ANDA SEDANG MEMBACA

32

Khairul Azman Mohamed

Lucius Maximus Isnin, September 21, 2009 ,
Tahun 1992, Stadium Darul Makmur di Kuantan akan dipenuhi sekitar 20,000 penyokong setia Pahang yang mahu menyaksikan skuad Tok Gajah mereka beraksi dalam Liga Malaysia. Di hujung padang, di tengah pintu gol Pahang berdiri seorang lelaki tinggi lampai dengan rambut panjang bertocang. Suaranya lantang memberi arahan kepada barisan pertahanan Pahang, sambil tangan bersarungnya sekali-sekala memberi tunjuk arah.

Lama sebelum Real Madrid muncul dengan idea Galacticos mereka, Pahang terlebih dulu memulakan projek sedemikian. Atas titah baginda Sultan Pahang yang mahukan Piala Malaysia dibawa pulang ke Kuantan, Pahang membina skuad yang dibarisi Mubin Mokhtar, Zainal Abidin, Dollah Salleh, Fandi Ahmad, Borhan Abu Samah dan Alan Davidson. Tetapi ada satu posisi yang pemainnya tidak perlu diganti. Posisi penjaga gol Pahang kekal milik Khairul Azman Mohamed, lelaki tinggi lampai bertocang yang kali pertama menyarung jersi Pahang di tahun 1985 ketika baru berumur 17 tahun.

Siapa yang tidak kenal Khairul Azman? Dia bukan sekadar penjaga gol Pahang tetapi juga penjaga gol Malaysia. Dan ketika zaman kemuncaknya Khairul Azman pernah dinobatkan sebagai penjaga gol terbaik Asia.

Kehadiran beliau di pintu gawang menggusarkan banyak pemain serangan lawan. Khairul Azman adalah benteng terakhir skuad Pahang dan beliau bukan penjaga gol yang mudah dibolosi. Reputasi beliau meletakkan Khairul Azman sebaris dengan V Arumugam dan Rashid Hassan.

Ketika Khairul Azman bermain atas padang bolasepak, Iker Casillas masih lagi bermain di atas padang permainan kanak-kanak.

Tahun 1993, Khairul Azman membantu Malaysia menjuarai Piala Merdeka selepas menewaskan Korea Selatan 3-1.

Keutuhan beliau menjaga gawang Pahang membawa skuad Tok Gajah itu bergelar juara berganda Piala Malaysia dan Liga Malaysia pada tahun 1992. Khairul Azman turut membantu Pahang bergelar naib juara Piala Malaysia tahun 1994.

Tahun 1995 menyaksikan lelaki tinggi lampai bertocang ini menyeberangi Laut China Selatan dan berhijrah ke Sabah. Khairul Azman membantu skuad Badak memenangi trofi pertama mereka, Piala FA pada tahun 1995. Tahun berikutnya, Khairul Azman memainkan peranan membantu Sabah menjuarai Liga Malaysia, kejuaraan kedua negeri di bawah bayu sehingga kini.

Tahun 1996 juga menyaksikan Sabah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia buat kali pertama. Namun skuad Badak tewas di tangan Gergasi Merah, Selangor.

Kebolehan Khairul Azman tidak terhad di kancah domestik. Beraksi untuk Malaysia dalam Piala Tiger 1996, beliau membantu Malaysia bergelar naib johan setelah tewas kepada Thailand 1-0.

Pencarian Piala Malaysia Khairul Azman bersama Sabah bagaimana pun tidak kesampaian. Layak ke akhir dua kali pada tahun 2002 dan 2003, tetapi sekali lagi tewas kepada Petaling Jaya dan Selangor. Khairul Azman akhirnya mengambil keputusan untuk menggantung but bolanya pada tahun 2005 selepas gagal pulih dari kecederaan.

Di mana abang Khairul Azman sekarang?

Beliau kini menetap di Penampang, Sabah bersama isteri Caren John Bion dan anak. Beliau kini tidak bekerja dan hidup bergantung pada bayaran bulanan Perkeso berjumlah RM540 sebulan.

Kenapa aku menulis tentang abang Khairul Azman?

Kami berbual di telefon petang tadi. Dan dari perbualan itulah aku mahu bercerita tentang kisah beliau di sini.

Abang Khairul Azman yang pernah kita kagumi kini tidak lagi bekerja kerana kecederaan yang beliau hadapi kesan dari sukan bolasepak kesayangannya. Kecederaan beliau mengakibatkan kedua-dua lututnya sakit dan tidak berfungsi dengan baik. Lutut kanan kehilangan ligamen, tendon dan miniskus. Lutut kiri pula ketiadaan ligamen dan tendon.

Dua kali setiap minggu beliau berulang ke Hospital Queen Elizabeth untuk mendapatkan rawatan mengurangkan kesakitan.

Biaya pembedahan bagi menggantikan ligamen dan tendon beliau boleh mencecah sekitar RM16,000.

Tanpa pekerjaan dan pendapatan tetap serta keluarga untuk disara, sukar buat beliau mengumpul dana bagi pembedahan tersebut.

Malam ini, Buletin Utama TV3 melalui slot Buletin Sukan bakal menyiarkan kisah Khairul Azman.

Sokernet juga turut menyeru semua pembaca dan pencinta bolasepak di luar sana untuk membantu abang Khairul Azman mengikut kemampuan masing-masing.

Derma untuk beliau boleh disalurkan ke akaun Public Bank milik Khairul Azman Mohamed bernombor 4-8352847-02.

Atas segala bantuan yang disalurkan, Sokernet bagi pihak abang Khairul Azman mengucapkan ribuan terima kasih dan semoga Tuhan membalas jasa baik tuan puan adanya.

32 Ulasan:

Point of View berkata...

Terbaik!

Bukan sekadar sembang bola, tapi juga turut membantu mereka yang memerlukan.

Good job Lucy!

eddie dewanaga berkata...

terima kasih berkongsi info... insyaAllah kami pasti membantu sekadar yg mampu.

FreeMen berkata...

penah mengenali beliau sebagai David Seaman Malaysia. hehe. same posture ngan rambut panjang ikat kebelakang.

mizu_sama berkata...

bagus betul sokernet nie...

lucy,kalo boleh dpt kn acc maybank..senang nk 2u.com

FreeMen berkata...

2u.com kan ade inter-giro banking (eh betul ke? ke interbanking giro?).

MaOi berkata...

zaman2 aku fanatik bola malaysia memang aku respek beliau..

Lucius Maximus berkata...

Abang Khairul tak ada akaun Maybank, minta maaflah.

Kalau berjalan terjumpa Public Bank boleh singgah sekejap. Kalau siapa yang masih dapat duit raya lebih tu boleh hulurkan sikit. Siapa yang sekarang dah tak dapat duit raya, tapi memberi duit raya, mungkin boleh hulurkan sikit pada abang Khairul.

Sekadar yang termampu pun lebih dari cukup. Kalau seorang sedikit tapi ramai-ramai kita membantu, dengan izin Tuhan mungkin dapat menolong abang Khairul kita.

aswe messy berkata...

mase aku maen bola kertas (yg lipat lipat kotak tu)... keeper aku msti brade khairul nih....
striker aku melnikov dgn henry... haha

Pipiyapong berkata...

Gua sedia membantu idola gua sejak tadika ni sedaya upaya gua. Esok gua gegar pejabat tanah Kuantan suruh bagi semula tanah Khairul Azman ni.

Nazri berkata...

so Pipiyapong ni memang sekarang sekarang job dia jadi regular commenter je la ye?

Pegasus berkata...

lagi berita tentang khairul azman..

http://nst.com.my/articles/20090916085730/Article/index_html

asyraf_syafique berkata...

Malaysia ni biasalah, jasa Shah Rukh Khan sebesar Taik lalat dia nampak, jasa rakyat sendiri sebesar taik Kuman Ku2 tak nampak-nampak!

nami o fish berkata...

Itulah akibatnya kalau Presiden FAM bukan pemain bolasepak.

Cuba perhati di Eropah - siapa Presiden UEFA?Michel Platini - bekas striker Juventus.

Siapa penasihat utama Malcolm Glazer di Manchester United - Sir Bobby Charlton,bekas striker Manchester United.

Cuba tengok kedudukan pemain bolasepak selepas mereka bersara - mereka masih ada tempat untuk bergantung.

Selagi FAM dihinggap ahli politik yang tak berpatutan,selagi tu kes Khairul Azman ni masih ada lagi.

Masih ingatkah "Spiderman Malaysia" R.Arumugam yang mati accident tahun 1988?

joey glider berkata...

ini adalah satu-satunya artikel pilihan aku di sokernet..tahniah atas kesedaran ini

Azri Rotten berkata...

aku x tau nak tulis ape, nami o fish dah terangkan segale point yg aku nak ckp. bagus sokernet buat camnih, lapis2 bawah peminat bola sepak bleh kenal legend2 bola sepak tanah air.

alan zed berkata...

inilah nasib legend bola negara kita...

sedih bai...

:(

pjoe berkata...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
pjoe berkata...

oh
this david seaman wannbee
semoga dia cepat sembuh

j or ji berkata...

bila khairul azman menjerit kepada barisan pertahanannya, satu stadium boleh dengar!
bukan setakat pemain pertahanannya sendiri cemas,striker lawan pun goyah dengar jeritannya.

memang idola selepas rashid hassan dan arumugam.
wajib dibantu!

Point of View berkata...

Khairul Azman is better than David Seaman

Azlan berkata...

kekadang aku terfikir, kenapa artis artis Malaysia, atlit atlit Malaysia yg pernah top dulu dulu mcm tak ada saving. Bila dah sakit, baru kita tau yg diorang tak beli rumah, x ada saving etc. Walhal, income diorang semasa tgh top dulu melebihi RM5 000 sebulan. Aku rasa, atlit atlit dan artis Malaysia ni patut di'kursus'kan mengenai perancangan masa depan mereka. Berapa kali kita terbaca dlm newspaper, melodi, berita sukan mengenai mereka yg hidup susah selepas pencen ataupun apabila tidak popular lagi. Kita yg gaji sekitar RM2K atau RM3K sebulan pun ada saving.

Apa apa pun, Khairul Azman adalah salah seorang legenda bolasepak Malaysia. We should help mana yg termampu.

p/s:- thanks sokernet atas program khidmat komuniti ini. terbaek beb!!!!

Andy ionian Zickler berkata...

Bagus2. Beramal untuk komuniti.
Tapi mmg kesian la ligamen lutut dua-dua kaki takde.

medihebat berkata...

tanpa nama tak online ke....?

Apit berkata...

Ak ada acc Public Bank..xpa nnt ak bantu mana yg mampu..ak pun ska tgk dia keper time ak kecik2 tgk bola sblm rasuah dulu..time tu line-up kedah ak hapai kut..dr ahmad sobri smpi nidzam adha..ak time tu baru dajah 1..

asyraf_syafique berkata...

tak banyak pulak komplen ni. tanpa nama pun menghilangkan dirilah pulak.

suram je rasa.

julu berkata...

mantap sial khairul azman..
bdak2 skolah masa tu pn kenal dgn mamat ni..
sama2 bantu dia..

MaOi berkata...

tanpa nama semua dah kena ban.. haha..

tp mana entri baru?

Sang Pemimpi berkata...

mari meriahkan semula sokernet dgn meng'enable'kan komen tanpa nama. just cadangan la...haha

mizu_sama berkata...

sang pemimpi, tok sah la kasi bagi san tanpa nama komen...komen diorg semua ajak gaduh,x ilmiah

-en.sani- berkata...

aku masa darjah 3 main bola pakai boot getah,posisi feveret aku dah tentu gol keeper,dan khairul azman saja aku suka sebab rambut dia macam Seaman...lagi 1 keeper yang paling aku minat adalah Azmin Azram Abd Aziz,sebab, gaya n muka childish dia mcm keeper Mexico zaman World Cup 92, Jorge Campos...sebijik beb...

ape2 pun,tahniah atas keprihatinan sokernet...

link aku hairussani.blogspot.com

SFB berkata...

keeper Malaysia yg cemerlang.. lepas dia retired terus standard keeper malaysia down.. sebijik mcm England lepas Seaman retired... David Seaman Malaysia... :D

mohd fadzli berkata...

kan lebih senang sms xae ker lagi senang bro lagi senang dapat byk sikit kesian tgk dia bro

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...