ANDA SEDANG MEMBACA

31

Preview : Cap Ayam vs Manchester United.

Jorji Jumaat, September 11, 2009
'International break' pernah mempengaruhi momentum sesebuah pasukan. Liverpool pada musim lepas mendahului liga dengan baik, sehinggalah ke bulan Februari (kalau tak silap) 'international break' terus membrek momentum kemenangan mereka seterusnya membenarkan Manchester United mendahului liga dan menjadi juara.

Tetapi PERLU DIINGAT, walau jika tiada 'international break' pun, Liverpool tetap tidak layak menjuarai liga musim lepas (dan juga musim ini)

Aku dapat merasakan perlawanan kelayakan Piala Dunia baru-baru ini bakal mempengaruhi momentum 4 kemenangan berterusan pasukan cap ayam, Totenham Hotspurs. Harry 'Houdini' Redknapp mungkin berjaya menggunakan sihir silap matanya keatas pasukan lain TETAPI TIDAK kepada pasukan setan merah. Manchester United bukan pasukan cap ayam, kambing, meriam atau burung swan.. tetapi cap setan merah.

Walaubagaimanapun, aku dapat merasakan perlawanan yang bakal berlangsung sekitar jam 12malam di Astrol ESPN ini kedua pasukan mempunyai peluang 50-50 untuk menang. Barisan serangan Spurs agak baik. Statistik menunjukkan Spurs sudah menjaringkan 16 gol untuk semua perlawanan dan dijaringkan oleh 11 pemain berlainan. Peter Crouch walau nampak ringan atau robotic, tapi amat bahaya diudara. Defoe juga sangat pantas untuk menerima hantaran dari Aaron Lennon, yang sangat laju itu. Mujur Lee Bowyer dah patahkan kaki Luka Modric, kalau tak, dari kiri dan kanan serangan Spurs menggasak United. Kehadiran pemain baru Niko Kranjcar mengguatkan lagi bahagian tengah Spurs.

Manchester United pula mungkin menurunkan barisan pertahanan yang terbaik kali ini jika Rio Ferdinand diturunkan oleh Pak Alex. Rio Ferdinand, Vidic, Evra dan Gary Neville - the back four yang terbaik untuk White Hart Lane. Barisan pemain Manchester United tidak ramai yang terlibat dalam Perlawanan Kelayakan Piala Dunia, jadi sesi latihan mereka di Carringgton Park nampak normal tanpa gangguan. Rooney pula boleh dipakai setiap hari. Rudeboy Rooney bertenaga lembu, dia boleh aje diturunkan setiap minggu. Dia bukan bertenaga ayam..kejap je terus pancit. Tapi mungkin Pak Alex akan merehatkan dia dan mencuba Berba-Owen.

Bahagian tengah, buat pertama kali dalam sejarah, aku yakin dengan Darren Fletcher. Selama ini aku sangat bosan dengan dia. Lembik! tapi beliau sudah membuktikannya pada perlawanan lepas. Arsene Wenger secara peribadi mengkritik kekerasan Fletcher ketika Manchester United vs Arsenal 2 minggu lepas. Beliau boleh bergandingan dengan Scholes atau Anderson. Bahagian serangan akan dibantu dengan baik oleh Nani, satu lagi pemain Manchester United yang menyerlah musim ini.

Manchester United akan menang 3 - 0 jika Tottenham Hotspur menurunkan Gomez sebagai penjaga gawang merangkap pak lawak mereka. Ikut sejarah, mamat ini ada potensi jadi kartun.
Seperti biasa, taktikal Pak Alex dan pilihan pemain kadang-kadang diragui atau mengecewakan ramai supporter Manchester United tetapi aku tetap yakin 'basuhan' pada rehat masa pertama bakal menyaksikan Manchester United menggila di White Hart Lane.

Perlawanan ini juga sedikit sebanyak boleh dikira sebagai ujian kepada pasukan Cap Ayam ini. Adakah mereka benar-benar layak untuk berada dikelompok elit THE BIG FOUR atau hanya Sekadar Dipinggiran (Francessa Peters) kerana jika mereka kalah malam esok dan juga kepada Chelsea minggu depan, maka mereka akan terkeluar dari kelompok 4 teratas seterusnya cuti raya mereka bakal dikaji semula.

31 Ulasan:

Zongtwi berkata...

Seronot ke international break? Klu x sonyap je...pelik sbb laman web rasmi bolasepak dunia xde coverage world cup qualifying...

Jorji berkata...

sokernet bagi gaji untuk ulas Manchester United je..aku pun berkira la..tak mau ulas hal lain. :P

meor-name-depan-ku berkata...

sepatutnyer sempena nama 'laman web rasmi bolasepak dunia', sokernet seharusnya lebih luas lagi ulasan terhadap bolasepak seluruh dunia....

bukan setakat EPL jerr...


cadangan aku, sekadar....

Tanpa Nama berkata...

Neville - Barisan pertahan terbaik???? biar betul. Come on la.
Nani - menyerlah musim ini? biasa je aku tgk.

3-0? overkonfiden nampak.

bagi ulasan yg ilmiah skit boleh tak?

-lair aka Man Utd Fan-

Jorji berkata...

meyour : mungkin ada dimasa akan datang. :)

tanpa nama : untuk rekod Totenham Hotspur TIDAK PERNAH menang dengan Manchester United dalam epl.
jadi, 3-0 tu kira standard la tu. tq.

ok. Neville dah tua,tapi dia masih bagus.

LuciusMaximus berkata...

Aku pun nak cadang gak!

Aku cadangkan para pembaca Sokernet bayar RM1 sekali klik baca, baru aku semangat nak ulas semua perlawanan bolasepak, termasuklah game Kokdiang FC lawan Jerantut United.

Nak?

minami berkata...

sikit2 nak duit. sikit2 nak duit. inilah mentaliti org melayu. duit, duit, duit. macam mana nk kaya kalau mintak singgit je. 10 ringgit la baru business minded.

Dewajiwa berkata...

peh. konpius aku dengan komen di atas (isu duit).
nak kritik atau nak bagi idea bernas tu?

ayat nie best:
"Tetapi PERLU DIINGAT, walau jika tiada 'international break' pun, Liverpool tetap tidak layak menjuarai liga musim lepas (dan juga musim ini)

heheh.
3-0 tu nampak logik kalau ada striker yang lebih berkaliber. harapkan Rooney sorang, 2-0 atau 1-0 lebih realistik.

meor-name-depan-ku berkata...

ok...
wat la merchandise...cam t-shirt,keychain,stiker

baru la ade income....

cadangan...sekadar!

Tanpa Nama berkata...

Fletcher bagus?? adakah jawapan anda muktamad!!
Fletcher ngan arsenal bole la, ngan team2 lain kecut beb. sjak dlu2 lagi si Fletcher n O'shea ni jd badi buat team arsenal. hr tu Ref sial je x bg penalti..bkan nasib baik tapi ref jahat.
Mlm esok pembalasan utk ManUre diatas kesilapan ref beberapa tahun dulu yg menyaksikan gol spurs tidak dikira walaupun bola sudah melepasi garisan gol.

mizu_sama berkata...

1st,yg tanpa nama nih napa x bg identiti?

2nd,hentikan la komen korang ttg sokernet x de ulasan perlawanan itu,perlawanan ini. diorg pun wat kerja amal je. this blog free!karang dah buat member,nk jd member bayar rm50,baru korang kelepar,mengigil nak cari bahan bacaan.suh baca the sun,football365,soccernet,goal tegagap nak paham.diorg pun ada komitmen jugak terhadap kerjaya,keluarga. diorg dah nulih sini kira ok la..dulu aku pun komen jugak.skang aku insap.

3rd,korang yg suh org ulas2 tue,apa kata korang sendiri yg ulas,pastuh post kt e-mail diorg.mana tau diorg berminat,diorg leh post kat sini.rasanya x perlu tunggu hari rabu kalo ulasan korang tuh bernas bak beras nasional.

4th,pasal ulasan2 pengulas plak,diorg nih dah mmg diorg bagi tau yg diorg dr kem mana.kalo ulasan tuh nampak berat sebelah tak hengat dunia,apa boleh wat bro,dah diorg mmg dr kem tersebut.jg emosi,membakar diri..muakekekeke

5th,pasal cadagan wat merchandise,nih mmg bernas,tp cmne lak sambutan?benda2 tue kene kuar modal,watnyer tak laku...sian depa..

6th,hope spurs bleh prove that depa nih pesaing big 4

7th, selamat berpuasa :)

Tanpa Nama berkata...

bg email2 penulis2 blog ni kat sini.
nti bole la aku anta ulasan aku plak.


one more thing, i have never ask for more articles, just a little bit of updates.

ini tak.. sokernet mcm x berpenghuni je, bkn main byk org yg komen2 pasal ni.
anyway, thanks kpd penulis2 kita. ni aku bg pantun dua kerat khas untuk Mizu_sama:

biasalah, dalam af pun ada pengkritik, inikan pula sokernet.

Tanpa Nama berkata...

aku rasa spurs bole la big four season ni.kasi tendang chelsea atau arsenal.hahahaha

Oh Me berkata...

Takkan Sokernet ni baed on EPL je? takde sesape nak review pasal World Cup qualification ke? piece on Argentina and France anybody please...

mizu_sama berkata...

tanpa nama..aku x tau korang nie bape ramai...mungkin 100,mungkin 1.so aku assume korang 1 sebab korang kongsi nama yang sama. :)

kt info atas skali,ada e-mail sokernet..ko nih jenis nk kritik x pandang kiri kanan eh?muakekekeke

kritikan,mmg bagus.tp kalo kritik benda sama berulang kali,WTF <---no plat kl akang dtg :)

tanpa nama yg seterusnya...napa spurs x nk tendang liver ngan manyoo?x de semangat atau x de keberanian?muakekekeke

Tanpa Nama berkata...

ramai rasanya.. sbb komen yg aku x anta pun kuar.
yg xde nama tu daftar la wei, bg aku sorg dh la tanpa nama.. ksian Mizu-no.
tp kan, aku rasa kan, Liberfool lah tnga ke-5/6 tahun ni. the depth of their squad just not gud enough... Sub bench teruk

Tanpa Nama berkata...

apa nk kisah pasal nama ni, nama btol aku pun Mizu. so pakai jelah, janji jgn mencarut.
WTF (world tennis federation), baru ku tau mamat mizu ni minat tenis. Lawat la Tenisnet.blogspot.com la bro..:P

fiza berkata...

apa bising2 ni. tak gi semayang jemaat ke korang ni?!! syoh,syoh!

joey glider berkata...

lupa mandi hadas..aiseh..pecah saf karang

Tanpa Nama berkata...

Cik fiza apa tau, bising2 laki pompuan xleh campuq.

joepoyo berkata...

man u akan kena titik dgn spurs. aku yakin.

hoi joey! tak puasa ke?!!

ek eleh tanpa nama, trick nak ngorat ke. so lame lah ayat lu der.. letak nama betul la kalau lu bran der...

Zul berkata...

cuti raya spurs kene tarik kalu kalah ngan MU hahaha...

arrizz berkata...

manU bleh menang pnye laa..

bani berkata...

fletcher mmg banyak improve skang bai. team scotland pun dia jadi kapten.

joepoyo berkata...

maaf cakaplaa... prestasi man u setakat ni agak macam cakar ayam. kemungkinan untuk kalah sambil kunyah rumput tepi tiang corner amat cerah.

jgn bergantung sangat dekat fletcher bai, dia tgh runsing bini dia ajak balik ulu tembeling raya ni.

FdausAmad berkata...

Fletcher tu dummy saja..letak pi la sapa pun,nanti April tahun depan..team team kecil lain boleh dapat pengajaran ulangan (seperti pengajaran tiga musim yang lepas),MaaannnUUU jugakk..ahhh..

Jenis taknak belajar dari pengalaman..

dd berkata...

gua confident spurs tetap menang wlaupon tanpa modric..wa predict 4-3

Tanpa Nama berkata...

peh budak2 yg baru jadi fan spurs ni ckp byk laa. nnt tgk match mlm krg br ckp la wei. jgn byk ckp tp match pn xtgk

chelsae fan club berkata...

guys sape mng ek...cap ayam vs setan merah..uma aku sukan da potong arrr.......

wikwiki berkata...

chealsea fan club -

aiseyh..cemane kena potong da...tp rate baru agak mahal sket..

kaw nak kire menang mcmmane nih? cantik ke goal?

haha..tp man u menang dua2..3-1 bai

wikwiki berkata...

adui...fletcher main manis beb..siap long range

try lagih..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...