ANDA SEDANG MEMBACA

28

Prebiu: Chelsea Lawan FC Porto

LuciusMaximus Selasa, September 15, 2009
Abang Drogba yang penyayang menunjuk cara menendang bola kepada adik-adik kesayangannya

Ya, Liga Juara-Juara sudah kembali. Esok Sabah cuti sempena Hari Malaysia, jadi malam ini bolehlah aku cepat-cepat naik kapal terbang untuk ke London (harap Mat Jagung tak marah).

Chelsea akan turun tanpa kelibat Jose Bosingwa dan Didier Drogba, yang digantung oleh UEFA kerana terlebih ramah dan rajin bersembang dengan pengadil Norway dalam Liga Juara-Juara yang lepas. Selain itu ketiadaan Joe Cole, Paulo Ferreira, Yuri Zhirkov dan Alex kerana kecederaan bermakna ada banyak tempat duduk kosong di bangku simpanan untuk pemain Chelsea yang lain.

Situasi Deco pula masih 50-50, tapi dengan mempertimbangkan pertemuan dengan Spurs hujung minggu ini, aku sudah arahkan doktor pasukan untuk tidak memberi lampu hijau buat Deco malam ini.

Ramai sangat yang tak boleh main. Habis tu, siapa yang nak main?

Gael Kakuta? Tak boleh juga, kena gantung dengan FIFA.

FC Porto sebaliknya turun malam ini berbekal kemenangan 4-1 ke atas Leixoes SC. Porto pada masa ini di kedudukan ke-3 dalam Liga Portuguesa, dengan 10 mata dari 4 perlawanan. Barisan Porto juga hadir dengan semua pemain utama tanpa sebarang penggantungan atau kecederaan.

Sandaran Porto malam ini pastinya Falcao, bukan bekas pemain Brazil tu tapi pemain Colombia, yang setakat ini sudah meledakkan 4 gol dalam saingan liga. Turut membantu Falcao ialah Hulk, pemain Brazil dan tidak ada kena mengena dengan Incredible Hulk, setakat ini dengan 2 gol bawah namanya.

Ketandusan pemain, aku sudah menghantar email kepada Ancelotti sebentar tadi. Kemungkinan besar bakat-bakat muda seperti Jeffrey Bruma, Sam Hutchinson dan Fabio Borini bakal diberi peluang untuk beraksi malam ini.

Harapan murni aku, para pemain muda ini tidak terlalu emosional macam bebudak Arsenal.

Tilikan untuk malam ini?

Jeng, jeng, jeng!

1-1. Gol oleh Lampard dan buat FC Porto, oleh Falcao.

Ya aku akui aku kurang optimis kali ini.

28 Ulasan:

Tanpa Nama berkata...

aku pelik la bebudak man u ramai je yg cm sokong arsenal je dalam isu Adebayor ni.. ada udang disebalik mi ni.

Lucy kutuk la coz pasni Man City x lawan .. cuba la kalu next game City lwn Chel$ea(aku letak lambang rinngit je sbb nilai ringgit rendah, nilai Pound utk man cty jek), konpem Lucy post agar disegerakan penggantungan Adebayor serta merta.

LuciusMaximus berkata...

Ish, masa tengah puasa ni tak elok cerita pasal makanan.

Nanti lepas berbuka kita sembang pasal udang sebalik mee, tak pun pasal ayam madu di sebalik timbunan nasi briyani. Tak pun pasal selasih di dasar air bandung.

Pergh!

ymn berkata...

hahahaha ,, mcm FAM x takut nak letak target ...

kami mcm biasa the reds dijangka berbuka posa dgn lahapdan gatas bontas nya ...

Tanpa Nama berkata...

hahaha
knapa predict draw jak????
ka ko x larat nak makan nasi goreng ayam banjir pasar pilipin lagik?
ka ko dah singgah kat bundu tuhan x jumpa tuhan ko?
alasan...
takut kalah...
memalukan...
ko ni lucy,berangan jak byk mcm mat jenin
besa la
chelsea fan mmg koat berangan
hahahaha
UCL pun x kucup lg
kami hntr benayoun pun dah cukup tuk ganyang korg
hahaha

-the real kop-

hanuman berkata...

"Ya aku akui aku kurang optimis kali ini"

kan org dah nyatakan kat situ..KURANG OPTIMIS..fahamkah cik tanpa nama?kita kena realisik la..dah ramai pemain utama yg tak leh main..lwn porto yg main dgn pemain utama..so realistiknya seri je..nak yg tak realistik?chelsea menang 3-1..puas hati cik tanpa nama?hehehe

p/s manusia skang ni suka jer cari kesalahan org lain...klu kita bg prediction seri jer..dia kata otu la ini ni..klu kita kata menang lak dia kata kita kuat berangan la..itu la..kiat takkan dpt puaskan ati smua org...so baik kita ikut je ati kita...ekekekkeke..

*bila sokernet nak wat undian haramkan comment dari tanpa nama ni?bukannya kena ISA pun klu komen kat cni..rmai st yg bacul..

Tanpa Nama berkata...

kehkeh..sembang cam haram

medihebat berkata...

kenapa predict draw jak...? takut ka...? pastu aku malas cakap pasal tuhan macam tanpa nama...

~THE REAL XPDC~

eddie dewanaga berkata...

main kat SB kan..?
boleh makan ni, 1-0.

faez berkata...

stuju ngan hanuman nyer *point.. hehe

Tanpa Nama berkata...

setuju sama point hanuman, tepat lagi bernas!
setuju juga sama prediction. tapi aku cm bayangkan chelsea kena titik 2-0 je. hmmm

Dewajiwa berkata...

Chelsea nie simpan kuku.
sebab saat macam nie diorang ada fokus lain kot.
(komen di atas alasan untuk menyibuk je)
glory glory MU.

seperti komen di entry yang sebelumnya,
aku nak undi supaya disable kan komen tanpa nama.

faez berkata...

seperti komen aku yg stuju ngan cadangan hanuman, aku sokong gak cadangan dewajiwa..

r.k berkata...

aku juga undi untuk *tanpa nama,GTFO

Tanpa Nama berkata...

dengar kata Alex sakit hernia.
Alahai...

Tanpa Nama berkata...

lampard pOn x ley men...smalam cirit..ari ni kincit..

Tanpa Nama berkata...

secirit cirit lampard, semakin ciritlah fans lamaprd

keriangandunia berkata...

weh tumpang tanye.. ape jadi kat quaresma eh? masih lagikah di celsi atau sudah berlayar ke tempat lain? atau berada di katil wad?

oh salam sume! 1st time post sini. sokernet terbaek ah

kitt berkata...

realistik...hahah


wei medi..real xpdc apa plak...

k i t

Andrei Ionuţ Boroştean berkata...

Apa la korang.
Jangan la hipokrit sangat.
Kata bebudak Arsenal emo, tetiba bila 'pasukan kesayangan' kena tibai dalam komen, sibuk nak disable Tanpa Nama...

Aku baca komen2 yang ADA NAMA pun ada yang sama teruk, malah 110 kali lebih teruk jika dibanding dengan komen dari pengkomen Tiada Nama, dan kadang-kadang ada Komen dari Tanpa Nama tu 110 kali bagus dari yang ADA NAMA.

Nama ada pun tak memastikan yang komen yang diberinya itu bagus. Yang penting isi dalam komen tersebut.

Tak kisah la apa orang nak komen, selagi tak ada komen bersifat PERKAUMAN, KUTUKAN TERHADAP AGAMA, SEXIST dan sebagainya, kira ok la?

Apa, kena ejek sikit pun nak nagis ke? Boleh jadi gila ke kalau kena ejek selalu?

Korang semua dah besar, sepatutnya matang la berhadapan dengan komen2 yang korang kata 'teruk' tu.

Dan aku yakin, komen2 mengejek itu lebih kepada satira peminat bolasepak. Dan aku rasa yang terlebih emo bila baca komen mengejek tu mungkin pernah main bola jaring waktu sekolah.

Lucy tak kecoh pun, tapi yang lain2 yang komen pun standard macam komen Tanpa Nama plak yg kecoh .....

alahai...

Along Bukit Beruntung berkata...

"dengar kata Alex sakit hernia."

Masa bayi dia ni selalu tak pakai baju dan tak bedung... tu pasal angin masuk kat telo....

hahahahh

Tanpa Nama berkata...

arrrkk...aku tak bley nak relate bedung dengan mana2 diagnosis hernia.

huhuh

Ion Zickler berkata...

mr. tanpa nama nie bahasa die len macam lar. aku perasan, die slalu serang lucius, maybe lucius chelsea. Tapi apa yang pasti Encik tanpa nama nie mmg berbahasa pelik.

hanuman berkata...

andrei ni bukan pasal emo ke apa ke..nak kutuk ke apa ke biar guna nama la..anak jantan...klu guna tanpa nama ni,smau org blh guna nama tu...mcm pkol2 curi...apa barang..baling2 batu sorok tangan...klu sesapa nak mengata kelab2 mana2 ke apa ke,bg nama la...jgn dop berselindung sebalik tanpa nama...hehehehe....bukan emo...cuma bgtau apa yg aku rasa ptg..

Oh Me berkata...

aiseyman... jangan ah ignore Anelka...huhu...Atuk Inzaghi yang umur 48 tahun pun boleh score 2 bijik apatah lagi Anelka yang baru 22 tahun huhu...

hanuman berkata...

abg dewanaga mmg hebat...btol lak dia predict..hehehhe

LuciusMaximus berkata...

Aku malas nak predict betul-betul nanti ESPN panggil kerja ngan derang

Tanpa Nama berkata...

semakin jelak aku baca ulasan lucius 'retarded' maximus ni.perangai cam budak baru akil baligh.

mat jagung berkata...

hanuman,pakcik nk tanye sket. Kalo letak nama pun kire dah jantan sgt ke?
Kalo letak nama nape?ko nk gi tibai blog die plak ke?haha...wake up man...terimala dunia berblog tak semua indah...adios

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...