ANDA SEDANG MEMBACA

30

Stoke City 0 - 2 Manchester United. Giggsy! Giggsy!

Jorji Ahad, September 27, 2009
Ibarat sirih pulang ke gagang, Manchester United kembali ke puncak persada liga perdana inggeris apabila menumpaskan Stoke City 0-2. Sementara rekod tanpa kalah Chelsea hancur apabila digulai oleh Wigan di DW stadium.

Itulah klimaks cuti raya tahun ini sebelum semua akan memulakan kerja isnin depan.

Apa yang berlaku di Britannia stadium adalah rutin. Manchester United menang-rutin. Giggsy cemerlang dalam ketenangan-rutin. Kembali ke kedudukan no 1 liga juga rutin. Tiada yang baru, pelik atau sebarang masa tambahan diperlukan.

Nani perlu banyak belajar dari Giggs. Beliau perlu tahu bila mahu menghantar bola ke tengah, menyimpan bola, menolak atau membuat percubaan. Semua itu ditunjukkan (disekolahkan) dengan baik oleh Giggsy. Tenang dan tepat. Hasilnya Berba dan O' Shea terus berlari ke arah Giggsy untuk meraikan jaringan mereka kerana ianya adalah 'assist' yang sempurna dari Giggs.

Walaupun Stoke City meletakkan 6 pemain pertahanan, dan ianya terbukti menyukarkan Manchester United untuk menembusi kubu mereka, tapi pengalaman Giggs selama 20 tahun mengemudi bahagian kiri /tengah bersama Scholes berjaya menghasilkan gol serta beberapa percubaan menarik.

Keseluruhannya adalah rutin.

Ryan Giggs

30 Ulasan:

Unknown berkata...

seperti biasa, man united di puncak!

Tanpa Nama berkata...

ya, go-gigg-go-gigg!

MUAD berkata...

jgn salah anggap ye. aku ni fan man u. aku nk tnya sikit pada semua devil army fan. ko org agak2 kalu si giggsy ni semlm x masuk kita leh mng ke semlm?

jumari jipan berkata...

Boleh menang punya.. Man U bukan one man team.

nazrihashim berkata...

betul.huh

di puncak.

Amjat berkata...

brader pipiyapong tdo lg ke?die taktau ke hero arsenal smlm bdak itali si mannone tuh?

FdausAmad berkata...

Kehkehkeh..

gua saspek Nani suka ponteng training nih..

mohd faizal bin sarif berkata...

base on posession dan ketidak kemantantapan serangan stoke aku rse bole menang dgn 1 gol atau plg busuk seri 0-0 tnpa gigs.nani perlu lg cepat menghidu peluang dan pandai menyimpan bola pada mse diperlukan atau tidak.engine utama perlawanan smlm utk mu ialah evra,fletcher dan scholes.

Tengok.Dengar.Ikut. berkata...

M.U menang EPL? rutin...

tehOnipis berkata...

kerja keras. teamspirit. itu juga rutin bai. ;)

SFB berkata...

Salute mr Giggsy...

-MsGoodNite- berkata...

that's why mr. giggs always in my heart...
the only reason why i still with MU...
glory glory Man Utd

julu berkata...

walaweiii...
giggs x penah men kat world cup..
kalo x leh jadi player terbaik every year..
tua2 berisi...

LuciusMaximus berkata...

Kalah dengan Burnley nak kira rutin gak ke?

Ann Zickler berkata...

ahahahah...

ayobkelubi berkata...

aku mmg tabik dekat giggs. tabik hormatttt!

BraderDiego berkata...

Lucius Maximus berkata...

Kalah dengan Burnley nak kira rutin gak ke? <-- keh keh keh

Trekker berkata...

Lucy: kalah dgn Burnley atau team bawahan boleh kata rutin gak ler. Janji menang Liga.Better than menang banyak dgn Big 4 tapi tak menang liga. wakakakakaka.

mizu_sama berkata...

tahniah MU

Alke berkata...

raya nie betul2 meriah, maklumla setan merah dah lepas...kekekeke. Thanks guys for making my raya great....naknak plak, pencabar yang paling dekat pun tewas gak, kira all square ye tak?

Joe berkata...

sume team x kire arsenal, MU, chelsi n liverpool penah kalah ngn burnley...jadi toksah la nk kutuk team org yer rakan2

...bak kata peribahasa menepuk di dalam lumpur, terpalit ke muka sendiri...btol ka aku nye pribahasa ni?

Dewajiwa berkata...

alangkah tenangnya dunia tanpa Tanpa Nama a.k.a. The Baculs.
nikmat raya betul.

salute Giggsy. cayalah skuad MU.
keep on goin..win the war.

Dewajiwa berkata...

betul tu Joe.
eh..post 2 kali pulaks

Dewajiwa berkata...

menepuk lumpur, akibatnya terpercik ke muka sendirilah

pOr berkata...

nani main macam kayu..kehkehkeh..

Unknown berkata...

Lucius Maximus berkata & brader diego mengambil kata-kata...

"Kalah dengan Burnley nak kira rutin gak ke? <-- keh keh keh"

kalah dengan burnley adalah bukan rutin. tapi bagi penyokong kelab entah mana, emosi dengan sejarah lama adalah rutin..muehehehe.

glory glory man utd!

teRi berkata...

mana pengulas2 lain? semua bz ke? lol

mfh berkata...

pengulas lain sibuk raya lagi.. maklumlah, raya kan sebulan..

art_iswork69 berkata...

Ala... Liverpool menang 6-1 ulaslah cepat... takkan buyers kot!!!

Kap berkata...

seperti biasa cuma giggs yang A..
lain tu menumpang..
kalau giggs wakil england, awal2 lagi dah pulun world cup wa cakap lu!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...