Piala Dunia 1982 di Sepanyol, skuad Brazil yang dibarisi oleh pemain seperti Zico, Falcao dan Socrates, yang dianggap skuad kedua terbaik dalam sejarah bolasepak Brazil (yang terbaik ialah skuad 1970), yang memukau semua peminat bolasepak dengan gaya permainan Samba mereka, akhirnya pulang dengan tangan kosong.
Apa cerita?
Main cantik, tapi kalah. Berapa kali agaknya kita berhadapan dengan senario sebegini dalam bolasepak?
Dan berapa kali jugalah, dengan berbuih mulut kita berdebat dan bertekak tentang ‘pasukan yang bermain cantik tapi kalah dan pasukan yang bermain buruk tapi menang’.
Kes terbaru, Manchester United lawan Arsenal. Tuan rumah menang dengan gol penalti dan gol ihsan pihak pelawat, sementara pihak pelawat tumpas selepas bermain dengan penuh gaya, mutu dan keunggulan.
Kerana itu, kita ramai-ramai berbondong ke Sokernet untuk bertekak tentang siapa yang sepatutnya menang, Manchester United atau Arsenal?
Bolasepak, wahai adik-adik kaki bangku Sokernet sekalian, bukanlah pertandingan ratu cantik seperti Miss Universe atau Unduk Ngadau. Kalau mahu dikira siapa yang main cantik sebagai pemenang, bolehlah dibuang kedua-dua pintu gol dan letak Arsene Wenger atau Pep Guardiola sebagai juri pertandingan (mereka obsess kecantikan bolasepak). Kemudian letak handsome boy macam Fernando Torres atau Robin van Persie untuk menang, bukan Rudeboy Rooney atau Drogba The Drog.
Cerita-cerita macam ‘kami bermain cantik tapi mereka bermain kotor dan kasar sebab itu kami kalah’ adalah alasan lapuk. Ceritakan perkara yang sama kepada penduduk Chester yang lagendanya menyebut tentang nenek moyang mereka pernah bermain bola dari kepala tentera Denmark yang kalah dalam peperangan dan kamu akan ditertawakan.
Bolasepak berasal dari permainan Zaman Gelap yang ganas, permainan seperti Ba Game, Shrovetide, Calcio Fiorentino atau Mob Football. Sukan yang banyak melibatkan tipu helah, kekasaran dan pendidihan hormon testosteron pada nilai tertinggi. Apa jadah main bola sambil sisir rambut blonde kasi rapi, macam Torres selalu buat?
Dalam bolasepak, ikut cakap Astro, macam-macam ada. Tipu helah, muslihat, main kasar, main kotor, maki hamun, caci mencaci dan banyak lagi. Bukan setakat hantaran yang tepat, gelecek baik punya atau rambut yang stylo. Dan semenjak dua menjak ini, bolasepak juga disuburi dengan kelicikan mana-mana pemain untuk membuat aksi terjun tiruk bagi mendapatkan penalti.
Untung sabut, dapat penalti. Untung batu, tanya Emmanuel Eboue.
Pokok pangkalnya, bolasepak ialah permainan 90 minit, asalnya melibatkan 22 pemain merebut pundi babi berisi udara, kini ditukar dengan sfera kulit atau plastik, dengan matlamat utama ialah mana-mana set 11 pemain yang dapat meletakkan pundi babi atau bola paling banyak dalam gol berbanding lawan, menang.
Yang menang, itulah yang terbaik.
Mudah. Kalau tidak masakan kaki samseng macam Craig Bellamy boleh cemerlang dalam sukan sebegini?
Dan berbalik kepada soal Manchester United lawan Arsenal tempoh hari, pasukan mana yang terbaik (which is the better team)?
Awas adik-adik kaki bangku Sokernet sekalian, jangan tersalah jawab!

42 Ulasan:
1st..akakak...saper yg plg baik?klu plg baik mesti la chelsea...tpi klu saper lbh baik antara arsenal dgn man u..mesti la team yg menang..hahahah...saper yg capai matlamat perlawanan dia la yg plg baik...
2nd....dr awal bicara aku dah tau,nie mesti si lucy yg tulih...tulisan bermutu dan tanpa emosional.berbalik pada soalan abg sokernet nih,aku memilih berkecuali.boleh?kalo x boleh,dah tentu jawapannya man u...keh keh keh
kalo bole pilih chelsea,lama dah aku pilih...
keep da blue flag flyin high,high,high!!
Aku minat jugak Arsenal, tapi kalau ada peminat-peminat Arsenal yang masih lagi bising2 pasal kalah dengan Man U hujung minggu lepas, aku rasa korang ni dah kena badi penyokong Liverpool lah!
Setakat kalah dalam perlawanan BPL di awal musim, dan kalah kepada JUARA BPL tahun lepas, kira ok la tu.. take it easylah, for God's sake! Bukannya Arsenal kalah dengan BURNLEY FC!
Jadilah orang yang berani, terima kekalahan dengan hati terbuka. At least, Arsenal tak kalah kepada BURNLEY FC!
Apa yang penting, tahap permainan makin meningkat, especially bahagian pertahanan.
Hail lucious maximus!!! Tulisan mu benar belaka. Minta peminat Arsenal faham. Kalau tak faham juga, sila tonton Chelsea v Man United on 7 Nov 09 and 3 Apr 10.Tengok abang2 main ye dik.
Arsenal tidak kalah kepada BURNLEY FC?
Kamu sokong Arsenal baru season inikah?
Lupakah kamu kepada kegagalan Piala Liga yang Wenger sebut sebut season lepas?
Kalah kepade siape? Berape? 2-0? Owh, hebat.
Kamu bercakap dengan cermin rupanye.
Dan, saye terime hakikat kami tempang tanpe Ronaldo. Tidak mengape. Cacilah.
fan chelsea senyum2 je tgk...
yeah agree,,..standard ah kalah ditempat lawan. janganlah diratapi sangat. Walaupun goal Ashavin tu paling cantik jika nak dibandingkan dengan dive Rooney ituew..
yang penting sekarang AC MIlan kena 4-0.
hahaha.
harap Sokernet ada papan memo fakta.
selitkan sekali Arsenal JUGA pernah kalah dengan Burnley. ya betul, musim masih awal. sila fikir ke hadapan.
ah...bagi gua baik menang mudah 3-0 dengan penuh style dari menang percuma dan kalah bergaya.......semuanya mengundang kurus pahala di bulan puasa......menang dgn tenang mmg care Chelsea Chelsea.....
oh.....lupa nak bgitau lu lucius.....tadi ceo walt disney tepon wa, ngumpat2 sape yg tulis review2 yang hebat ni......wa rase baek lu kemas kini resume lu......ade la jap2 lagi ESPN tepon merayu kat lu suh keje dgn diorang......
12beb... diamlah arsenal fans!!
manchester united and arsenal..?
ada aku kesah?
cak cak cak..
aahhahahaha
Chelsea for all..
kehkehkeh
Arsene Wenger & Pep Guardiola tak sama beb ..pep nak game kasi cantik piala pun dapat..bukan 1 tapi 3..chelsea game lain mcm ..letak 1 striker 9 defend..malaysia pun tak main mcm ni..memang dahsyat taktikal ni tapi kalah jugak...hahahaha
barca main cantik dan tetap jadi champion.
sepanyol dah buktikan gabungan permainan cantik,skill,teknikal berhasil utk menjadi juara.
tanpa nama yg x de identiti...1 striker 9 defend?errr game mana nih??
barca chels kt nou camp ke?owhh...tactical tue...n berjaya.
chels barca kt bridge...how barca defend?how reff try to defend barca?its is 1 stiker and 10 defend.mana dtg lg sorang?reff la...lines man pun boleh masuk...kire 1 striker 12 defend la..
chels kalah pasal x de luck?nie platini punya plan. "i hope barca will win Cl"wtf....
reff tertekan,ahhh..tulis rebiu gem nih bikin tekanan...
com on la tanpa nama...ic ilang ke? gem lama wat pe sebut..let face current form..ko tgk x gem chels baru2 nie?poor u...hahahaha
puasa...puasa....mana leh F*CK org...tapi kalo bkn bulan pose pun aku mmg x suke carut...bab bola je beb...apa barang emo2...kalo kartunis kutuk rasulullah ada jugak hal nya nk emo2,
Manchester United tidak bermain cantik ketika final piala eropah menentang BArcelona bulan mei lepas. Itu baru aku kategorikan bermain burok.
Glory glory Manchester United and hail all setan merah at sokernet!
ya j or ji,anda peminat yg peka.
aje nye iye....
teman nyokong mike yop lucius.....
Kalo nak kire cantik.....
mesti team 'GOL dan GINCU' dan lame menang segale cup.....
no need too emotional......
football just football
kalo menang kite sorak...
kalo kalah kite diam....
go the blues......
Hahaha, emo macam kena PMS je peminat bola Inggeris kat sini.
Ui..
Banyak betul yang anti Liverpool..huhuhu
Takpe..rileks2 sudah..
at the end of the game,
man utd 2-1 arsenal...
simple as that.
:)
tapi rasanya manchester united dengan arsenal lagi bersejarah dari chelsea yang baru berapa tahun dikenali ramai.
hahahahaha
sejarah?baik sokong leeds ke...nott forest ke,
aaa...piala dunia sokong hungary la...x pun uruguay ke USSR atau pun west germany...
aku x hipokrik..aku muda lagi,bkn bak kata lucy,pakcik2 tua separuh abad rambut botak.aku pun baru je kenal bola sepak ingeris.aku bukan dilahirkan pada tahun 1958.
yaa,sejarah korang hebat...(sejarah melaka dulu pun hebat) so what?x jejas pun...
kepada kelab besejarah,bangga2 la dgn sejarah anda...skuad ranum chelsea mau bikin sejarah.. :P
Kecoh ahh kau Mizu. Kata tak payah emo, tapi aku tengok kau plak terlebih2 emo... rileks la beb... buat satira sudah.
Setakat nak bikin sejarah tak payah kecoh2 beb. Nanti sejarah tak terlakar, lu plak bedarah telinga dan luka di hati sebab kena bambu ngan fan2 lawan...
hahahah
Harap ref tolong bole ar...
man u main 12 org...tambah Mike Dean sorg lg.
dulu ref botak tolong.
kita tgk sjauh mana man u boleh p tahun ni..
mizu ko eja hipokrit pon salah. hipokrik. haha. hipokrik. haha. hipokrik. haha.
kalau arsenal tu a better team masa lawan man u, takkan boleh ada own goal. own goal tu adalah satu kesilapan besar yang akan terus diingat berbanding cara permainan pada waktu itu.
cool bro2 sume..lu org masih x dapat tgkp ape yg bro lucy tulis ni nmpknyer...
yg penting menang...kalo men cantik tapi kalah..xgune...xkesah la penalti ke...offside ke...men keras ke...rilek2 sudah sesame kte...
player tu gaji puluh2 ribu..gado dalam padang..kat luar minum teh lepak mamak sekali gak..same gak ngan SAF n wenger..kat luar ok jer..hehe
aku diam...
lah. ada lagi nak komen pasal game man u - arsenal? udah le tu, jom makan murtabak lagi berfaedah.
...semua itu dan bias si refferee? baru boleh mendabik dada seolah menang dgn penuh bergaya..ceh pigidah.tp gua salute effort lu usha wikipedia
owh c'mon... kaki bangku ke tgk bola sepak tp tgk result je... kite mesti citer pasal corak permainan etc jugak kan?
Peminat Chelsea memang tak cakap banyak sebab diaorang main bola tak best... nak ulas apa?
Ulasan larian referee atas padang lagi sedap dibaca dari baca review permainan Chelsea.. betul tak Lucy?
Buwekk! ;-)
kene bambu bia la beb....kalo x nk kene bambu,g main congkak ke,tgk jgn pandang belakang ke...
eja salah?tapi sampai maksud x?kalo ko paham ok lah...ini bukan blog kementerian rais yatim.ini blog satira...
errr aku emo ke?ermmm emo2 aku x ckp lucah2 lagi kot...ok la kan...hahahah
main cantik ke tak ada aku kesah?klu main cantek tp klh wat per?hnya org yg gagal jer terima kegagaln dgn alasan...matlmt game bola adalh utk mng..utk itu kna score..apa jua cara lantak la..asal ref tak kata apa2...korang nak dive ker drama ke lantak la..tu la seni bola sepak moden skang ni...(fact n knyataan)
lbh baik bikin sejarah sndr drpd bangga dgn sjrh org..tak kemananya...
betul tu..sebenarnya bermain dgn cantik dan kemudian menang adalah best..tapi main cantik, kalah, terima jelah...Setiap pasukan ada acuan permainannya sendiri, lain coach, lain taktikal..nasib juga mempengaruhi..gua rasa,blog ni dah tak humor dan ringan kalau keadaan terus begini..pipi, lu memang terbaik..
ulas ler apa yg ko rg nk ulas. ckp ler apa yg ko org nk ckp. cantik ke x cantik ke yg penting skrg nie 3 point yg bermakna. dan yg paling penting jeng jeng jeng! liverfool masih lg di bwh tapak kaki the red devil!
semua main bola untuk menang...standard la menang kalah adat permainan..haha...tapi aku suka btol bila tgk fan arsenal yg sgt konfiden selepas goal arshavin tu akhirnya malu sebab kalah kepada goal penalti dan terima kasih kepada abou diaby..haha
stail la mizu...gua support lu..ikut suka la nak letak 10 defen ka 5 defend ka..syarat dah 11 plyer..memandai la nak letak mana..pa da..ikut suka la...
haha
tapi bebudak mu mmg fanatik...over...haha
tk ley blah..
owh yg bab liverpol di bawah tapak kaki red devil 2 mmg betulll...
tapi man u dibawah tapak kaki chealsea kot...haha
bau ketiak macham la wei
haha...com on liverpoll..stand behind cfc..haha
aku sokong meyour..!!!!
Catat Ulasan