Hujung minggu yang mengujakan!
"Rendang ayam Spurs memang kegemaran saya dipagi aidilfitri" kata Wayne Rooney.
...............................
Aku sampai mamaks jam 12.30malam. Mamaks baru tanya aku nak minum apa, Defoe dah score! Baru 50 saat! Aku yakin semua fans Spurs masa itu membayangkan pasukan mereka akan berpesta gol. Mereka membayangkan 4-0 mesti dalam tangan. Langsung tak ambik iktibar ulasan-ulasan pra-perlawanan yang aku buat selama ini! Cuba ulangkaji semula preview 2 perlawanan Manchester United sebelum ini( vs. Wigan dan Arsenal), ada aku kata Manchester United akan kalah? Malah untuk perlawanan menentang ayam serama ini pun aku kata Manchester United akan menang 3-0.
Ada kata gua overkonfiden! tak berilmiah lagi katanya! fantasi,ilusi dan kene jumpa doktor!
Sekarang sapa yang kene ambik obat?
Walaubagaimanapun jaringan Defoe langsung tidak mengubah tekanan darah aku. Setenang mamaks-mamaks yang terus berkerja melayan pelanggan, aku sengih-sengih minum teh. Bahagian tengah dikuasai sepenuhnya oleh Manchester United. Midfields tua dan berpengalaman Scholes dan Giggsy berganding dengan yang muda Anderson bermain dengan baik. Bahagian tengah merupakan 'enjin' penting untuk menghidupkan permainan, 'enjin' spurs kondem sepanjang 90 minit perlawanan. Taktikal dan perancangan Pak Alex patut dipuji. Bak kata Harry Redknapp selepas perlawanan, (apabila ditanya tentang comeback yang dibuat oleh Manchester United) "tengoklah berapa banyak EPL dan CL mereka sudah menang!" ..Manager Spurs cakap sendiri ok!
Membuat 'comeback' atau dengan kata lainnya 'mengulang makan rendang ayam dengan lemang' adalah perkara biasa Manchester United. Musim lepas, Spurs mendahului 2-0 sebelum Manchester United kembali meratah ayam dengan kemenangan 5-2. 8 musim sebelum itu juga berlaku perkara yang sama.
Apabila Scholes dikeluarkan pada minit ke 60, Pak ALex terus meletakkan Rooney sebagai topman. Lone striker dengan mengeluarkan Berba dan memasukkan Carrick. 2 bekas pemain ayam yang dah jadi setan. Taktikal yang jelas untuk Manchester United terus menguasai bahagian tengah. Manchester United, yang tidak mengamalkan kaedah meletakkan bas didepan pintu gol untuk mempertahankan jaringan terus bermain seperti 11 orang. Langsung tak terasa kehilangan Scholes. Ayam pun dah kene rendang, bukan masalah lagi untuk diselesaikan, meyaksikan Rudeboy Rooney menunjukkan bahawa beliau adalah striker terulung England, menggelecek 2 pertahanan ayam dan melorongakn bola dicelah kangkang Cudicini yang bagaikan ayam berak kapur. Klimaks!
Dimana John Lennon? dalam kubur! Aaron Lennon tak menjadi malam tu. Evra dan Vidic berjaya mensaiko bahagian serangan Spurs. Main kat padang sendiri pun takut dengan saiko Vidic. Sila klik untuk lihat rating pemain. Nanti ada yang kata aku pandai-pandai je letak rating. Tak berilmu la..blabla pandai-pandai kata posession Manchester United lebih, sebab menang la..
...........................................
Aku juga menonton perlawanan Man City vs. Arsenal dan aku tak sabar nak tunggu Adebayor bertemu Vidic!
Untuk semua fans Manchester United, kita tiada pilihan, selain terus poyo dalam keadaan gembira tetapi tenang. Kalau Manchester United kalah, sudah tentu fans Ayam akan berkokok berdegar-degar walau ekor berlumuran najis...
Glory glory Manchester United!
ANDA SEDANG MEMBACA
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
25 Ulasan:
hotspurs tu ..hangat hangat tahi ayam jer ..
menang ngan liverpool hari tu sbb the reds tak panas gi ,, masih cari formation utk backup xavi alonso ..
mari menantikan kekalahan pasukan yg nak masuk big four next week! walaupun raya jgn la tak buat review / ulasan ye sokernet!~ :D
syabas bro...entry yang menarik...rendang ayam wayne rooney?? - Klasik!..hahaha...kipidap!
spurs lain mlm tu..modric xde mmg satu hal pon..lennon pon letih tugasan antarabangsa, nmpak sngat...tp spurs mmg btul2 xde suntikan smangat...xde je modric ngan palacious, mmg terjejas...dptkan joe cole pakcik harry sebelum ape2 terjadi...
Ha ha ha...gembira ya kamu semua 'merendang' ayam... haha..
lennon sorang jek la yg penat tugasan antarabangsa tu..huhu
bias sungguh..:P
ahh, lennon sorang la ada international duty, buta sungguh. go go man u mari kembalikan city ke alam nyata. hahaha
kahkahkahkah..pengalaman beb..tu paling penting..jgn panas awl2 je..tgk ball control n posseion mu ibarat langit dgn bumi dgn sours.pastu tak konsisten...mu n chelsea terbaik so far bg aku.
lenon pancit sbb tugasan antarabangsa - lwn slovenia main 2nd half je ganti wright philip, lwn croatia kena ganti dgn beckham menet 80 (ye ke).
rooney main lwn croatia sampai habis, lwn slovenia lepas layan heskey layan defoe pulak... tetap utuh meratah ayam
pomen seksen 7
mu tetap terbaik
oh, tidak sabar mahu lihat city bangun dari mimpi.
klu dah ayam, ayam jugak kan?
hahaha sepurs, sepurs..
mangsa seterusnya----> siti.. eh, city....
glory2 manutd..
"ibu si ibu ayam, telor sebiji riuh sekampung" - jalil hamid.
"sept 14: harga siling ayam mentah melonjak pada paras berjaga-jaga" - Reuters.
"lagi best layan rancangan radio rendang ayam tok wan di sinar fm.." - siti suraya abdul majid.
rendang ayam sepinggan, RM4.80. ayam golek madu, RM14.00. Snack plate kfc, RM 9.80. Ciken wing param taman tun, RM2.50.
Menjadi team ayam tatkala diratah wayne rooney dan setan-setan merah man utd?
PRICELESS!
city tu team faking la.alonso xda liver terus kalah la?bukan dari season lepas memang xpenah menang ke?HAHAHA.
aku tengok kat sebelah juara-juara liga perdana inggeris tu lawa je.tersusun nama manchester united je.
spur mmg x pndai maen...
dh leading pin bleh kalah ag...
ape daa...
hahahaha
glory2 man united...
goblok goblok man united
ciken best..hingga menjilat jari.hihi..
eh nanti 'siti' akan jadi mangsa kita ek?lor.. city.haha..
goal go goal man utd!!
glory2 man utd...
kpd pminat man utd yg tegar..
mcm biase la man utd wt come back..
spurs aym msk rempah je..
campur cili lg cdp skit..(scholes red card)
sokong man utd smp 4eva!!!!!!!
sokong ManU sampai masuk neraka korang...wakakaka..
walaupun aku di hospital, dpt gak aku tengok highlight game tue.....memang mudah dan ayam je lawan spurs nie, takat man shitty tu, ala2 ayam goreng je....
sokong MU je ke masuk neraka?
sokong team lain ada pass masuk syurga on the spot ke? hahaha..
comeback!haha..haha...comeback!!!...haharun...harun...harrun...
Redknapp mungkin kurang ilmu psiko player sendiri untuk bertahan.Oh! lagi satu...6 bulan lebih tak cukup training nak beat Man u.
Haha...run sekali lagi.
Memetik kepada kata-kata j or ji "Untuk semua fans Manchester United, kita tiada pilihan, selain terus poyo dalam keadaan gembira tetapi tenang. Kalau Manchester United kalah, sudah tentu fans Ayam akan berkokok berdegar-degar walau ekor berlumuran najis..."
Hidup J or Ji!
Glory glory Manchester United!
Catat Ulasan