White Hart Lane cooked chicken fat chilli padi oleh Chef Ashley 'Overlapping' Cole
(Ayam White Hart Lane masak lemak cili padi)
(Ayam White Hart Lane masak lemak cili padi)
Spurs duftenden Zitronen-Gras Huhn rendang bertahi Öl oleh Chef Michael 'Ubermensch' Ballack
(Rendang ayam Spurs serai wangi bertahi minyak)
(Rendang ayam Spurs serai wangi bertahi minyak)
Tottenham capitaine de poulet au curry avec des pommes de terre oleh Chef Didier 'The Drog' Drogba
(Kari ayam Tottenham Kapitan dengan kentang)
(Kari ayam Tottenham Kapitan dengan kentang)
Tiga sajian lauk ayam malam tadi di Stamford Bridge sempena rumah terbuka Chelsea memang yang terbaik raya ini. Memang tak sia-sia aku beraya di Stamford Bridge.
Awal permainan, Jose Bosingwa menguji bekas veteran Chelsea, Carlo Cudicini dengan percubaan luar kotak penalti. Namun tendangan jauh Bosingwa dinafikan oleh tiang reban ayam Spurs.
Spurs memberikan tentangan hebat di awal permainan. Macam ayam di kampung yang melawan dan berteriak lantang bila tertangkap. Ayam bernama Jermaine Defoe membolosi kepungan para penangkap ayam Chelsea tapi cubaan beliau dinafikan oleh Petr Cech.
Ayam Tom Huddlestone menggegar kepungan Chelsea sekali lagi, tapi Petr Cech bertindak bijak untuk menangkis bola. Ayam laga Spurs, Jermaine Jenas pantas merebut bola tapi macam ayam tempang, tendangannya tersasar jauh.
Melihat kepada keliaran ayam-ayam Spurs, Ashley Cole naik ke atas untuk menjalan tugas overlapping fullback beliau. Hantaran Drogba disambut baik di tepian reban ayam Spurs dan melalui satu tandukan padu Cole meletakkan bola di dalam reban pada minit ke-31.
Terkejut, ayam-ayam Spurs riuh sekampung ibarat baru bertelur sebiji. Tapi para penangkap ayam Chelsea tenang di sebalik keriuhan itu. Ini bukan kali pertama Chelsea berdepan dengan ayam-ayam Spurs di Stamford Bridge. Chelsea belum pernah dikalahkan oleh Spurs dalam 23 perlawanan sebelum ini di Stamford Bridge, hampir 20 tahun lamanya.
Masuk separuh masa kedua, Didier Drogba menembusi kelompok ayam Spurs seawal minit ke-47 dan melerekkan bola buat Frank Lampard tetapi cubaan Lampard tersasar dari reban ayam Spurs.
Baru ayam-ayam Spurs mahu bertenang kembali, mereka dikejutkan dari tidur-tidur ayam mereka bila Lampard menarik bola masuk dari garisan padang untuk Michael Ballack menyembelih ayam Spurs yang kedua, tepat minit ke-57.
Spurs membuktikan mutu cap ayam sebenar mereka pada minit ke-62, bila The Drog dengan mudah menewaskan saingan ayam kampung bernama Corluka sebelum memperdayakan Cudicini untuk gol ketiga Chelsea. Darah ayam Spurs menitis di atas padang Stamford Bridge sambil bapak ayam Harry Redknapp menggelupur kehilangan nyawa.
Hari raya memang best dapat makan ayam.
Perlawanan malam tadi adalah derby ke-140 antara Chelsea dan Spurs. Ia adalah kemenangan ke-59 Chelsea ke atas Spurs. Chelsea kini mengekalkan rekod tanpa kalah mereka di Stamford Bridge kepada 21 perlawanan berturut-turut. Kemenangan malam tadi juga adalah kemenangan ke-11 berturut-turut dalam EPL, satu rekod baru untuk Chelsea.
Buat Cap Ayam Spurs, tuah ayam nampak di kaki, tuah Spurs mungkin lawan Arsenal nanti. Harap-haraplah.
18 Ulasan:
Hahaha...macam setan!!
abang ballack memang power
time raya2 nie dpt mkn ayam mmg best.suasana riang raya amat terasa.haha
itu King sama Bassong juga dah injured. Tactical Spurs jadi kelam kabut!
peribahasa tu lawak siot..
drogba apa cerita?
cramp ke atau calf injury?
kalau calf injury memang payah sikit ler chelsea lepas ni
Itulah pasal, kena pula hari raya ni, klinik banyak tutup. Puas aku pusing satu London dengan Drogba tadi, tak jumpa pun klinik yang buka hari raya kedua ni.
brader lou...
lu memang class!
untuk semua pencinta Chelsea, kasih sayang lu orang yg tak berbelah bagi sungguh dihargai... musim ini musim kita, ini bukan satu janji, ini sesuatu yg pasti, keep the blue flag flying high...!!!
buat yg membenci, hahaha... what else should i say, salam aidilfitri!
Salam Sdra. Sokernet,
1. Salam kunjungan dan kenalan. Pertama kali dapat berkunjung ke blog ini, sebuah blog yang memenuhi citarasa diri ini tentang hal-hal bola sepak, tahniah Sdra.
2. Selaku peminat Chelsea sejak zaman Zola, Dennis Wise, Vialli dan lain-lain sehinggalah kini tetap mengikuti perkembangan Chelsea; harapan agar Chelsea teruskan rentak sebegini bukan hanya dalam EPL tetapi semua piala lain khasnya Champions League.
3. Harap juga Chelsea tidak tunduk kepada Man U, Arsenal dan Liverpool (juga meminati Liverpool) dalam EPL (home - away).
4. Apa-apun blog sdra. memang ada kelainan yang bermutu untuk hal-hal bola sepak (bukan memuji tetapi hakikat). Terima kasih kerana menyediakan blog sebegini, saya pun telah pautkan ke blog saya.
Jumpa lagi.
erkkkk!...Alhamdulillah.......sedap2....
rupa-rupanya spurs hanya hangat-hangat taik ayam..
haha
kenyang mkn ayam kat spurs...heeheh..who's next?
keep the blues flag flying high guys... salam aidilfitri...
aku ingatkan resipi masakan ayam tadi,baru aku nak salin resipi..
cap ayam = pretender... :)
harry redknapp tu yg bodoh
bukan chelsea yg terer
lalalala
show terbaik chelsea musim ini..lebih baik dari burnley match. kemas dan tactically brilliant.kita kene kurangkan bergantung pada drog dan serang dari semua angle. baru lebih tajam dan berbisa. apa2 hal,keep it up blues and sokernet crews!
WE JUST LOVE THIS GAME
Hahahh..selamat hari raya dari peminat chelsea kepada semua umat yang Bencinta(benci@cinta) kepada Bola Sepak.
-Aku slalu usha blog nie tapi mlas nak log in bg comment and mmg "tanpa nama" nie mmg anti chelsea la aku ingat-
lu orang takut pehal....? tahun lepas pon camni gak...sume gigil bila drog injured...sekali, sapa jadi top scorer...? amacam....? mesti dah tak takut an an an an....
tongga...tongga...tongga...an an an an an an
ni asal pipiyapong dh lame tak update psl arsenal ni?kalo xnak tulis,bg aku jela..
Catat Ulasan