yang penting dah menang. Nasib ataupun tidak, tak kisah. Pasal walaupun Bolton ni, taraf 'adik-adik' jek, tapi dia main kat tempat sendirik. Dan yang pasti, nampak lah pemain Liverpool ni lebih banyak main kat kawasan lawan.

Game yang akan datang, lama lagi. Ada international game. Harap2 takde pemain cedera lak. Kesimpulannya, kita yakni Liverpool boleh menang dengan Full back yang bagus macam Glen dan Insua.

YNWA.

Nota: Aku asyik terbayang air kelapa waktu menulis ni. Ini menjejaskan penulisan aku. Terjejas betul!


11 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Kenapa tak mention Kyut? I think hes the best player Liverpool had right now..apart from Stevie G.

Owen berkata...

Aku tengok banyak bola bolos liverpool adalah hasil bola tinggi dan kegagalan defender time nk bt clearance. Carra ni mmg tak bole jadi last. skrtel bila nak sembuh? lucas mmg tak ble main game besar, takleh langsung recieve bola, hantar bola kt laut. Throughball gerrard pla slalu x jadi. kbanyakan gol liverpool ni hasil drpada 'bola kucar-kacir'.

pndapat aku, formasi ok, player ok (kcuali lucas), taktik ok, cuma prestasi individu je yang tak ok.

Yg up cuma Benayoun, Kuyt, ..Johnson.

Hah, korang jgn lupe add Johnson ni kt 1st eleven fantasy ftball korang. tak rugi.

Liverpool vs Burnley! YNWA!

meor-name-depan-ku berkata...

Pecahlah rekod 1989/90...

Dah lame atau tak pernah lihat Team berjersey merah adidas berpenaja arak 'carlsberg'menjulang English Premeir League!!!!

huhuhu.....

GO THE BLUES!!!!!!!!!!

Gen Mayhem berkata...

yupp..setuju dengan tanpa nama. jangan dilupakan Kuyt

YNWA!!!

Azlan Zed berkata...

aku rasa liverpool ada masalah dalaman ar...

aku rasa la kan...

nmz berkata...

liverpool tetap hebat!

Tanpa Nama berkata...

hampeh...x mengancam langsung

Tanpa Nama berkata...

ape ape je lah...

Alke berkata...

Kenapa korang benci sangat Lucas ek? Dia main ok ape, takdela macam Alonso, tapi at least he's a fighter. Maksud saya bersungguh2, bukan fighter macam shukor adan atau khairul anuar baharom ye. Heran gue...

hanuman berkata...

klu liver nak mng rafa kna tukr keeper...reina bnyk lps bola tggi...hmm knpa ya???yg lain tak nak komen..lbh kurang jer main..tak menjanjikan sgt..

pakkordi berkata...

-Liverpool back to greatness in a blink of an eye-

My 2 cents,

Moving forward, liverpool mestilah:

1) Tukar penaja. Mulakan sesuatu dgn benda yang tak haram. Mintak maggi mee sponsor lagi sesuai. Ibarat langkah kanan bila keluar rumah atau bila pakai seluar tu, masukkan kaki kanan dulu. Pendek kata, apa2 yang kanan lah. Jgn jadi K.Kanan udah. FYI, K.Kanan tu winger team bola KL zaman kegemilangannya dulu. Zaman pakcik muda2. Ehem ehem.

2) Jual caragher. Defender paling kelam kabut dalam alam yang fana ni. Kurang visi lah bro. Asik2 nak clear bola jauh2. Jarang gua nampak dia tenang bila bola di kaki. Apalah salahnya rilek dan usha member keliling pastu feed bola chun2. Ini tak, sampai kepala skrtel pun kena lanyak walhal keadaan tak merbahaya pun. Apa barang?

Jual carragher dan amik someone ala ala ronald koeman, centerback Holland di era 90an. Tenang, hebat dan tendangan freekick dia kuat gila babi.

3) Yang ni mungkin agak sukar untuk peminat Liverpool yang tegar terima. Jual gerrard dan beli star lain. Kita dah 10 tahun dok harap kat dia tapi tak deliver lah bro. Bukan dia tak bagus cuma dia takleh bikin lah. Susah nak ekspresi diriku ini. Minta team scout cari player macam roman riquelme tu. Lembut waktu mengelicik tapi keras masa tackle dan penuh idea macam Ikea. Main secara berpasukan, ada character dan stail. Nak lagi chun, minta saintis kat merseyside tu reka alat yang boleh pusingkan balik masa ke tahun 1986, hantar agen pergi itali, beli maradona dari napoli, kekalkan semuanya tentang maradona dan bawa dia balik ke zaman sekarang ni dan ketuai liverpool. Alang2, pi 1974, culik johan cruyff sama. Melelehlah air mata lu alex ferguson wey.

4) Jgn beli player macam lucas lagik. Dah lah tak berjenama, bengap lak tu. Mula2 gua tengok dia main dulu, gua hairan. Rafa ni dah mental sial. Kalau rafa buta, tak leh compute sebab tak nampak. Tapi klau dah nampak depan mata betapa kodi nya lucas tapi still takleh nak compute, giler lah tu namanya. Mujurlah lucas ni dah potong rambut. Kalau panjang pastu ikat tali kat kepala macam torres dulu, nampak macam keldai pun iyer gak. Kecewa betol gua. Lagi baik beli player yang ada kualiti walaupun defect skit2, macam beli barang F.O.S. Lucas ni semua defect wey, standard petaling street!

5) Pastikan jangan beli player macam babel, voronin dan mereka2 yang sewaktu dengannya. Tak berbaloi baloi woi.

6) If all of the above fails, join me and golf all day.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...