ANDA SEDANG MEMBACA

23

Sebaran Am: Arsenal Main Cantik Ya Amat, Tolong Undi Gol Abu Dhabi!

LuciusMaximus Khamis, September 03, 2009

Kita semua tahu Arsenal adalah pasukan yang hebat, berkualiti, penuh nilai astetika dan seni di tahap tertinggi. Kalau pun dalam hati kita mungkin tidak setuju, kita kena setuju juga. Kalau tidak bebudak Arsenal macam Pipiyapong, Karim dan lain-lain akan jadi emosional.

Sebab itu untuk minggu ke-3 Sony Football Moments, 2 dari 5 gol terbaik yang terpilih ialah gol-gol Arsenal. Perhatikan kata kunci di situ, gol-gol Arsenal.

Oleh itu, Sokernet menyeru semua peminat Arsenal yang pastinya arif tentang bolasepak berkualiti dan penuh nilai astetika, untuk pergi ke http://www.espnstar.com/games/sonyfootballmoments/online/ dan menjalankan tanggungjawab anda sebagai The Gunners. Ya, undilah Moment 5 sebagai gol tercantik dari berpuluh lagi gol yang dijaringkan minggu lepas.

Kesianlah kat Abu Dhabi, tak kan tanduk bola baik punya tapi tak terpilih sebagai jaringan gol terbaik? Permainan cantik penuh berseni macam tu, hanya The Gunners je yang boleh buat.

Kan?

Kan?

Kan?

Oh, Karim ada pesan kalau boleh suruh penyokong Manchester United pun undi gol Abu Dhabi sekali. “Kalau tak kerana Abu Dhabi, Manchester tak menang punya,” kata Karim, bukan aku.

Lepas undi tu, kena bagi sebab kenapa pilih Moment 5 sebagai gol terbaik, dengan tidak melebihi 10 patah perkataan.

Yang itu terpulanglah nak tulis apa pun. Tapi agak-agak kalau tak ada idea, aku syorkan begini.

“Kerana Arsenal main cantik, Manchester menang nasib. Hidup Abu Dhabi!”

23 Ulasan:

mizu_sama berkata...

gol own goal terbaik...haha

SundayPeople berkata...

giler pedas hati membaca...

Tanpa Nama berkata...

kah kah kah....Alahai Karimmmmm.....

tapi aku still gelak dengan lawak Atuk Seedorf tu...

hak hak hak....

ymn berkata...

1 -Gol abu dhabi tu adlh yg tercantik slps gol Marcelo salas masa main ngan lazio(derby san siro)

2 -Free header abu dhabi tu jg antara goal moment of the life time sama moment_nye ngan 2 goal zidane masa final worldcup98

3- Goal ittew juga mengingatkan kita jaringan2
oleh abg golden header yg mmbawa blackburn rovers juara EPL 94/95 - adkah abu dhabi 2nd shearer?? just wait n c...

4- tdk keterlaluan klu kita katakan kegembiraaan meraihkn jaringan abu dhabi ittew sama hebatnya dgn jaringan scott olerenshaw yg mmbawa the rhinos ke aksi final piala malaysia wat pertama kali.. sedekad yg lalu ..

5 - hahahahahahaha - seluruh rakyat malasia ketika melihat goal ...itttee

FIRZA berkata...

Chelsea Chelsea mmg suka membantu kawan2 ketika waktu sukar dan tidak tenteram atau dikala memerlukan.........

Jorji berkata...

ishish ish..sampai masuk Sony Football Moments?
maka aku dengan rasa rendah diri,akur dengan kecantikan permainan dan GOL-GOL Arsenal pada malam itu.

siapalah aku yang tak berilmu dan berfantasi ini untuk menafikannya lagi.

terima kasih Lucy kerana sedarkan aku.

Nazri berkata...

aku tunduk akur dengan kata-kata Lucius.

aku akan menyegerakan mengundi demi kemenangan GOL Arsenal.

Ayuh, lupakan perbedaan kelab untuk satu matlamat yang sama! Ayo!

Hampir menitis air mata bila melihat integrasi Kelab berlaku - hanya di Sokernet.

HeLLToRReS berkata...

Terbaik bro...haha

Dewajiwa berkata...

kah kah kah!
(refer komen Nazri. juga refer pada perenggan kedua entry di atas)

Pipiyapong Abdillah Hamzah berkata...

Keh keh keh. Macam setan sekor sekor...

ayobkelubi berkata...

cam haram lah lucius!.

ayo kawan-kawan ku sekalian,capaikan matlamat itu untuk pembangunan bolasepak arsenal!.

crazy_labelle berkata...

wahaha... siot jek lu...
apsal xreview psal chelsea jerk...
asik kutuk arsenal the great jerk...

abg pipi... i'm with you!!!!

maoi berkata...

arsenal the great?

Azlan Zed berkata...

hehe... go abu dhabi...

dapat kamera sony tue...

:P

Tanpa Nama berkata...

ah..aper brg undi yg tu...baik aku undi mawi...eh mawi main team mana erk?..arsengal jugak kan?

gurl_cute berkata...

khabar berita dr london mengatakan team2 epl yg lain tengah practice strategy yg sama utk menewaskan arsenal. strategy membuat hantaran tinggi ke depan gol sambil menyergah pemain arsenal (player arsenal mudah terkejut dan hilang punca bila disergah) its a proven strategy hehe..

SITI NURHALIZA main bola berkata...

mungkin............ ada menang!!!!

-MsGoodNite- berkata...

Hahaha..En.luci, saya mesti undi punye.. ahaks!

tikus dot dot berkata...

takyah le undi.....
bagi can kat torres tu....
walaupun gol tak brp cantek!!!!

Tanpa Nama berkata...

panas! panas! ada satu kelab yg kena banned dgn FIFA utk beli player baru sampai 2011, kelab mana yer? HEHEHE!

man u 2 arsenal 1 berkata...

berita menarik!

http://www.goal.com/en/news/9/england/2009/09/03/1478421/fifa-ban-chelsea-from-signing-players-until-2011

tolong sebarkan..

pakkordi berkata...

Ni baru betol 1Malaysia.

Gua sayang Pascal Cygan berkata...

Memang menarik :
http://www.goal.com/en/news/9/england/2009/09/03/1478421/fifa-ban-chelsea-from-signing-players-until-2011

Gila betul!
Sudahlah corak permainan membosankan, perangai pengurusan pulak buruk.

Mungkin kegagalan Chelsea untuk menang piala yang besar2 seperti Piala Juara-Juara Eropah dan BPL kebelakangan ini disebabkan tiada berkat kerana tiada integriti dalam pengurusan.

Kalau hentak mencari pemain, buatlah seperti pencari bakat Arsenal, yang sanggup jadi stalker dan berusaha mengikut cara yang betul untuk mendapatkan pemain.

http://www.telegraph.co.uk/sport/football/leagues/premierleague/arsenal/6043738/Thomas-Vermaelen-tells-how-his-holiday-idyll-was-broken-by-Arsene-Wengers-call.html

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...