ANDA SEDANG MEMBACA

56

Jejak Kakuta

LuciusMaximus Selasa, September 08, 2009
Aku baru balik dari Perancis, barang dalam beg pun belum punggah lagi.

Pergi Perancis untuk menjejak asal-usul Gael Kakuta, budak muda yang sekarang menjadi tumpuan dunia.

Mula-mula sampai di lapangan terbang antarabangsa Charles de Gaulle, aku tahan teksi Peugeot 406. Kalau pernah tengok filem Taxi yang asal (bukan Taxi ciplak buatan Hollywood), ini model yang sama dalam filem itu.

Bezanya teksi Peugeot 406 ini stok standard dan dipandu oleh Samir Nasri, bukan Samy Naceri (pelakon asal Taxi). Dan Samir Nasri yang pandu teksi ini pula tidak ada kena mengena dengan Samir Nasri yang main dengan Arsenal, walaupun kedua-duanya keturunan Algeria.

Masuk dalam teksi, aku cakap nak pergi Lille, nak tengok rumah Gael Kakuta. Jarak Lille dari Paris ada dalam 211 kilometer lebih kurang, ikut Autoroute A1. Tambang teksi yang mahal memang tidak menjadi masalah kerana semuanya Sokernet, Laman Web Rasmi Bolasepak Dunia, yang tanggung.

Dalam perjalanan, Nasri, si pemandu teksi bukannya si pemain Arsenal, bertanya tujuan aku bertandang ke Perancis. Nak kata balik kampung beraya, macam bukan.

“Abang tengok muka hang ni macam bukan orang sini. Mai mana?”

“Malaysia”, aku jawab sepatah, selalu memang malas pun nak bersembang dengan abang teksi.

“La awat hang tak cakap awai-awai! Abang mai Kodiang, dekat doploh tahun dah dok kerja cari makan sini. Mesia lagu mana la ni? Madey dok jadi PM lagi ka?”

Biar betul abang teksi ni asal Kodiang. Macam tak percaya aku, mimpi apa kot?

“Excusez-moi, we have reached Lille, monsieur”, sapa Nasri, abang teksi yang kononnya asal Kodiang.

Cit! Aku mimpi rupanya. Sambil lap air liur basi di bibir, aku bayar tambang teksi dan bergegas keluar.

Dekat dua jam berkereta akhirnya aku selamat sampai di Lille, tempat bertapaknya Lille OSC, kelab yang bersaing dalam Ligue 1. Dari sini untuk menjejak rumah asal Kakuta tidak sukar. Sebut saja nama Kakuta dan semua orang kenal anak muda yang diberi jolokan “Black Zidane”.

Aku bertanya pada seorang anak remaja, Jean Abidal yang sedang menimbang bola di kaki lima. Ingin tahu dengan matlamat aku menjejak Kakuta, Abidal bertanya misi aku yang sebenar.

Aku ceritakan segala-galanya. Tentang kerja aku sebagai penulis tamu di Sokernet, kegilaan aku terhadap Chelsea dan bagaimana insiden Kakuta ini membawa aku terbang jauh ke Perancis, walaupun dekat-dekat musim raya ni susah nak dapat tiket sebenarnya.

“Pergh, brader ni penulis Sokernet ke? Saya selalu baca Sokernet, memang best,” pintas Abidal dengan pantas.

Macam tak percaya pun ada. Aku ingat aku bermimpi lagi, tapi air liur basi tak meleleh jadi agak mustahil aku bermimpi.

“Kat Perancis ni sekarang boleh kata semua peminat bolasepak baca Sokernet. Tapi apasal cerita pasal Ligue 1 langsung takde bro?”

Aku jawab setakat ni belum ada penulis berwibawa yang boleh ulas pasal Ligue 1. Lagi pun kat Malaysia 99% layan bolasepak England, lagi 1% layan bolasepak tempatan. Nama je dah merdeka 52 tahun tapi biasalah minda masih dijajah. Termasuk aku sekali. Salahkan sultan bola, aku tambah lagi.

“Sebenarnya kitorang dekat Lille ni pun tak berapa berkenan dengan Kakuta, sebab dulu dia join RC Lens. Nasib baik Chelsea dah rembat dulu. Kami semua dekat Lille ni kira berterima kasih jugalah pada Chelsea.”

Memang tidak dapat dinafikan. Kakuta walaupun berasal dari Lille tetapi seawal usia 10 tahun telah menyertai RC Lens sebagai pemain remaja mereka. Lille OSC dan RC Lens adalah seteru utama yang bersaing dalam Derby du Nord. Untuk membiarkan RC Lens memiliki ‘Black Zidane’ adalah sesuatu yang tidak dapat diterima oleh penyokong Lille OSC seperti Jean Abidal.

Dari Abidal aku diberikan petunjuk ke rumah keluarga Kakuta. Belok kanan, belok kiri, jalan lurus, jalan bengkang-bengkok, semua ada. Sebelum aku beredar Abidal sempat bertanya soalan cepu mas.

“Bro, betul ke Pipiyapong tu zahirnya Arsenal tapi batin, Manchester United?”

Aku memilih untuk berdiam diri. Soalan macam tu biarlah tuan punya badan yang jawab.

Selepas beberapa minit berjalan dan beberapa batang rokok dihabiskan, er, maksud aku orang lain di tepi jalan yang aku ternampak hisap rokok, aku tak hisap sebab puasa, akhirnya aku tiba juga di rumah keluarga Kakuta.

Sebenarnya rumah lama yang telah ditinggalkan. Di sini aku berjumpa dengan seorang lelaki Perancis yang telah berjanji untuk menceritakan segala-galanya tentang Kakuta.

Namanya Gregory Daudus. Dua belas tahun dulu Daudus kali pertama melihat Kakuta bermain bolasepak di kawasan ghetto Moulins, selatan Lille. Kawasan yang penuh dengan pendatang Congo, macam Kakuta sendiri.

“Gael Kakuta selalu bercakap mengenai bagaimana dia mahu menjadi pemain bolasepak ternama dan memberi makan kepada keluarganya,” kata Daudus.

Aku duduk sebelah Daudus. Dia keluarkan sekotak Gauloises dan menghulurkan sebatang kepada aku. Aku tolak dengan sopan, puasa. Daudus geleng kepala dan menyalakan sebatang untuk dirinya.

Asap tembakau hitam Syria bercampur dengan tembakau Turki mencucuk hidung. Macam best, aku kata dalam hati.

Aku minta sebatang. Daudus sengih macam kambing. Ini rokok Jean Paul Sartre dan Albert Camus, rugi kalau tak try. John Lennon pun hisap menatang ni.

“Bila Chelsea datang dan tawarkan £1,000,000 hanya untuk tandatangan Kakuta, mustahil untuk mamat tu tolak. Kakuta terima tawaran Chelsea. Duit tawaran itu sebahagiannya digunakan untuk membeli apartment baru buat keluarga Kakuta. Apartment yang lebih baik dan selamat dari apa yang kita lihat sekarang ni.”

Aku tengok kawasan sekitar. Hujung jalan sana sekumpulan pemuda Congo sedang melepak hisap rokok sambil main terup. Muzik Ndombolo dendangan Awilo Longomba berkumandang dari mini compo second hand mereka. Aku bajet dalam poket masing-masing ada pisau lipat.

Kawasan Moulins ni memang kawasan mereka. Bukan boleh suka-suka masuk, bahaya. Lebih kurang macam masuk kawasan perkampungan pendatang Filipina di Sabah. Menempah maut. Silap-silap kena kerat. Kalau nasib baik sikit, kena kahwin dengan perempuan Filipina. Memang Pangako Sayo.

Gregory Daudus yang bertugas sebagai pekerja komuniti di Moulins bertanggungjawab membawa anak muda keluar dari jalanan dan melakukan sesuatu yang berfaedah. Dalam kes Kakuta, mengasah bakatnya menjadi seorang pemain bolasepak.

“Gua latih Kakuta sehingga umurnya 8 tahun, lepas tu dia masuk Akademi Bolasepak Lens dan kemudiannya bermain untuk skuad remaja RC Lens.”

“Kakuta adalah pemain muda terbaik yang pernah gua latih. Dia memang berbakat dan sungguh komited untuk mengubah nasib keluarganya. Kadang-kadang bila gua balik dari latihan gua nampak Kakuta masih berlatih seorang diri. Sampai jam 10 malam pun dia masih berlatih menendang bola ke dinding batu.”

Aku terharu. Terfikir juga, kalaulah ada 11 budak macam Kakuta di Malaysia, aku yakin bolasepak kita pun boleh maju. Ini tidak, main bola sebab nak pakai kereta bukan nasional, lepas tu kahwin dengan artis kat Siam. Apa barang?

“Kakuta main bola macam nyawa mamat tu bergantung kat bola.”

Aku tenung Daudus dengan mendalam. Berfalsafah pula mamat ni. Tapi sebenarnya niat aku tenung sebab nak paw Gauloises lagi sebatang.

Bila Chelsea datang dan tawarkan kontrak untuk Kakuta yang berumur 16 tahun ketika itu, sedikit pun tidak terlintas di fikiran anak muda itu akan kesan perbuatannya. Apa yang Kakuta tahu, wang yang ditawarkan lebih lumayan dari apa yang RC Lens pernah bayar, itu pun kalau ada.

“Setakat kelab ciput macam RC Lens, bayar tambang bas bolehlah kot?” tokok Daudus.

Gael Kakuta tandatangan kontrak profesional dengan Chelsea. Anak muda ini dibawa ke England, makan minum, pakaian dan tempat tinggal ditanggung oleh Chelsea. Kakuta dibayar elaun bulanan yang digunakan anak muda ini untuk menyara keluarganya. Bagi Kakuta, cita-cita menyara keluarga sudah tercapai.

“Lu bagi tau gua, bro. Mamat bola mana yang tak nak main dengan kelab besar, macam Chelsea? Yang boleh jamin hidup dia dan keluarga dia?,” tanya Daudus pada aku. Aku tak jawab, sebab aku bukan player bola. Tulis kat Sokernet ni pun tak dibayar gaji.

Tapi bagi RC Lens, perbuatan Kakuta adalah satu pengkhianatan. Dan Chelsea dilihat dalang yang telah menghasut Kakuta untuk belot kepada RC Lens. Dua tahun setengah selepas Kakuta menyertai Chelsea, secara tiba-tiba RC Lens mengadu kepada FIFA.

Perjumpaan aku dengan Daudus singkat. Hari dah petang dan aku kena bergegas balik ke Malaysia. Apa barang buka puasa kat Perancis, sana tak ada roti John.

Dalam perjalanan pulang, aku sempat baca akhbar-akhbar sukan Eropah. Lepas kes Kakuta dan Chelsea, banyak lagi kes lain sudah mula timbul. Le Havre mahu saman Manchester United atas kes Paul Pogba. Crewe Alexandra mahu saman Liverpool atas kes Max Clayton. Leeds United mahu saman Everton atas kes Luke Garbutt. Bunyamin Omar pindah dari Kedah pergi UPB-MyTeam tak kecoh pun?

FIFA sudah jatuhkan hukuman. Terpulang pada Chelsea untuk buat rayuan. AS Roma, AS Saint-Etienne, FC Sion, FC Wil 1900 semuanya pernah dikenakan hukuman yang serupa dengan Chelsea, telah membuat rayuan dan telah dikurangkan hukuman. Ada bukti-bukti kukuh bagi Chelsea untuk menang kes ini.

RC Lens menuntut ganti rugi hampir £1,000,000 dari Chelsea dan Kakuta. Mengikut hukuman FIFA, Kakuta dikehendaki membayar sebahagian dari ganti rugi tersebut. Tapi keluarga Kakuta tidak perlu risau.

Jika sekali pun Chelsea gagal dalam rayuan mereka, Kakuta pastinya tidak perlu keluar satu sen pun untuk membayar ganti rugi kepada RC Lens.

Semuanya ditanggung beres.

(Cerpen diilhamkan dari artikel ini)

56 Ulasan:

bekam berkata...

terbaikk!!

Unknown berkata...

huhu..mmg bez la bro..

Zull berkata...

kat lille xde roti john eh? haha. shial.

mizu_sama berkata...

good articel

Azlan Zed berkata...

kan gua dah terclick page3.com...

:P

mizu_sama berkata...

secara jujurnya aku beterima kasih kepada fifa sebabnya

1)kalo x kerana tindakan nih,x de sape kenal kakuta..dan x de sape kenal chelsea youth

2)aku x payah pening2 pikir,bintang mana akan di bawa masuk ke pasukan chelsea utk 2 musim perpindahan

3)budak2 chelsea tumpang gembira kerana peluang utk bermian 1st team makin cerah

3)tiada lagi pembelian bahalol

dan sebenarnya tempoh di 'ban' belum muktamad. rayuaan dalam proses..aku bajet,chelsea ttp kena ban...tapi 1 musim perpindahan je kot..we will wait n see :)

Tanpa Nama berkata...

Kakuta tu asalnya dr India.. bukan seperti yg digembar gemburkan oleh sipengarang.
Namanya sempena salah satu bandar terkenal India.. Calcutta... seperti yg dinyanyikan oleh Dr Bombay.
Cal kala kuta kuta kuta eyo eyo

FdausAmad berkata...

Lucy,

Gua nk tanya Frank Arnesen kenapa boleh menyorok bawah ketiak Abramovich tanpa ada gusar dihati?,

Mana?, mana? mana?

Sergio Tajero
Slobodan Rajkovic
Franco diSanto
Tom Taiwo
(nama nama yg tak berapa nak melelh air liur)

Mana depa ni, pi kokdiang?,
awat tak main kt Chelsea?, reserve pun tak main?

Hah bukan sekupang dua beli tu.
Ratus ratus juta pound juga.

Gua syak brader Frank ni kerja dia jadi child trafficker sebenarnya..gua taknak spekulate lebih lebih,'child traffiker untuk kegunaan Abramovich?', ohh gua tak sampai syak macam tu..
Patutla Frank Arnesen masih boleh lepak2 di Puerto Banus tanpa gusar dihati.

Macam mana nk komen?

Sam Wallace email ke gua tanya,dia salah email..selalu macam tu.

LuciusMaximus berkata...

Aku pun saspek benda yang sama. Tapi Pipi tak kasi beli tiket pergi India, dia kata ni Sokernet, bukan Kriketnet.

FdausAmad berkata...

Lucy,

lu rasa sapa yang nk kena jd 'kambing hitam' kali ni?

Ok ini satu fundamental question..
Kenapa setelah apa yg terjadi, Frank masih rilek rilek?, Murinho kantoi, Avram Grant kantoi,Scolari pun lauk..tapi kenapa setelah bertahun2 Frank masih tak kantoi?,adakah beliau Jambu kepada Abramovich?.Ahh next season bye bye la Ancelotti..
Frank?,kehkehkeh..pegi MAldive pulak pekena pantai...

Dewajiwa berkata...

"Ini rokok Jean Paul Sartre dan Albert Camus, rugi kalau tak try. John Lennon pun hisap menatang ni."

siut lah sampai brand tu pun ada.

oh..takpe, isu nie kecik je bagi Chelsea. duit banyak tu. cuma, mungkin di Chelsea, budak kecik nie tidak lagi tendang bola sampai kul 10 malam.

Pali berkata...

walopon ko fans chelsea, tp artikel ko nih memang best!

lagi2 tang kesangsian kegunnersan pipiyapong tu...hahahaha

Hensembaink berkata...

kalau ada butang 'like' aku dah tekan dah.

Unknown berkata...

“Bro, betul ke Pipiyapong tu zahirnya Arsenal tapi batin, Manchester United?”

Tanpa Nama berkata...

macam2 alasan ko lucius
lancau lu...
dah kna ban tu trima je la
man u 4ever
rooney dive time main tuk england xde kna ban pun
hahaha
mati kau
bgs ko duk pasar pilipin makan nasi goreng ayam banjir
haha

Alexia Aqram berkata...

lucy, kau layak gantikan shanon ahmad lah.

:)

Tanpa Nama berkata...

btol2. dan kene ban tu terima ja la.. adoyaiii.

meor-name-depan-ku berkata...

bende2 cam ni aku dah nampak mase UCL 2nd leg, lwn Barclona mase tu....korang pun tau ape terjadi kat game tu.......

ade yang cakap UEFA ade pakatan yang tak nak team EPL main final....

dorang cam nak boikot Chelsea.....

so, aku tak heran kes kakuta ni.....
mesti ade something wrong.....
sebab dalam UEFA ngan FIFA tu yang jage adalah 'orang biase'.......


so, nak tak nak BALLACK kene dipertahankan...hahah

wikwiki berkata...

cool..cool bro..
fan man u kena cool
menang sorak, kalah stay cool..

karim berkata...

kakuta who?

mat jagung berkata...

hak ela...gaya penulisan nk tiru bro pipiyapong. cubalah cari idea fresh skit lucy... Ni balik2, konon2 pegi naik kapal terbangla, apela... Tak ubah mcm pipi. Tapi pipi punyer paling terbaik ar...
sori bro,try again...n try carik kelainan skit dlm penulisan..Jgn marah,hanya menegur..

LuciusMaximus berkata...

Jagung bakar sapu planta ada tak?

mat cornflakes berkata...

hak ela mat jagung, kurang2 pun lucy pandai menulis tak macam ko. sebab tu bro pipi jemput dia, bukan ko! huhu!

Tanpa Nama berkata...

tiru tak tiru..lu tuh lansgung haram tak reti buat apa..hidup menumpang senang hasil kerja orang..bodoh punya mat jagung!

maoi berkata...

sampai gaya penulisan pun nak komen.. apa jadahnya mat jagung ni.. janji semua peminat sokernet terhibur sudah..

hafizudin berkata...

mana pegi warga sokernet ni!! sepi je. tak update pong.

maoi berkata...

aku syak diorang semua tengah sibuk shopping raya la..

Jorji berkata...

Gael fucking kalkuta!
sudahnya aku layan semua youtube lawak hitler.

nway.. aku takleh komen atau kutuk sebab Manchester United pun berada diambang bahaya jugak pasal kes child trafficker ni.nanti kang cepat sangat la pembalasannya.

nice story. kokdiang rules!

bani berkata...

mat jagung. jenis manusia cari flaws orang saja. apala.

Dewajiwa berkata...

siul lah. mana Shoutbox Sokernet?
tak syok lah post banyak kali nih.

semenjak kes kalah ari tu terus buang Shoutbox ke? hehe.

Tanpa Nama berkata...

salam..
woits PP and the kem arsenal sekalian..
lagu ini ditujukan khas buat kipas susah mati Gunners LaYaNn...

jangan kau berputus asa...

http://video.tagged.com/?v=i6X6q-0Log4

-adem-

joepoyo berkata...

woi!!! mana ni!! takde worang ke?!!!

FIRZA berkata...

xyah kupas pun takpe bnde ni lucius.....rilek2 sudaaa....kupas kelapa lagi baekk!

ayobkelubi berkata...

kejap

pasal cerpen imajinasi lucius ni pun lu orang boleh up jadi isu hanginnnn.. heran gua.

rileks geng,sekali-sekala layan bolasepak fantasi. apa salahnya.

maoi berkata...

bukan hari ni patut nya ada post dr penulis jemputan bertuah ke?

mananya??

iftitah berkata...

takpe.. chelsea kena belajar lagi dari arsenal 'how-to' rembat pemain-pemain muda ni.

fabregas tu arsenal rilek-rilek je rembat dari barca. barca time tu pun tak penah tau fabregas tu player diorang sendiri.

Tanpa Nama berkata...

woi woi
komen bola lah, jangan nak gaduh sapa terer tulis blog!

Lucy, blog lu bila nak update?

Kamarul XY berkata...

Check Check !! Rock Rock !!

Tanpa Nama berkata...

chelsea fans suma bullshit
sapot chelsea pun lepas kna bli abramovich
poyo la korg
poser jak byk...
mcm fans ManU gak
poser je lebih
dok sna sni tayang jersi ManU
kalau siam xpe,ni indon
hakhakhak

the kop still d bez
n spurs frenz
pegi buat kubur sndri korg fans chelsea sm ManU
hahahahaha

Kamarul XY berkata...

World's Best List Ranks Roma As Best Italian Club
The Giallorossi are the best Italian club, according to a list drawn up by the IFFHS
Sep 4, 2009 12:27:18 PM


Roma are the best Italian club, according to the annual list of the world's best clubs drawn up by the International Federation of Football History and Statistics (IFFHS).

The Giallorossi are 12th in the list, jumping 12 places compared to their position last year, making them the best Italian club in the list. Manchester United are first, followed by European champions Barcelona.

Juventus are 15th in the list, dropping three places, followed by Inter who are a place behind, but they have improved compared to last year's 18th position. Milan are way down in 36th place, behind Udinese who are in 26th.

Sampdoria, who finished runners-up in the Coppa Italia, are in 49th spot, while Champions League hopefuls Fiorentina are in last poisition on the list of the 50 best clubs.

The IFFHS, an organisation founded in Germany in 1984 that chronicles the history of football, arrives at its rankings by taking into consideration the results of twelve months of continental and intercontinental competitions, national league matches (including play-offs) and the most important national cup (excluding points won before the round of 16).

medihebat berkata...

cilake...aku ingat aku sorg je sangkut...rupanya jorji pon sangkut tgk sume video hitler...

weh...penyokong kop pon ramai yg poyo...
EH...BAJU ADA CARLSBERG LA...TAKLEH BELI...TAPI AKU TRU...TAPI AGAMA...TAPI...TAPI...AH BELI JE LA...ALAMAK TAK CUKUP DUIT PLAK...BELI SIAMPUNYA LA...ADA YG TAKDA LAMBANG CARLSBERG...

p.s - peminat Chelsea dari zaman Hoodle jadi manager...

Tanpa Nama berkata...

BILA NK ADA POST BARU NI..
ASYIK LAMA JER.
XKAN LA SUME PEGI CARI BUKTI KAKUTA, POGBA, HELEN, TOM & JERRY KOT.
KARANG X PASAL2 BLOG LAIN KIDNAP AKU, CM CHELSEA KIDNAP KAKUTA... AKU NI PMBACA SETIA SOKERNET.
JANGAN BIARKAN BLOG2 LAIN BUAT TAWARAN ISTIMEWA UTK AKU, AKU BLAH KARANG... HAHAHA

robb16 berkata...

tah..kitorang saport chelsea dari zaman zola ngan flo..aku pun muda lagi..takde la tau sangat sejarah liga inggeris yang liverpool bangga-banggakan sangat..aku hidup era flo,aku ikut gaya haselbank..takdenye poser ngaku fan bila dah banyak kejuaraan..

Tanpa Nama berkata...

tak macam liverpool..haprakkkkk..gile glamer pasal sejarah..tah pe2 je fan die

fiza berkata...

rileks, rileks semua. mungkin abang2 sokernet kita ini sedang memanfaatkan hujung2 Ramadhan ini dengan amal ibadat tak putus2. kita doakan mereka menemui Lailatulqadar. amin..

mat jagung berkata...

aku hairan melihatkan ada manusia dungu yg melemparkan kritikan dan hinaan tanpa menyelidik. Aku respek lucy cara die jwp kritikan aku tanpa melatah. Tp yg lain pulak melenting mcm kera kena api. Belajarlah membuka minda dan tenang menghadapi kritikan ye anak2....Salam ramadhan..

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Apa sebut sebut nama gua ni? Gua nak zikir bola pun tak senang...

mizu_sama berkata...

hapdettt

kakuta score twice lawan jepun U19

kakuta,bru 17

final score 3-3

ymn berkata...

hahaha ..

gerard score 2 bijik superb goal..

goal lampard ...goal biasa biasa jer..

goal rooner . consider goal saguhati ...

joepoyo berkata...

halemak aii!! tiadak lagik kak hapdet terbaruk kitak hai!!!! femalas la ini orang2 sokernet.

medihebat berkata...

unta sana fadang fasir fun tidak malas masham ente...

Tanpa Nama berkata...

Poyo la mat jagung ni..rembat baru tau

bigbrother berkata...

hahaha..chelsea da kena ban!!
man u la 4ever..

bucu meja berkata...

kepala otak kau man u la 4ever.

Tanpa Nama berkata...

GIA LETIH!!!

punya la panjang artikel dia pastu nasi tambah komen berjela sampai 55 baru bleh update..

Gila haram macam gampang.. hahaha kurang sket poin pahala tuh.. kurang 1 harakat..

pecah usus aku baca entry ni HAHAHAHAHA

-adem-

angeldream berkata...

jadi fans sejak power ka , roman beli ka , kerry dixon balik kampung beraya ka, setiap club mesti la ada generasi fans dia, takkan nak bajek kelab ditubuhkan terus ada hard core fans.

:angeldream:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...