Lu pehal?
Aku baru lepas ber-konferen video dengan Abramovich pukul 4 pagi tadi. Ancelotti dengan Kenyon pun ada sekali. Sebab konferen tadi masih P&C, jadi aku boleh cerita sikits-sikit je. Eksklusif untuk Sokernet.
Sekarang tengah kecoh pasal Chelsea kena gantung dari membeli mana-mana pemain untuk dua tingkap perpindahan. Maknanya untuk sesi Januari 2010 (pertengahan musim) dan Jun – Ogos 2010 (pra musim) Chelsea tidak boleh membeli-belah seperti kelab-kelab lain. Tunggu nanti Januari 2011 baru boleh Mega Sale.
Hehe, aku nampak bebudak Arsenal, pakar sejarah Liverpool dan Setan Merah tersenyum baca berita ni. Seronok ye?
Tapi hasil perbincangan tertutup antara aku, Abramovich, Ancelotti dan Kenyon tadi, kami semua bolehlah dikatakan masih optimis.
Ancelotti cakap dia bukan tak biasa guna tenaga berumur ni, masa zaman AC Milan dulu pun dia dah buat benda yang sama. Tengok pada Maldini, Gattuso dan Seedorf. Cuma masalahnya di AC Milan dulu eksperimen Ancelotti agak terlebih. Tapi kalau setakat nak guna pemain yang sama sampai 2011, memang tidak ada masalah. Bila tempoh pergantungan dah tamat, kita shopping balik, kata Ancelotti.
Dari Abramovich pula, ‘berpuasa’ untuk dua tingkap perpindahan hingga Januari 2011 boleh membantu dalam menstabilkan akaun kewangan Chelsea. Tidak perlu beli mana-mana pemain tetapi guna yang sedia ada. Satu lagi ini peluang terbaik untuk cuba mengintegrasikan pemain muda dengan pemain utama. Cari keserasian lebih kurang selain memberi peluang pemain muda untuk menimba pengalaman dalam perlawanan liga.
Peter Kenyon dalam perbincangan tertutup tadi mengatakan dia optimis. Dengan penjimatan wang nanti ianya boleh disalurkan ke skuad remaja Chelsea dan akademi bolasepak mereka. Tumpukan lebih kepada usaha membangunkan bakat baru dalam akademi bolasepak Chelsea di Cobham.
Selepas habis pembentangan mereka semua, Abramovich minta ulasan aku. Mula-mula malas aku nak cakap, nombor satu sebab aku mengantuk nak tidur, nombor dua sebab kalau aku bercakap nanti mesti terlepas sahur. Sabah punya waktu Imsak lebih kurang 4.30 pagi macam tu. Aku rasalah, tak pernah sahur pun sebelum ni.
Tapi nanti apa kata mendiang Peter Osgood? Di mana kesetiaan aku kepada kelab?
Dengan mata mengantuk sambil makan murtabak sejuk semalam, aku berikan ulasan aku.
Oleh kerana skuad Chelsea yang ada sekarang pun rata-rata pemain yang agak ‘matang’, kita sedia maklum jika mereka ini sajalah yang kekal sebagai pemain Chelsea hingga 2011, bermakna sebahagian besar pemain Chelsea bakal berada dalam lingkungan 30-an.
Menjelang 2011, Ashley Cole bakal berumur 30 tahun, Carvalho (33), Lampard (33), Joe Cole (30), Drogba (33), Ballack (35), Malouda (31), Ferreira (32), Deco (34), Belletti (35), Hilario (36), Anelka (32) dan John Terry (31).
Kalau sekarang pun mereka semua sudah bergelar pemain yang berpengalaman dan banyak makan garam, aku yakin menjelang 2011 semuanya sudah boleh dikira berstatus penyakit darah tinggi. Dah terlebih garam sangat-sangat. Macam AC Milan pun ada kot.
Tapi tidak perlu panik. Jose Bosingwa, Essien, Mikel, Yuri Zhirkov, Salomon Kalou, Alex, Sturridge, Turnbull, Hutchinson dan Nemanja Matic masih muda. Menjelang 2011 mereka masih di lingkungan 20-an dan persefahaman yang wujud antara kelompok 20-an ini dengan kelompok pemain 30-an boleh menjadi senjata utama untuk Chelsea.
Memang kalau dikira sekarang pemain macam Sturridge, Turnbull dan Hutchinson tidak menonjol. Apa yang mereka perlukan lebih peluang dan pendedahan dan ini adalah masa terbaik untuk Chelsea memberikan apa yang mereka perlukan.
Sambil tengah bercakap aku tengok Abramovich mengangguk-angguk. Confirm aku dapat bonus raya punya tahun ni!
Sebenarnya senario Chelsea tidaklah teruk mana pun. Masih ada Franco Di Santo yang kini dipinjamkan ke Blakcburn Rovers. Juga Scott Sinclair dan Michael Mancienne yang turut dipinjamkan ke kelab lain. Ini semua bakat muda yang kini dipinjamkan untuk musim 2009/10. Musim depan mereka boleh dipanggil balik untuk menggalas tugas di Chelsea.
Selain dari itu, masih ada Gael Kakuta. Ya, mamat yang menjadi punca utama Chelsea dikenakan penggantungan sehingga Januari 2011 dan denda dibayar kepada RC Lens, kelab Perancis. Nama pun Kakuta, memang gempak bai.
Tu belum kira lagi Nana Ofori-Twumasi, Tom Taiwo, Ben Sampayo dan Aziz Deen-Conteh. Dengar nama pun dah tangkap leleh.
Jadi kalau nak dikira sama ada penggantungan ini akan menjejaskan Chelsea sampai kronik, jawapannya tidak. Of course, ikut kata Joe Cole, tahun depan memang tidak ada harapanlah mahu dapatkan Sergio Aguero atau Franck Ribery. Tapi itu tidak bermakna Chelsea kehabisan pemain.
Skuad yang ada sekarang pun sarat dengan pemain berkualiti. Belum kira lagi bakat muda yang sedia ada. Jadi, kitorang rilek je…

Satu cara untuk Chelsea dapatkan pemain baru dalam tempoh penggantungan FIFA.
Buat satu perjanjian rahsia dengan kelab bawahan EPL, mungkin Burnley atau Hull City. Sediakan kewangan untuk Burnley beli pemain baru. Burnley beli David Villa dari Valencia sebagai contoh. Kemudian Burnley pinjamkan David Villa kepada Chelsea, Chelsea pinjamkan Gael Kakuta kepada Burnley. Lepas tu kantoi dengan FIFA sekali lagi.
48 Ulasan:
1st! Hehe!
cuma berharap takde pemain yg blah dari chelsea masa transfer window akan datang.
wa optimis thun ni kemenangan secare cool akn diperolehi walaupun 2 tetingkap perpindahan ditutup kerana gua syak ada org dengki kat Chelsea Chelsea...
gua yakin chelsea akan appeal.
stylo ballack!
romantik ranum yo all
ntahnye.kitorang relek jek.hah.
*fly high the blue flag
cilakak!! masuk bakul angkat sendiri pula lucy hahahahha
babi
ayat lu memang kelas
sekelas kakuta
jadyla mcam man u.
gunakan pmain akademi.
tgk jaa player skang. gege
secara x langsung boleh sep kos...
hehe.
ya betul.
contohilah MU (tidak dinafikan Arsengal juga).
akademi yang bagus bleh jamin kesinambungan menjadi juara tanpa perlu shopping bagai nak rak.
Kah kah kah..baca je nama Seedorf terus aku nak tergelak guling guling...dari rambut rasta sampai takde rambutlah AC Milan simpan dia huhuhu...lawak sialll...
burnley beli david villa, pastu tiba-tiba burnley tanak kasi pinjam pada chelsea.. mau bunuh diri david villa tu.
Chelsea kasi duit kat Burnley suruh beli Villa. Burnley beli Rafa...
STEADY YOB BALLACK.....
DAH PENCEN CHELSEA...MASUK LERR PERAK, SENANG TEMAN NAK JUMPE MIKE....HAHAH
APakejadah Burnley beli Rafa , PP?
elok sngat la tu...nampaknye mudah sikit la tugasan spurs nnti.chelsea yg nmpak tough sikit stakat ni...
sekarang pun game chelsea boleh buat orang ngantuk..2011 golkeeper lawan pun boleh lelap, gigit kat nyamuk,sebab striker2 tua Chelsea tak menyerang!
Hampeh lu Jorji, akan ku pegang kata-kata lu hinga 2011, lepas tu kita tengok bila Chelsea lawan Man U nanti, keeper korang tidur ke tidak, hehe!
Budak2 arsenal x senyum2 pun, lagipun apa sangat la Wenger nak bli2 org ni, baik ternak sendiri. memangla sume tahu, Chelski ni lambat, dh kena ban baru nampak Sinclair la, hutchinson la, Nana Tanjung-Sari, Kalkuta,etc. Sorang je pmain yg chelski ternak sendiri yg bermain dalam 1st team..
Terry. yg len sume bli beb.. kalau xdapat beli, alamatnya skadar team ayam jelah...
lupa nk bgtau, Abrahamovic nangis n mrayu kat Platini agar dibuat undang2 agar kelab xleh bli pemain mlebihi kemampuan diorg, dia cuak beb tgk man city yang kaya raya tu. Sendiri mau ingat la
post terus komen..hampah..siap ketawa sipu2
bonus raya jangan lupa buat kenduri..
oh .. aku baru abis berbuka waktu kajang ..
so x der idea nak sexplain pjnag lebar ..
what can i say .. penulis yg menulis dgn mata mengantuk sambil makan murtabak sejuk mmebuatkan otak dia beku ( ohh maafkan dia kawan2 ).. dia terlupa pasal..marketing , brand and sponsor , bookie and advertising ..merchandise , cendarahati etc ,..
dow ,
skrg nie bukan stkt football anymore, more than that ..
kita tgk ronaldo join galacticos.. bkn sbb ronaldo hebat main.. ronaldo itu lebey kurang or sama standard ngan harun laban..sepak bola , header berlari and jumping..
tapi sbb dia playBoy so dia selalu jadi headline news ..jenama ronaldo boleh naikkn rating real madrid ... yah .. 80000 sambut dia di santiago bernabeu .. simply math 80000 x Rm10( jersey ronaldo)RM800,000 profit ..aahh we talk about profit .. so in future x der player high profail join kelab tamak haloba..
oppss .. 2010 world cup.. 32 negara purata 20 player means ada 640 player .. scout2 , agen semua berkumpul dan wat analisi SWOT ..chelsea x masuk list (hahahaahah)
no more frontpage news anymore .." abu dhabi bincang ngan Chelshit
or "kaka nafi join chelshit" no more speculation no more in buletin utama , blog or any else .. bookie pun x yah wat predication ..apakah no jersey utk player baru chealshit ..
scout2 , agen2 and top mgmt chelshit baca paper smbil makan murtabak sejuk..
wakakakakaka
brapa kerat chelsea punya youth bole kasi impact?
artikel utk menyedapkan hati sendiri ....
celsial memang takleh sign player baru tapi diorang bleh shopping manager baru pat lima orang.btul kan lucey maksimum?
hal kecik jek ni...
chelsea for all!
ahh,fifa leh ban dr beli je...yg kene hanto loan,semua boleh pulang.so stoch,winger slovakia akan kembali.cantekk..kakuta main kiri,stoch kanan,sturidge center..di santo ngan sinclair pun ada..defend?byk sgt pilihan..keeper pun dah ada back up...midfield?owhhh...kasi senior2 pun x pe...baru x gugup.kalo bg budak muda jadi mcm arsenal pulak.yeahhh!! tq fifa for ban us..byk jugak player muda chelsea rupanya...kah kah kah.
defend tweente dr liga belanda akan kembali...geng nemanja matic.serb beb...muakekeke
nemanja matic bajet nemanja vidic ke wei?
matic main midfield,vidic main defend.
dah nampak beza?
persamaan---> 2 2 serb...secara jujur aku x minat matic sebab dia serb.serb kawan2,jgn lupa...apa bangsa serb bikin sama warga bosnia..
Ni semua kerja charlie wilson ni..
oh
kelab yang menang EPL guna berbillion ringgit yu ya?
oh yeah
moneu can buy succes
seriously
oh typo
kita tgk la hujung season ni...rumah seri kenangan mana yg menang...rumah seri setan ke rumah seri singa...?
bulan januari tahun depan ade african cup.drogba,essien,kalou,mikel konfem main cup tu.menggelupur ancelloti pikir macam mane nak ganti player2 tu.haha
rase kan lu lucas
lain kali ko xyah ulas kat sokernet
ko dudok je kat sabah makan tuhau
hahahaha
aku rase pasni abramovic jual balik chelshit
coz memang hobi dia nak beli player2
hahahaha
xpe2...scout chelsea boleh tenang2 je mase world cup tahun dpan...kahkahkahkah
minggu lepas kan..abramovic nk berpakat dgn UEFA nk sekat pembelian gila terutama man city...last2 FIFA tebang chelsi terus..
power sgt ke spurs tu dd
tough sgt ke chelsial ni dd
hahahahaha same level je 2 team ni
bengap due2
eehhh...karim ada la...
wah...anti chelsea makin ramai...well biakan luncai dan labu2 mereka terjun bersama...bia kan...bia kan...
budak2 celsi da gelabah...byk btul angan2..
cam mat jenin haha
relek jer..."cobaan"..biasa la bla team mantap,ada la org dengki..Cobaan...
"Bila team mantap, ada la orang dengki!"
Ini bukan tentang dengki mendengki, tetapi ini soal prinsip dan integriti.
Mendapatkan pemain dengan cara yang salah merupakan tindakan bodoh lagi membodohkan.
Dengan segala kekayaan yang ada, kenapa perlu menjadi seperti penyamun?!
Sudah jadi begini, baru mahu lihat bakat2 yang dipandang enteng di dalam akademi sendiri?
Orang tamak selalu rugi, bagai anjing dan bayang-bayang. Anjing sudah jatuh ke sungai kerana mau merebut bayangan tulang yang terpantul di atas permukaan air.
"Menjelang 2011, Ashley Cole bakal berumur 30 tahun, Carvalho (33), Lampard (33), Joe Cole (30), Drogba (33), Ballack (35), Malouda (31), Ferreira (32), Deco (34), Belletti (35), Hilario (36), Anelka (32) dan John Terry (31)."
Gila babas, semua tua nak menopause!
Terjelir-jelir lidahlah mereka di atas padang bila berentap dengan budak-budak muda!
hahaha... padan muka...!!! ramai giler dah tua2... selalu tua2 ni cepat injured.... takkan nak harap turnball kut..? muahahahaha... kalau trus mnerus injured mau hancur chelsea... relegate ke div 1 cam NU.. - setan merah
man punai-ted pn tgh cuak kes paul pogba...lets c wut will hapen...sanggup rasuah mak bapak nk dapat player...gile najis...ha...ha..ha..ha....hans issac!
pakcik aku peminat KOP...skang umo 43thn...dia kata dulu org slalu kutuk2 dia pasal sokong team power...
dulu org slalu bahan peminat Man u and arsenal sebab poyo...nak sokong team power je...
dulu masa sekolah sume kawan kutuk aku pasal aku sokong team ntah mana liga dia main...Chelsea...
skang pon kena bahan gak lepas Chelsea dibeli oleh hartawan...? ke sebab Chelsea dah power? ke sebab kena ban...? ke sebab penyokong lain dah gigil...? ke sebab tahan lapar sebab posa tak sabar nak buka...?
Catat Ulasan