ANDA SEDANG MEMBACA

8

emosi Liverpool 2

MDM FARAH FAIZURA Rabu, Oktober 21, 2009
Carut apa lagi yang aku nak pakai? Kalau rajin tengok entri yang aku lepas2, semua asyik nak mencarut jek kerjanya kat Rafa kat gillet dan hick. Kat Lucas apatah lagi. Voronin dan babel pun dah kena. Nak carut siapa lagi? Nak carut Man Belon pulak?

Game pagi tadi aku tak tengok pun. Aku tido lepa s tengok Channel 555. Aku memang minat History ni. Dalam Channel yang aku tengok tu, derang ada cerita pasal kekalahan Jepun. Antara sebab yang mempercepatkan kekalahan Jepun adalah penggunaan taktik Divine Wind atau dalam bahasa Jepunnya Kamikaze.

Taktik yang diharap akan mengalahkan US itu sebenarnya mempercepatkan kekalahan Jepun. Ini kerana pihak US jadi takut hendak menyerang pulau besar Jepun kerana menjangkakan serangan Kamikaze yang lebih dahsyat. Jadi, kerana takut mereka terus gunakan bom atom. Lepas guna bom atom, terus Jepun kalah.

Jadi apa kaitannya dengan Liverpool? Tak ada kaitan. Itu cuma nak kasi panjang entri ni saja.

So, kepada penyokong Livepool yang bertanya, mengapa tidak membidas balik kutukan2 kepada Liverpool di dalam blog ini? Jadi, perlu kah kita kutuk orang untuk nampak hebat ataupun kita kutuk sebab nak tutup kelemahan kita?

Liverpool tak perlukan itu. Tak perlu. Kita kelab yang ada prestij. Aku memang emosi, tetapi emosi kepada prestasi kelab Liverpool. Emosi kepada gillet dan hick yang bodoh. Dan emosi kepada Rafa yang suka gunakan pemain tengah, antara yang terbaik di BPL sebagai wing, iaitu Benayoun. Benayoun tuh dah elok sangat dah ganti Lucas. Lucas memang tensen. Macam mana aku tau Lucas tak best walaupun aku tak tengok game tu? Jawapannya, tak payah tengok pun dah tahu.

Jangkaan melawan MU? Aku harapkan keajaiban.

YNWA.

8 Ulasan:

Lim Eng Leong berkata...

Nak tengok gambar lagi best??

http://www.guardian.co.uk/sport/gallery/2009/oct/20/champions-league-arsenal-liverpool?picture=354534734


Pipiyapong an lucius , sila ambik perhatian !!!! . . haha

meor-name-depan-ku berkata...

pecat jer benitez....
amik norizan bakar atau b. sathianathan....

LuciusMaximus berkata...

Apa kaitan Jepun dengan Liverpool?

Sejarah.

Jepun dulu kuasa tentera yang hebat, tapi tinggal sejarah.

Liverpool dulu kuasa bolasepak yang hebat, tapi tinggal sejarah.

Dan juga bola pantai.

nmz berkata...

cmno la liverpool nnt ye x..hmm
apa jadi pun
you'll never walk alone

Cob Nobbler berkata...

mungkin fan Liverpool yang optimistik akan menyanyikan lagu Tomok "Sejarah Mungkin Berulang" Lucius..

mereka akan terus menyanyi..

Ameen Homestay berkata...

liverpool nih kalau lawan team yg ada konfrontasi dengan mereka, mereka jadi lebih kuat. Tapi tak tahu la, kot mereka memang dalam laluan utk terus lingkup dan bungkus musim ini...
www.mypakcu.blogspot.com

SFB berkata...

aku pn dh x larat nk gelakkan liverpool... bukan niat pn tp nk buat mcm mana... tiap2 minggu ada je bahan nk kene gelak... penyokong2 MU ni bukan sengaja nk gelak/kutuk.. tp sebab dh disogok sgt ngan bahan2 tu yg jadi mcm tu.. hehe

bekam berkata...

game hari ahad ni??berdoalah agar berjaya "bermain bola sepak" dgn team yg biasa menang tuh..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...